Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers..
Detik sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 akan di sambut pada 31 Ogos iaitu esok.. Tema tahun ini : "Sayangi Malaysiaku". Oleh itu saya percaya hampir setiap sekolah menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 ini. Tak lupa juga anak Tuan / Puan pasti sibuk membuat persiapan yang sama.. Di sekolah anak saya turut sama membuat sambutan Hari Kemerdekaan ini. 

Apa yang buat saya geram, last minute sampai rumah pukul 6.00 petang semalam baru beritahu saya: "Ma teacher suruh bawa bendera dan pakaian melambangkan Hari Kebangsaan esok. Ada perbarisan Hari Merdeka." Kecik besar, kecil besar mama tengok ko, Arief..

Kebetulan lepas Maghrib saya ke Pall Mall Seremban so sempat cari bendera untuk dijadikan prop sambutan Hari Kebangsaan.. Terlintas di fikiran saya nak buat tanjak dari Jalur Gemilang. Ilham ini datang dari pengalaman saya membuat beberapa gubahan hantaran kahwin. Biasa hantaran saya buat gubahan tanjak dari  kain songket.

Maka malam hari start pukul 10.30 malam hingga 12.00 tengah malam saya gigih menjahit tanjak demi memenuhi kehendak anak untuk dipakai esok..

Inilah  hasil kejadian..

Sambutan hari kemerdekaan ke-61
Tanjak dari Jalur Gemilang
Saya selit di sini info perbezaan tengkolok, tanjak dan destar. 

Umum mengetahui tengkolok, tanjak dan destar adalah pakaian warisan Melayu yang diwarisi sejak zaman dahulu.  Ia diperbuat dari sehelai kain dan digubah menjadi bentuk untuk disarungkan di atas kepala. Ianya mempunyai nama-nama tertentu berdasarkan lipatan. Tengkolok lebih sinonim dengan pakaian rasmi raja dan pembesar Melayu pada zaman dahulu dan dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu.


Tengkolok : pakaian rasmi raja dan para pembesar Melayu. Dipakai semasa majlis adat istiadat bangsa Melayu pada zaman dahulu.

Tanjakpakaian oleh golongan kebiasaan supaya kelihatan kemas dan bergaya. Tanjak lebih kepada pakaian harian bangsa Melayu pada zaman dahulu.

Destar : pakaian golongan buruh, petani, pesawah untuk menutup kepala mereka dari panas terik semasa bekerja.

Ketiga-tiga pakaian ini dapat dibezakan dari segi bentuk yang berlainan.

Hari Kebangsaan 2018
Gambar tanjak dari pandangan depan

Beginilah rupa tanjak bila dipakai oleh model mannequin..

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61
Model memakai tanjak

Bagus juga sambutan ini diadakan di sekolah, sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada anak-anak muda tentang erti kemerdekaan sebenar bukan semata-mata cuti umum.

Inilah anak bujang saya.. Tak sabar ke sekolah hari ini sebab ada perbarisan Hari Kebangsaan dan paling penting nak tunjuk tanjak dia pada kawan-kawan..
Happy sebab ada tanjak, katanya hahaha

Model tanjak Jalur Gemilang
Alhamdulillah akhirnya diberi ilham dan mampu menghasilkan sesuatu untuk sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini walau dalam keadaan last minute..




Sebelum berakhir, jangan lupa kibar Jalur Gemilang tanda semangat patriotik dan sayang pada negara kita Malaysia.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,