TERIMA MESEJ TELEGRAM NAMA ARWAH | Tak tahu macam mana ingin mulakan entry ini.. Berdebar dan masih menjadi persoalan dalam fikiran sehingga kini.. Al-kisah tengah malam tadi sedang browse Instagram tiba-tiba saya terima mesej masuk melalui apps Telegram.. TING! Bunyi mesej masuk sangat kuat tepat jam 12.58 malam.. Di screen phone terpapar notification, mesej diterima dari "ARIFF DELIA". Nama itu sangat familiar dan tersenarai dalam contact saya sejak sekian lama tetapi tuan punya nombor tersebut telah meninggal dunia pada tahun 2013..  

Telegram notification message
  Sejurus selepas mesej diterima, saya rasa berdebar, serius terkejut! Cukuplah saya baca notification itu, terus letak phone di sisi katil dalam sleep mode..

Sambil lelap mata, saya membuat andaian tentu waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Tapi kenapa setelah 6 tahun berlalu? Arghhh malas fikir, mulut kumat-kamit baca surah-surah penting hingga lena..

Pagi ini seawal 5.51 pagi saya memberanikan diri untuk buka mesej yang diterima.. Sebelum itu screenshot dulu.. Hati saya berdebar, masih terkejut.. Persoalannya apakah yang terkandung dalam mesej itu?

Telegram mesej
Syukur, apabila mesej dibuka status mesej sekadar 'Unread Messages'..
Takde mesej yang 'tidak diingini'.. Tapi mengapa baru sekarang joined Telegram?
Biarlah persoalan ini menjadi tanda-tanya..Takde maknanya saya akan call nombor arwah untuk mendapatkan jawapan..

Untuk pengetahuan, arwah adalah seorang peguam dan kami bekerjasama untuk kes-kes Mahkamah sebelum ini. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.. Berita kemalangan arwah tersebar di beberapa buah blog dan suratkhabar.. Berikut status Facebook saya bertarikh 5 Mei 2013 di samping keratan akhbar mengenai berita kematian arwah :

Keratan akhbar
 Sehingga kini fikiran masih tertanya-tanya siapakah yang menghantar mesej itu?.. Dalam masa yang sama saya masih membuat andaian mungkin waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Selain itu, tak mahu membuat andaian yang bukan-bukan..

Akhir kata :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
۞ بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين

Ya Allah,  rahmatilah nya, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya,
 lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah..    


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,