Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu begini? Apa plan hari ini? Saya tak ada plan ke mana-mana hanya di rumah mendobi dan kemas rumah.. Projek decor Ikea still in progress.. Masih ada beberapa perabot yang belum dibeli.. Kita tunggu semua lengkap baru boleh tunjuk end result okay.. Tungguuu, hehehehe

Hari ini saya gigih membersihkan handbags yang ada.. Sudah tiba masa handbags saya perlukan perhatian.. Saya pernah nyatakan, saya ni memang suka handbags selain kasut.. Ada antara koleksi bags terdiri dari designer handbags seperti authentic Louis Vuitton, Fendi dan Gucci.. Saya beli dari duit gaji, kumpul sedikit demi sedikit, demi mendapatkan beg idaman.. Setelah 'meleburkan' duit membeli designer handbags yang bukan murah harganya (for me) jadi kenalah jaga untuk memastikan bags sentiasa berada dalam keadaan baik.. Tambahan pula bukan mudah untuk dapat semua itu, huhuhuhu

Kebanyakkan designer handbags 'manja', perlu penjagaan rapi.. Contoh jenama Louis Vuitton, sebahagian bags jenama ini diperbuat daripada kulit. Silap sikit mungkin boleh jahanam bags tersebut.. Demi penjimatan ada antara bags (saiz kecil) seperti wristlet saya bersihkan sendiri.. Saya akan hantar ke bag spa jika bags tersebut betul-betul kotor dan perlu major treatments... Gituuu.. 

Okay, berikut bahan-bahan yang saya gunakan :

Cara membersihkan Bag
Bahan-bahan
Saya guna : 

Towels serap air
Multi-purpose foam cleaner yang boleh digunakan pada permukaan kulit, fabric,vinyl
Baby wipes - alcohol and paraben free 
Polish n' Shine - metal polish
Berus gigi baharu 

Bahan-bahan boleh didapati dari Mr. DIY dan kedai hardware.. Tetiba ada suara sumbang : "Eleh beg harga beribu tapi beli barang kat Mr. DIY." hehehehe Jangan kata saya kedekut tapi inilah cara bijak berbelanja.. jimat kalau hasil sama dengan barang di Ace Hardware mengapa bayar lebih? kann..kannn...


Bagi tujuan blog post ini saya gunakan Louis Vuitton Epi-Leather Pochette. Mula-mula alas permukaan wristlet dengan towels untuk elak calar. Kemudian lap seluruh permukaan wristlet dengan baby wipes untuk tanggalkan habuk. Spray multi-purpose foam cleaner ke atas permukaan wristlet tersebut.. Elok spray pada permukaan kecil dahulu untuk test sama ada permukaan wristlet tersebut mampu bertindakbalas dengan detergent tersebut dengan baik atau sebaliknya. Kalau okay, carry on - ambil berus gigi dan gosok permukaan wristlet tersebut dengan lembut dan manja, kata sayang beg.

Designer Handbags
Langkah 1
Lihat gambar di atas, foam nampak berubah warna dari putih ke warna coklat perang.. Multi-purpose foam cleaner ni mampu menanggalkan kotoran secara mendalam dan membuang segala bau yang kurang menyenangkan. Senang cerita bau kepam pun hilang hehehehe.. Ulang langkah di atas ke seluruh permukaan wristlet sampai dapat warna asal. 

Tips : Untuk menghilangkan bau, masukkan beberapa sudu baking soda ke dalam pouch dan letakkan di dalam beg untuk beberapa hari dalam keadaan tertutup. Baking soda mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan.

Ini perbezaan antara sebelum dan selepas wristlet dibersihkan :

Cara bersihkan designer bags
Perbezaan
Bahagian dalam wristlet ini saya lap dengan baby wipes or (mild detergent) sahaja kerana tiada kotoran degil.. 

Inside Louis Vuitton Epi-Leather Pochette
 Jemur wristlet tersebut di bawah cahaya teduh lebih kurang sejam or allow to dry naturally..

How to clean a designer bags
Outcome
Tadaaaaaaa, beginilah hasil wristlet yang telah bersih.. daku gembira.. 
Sedap mata memandang, hehehe.. Untuk permukaan beg yang diperbuat daripada kulit, elok sapu dengan leather conditioner to treat the leather. 

Cara ini boleh digunapakai kepada beg-beg lain bukan hanya beg berjenama.. Percaya atau tidak kebanyakkan designer handbags saya masih dalam keadaan baik walau ada antaranya sudah berusia lebih dari 10 tahun, sangat berbaloi-baloi.. 

Sekarang pada saya cukuplah sekadar handbags yang ada.. Bila dah berumur ni passion memiliki designer handbags baharu juga berkurangan, saya ingin lebih focus kepada rumah idaman dan komitment membesarkan anak. Lagi pun keadaan ekonomi dan matawang Ringgit yang kurang baik eloklah berjimat melainkan ada orang sponsor designer handbags baharu (kenyit mata sikit..wink..wink..wink).. Sekarang saya amalkan sebelum membeli I have to talk to myself : Adakah ini kehendak atau keperluan?..

Okay, ini sahaja perkongsian saya.. Jom kongsi cara anda pula.. Bagaimana cara anda jaga dan bersihkan beg kesayangan? Jangan lupa tinggalkan komen di bawah.. Komenlah apa sahaja tentang passion anda..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Comments

  1. Bila digunakan setiap hari...kemudian dibersihkan mesti beg-beg tersebut happy..."aku digunakan..aku berkhidmat..aku tidak diabaikan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly PC, sesekali beg tu perlu dimanja dan dijaga baru boleh berkhidmat lebih lama.. Itu lumrah kann..

      Delete
  2. pehh....bagus tipsnya..nak kena cuci ler gini handbag ain kan.hehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat-cepat cari barang pencuci Farahain, ada masa terus cuci bagi bersih semua hehehe..

      Delete
  3. thnks for sharing... mmg xpernah cuci, hbag pun da 1 ja... itu pun tak pakai... kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur ada 1 sis, kalau tak jenuh jaga, hehehe

      Delete
  4. tq share tips berguna ni ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Mrs. Pip, semoga dapat dimanfaatkan..

      Delete
  5. waww.. i like..thanks share tips berguna ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure HK.. Semoga dapat dimanfaatkan bersama 😊

      Delete
  6. jarang sha basuh handbag sbb jarang guna haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok camtu Sha, handbags sis semua stock lenjan sebab tu kena jaga rapi hehehe 😁

      Delete
  7. good sharing LZ...wahh rajin betul nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Kak Fuzy, sesekali kena paksa diri kak, budget beli handbag baru terhad sekarang hehehe

      Delete
  8. Wow first time saya baca tips cuci handbag, simple je rupanya hehe thank you for this sharing :)

    ReplyDelete
  9. baru tahu rupanya handbag ni boleh basuh..hehehe...handbag byk tapi tak pernah basuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali Rabiah cuci guna cara sis share ni, bila nampak hasilnya rasa puas hari 😊..

      Delete
  10. nice sharing.. CT guna wet tissue je tapi beg tak semahal LV cuma spesis manja jugakla. and bila simpan tak guna letak sekali silica gel. beli yang paket kecik2 tu so kulat2 x hinggap. kena jaga elok2 mahai semua ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Siti.. Exactly, tentang silica gel mmg good idea lupa sis nak nyatakan dalam post. Kalau beli kasut sis mmg simpan silica gel utk ltk dalan pocket handbag.. Thank you for sharing your opinion 😍..

      Delete
  11. Reward utk diri sendiri kan LZ.... dah penat bekerja.... apa salahnya!
    Hakak tak pernah pun cuci handbag LZ kecualilah mmg terpaksa kena cuci mcm terkena sesuatu ke barulah cuci hihi.... lagi pun kalau cuci handbang yg tak berapa ada cap ni LZ kang rosak teruk pulak jadinya hihihi.... jadi eloklah dibiarkan aje...
    Alasan sangat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Kak Nom, rasa dapat tebus segala penat lelah bekerja hehehe

      Sebelum cuci kena tengok juga material handbags, ada antaranya tak boleh kena detergent.. So ikut keadaan.. Hehehehe alasan Kak Nom acceptable 😊..

      Delete
  12. Kena cari barang-barang ni segera. Dah lama nak laksanakan misi cuci beg tapi asyik bertangguh. Thanks for sharing this, LZ 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Farrah MF, cepat2 cari so boleh terus laksanakan misi mencuci bag 😊..

      Delete
  13. Replies
    1. Harap tips ini dapat membantu sesiapa yang memerlukan.. By the way, terima kasih atas komen ejulz 😊

      Delete
  14. nak cuba lah... ada 3 bag yang dh pudar warnanya dek kerana kotor.. leh la cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Mrs. Liez, sayang jika beg dibiarkan rosak tanpa penjagaan sewajarnya..

      Delete
    2. Silakan Mrs. Liez, sayang jika beg dibiarkan rosak tanpa penjagaan sewajarnya..

      Delete
  15. Wah sis.. terus nampak bersih, nice tips :D

    ReplyDelete
  16. Spesis careless mcm akak ni mmg x layak ada designer handbag - mesti cepat hancur. Handbag kain je yg tahan dgn akak sbb blh cuci masuk mesin. Btw, tqvm for the tips especially tips hilangkan bau bhgn interior. :D

    ReplyDelete
  17. Awesome and interesting article. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…