MENGAPA SEWING WORLD GALLERY SKY PARK @ ONE CITY MENJADI DESTINASI WAJIB DIKUNJUNGI?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin cerita tentang jahitan. Siapa suka menjahit? Opppss jangan tanya saya tentang jahitan, terus terang kata saya tak pandai menjahit walaupun dilahirkan dalam keluarga tailor dari nenek, makcik, sepupu dan mak semua pandai menjahit malah ada antara mereka menjana sumber pendapatan sepenuh masa dari hasil jahitan. Tapi bukan saya kerana saya kurang sabar. Seni jahitan memerlukan kesabaran yang tinggi.. Anda setuju?

Cukuplah saya kongsi cerita tentang pengalaman saya sekeluarga ketika mengunjungi Sewing World Gallery di Sky Park @ One City Plaza, Subang Jaya minggu lalu. Pengalaman baru kepada saya yang wajar dihebahkan kepada umum.. Tempat ini mungkin asing bagi sesetengah pengunjung tetapi ianya agak familiar kepada mereka yang minat dengan seni jahitan atau sesiapa yang pernah mengetahui Epal Handicraft Training Centre.. 
Sewing World Gallery One City Mall
Sewing World Gallery, Sky Park @ One City Plaza
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Fabric Art Gallery di mana pengunjung dapat melihat hasil jahitan peserta kursus.

Fabric Art Gallery
Fabric Art Gallery
Gallery ini merupakan pusat pameran dan hasil jualan seni jahitan. Ada dinyatakan (dalam gambar di atas) 10 sebab mengapa Sewing World Gallery menjadi destinasi wajib dikunjungi namun kurang jelas untuk dibaca di sini. Jadi kena pergi sana untuk merasai pengalaman sendiri.. hehehe

Semasa pengunjung melangkah masuk ke Fabric Art Gallery, anda akan 'disambut' dengan hiasan patung di bawah yang merupakan hasil kratfangan dari pelajar. Ianya dihasilkan dari cantuman fabric.. Teruja sebab comel..

Sewing World Gallery
Sewing World Gallery, Sky Park @ One City Plaza, Subang Jaya
Seterusnya pengunjung akan disapa dengan pembantu dari Fabric Art Gallery yang begitu ramah. Salah seorang di antara mereka akan menerangkan setiap satu hasil pameran serta mengingatkan kita bahawa setiap satu hasil seni jahitan yang dipamerkan mempunyai keunikan tersendiri.. Saya sekeluarga di bawa oleh pembantu yang lebih mesra dipanggil saudara DIN meninjau sekitar gallery.. 

Jom saya bawa pembaca melihat sebahagian hasil jahitan yang dipamerkan :

Sewing World Gallery
Beg dan pouches
Sewing Art Gallery
Beg dan coin purses
Sewing Art Gallery
Hasil jahitan beg yang dipamerkan
Setelah meninjau hasil jahitan yang dipamerkan di hadapan pintu masuk, saya dibawa meninjau ke bahagian belakang gallery di mana terdapat pelbagai hasil jahitan quilt yang menggunakan teknik cantuman..

Fabric Art Gallery
Fabric Art Gallery
Sewing World Gallery
Hasil jahitan 'quilt'
Sewing World Gallery
Hasil jahitan yang dipamerkan
Sewing World Gallery
Hasil seni jahitan 'quilt'
  Hasil jahitan 'quilt' di atas menggunakan fabric jenis baldu, dicantum dengan teliti mengikut tone warna.. Menurut saudara Din hasil jahitan seperti itu memerlukan kesabaran yang tinggi demi mendapatkan hasil yang cantik dan kemas. 

Sewing World Gallery
Hasil jahitan yang dijual
Agak besar juga kawasan pameran, jadi saya mengambil kesempatan untuk berehat seketika di kawasan ini.. Sofa yang saya duduk itu juga hasil seni cantuman kain jeans..

Sewing World Gallery
Tuan blog penat, hehehe
  Okay, kita teruskan perjalanan ke bahagian belakang gallery di mana menempatkan pameran fabric dan hasil jahitan teknik cantuman (patchworks)..

Fabric Art Gallery
Persalinan solat
Begs dan quilt
Sewing Art Gallery
Bags
Contoh hasil jahitan cantuman : Quilting
Sewing World Gallery
Seni jahitan tampal
Jahitan quilt
Perjalanan diteruskan ke satu sudut seperti mini muzium yang menempatkan mesin jahit dan alat-alat jahitan.. 

Sewing World Gallery
Mini muzium
Menurut saudara Din, mesin jahit keluaran Janome Sewing Machine Co Ltd, Japan ini boleh digunakan selama 24 jam tanpa henti..  

Sewing World Gallery
Janome Sewing Machine
Sewing World Gallery
Mesin jahit dan seterika lama
Fabric Art Gallery
Alat jahitan di mini muzium
Berikut merupakan icon dan fashion designer terkemuka yang berkaitan dalam bidang fesyen seperti :

Fashion Designer & icons
TERESA BURYEA WONG a lifelong writer and communicator
LOUIS VUITTON was a French fashion designer and businessman. Inilah founder jenama terkenal "Louis Vuitton".
ALEXANDRA MCQUEEN, British fashion designer couturier.
JIMMY CHOO siapa tak kenal kannn. He is a Malaysian fashion designer based in the United Kingdom. Beliau terkenal dalam menghasilkan handmade women's shoes.
ELEANOR BURNS, she first started stitching on her Aunt Edna's feed sacks.
NANCY ZIEMAN is the TV host of Sewing with Nancy.



Seterusnya saya dibawa ke sebuah giant bag atau beg terbesar di Malaysia.. Menurut saudara Din fabric yang dicantum adalah dari pakaian yang disayangi oleh orang tersayang.. Pakaian tersebut dikumpul dan dijahit sehinggalah menghasilkan beg besar ini. I can't imagine macam manalah kaedah semasa membuat beg ini..

Guiness World Records
Beg Terbesar di Malaysia
Beg terbesar ini telah mendapat pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records)

"The largest holdall measures 7.62m(24 ft 12 in) long, 5.44 m (17 ft 10 in) tall and 3.04m (9ft 11 in) wide and was achieved by Mostwell Sdn Bhd (Malaysia) in Puchong, Malaysia on 29 May 2015."
 
Sewing World Gallery
Guinness World Records
Apa isi dalam beg besar itu? Semasa kunjungan saya sekeluarga, beg besar tersebut mengandungi bingkai-bingkai 99 nama Allah (Asmaul Husna) diperbuat daripada baki kain setiap satu. Baki kain tersebut dijahit menggunakan tangan menjadi bunga-bunga kecil membentuk Asmaul husna..

Sewing World Gallery
Asmaul Husna
Sewing World Gallery
Contoh bingkai Asmaul Husna..
  Untuk pengetahuan pembaca, bingkai-bingkai gambar yang mengandungi 99 nama-nama Allah tersebut turut mendapat pengiktirafan dari Guinness World Records :

Sewing World Gallery
Guinness World Records
 "The largest display of handmade fabric flowers is comprised of 63,682 pieces and was achieved by Mostwell Sdn Bhd, Perbadanan Putrajaya,PSJK and Jabatan Penjara Malaysia (all Malaysia), at the Kompleks Perbadanan, Putrajaya Malaysa on 3 November 2016."

Seterusnya saudara Din membawa saya sekeluarga ke bahagian tingkat atas gallery.. Tingkat atas menempatkan ruang belajar bagi peserta kursus. Terdapat gambar potret-potret Perdana Menteri Malaysia yang dihasilkan dari teknik jahitan oleh para pelajar..

Sewing World Gallery
Potret Perdana Menteri Malaysia
 Lihat sendiri jahitan halus membentuk potret Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 , Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Malaysia
Potret Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
Sewing World Gallery
Bengkel Jahitan
  Berikut merupakan kursus yang ditawarkan iaitu 12 bulan pakej Seni Jahitan Kreatif:

Fabric Art Gallery
12 bulan Pakej Seni Jahitan Kreatif
Untuk mengetahui yuran kursus dan promosi terkini boleh hubungi cawangan Pusat Latihan Kraftangan atau kunjungi Sewing World Gallery seperti yang dinyatakan di bawah. Saya yakin harga pakej kursus yang ditawarkan amat berpatutan.

Sebelum berpisah kita bergambar dulu dengan saudara Din yang tanpa jemu menjawab segala soalan yang diajukan kepada beliau sepanjang tinjauan saya sekeluarga ke gallery ini..

Kami & saudara Din dari Sewing World Gallery
Terima kasih atas segala penerangan yang diberi dengan teliti sepanjang kunjungan saya ke Sewing World Gallery..

Sesiapa yang ingin berkunjung ke Sewing World Gallery, boleh berbuat demikian pada hari biasa termasuk hujung minggu.

SEWING WORLD GALLERY
C-01-01 to 08, Block C, 
Level 1, Sky Park @ One City, 
Jalan USJ 25/1
47650 Subang Jaya, Selangor

Hubungi : 03-5022 3113
 Waktu operasi : 10.00 pagi hingga 11.00 malam

 Kursus : epalDIY

Begitulah perkongsian cerita yang ingin disampaikan..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


18 comments :

  1. sha pun jenis kurang sabar hahaha selalu orang suruh masuk kelas menjahit tapi dah takminat apa boleh buatkan. tapi kalau tempat macam ni sha suka pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun sama Sha, x sabar dalam jahit-menjahit ni tapi suka pergi pameran jahitan dan suka tengok org pandai menjahit.

      Delete
  2. jahitan tampal tampal tu selalu menarik perhatian saya, yang buat jahitan mcm tu mmg penyabar orangnya sampai boleh buat cantuman yg menarik, cumanya saya mmg tak pandai nak menjahit, langsung tiada seni bab2 menjahit ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Mrs Pip, seni tampal atau patchwork kena sabar dan teliti.. Kalau ada minat dan masuk kursus mungkin bakat menjahit boleh diasah.

      Delete
  3. Bnyk hasl2 kreativiti yg menarik nampaknya kat sini.. tempat mcm ni mmg anak2 suka sgt especially kak cik sbb dia mmg suka menjahit. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara KK, tempat ni mungkin sesuai untuk Kak Cik menggembangkan lagi minatnya dalam seni jahitan..

      Terima kasih kembali..

      Delete
  4. cantiknya seni jahitan quilt dengan tampal tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik farhanna, sis sempat belek, sangat kemas dan teliti jahitan quilt & patchwork yang dipamerkan..

      Delete
  5. Hai LZ. Seni jahitan jenis patchwork tu menarik juga. Kadang kat rumah banyak kain perca, tak tau nak buat apa jadi buang aje. Maybe lepas ni kena try buat patchwork kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jaja,
      Good idea, kalau ada seni dan rajin boleh buat patchwork dengan kain percaya. At least berguna drpd buang camtu kann..

      Delete
  6. peminat kraf ni wajib singgah! rugi kalau tak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah semestinya Anies.. Tempat mengembangkan bakat dalam seni jahitan 😊..

      Delete
  7. p/s setiap kali klik entry blog ni akan keluar iklan (spam) harap sis intai2 apa dah jd ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah anies, dalam proses cari punca dari mana datang spam itu. Terima kasih beritahu..

      Delete
  8. wahhh besar betul beg
    best pula tengok tempat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa Hans boleh tengok sendiri beg besar tu.. Best tau..

      Delete
  9. Replies
    1. Menarik tempat ni, setuju dengan Cik Yaya 😊..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


Designed For Lady In Red Planner | Copyright Reserved 2019