Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Burger King merupakan salah satu my favorite fast food.. Kalau teringin makan burger saya akan pilih Burger King dulu berbanding fast food lain yang menawarkan menu burger.. Mengapa? Saya suka Burger King sebab daging burger dan segala condiments memenuhi citarasa anak tekak saya sejajar dengan tagline Burger King : Freshly Flame Grilled For You Since 1954.. Kalau tidak tentu Burger King tak akan letak perkataan "Real Good Food" di menu mereka.


Burger King Restaurant
Jadi bila ke Burger King saya akan stick pada satu menu.. Maklumlah orang setia memang serba-serbi setia sampai makan pun tetap pilih menu yang sama dari dulu hingga kini, selamanya tak berani janji..

Menu Burger King
Menu kegemaran saya set burger nombor 1 iaitu Whopper.. Masa kami pergi ke Burger King tempoh hari ada promosi Satay Burger.. Saya tak akan menderhaka dengan menu kegemaran tapi teringin pula rasa menu baru ini.. So husband jadi mangsa untuk pesan set ini.. Kalau kita lihat dari menu bawah ni Satay Burger nampak memang menggiurkan.. Terbayang-bayang daging burger tebal dan juicy.. 

Hakikat sebenarnya, saya cerita di bawah ini..

Promosi Satay Burger dari Burger King
 Menu breakfast saya sudah pasti ditemani hot Americano..

Satay Beef Burger (left) & Whopper (right)
Ini pula menu baru berasaskan nasi, Nasi King nama diberi, nama penuh Ayam Paha BBQ dengan nasi.. Menu Nasi King ni baru dilancarkan pada bulan Julai lalu.. Saya ordered untuk my little man..

Nasi King
Nasi King
My All Time Favorite Meal di Burger King, Whopper Burger

"Look who's here - THE burger to rule them all. A real meaty flame-grilled Whopper® beef patty, topped with tangy pickles, ketchup, fresh tomatoes, crisp lettuce and fresh onions, finished with creamy mayo , and served on a toasted 5" sesame seed bun. Feeling hungry for a real meaty burger yet?" - petikan dari website Burger King

Whopper Beef
close-up
close-up
Ini pula Satay Burger yang nampak menggiurkan tadi.. Namun ianya indah khabar dari rupa..

Satay Burger
Bukan maksud untuk condemn tapi review jujur dari pelanggan Burger King yang agak setia..
Pembaca nilai sendiri, bandingkan dengan iklan promosi Satay Burger di atas.. Tapi harus diingat Burger King tak salah sebab ada pernyataan disclaimer dalam iklan promosi iaitu : "Visuals are for illustration purposes only".. Maksudnya apa yang ditunjukkan dalam gambar tak semestinya sama apa yang kita pesan.. So complaint pun sia-sia, terimalah dengan hati terbuka..

Satay Beef Burger close-up
Itulah sebab mengapa saya susah derhaka dengan menu kegemaran, risau jadi begini.. Apa pun tetap bersyukur dengan segala nikmatNya..

Siapa ingin cuba dan rasa sendiri boleh pergi ke mana-mana outlet Burger King. Promosi Satay Burger ni tak silap ada tempoh masa tertentu.. Ada 3 pilihan : Satay Beef Burger, Satay Tendergrill Burger dan Satay Double Beef Burger. Pilih mana-mana yang berkenan di hati.. Nak rasa semua pun okay..

Keterangan lanjut tentang menu lain di Burger King boleh layari website Burger King di www.burgerking.my

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,