Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah atas segala limpah kurniaanNya.. Mungkin ada antara rakan blogger masih beraya di kampung.. Al-maklum anak-anak masih cuti sekolah, jadi mak ayah boleh cuti sama supaya dapat meluangkan masa beraya lama sikit di kampung, biasanya begitulah.. 

Al-kisah hari Ahad lepas saya pergi ke nurseri pokok di Sg. Buloh.. Sudah bertahun-tahun lama tak menjejakkan kaki di sini.. Jauh perjalanan dari Seremban semata-mata untuk membeli artificial grass.. Kata orang di sana murah.. So saya pun menggigihkan diri ke Sg. Buloh dalam cuaca panas terik.. Sebelum ni ada diwar-warkan bahawa nurseri pokok di Sg. Buloh telah berpindah di kawasan Hospital Sg. Buloh.. Jadi saya terus ke sana tanpa survey dulu tempat lama iaitu area FRIM Sg. Buloh..

Artificial grass di Sg. Buloh
Artificial grass
 Puas singgah dari satu nursery ke satu nursery and I tell you harga takde la murah sangat seperti yang dijangka.. Ada pula harga cekik darah, so kena pandai survey.. 
Tipah tak mahu tertipu lagi..

Nursery pokok Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Puas sudah survey, akhirnya give-up kerana ada tempat lain tapi bukan di Sg. Buloh menawarkan harga jauh lebih murah.. Maka motif mencari artificial grass terpaksa dibatalkan pada hari tu tapi bertukar kepada membeli pokok bunga, hehehe.. Mana tidak, kiri kanan semua pokok bunga cantik, berwarna-warni.. Saya suka roses, jadi tumpuan saya ke arah pokok rose.. Pernah saya cerita tentang pokok roses saya di blog post lama DI SINI.



Related post : I love roses

Ini nursery pokok bunga pertama saya singgah..  Malangnya tiada papan tanda nama nursery ini..

Nursery pokok Sg.Buloh
Nursery Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Di sini, pokok rose pertama, kedua dan ketiga ku beli.. Warna putih, kuning dan pink..

Tiba pula di nursery pokok kedua, ada signboard : Sakura Nursery.. Saya masuk dan pusing meninjau dari satu bahagian ke satu bahagian, motif cari pokok rose.. Banyak pilihan pokok bunga hiasan dalam nursery kedua ini.. Bila tanya tauke, pokok rose takde, kecewa!

Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Spider plant (chlorophytum comosum)
Pokok daun kesum (persicaria odorata, known as Vietnamese coriander)
Sakura Nursery Sg. Buloh
Pokok rosemary
Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Spider plant (chlorophytum comosum)
Walaupun pokok rose takde tapi tetap membeli.. saya beli pokok hiasan iaitu 1 pasu spider plant (chlorophytum comosum) - RM15.00, 2 pasu pokok rosemary - RM8.00 & RM10.00 each, 2 pasu pokok kesum - RM5.00 each, 2 pasu kecil bunga hiasan - RM5.00 each..  

Next, perjalanan diteruskan ke nursery pokok ketiga..  Nursery ketiga ni banyak juga pilihan pokok hiasan namun tak menggugat iman saya kerana pokok bunga biasa, hehehe

Nursery pokok Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Pokok bunga kertas (bougainvillea)
Ehhhh ada pokok bunga rose laa.. kata tak menggugat iman tapi saya terjebak beli 2 pasu pokok rose warna oren dan purple.. Kalau pokok bunga rose memang tiada kompromi.. Memandangkan saiz pokok kecil maka dapat bargain price RM5.00 each.

Tibalah masa untuk bertolak pulang ke Seremban.. Dalam perjalanan tiba-tiba ternampak satu banner besar menawarkan artificial grass dengan harga yang sangat berpatutan iaitu di Elegant Grass.. Lokasi di kawasan nursery lama berdekatan FRIM Sg. Buloh.. Aduhai kalau saya tahu sudah tentu saya akan lalu jalan ini sebelum ke nursery Kg. Orang Asli Sg. Buloh (berhampiran Hospital Sg. Buloh).

Unfortunately, budget burst tinggal separuh, baki habis beli segala macam pokok tadi..

Elegant Grass - Lot 64A Sg. Buloh
Walau tak cukup budget tetap singgah di sini bertanyakan tentang harga dan promosi yang ditawarkan.. Next visit, in shaa Allah dalam masa terdekat kami akan datang sini dan beli..

NURSERY POKOK MURAH DI SG.BULOH 

Overall dalam banyak-banyak nursery, Sakura Nursery merupakan nursery pokok murah di Sg. Buloh  (Hospital Sg. Buloh area)..

Gambar berikut saya kongsi di sini hasil membeli pokok-pokok bunga di nursery Sg. Buloh..

Pokok bunga nursery Sg. Buloh
Happy me.. Selain suka tanam pokok bunga rose saya suka tanam pokok herba yang digunakan dalam masakan seperti pokok kesum, pokok kari, serai, cili, rosemary etc. Pernah saya kongsi cerita  di blog lama DI SINI.

Related post : My gardening mood is back

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya.. Kalau nak tengok MY HUMBLE GARDEN kini tinggal kenangan klik DI SINI.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,