Thursday, 6 December 2018

MENGAPA PERLU SOMBONG?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari-hari yang saya lalui minggu ini berjalan dengan lancar.. Segala tugasan pejabat berjaya dilaksanakan mengikut perancangan..

Hari ini saya menghadiri satu kes mediasi (mediation) di Mahkamah di mana saya mewakili majikan sebagai Plaintif.. Kes ini sudah diputuskan untuk bicara tetapi YA Hakim berpendapat bahawa ianya boleh diselesaikan melalui proses mediasi.. Ini merupakan tarikh mediasi kedua. Pada tarikh mediasi pertama, Mahkamah tidak dapat meneruskan kes kerana tiada wakil pembuat keputusan ("decision maker") di pihak Defendan. Maka, hari ini saya sedia dengan kes ini, begitu juga Defendan. Defendan membawa seorang pembuat keputusan berjawatan Managing Director berpangkat Dato'..

Apa yang ingin saya sampaikan di sini bukan proses mediasi yang berlaku hari ini tetapi saya ingin highlight tentang perangai atau sikap seorang bergelar Dato' yang begitu arrogant (bukan semua)... Alahai bukan Dato' glamour pun sekadar Dato' yang mempunyai syarikat hampir gulung tikar, whoops! Frankly speaking saya tak pernah jumpa manusia yang begitu sombong sepertinya.

Credit to Google
Pada pembukaan proses mediasi YA Hakim akan meminta setiap pihak mengemukakan hujahan masing-masing.. Hujahan yang dikemukakan oleh Dato' ini langsung tak mempunyai fakta tetapi semuanya berunsur dakwaan (allegation).. Bila pihak Plaintif membalas semua kenyataannya dengan fakta dan evidence, Dato' mula menggelabah dan tukar topic lain yang mana memang langsung takde kena mengena dengan nature of claim. Namun tetap kena dengar demi peluang dan keadilan kedua-dua belah pihak.. Itu belum lagi memalingkan muka dan memandang sinis.. Oooohh I cannot brain!

Dalam hati saya : "Oh mungkin dia sombong sebab ada driver dan bodyguard kot.." Padahal statement itu sekadar mematikan fikiran yang sentiasa mencari sebab mengapa perlu sombong begitu rupa..

Itu hanya sebahagian, selebihnya tak dapat saya zahirkan di sini.. Masih terbayang riak muka sombong, setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya semua berunsur tuduhan membabi-buta, tuduhan tak berasas dan sekadar ingin melepaskan kesalahan sendiri kepada orang lain. 

Jangan sombong
Dalam fikiran, tak terjangkau dek akal saya sedang berdepan dengan bangsa sendiri yang menganggap seolah-olah matinya nanti membawa gelaran dan jawatan ke liang lahad.  Apa yang saya tahu melalui pembacaan, orang yang sombong itu selalunya menyembunyikan kelemahan diri.. 

Mungkin juga dia sedang diuji dengan pangkat dan kemewahan. Tak tahu bagaimana pula kita nanti bila diuji sepertinya.. Jadi untuk mengelakkan dari lupa diri maka saya abadikan peristiwa hari ini di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kepada pembaca blog ini..

 Apalah yang ingin dibanggakan, kalau kita kaya ada orang lebih kaya dari kita.. Kalau kita bijak ada orang lebih bijak dari kita.. Kalau kita berjawatan tinggi, ada orang lain lebih hebat dari kita dan seterusnya.. Ingatlah segala yang kita ada di dunia ini hanya pinjaman dan bersifat sementara.. Atas sebab itu saya tak boleh hadam mengapa perlu sombong?

Namun begitu, saya jadikan setiap yang berlaku sebagai cermin diri untuk lihat kepada diri saya sendiri.. Tanya pada diri sendiri : Aku pernah buat perangai camni kah? Jika tidak, mohon dijauhkan dan ambil pengajaran setiap yang berlaku untuk ubah diri kepada lebih baik.



Okay setakat ini sahaja cerita yang ingin saya kongsi bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


11 comments:

  1. susahlah nak menang kalau dakwaan berunsur emosi/tuduhan liar je, boleh jerat diri sendiri. Betul tu, kalau kita hebat ada yang lagi hebat dari kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Farhanna, susah berdebat dengan orang begini, ikut emosi. Takde modal meriak / cakap besar.. Morale of the story, ingat siapa diri kita.. Stay humble, tak rugi pun..

      Delete
  2. Pangkat dan kemewahan tu tak bawak ke mana pun. Huhu. So pity that Dato’. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed yeaslmn, iyer laa pity that Dato..

      Delete
  3. Nuzubillahminzalik, moga sy x menjadi manusia yg sombong. Harap2 dato tu cepat2 insaf

    ReplyDelete
  4. Allah.. Moga saya terhindar dari sifat sombong ini.. Perkongsian yang sangat bagus sis..

    ReplyDelete
  5. dgn perangai mcm tu mmg patut pun bankrup... jenis x sedar diri menongkat langit

    ReplyDelete
  6. Barangkali dia merasakan dengan kedudukannya tiada siapa yang boleh 'melangkahi' dia... sebab itu dia sombong... tapi dia lupa Allah itu ada dan memerhati.

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua dijauhkan dari sifat sombong ni..aminnn :)

    ReplyDelete
  8. Pernah hadap orang sombong begini tapi bukan dia yang berpangkat, tapi suaminya. Fuhh sabar jelah sambil pujuk hati sendiri. Tak boleh hadam macam mana manusia boleh jadi sesombong itu. Best ke orang benci? Semoga dijauhkan kita dari ada perangai macam tu.

    ReplyDelete
  9. memang 'panas' kalau hadap dengan orang sombong ber'pangkat' macam ni huh

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!