REVIEW : MARRYBROWN KOREAN SENSASI AYAM TERHANGAT | Al-kisah seperti biasa pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya dan anak teruna akan ke Mydin Mall Seremban 2 untuk sesi Jalan-Jalan Cari Makan.. Hari Jumaat merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk outing bersama during lunch hour memandangkan masa panjang dari 12.30 hingga 2.30 petang..

Lately, we all suka makan di Marrybrown.. Kalau tidak sebelum ni we all suka makan di A&W untuk menikmati A&W float.. Nak tahu kenapa dan mengapa? Haaaaaaa (sila sebut panjang sikit supaya lebih dramatic, hehehe....) semuanya kerana Korean Sensasi Ayam Terhangat! Sedap dan kena dengan citarasa kami berdua..

Merry Brown fries
Anak saya order set Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat.. Actually ada 2 jenis set 1 ayam dan set 1 lagi burger.. Kami dapat fries dulu dan nombor giliran..

Menunggu giliran makanan

Sabar menanti kerana set Korean Sensasi Ayam Terhangat belum ready and no ready stock.. Sila bawak bersabar.. So sementara menunggu, sambil makan fries..

Merry Brown Bubur Ayam Pedas
Jika pilihan anak set ayam, saya pilih ala-carte bubur pedas coz it's my favourite! 

Close up bubur ayam pedas
Inilah rupa bubur ayam pedas kegemaran saya.. Kebetulan hari itu sakit tekak dan tak sedap badan seperti mahu demam tapi degil tetap makan pedas..

Inilah MB Korean Sensasi Ayam Terhangat
Tak lama selepas bubur ayam dihantar ke meja, maka tibalah Korean Sensasi Ayam Terhangat untuk anak.. Mak budak tumpang seketul dua.. Sedap ada rasa manis pedas, sesuai untuk seisi keluarga..

Close up Korean chicken sedap

Siapa masih belum rasa MB Korean Sensasi Ayam Terhangat, silalah ke outlet Marrybrown berhampiran anda.. Mesti cuba rasa baru boleh komen sedap atau tidak.. 


Begitulah review Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Maaflah saya tak reti sangat review makanan se-detail blogger Hans sampai kita rasa meleleh airlio bila baca entry dia, hehehehe. Entry saya lebih kepada biar gambar berbicara..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,



Loading...