Misi Menghantar Kad Raya Selesai

Ramadhan sudah masuk minggu ke-3, saya percaya tentu ramai antara kita sibuk dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dalam masa yang sama juga meningkatkan amal ibadah 10 malam terakhir Ramadhan.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan amal ibadah kita diterimaNya..

Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dalam kesibukkan menjalani tugas hakiki di pejabat dan rutin harian dapat juga saya meluangkan masa berutus kad raya dengan peserta Projek Kad Raya 2019 by Lady In Red Planner.. 

Projek Kad Hari Raya 2019
Untuk pengetahuan pembaca, proses mencari dan membeli kad raya yang sesuai juga bukan mudah sebab tak banyak kedai buku sekarang ini menjual kad raya dibandingkan 5 atau 10 tahun lalu. So nampak tak kad raya dah semakin pupus okay..

Kad Hari Raya 2019
Pemilihan kad raya juga mestilah bersesuaian dengan si penerima.. Jadi saya pilih setiap kad mengikut naluri.. Harap si penerima dapat terima kad itu seadanya..

Setem 60 sen untuk kad Hari Raya
Akhirnya proses mengirim kad raya berjaya diselesaikan semalam, alhamdulillah..

Peti pos Malaysia
Harapan saya semoga semua kad raya diterima kepada peserta dan rakan bloggers. Maaf andai ada yang terima kad raya saya selepas bulan Ramadhan disebabkan kelewatan penghantaran oleh Pos Malaysia. Kita faham mereka sekarang sedang bertungkus-lumus untuk proses serahan sebelum cuti Hari Raya nanti.

Apa yang paling penting bila anda terima kad raya dari saya nanti itulah tanda ingatan tulus ikhlas yang lahir dari hati walaupun kita tak pernah bersua muka dan hanya berkenalan di alam cyber.. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada peserta Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner.. Maaf andai ada kekurangan dari saya dalam menjayakan misi ini..

Related post : Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner





Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Thank you for reading..
Wasalam..


Regards,


Loading...

22 comments :

  1. Replies
    1. Sekarang kad Raya susah dapat Rabiah sebab itu tradisi ini kian pupus..

      Delete
  2. Replies
    1. Tahun depan Cik Nor join okay 😉..

      Delete
  3. Wahhh bestnya..rugi tak join

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah tahun depan LZ akan buat lagi so Ciktie boleh join nanti 😊

      Delete
  4. Alhamdulillah niat akak dah lunas..moga urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC, syukur dipermudahkan segalanya.. Terima kasih dear 🌹..

      Delete
  5. Alhamdulillah.. semoga semua kad raya selamat tiba ke penerimanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sha, itulah yang diharapkan.. Terima kasih atas sokongan Sha 🌹..

      Delete
  6. Zaman dulu2, kad raya ni meriah sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pakcik WP, setiap kali saya balik kampung sehari dua sebelum raya mesti tunggu kad raya dari kawan2.. Nostalgia sangat, hehehe

      Delete
  7. Masih rajin lagi menulis dan mengirim kad raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengembalikan tradisi lama sweetie, memori terindah hehehehe 😊

      Delete
  8. Bestnya kalau dapat kad raya. Tradisi macam ni mudah mudahan tak pupus dalam era zaman teknologi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Cik CL begitulah harapan kita.. Biar sedikit kita memberi dan menerima asalkan tak pupus ditelan zaman..

      Delete
  9. dana terlupa lah nk mintak alamat akak... nnti akak bg alamat kt email dana yek... ataupun boleh tak akak sertakan beberapa lagi ke alamt kwn2 blogger...

    dana excited nk kirim kad raya, walaupun mmg ucapan tu sangat kekok sbb dh lama tak menulis...
    kalau dpt time lps raya pun kira ok... pun ttp seronok

    ReplyDelete
  10. wahhh menarik! and setuju juga, memang tak banyak dah jumpa kedai buku yang jual kad raya macam dulu2

    ReplyDelete
  11. Bagus projek ni LZ mengimbau nostalgia.
    Teringat zaman 90an dulu kad raya macam-macam pilihan.
    Dapat kad raya pun banyak siap gantung kat pokok buat hiasan.
    Kalau kad raya untuk boyfren pulak besar gedabak siap ada lagu lagik!

    ReplyDelete
  12. Dulu kecik2, siap gantung pada ranting kayu, tampal kat dinding & susun dalam bakul. Perkara yang semakin dilupakan :(

    ReplyDelete
  13. Syoknya sis LZ meneruskan tradisi ini.. Mesti senyum mana yang dapat tu

    ReplyDelete
  14. memori betol.. hahaha.. dulu ada la beberapa tahun dok buat pos kad raya.. skrg dah malas skit..

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Designed For Lady In Red Planner | Copyright Reserved 2019