KARENAH PENJUAL ATAU PEMBELI? | "Assalamualaikum saya nak order barang ni, masih available?" Mesej pertama dihantar kepada Penjual atas talian pada jam 5.45 petang dan disertakan sekali gambar barang yang ingin dibeli supaya memudahkan Penjual. Selang 1 minit Penjual membalas mesej : "W'salam. Sekejap ya."

Photo by ama.org

Pembeli faham maksud Penjual supaya menunggu. Pembeli beranggapan bahawa Penjual mungkin ingin semak stok atau jika Penjual adalah drop-shipper, mungkin Penjual ingin menghubungi tokey kedai. Tempoh semak stok sebaiknya tidak mengambil masa yang lama kerana Penjual kena sentiasa ingat bahawa Pembeli bebas membuat pilihan lain jika Penjual membuang masa Pembeli. 

Setelah 3 jam setengah berlalu, mesej Penjual masuk : "Assalamualaikum sis. Maaf ya lambat sebab uruskan anak-anak + (emoticon sengeh). Sis nak order apa tadi?". Pembeli yang sedang bersabar itu mengulangi pesanannya : "Saya nak beli .......... masih available?".

Dalam keadaan ini Penjual sepatutnya tidak membiarkan Pembeli unattended sehingga mengambil masa berjam-jam lamanya tanpa diberitahu terlebih dahulu dan sebagai Penjual tak perlulah beritahu 'masalah peribadinya itu' kepada Pembeli. Pembeli tak ingin tahu dan tak perlu diberitahu dengan masalah begitu. As if, Pembeli itu menyusahkan Penjual pula. 

Setelah 1 jam berlalu, Penjual membalas mesej ini : "Maaflah, saya tak dapat check stok malam ni sebab office dah tutup. Saya confim esok." Pembeli dah laa rasa kecewa sebab dibiarkan menunggu lama dengan penuh harapan namun masih gigih membalas mesej menyatakan : "Okay." 



Pada keesokan harinya, Pembeli menerima mesej menyatakan bahawa barang yang ingin dipesan masih ada. Maka Pembeli pun meneruskan pembelian dengan Penjual yang sama setelah berjaya menahan sabar. Proses pembelian menggunakan template dengan meminta Pembeli mengemukakan gambar barang, nama dan alamat penghantaran serta bukti pembayaran. Dalam hal ini Pembeli kena letak extra effort sedangkan gambar dan maklumat pembelian telah dinyatakan pada awal pesanan. 

Kalau anda di tempat Pembeli adalah anda akan meneruskan transaksi pembelian tersebut sedangkan barang yang ingin dibeli berlambak dalam pasaran dengan harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding Penjual tadi. Jika anda masih teruskan pembelian, nyatakan sebab mengapa anda masih meneruskan pembelian.

Atau anda mungkin tak beli terus jadi apakah ayat yang sesuai untuk menamatkan transaksi begini?
Pendapat anda amat saya harapkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan Penjual atas talian di Malaysia dan mungkin juga memupuk sikap sabar dengan karenah Pembeli dengan beranggapan bahawa situasi di atas adalah perkara biasa.

Perkongsian pendapat anda amat saya harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee



Regards,


Loading...