DAGING PEKASAM SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban baru sahaja berlalu, tentu ramai antara pembaca sedang 'mabuk' daging (tak kiralah beef or mutton).. Tapi saya selaku penggemar daging tegar tak pernah jemu makan daging lebih-lebih lagi menu daging boleh dipelbagaikan.. Secara coincident bolehlah dikatakan begitu, ada seorang kakak ni jual daging pekasam secara cash on delivery.. Untuk pengetahuan pembaca, seumur hidup saya tak pernah makan daging pekasam, kalau ikan pekasam tu biasalah..

Jadi saya teringin rasa, saya pun order 2 paket. Isi kandung sepaket 200gm berharga RM12.00.. 

FZ daging pekasam

Tanpa berlengah lagi, misi menggoreng daging pekasam pun bermula.. Step by step seperti berikut:

Goreng daging pekasam hingga warna kekuningan
Apabila sudah garing dan kekuningan, masukkan bawang besar (potong kasar) dan cili api mengikut citarasa masing-masing
Siap sudah daging pekasam sedap

Beginilah rupa daging pekasam sudah siap dimasak.. Saya makan dengan nasi panas dan gaji-namul (terung stim Korean style).. Alhamdulillah sedap, kena dengan tekak..

Related post : Resepi gaji-namul - Korean dish

Maka bolehlah saya repeat order daging pekasam ni untuk stok terdesak bila sudah ketandusan idea memasak kelak sementara takde stok ikan pekasam...

Sebelum saya mengakhiri entry ini, ada tak antara pembaca yang pernah makan daging pekasam ni or tak pernah rasa langsung? Bolehlah kongsi pendapat di ruangan komen.. Pada pendapat saya pula, kalau suka dengan ikan pekasam, saya rasa mungkin daging pekasam ini juga kena dengan citarasa anda.. who knows.. Belum cuba, belum tau..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...