Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Resepi Ketam Masak Pedas Ala-Thai Mudah dan Sedap

RESEPI KETAM MASAK PEDAS ALA-THAI MUDAH DAN SEDAP | Sebut sahaja menu ketam pasti ramai suka.. Al-maklum ketam adalah salah satu menu popular dalam kalangan kita.. Tak gitu? Tentu ada antara readers juga penggemar tegar ketam.. Tak kiralah ketam masak apa sama ada  sup atau sambal mesti hasilnya sedap..

Kali ni saya nak kongsi resepi Ketam Masak Pedas Ala-Thai yang sangat mudah dan sedap.. Don't worry lauk-pauk saya masak semua simple sebab saya tak reti sangat masak lauk dengan pelbagai ingredients.. Senang kata saya tak pro dan masih belum pandai sangat memasak..
Buktinya sila singgah dan jenguk resepi ini juga : Masak lemak cili padi ketam.

RESEPI KETAM MASAK PEDAS ALA-THAI MUDAH DAN SEDAP
Okay let's straight to the receipe..

Bahan-bahan :

4 ekor ketam - cuci bersih, ketuk bahagian duri, potong 2 dan tos
3 biji bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar - hiris
1 cm halia - hiris halus
2 batang serai - ketuk
5 helai daun limau purut - carik-carik kasar

3 sudu besar cili kisar - ikut tahap kepedasan masing-masing
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos seafood / tiram
Sebutir telur ayam
Minyak masak
Garam
Gula

Step 1 - 2 : Masukkan cili kisar dan sos-sos yang berkaitan


Cara masak :

1. Masukkan lebih kurang 5 sudu besar minyak masak, tunggu hingga minyak panas.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai - kacau hingga sebati dengan cili kisar dan naik bau.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos seafood / tiram.
5. Masukkan sedikit air, tunggu mendidih kemudian masukkan ketam dan tutup.
6. Kacau sekali-sekala hingga ketam masak
7. Apabila ketam sudah masak, kecilkan api. Letak sedikit garam dan gula ikut kesesuaian. Kemudian, masukkan telur ayam tunggu hingga telur ayam separuh masak dan kacau
8. Siap boleh hidang

Related post : Resepi Masak Lemak Cili Padi Ketam

Step 3 - 4 : Masukkan daun limau purut dan serai yang telah diketuk (serai saya tak letak kerana takde stok)

Step 5 : Masukkan ketam apabila kuah pekat dan naik bau
Step 6 : Kacau sekali-sekala hingga ketam masak
 Step 7 : Masukkan telur ayam, kacau apabila telur hampir masak dan tutup api 
Siap dan sedia dihidang

Begitulah perkongsian Resepi Ketam Masak Pedas Ala-Thai yang simple dan sedap..
Sebagai tambahan boleh tabur daun sup atau daun ketumbar..
Penggemar ketam sila munculkan diri bawa pinggan dan nasi panas sekali, hehehe
Okay, selamat mencuba!

Nak resepi lebih simple dan sedap boleh cuba : Resepi mi segera ketam or maggi ketam

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee


Regards,


Loading...

Comments

  1. fuhhh senangnya resipi ni. Nanti nak try jugak lah

    ReplyDelete
  2. sedapnya, lama juga tak makan ketam nih...

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa..dh la tgh puasa ni....lama tk masak ketam

    ReplyDelete
  4. kecur ailio tengak ketam bercili...dah lama x makan ketam..

    ReplyDelete
  5. sedapnya ketammmmmmm. dah lama tak makan, last time masa tahun 2016, kot ?

    ReplyDelete
  6. mudah je kan cara nak masak ketam ni.. ingatkan susah. kalau tak reti memang susah kan haha.. nice sharing.

    ReplyDelete
  7. Simplenyaaaaa. mmg tgh cri resepi bru utk masak ketam pun. bookmark terus okay

    ReplyDelete
  8. Kalau beli ketam, cari yang betina.
    Sedap kalau penuh telurnya dalam cengkerang

    ReplyDelete
  9. WAHH wak tenok pon nmpk sodapp jakk., hehe tapi nk meratam ketam tuh yg lecehh kannns., huhuhu

    ReplyDelete
  10. Penggemar ketam masuk menghadap. Balik somban sok nak gi pasar cari ketam nipahlah. prefer yang itu dari ketam bungan sebab isi dia lagi padu. Kita amik resepi ni ye

    ReplyDelete
  11. alahai sedapnya kak, daun limau tu lagi mengharumkan masakan tu... tak pernah try lg masak ketam mcmni

    ReplyDelete
  12. sedapnyaaaaa tp part nk kopek ketam tu alahaiiiiiii

    ReplyDelete
  13. Sedapnya! lama tak makan ketam. biasa masak lemak cili api ataupun sambal je. tapi masak macam ni belum cuba. nak cuba boleh guna resepi ni nantilah. Terima kasih kak

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. Sha selalu buat sup je ketam ini.. Menarik juga dimasak ala gini.. lebih membuka selera..

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

BILA INGIN MEMILIKI KELEMBUTAN HATI
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..  Hari ini tergerak hati untuk berkongsi Had…
TANJAK JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers.. Detik sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia…
TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…