Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. 
Post kali ini saya nak share tentang addicted makan ayam kampung goreng garing di sebuah kedai makan bernama Patin Limbongz terletak di Pavilion Square Seremban 2.. Pavilion Square ni just walking distance di belakang office saya..

Al-kisah ini merupakan menu lunch saya lately.. Boleh kata dalam seminggu 3 atau 4 hari pasti akan makan di sini bersama #ganglunch.. So far we all belum jemu makan di sini walaupun kekerapan melampau, hehehe. Tengok Instagram Patin Limbongz pun terasa lapar ditambah pula cuaca mendung begini..

Patin Limbongz
Set ayam kampung RM12.00 di Patin Limbongz
AYAM KAMPUNG

Istilah ayam kampung menurut wikipedia ialah ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaannya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).


Gambar bawah ini ayam kampung yang sudah digoreng garing iaitu menu pilihan saya di Patin Limbongz..

Ayam kampung goreng
Rasa ayam kampung goreng garing ini ada keistimewaanya berbanding 'ayam bandar' hehehe. Ayam bandar saya gelar untuk ayam biasa kita beli di pasaraya.

Isi ayam kampung ini lebih pejal, rasa manis fresh selain berprotein tinggi.

Nasi putih
Set ayam kampung di Patin Limbongz didatangkan dengan nasi, ulam, sambal belacan, pilihan sup, kari, kuah patin tempoyak atau kuah masak lemak selain menu utama ayam kampung goreng garing. Semua ini hanya RM12.00 termasuk air sirap atau teh O ais.

Nasi, ulam kacang botor dan timun serta sambal belacan
Sambal belacan
Sambal belacan ni kaw tak cukup sepiring kecil, pasti tambah extra.. 

Sup tetel
Saya lebih suka sup tetel berbanding kuah masak lemak namun masak lemak ada peminat tersendiri..

Nama Patin Limbongz tapi cerita ayam kampung, camne tu.. Sebenarnya banyak lagi menu lain selain ayam kampung.. Ada ikan bakar, sotong bakar, kambing bakar, patin tempoyak, sup tetel etc... Menu ikan patin adalah signature dish di sini selain menu lain so nak tahu lebih lanjut kena datang makan di sini, baru puas hati..

Siapa yang ingin merasai sendiri masakan ayam kampung di Patin Limbongz boleh hubungi nama tokey kedai di namecard ini :

Patin Limbongz
Perkhidmatan catering Patin Limbongz
Selain itu, boleh follow atau cuci mata untuk baca reviews dan update di social media Patin Limbongz seperti berikut :

Deskgram : Patin Limbongz
Instagram : Patin Limbongz 
Facebook : Patin Limbongz

Alamat Patin Limbongz :




Lot B-13 Kompleks Dataran Usahawan (Pavilion Square) 
Seremban 2 N9 (belakang Kompleks PKNNS  / Ibupejabat SAINS)

🕐 Open : 11.30 pagi hingga 7.00 petang (setiap hari)
📲 019-8714933 (Abu)


Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Sesiapa dekat kawasan ini jangan lupa singgah..
  Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,