Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Hampir Ditipu : Shopee Dispute Resolution Team Penyelamat!

HAMPIR DITIPU : SHOPPE DISPUTE RESOLUTION TEAM PENYELAMAT! | Al-kisah, tak semua peniaga di alam maya itu benar-benar peniaga ada yang mengambil kesempatan dengan membuat 'shopping mall' bertopengkan scammer. Apa itu scammer? Scammer dalam bahasa mudah faham seseorang yang menipu dalam transaksi online.

Scam


Minggu lalu, saya mencari perabot jenis Nordic dan Scandinavian dari Shopee. Al-maklum semangat menghias rumah baru sedang berkobar-kobar... Hasil perbandingan harga, saya dapat harga paling rendah untuk perabot tersebut dalam satu mall ini..

Scammer's profile

Hati berbelah bahagi sama ada saya perlu membeli barang ini dalam talian atau sebaliknya.. Untuk makluman pembaca saya tak pernah 'melebur' duit sebanyak itu beli barang online.. Tapi bila saya consider dari segi  masa untuk keluar survey di kedai (kerana saya sangat sibuk sejak kebelakangan ni) di samping memerlukan tenaga (sebenarnya tak sabar dapat barang tapi malas keluar survey), jadi saya nekad meneruskan transaksi pembelian dan membuat bayaran. Pembelian saya bernilai hampir RM1,000.00. Sejurus sahaja bayaran dibuat, saya terima mesej berikut daripada Seller melalui chat di Shopee..

Scammer chat

Penjual menghantar mesej menyatakan bahawa tracking number akan diberi 5 hari kemudian iaitu sama tarikh dengan barang dijangka saya terima sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee. Saya rasa mustahil dan tak sama seperti yang dimaklumkan oleh Seller. Saya tak sedap hati..

Saya teragak untuk review Seller ini.. Ternyata reviews yang diberikan begitu teruk sekali dan rata-rata pembeli tidak menerima barang mereka malah ada sebahagian dari mereka tidak mendapat pulangan wang. Saya rasa cuak.. Mengelabah laa jugak..

Kalau semua reviews begini, saya rasa anda sebagai pembeli juga akan mengalami perasaan yang sama seperti saya :

Reviews
Negative reviews


* abaikan 5 stars tapi statement tak terima barang - mungkin pembeli berkenaan tak familiar dengan maksud bintang tersebut

Saya ambil keputusan untuk membatalkan transaksi pembelian tersebut dengan memilih "Buyer Returns/Refunds" dan pada masa yang sama saya terus hantar mesej ke Shopee Customer Service Team. Saya terima maklumbalas dari Shoppe melalui email yang dihantar dalam hari yang sama. Mereka menyatakan bahawa saya perlu tunggu dalam tempoh 3 hari untuk Seller meluluskan permintaan pemulangan wang.


Dalam tempoh saya menunggu dan sedang berurusan dengan Shopee Customer Service Team, Seller menghantar mesej berikut melalui Shoppe chat meminta saya membatalkan niat untuk mendapatkan pemulangan wang dengan alasan barang telah dihantar. Saya mengabaikan permintaan Seller tersebut. Sekiranya saya terima barang tersebut setelah mendapat pulangan wang, saya janji akan buat bayaran semula, itu niat saya.

Scammer's chat

Untuk pengetahuan pembaca, saya dapat track barang yang dipesan tetapi sampai satu tempoh website tracking number tersebut tidak dapat dijejaki.. Tempoh menunggu 3 hari telah pun tamat namun Seller masih belum meluluskan permohonan pemulangan wang saya. Di peringkat ini, Dispute Resolution Team menjadi orang tengah (mediator) untuk menyelesaikan perkara ini.

Alhamdulillah, setelah beberapa usaha, sabar, doa dan tawakkal ada rezeki saya, akhirnya saya dapat email berikut yang menyatakan bahawa pemulangan wang saya berjaya. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun saya :

Shopee Dispute Resolution team superb!

Saya suka konsep Shopee di mana wang penjual tidak akan dibayar sehingga Pembeli sah menerima barangan yang dipesan. Jadi pembeli mendapat jaminan pemulangan wang jika bertindak segera.

Begitulah kesudahan pengalaman saya membeli-belah atas talian yang hampir ditipu oleh scammer. Bukan sahaja di Shopee malah pembeli terdedah dengan Scammer di mana-mana jua online apps.. 

Lesson learned! Jadi pembaca yang merangkap pembeli dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah-langkah berikut sebelum membuat bayaran :

1. Baca profile peniaga (biasa profile gambar amoi adalah scammer)
2. Semak review yang diberikan oleh pembeli sebelum ini 
3. Bila yakin baru boleh buat keputusan.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry..
Thank you for reading..
Byee... Wasalam..



Regards,


Loading...

Comments

  1. Terima kasih kak perkongsian. Sekarang ni ramai je nak ambil kesempatan. Geram rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring.. Betul PC, memang geram. Macam-macam cara mereka guna untuk tipu duit orang..

      Delete
  2. Syukur LZ cepat sedar kalau Shopee dah release payment mungkin dah lain kisah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Shopee dah release payment tentu tambah satu lagi review barang tak sampai dan berhuhuhu jer la jawabnya Mrs. A..

      Delete
  3. ada je akal nak songlap duit orang kan manusia2 ni. aduhaiii.
    mujur duit LZ selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, licik sungguh mereka..
      Macam-macam cara mereka guna untuk mengelirukan pembeli.

      Delete
  4. Alhamdulillah.. mujurlah dapat balik duit.. Bagus perkhidmatan pihak shopee..
    satu perkongsian yang bagus untuk pembeli online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur Sha, masih ada rezeki sis..
      Kalau tidak terkilan jugak..

      Delete
  5. Syukur dapat balik duit...sebab tu kalau barang harga mahal2 ni SA x berani beli online...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah SA, masih ada lagi rezeki LZ ketika itu..
      Iyer laa kena berhati-hati membeli-belah di talian terutama bila melibatkan kos yang tinggi.

      Delete
  6. Fuh, nasib dpt refund, bkn sikit jumlah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, syukur Shirven masih ada rezeki LZ..

      Delete
  7. sekarang dah banyak plak scammer di shopee. nampak sangat di mana2 pun akan ada scammer :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul Umi Nazrah, kena berhati-hati sebelum membeli..

      Delete
  8. bila baca emel mrka abe kie perasan ada beberapa grammatical mistakes. Biasanya yg menulis mcm ni org Afrika. Mujurlah puan dpt kembali duit tu.
    done follow your blog....
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abe Lie, LZ pun perasan tetapi ingat memang mereka dari China.. Iya mungkin juga orang Afrika berdasarkan kes-kes yang biasa kita dengar.. Alhamdulillah syukur dapar semula duit LZ setelah mengharungi beberapa kesulitan..

      Terima Abe Kie sudi follow blog ini.. LZ akan menyusul ke blog Abe Kie..

      Delete
  9. awa kalau beli kat shopeee mmg akan tgk dulu review.. biar mahal sikit kalau review ok.. dr murah review x ok.. but sistem shoppee tu mmg leh bantu pembeli. nasib baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Sis Awa.. Baca reviews dulu baru boleh teruskan transaksi kannn..
      Kes ini memang membuka mata LZ..

      Delete
  10. macam-macam kes scammer ni kan, pembeli kena tipu, penjual pun kena tipu dgn duit palsu..
    Alhamdulillah, dapat refund..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sis, sebenarnya ada risiko kepada kedua-dua belah pihak.. Kena berwaspada..
      Syukur alhamdulillah LZ dapat semula duit tu..

      Delete
  11. ada je akal scammers ni kan nk tipu orang? sy kesian kt mereka yang tak berapa mahir selok belok mcm ni then kena tipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear anies, LZ pun pernah terfikir, kesian pada pembeli yang tak tahu cara batalkan transaksi dan claim refund..

      Delete
  12. Replies
    1. Exactly Tiara Sapphire, macam-macam cara mereka berselindung...

      Delete
  13. Ai tak berani nak beli barang online mahal-mahal walaupun trusted seller. Delivery pun belum tentu jamin barang sampai dengan elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berisiko Ai, mujur LZ tak teruskan pembelian itu.. Rasanya kena ada prinsip macam Ai, jangan beli barang mahal through online.. Belum tentu terjamin kannn..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
IKEA DECORATION IDEAS UNTUK RUMAH SAYA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Apa khabar? Hopefully semua …