SEPETANG DI BANDAR MAHARANI | Al-kisah Ahad lalu saya pulang ke kampung halaman di Muar, Johor untuk menguruskan jual beli kenderaan. Plan pun secara mengejut so balik pun mengejut.. Lama tak balik Muar atau nama lain Bandar Maharani Bandar Diraja.. Melepasi jambatan (pertama) Muar ada pintu gerbang berwarna biru disusuli pula Menara Jam di tengah-tengah Bandar Muar..

Muar Bandar Maharani Bandar Diraja
Menara Jam Muar

Saya bercadang untuk jual sahaja kereta pertama saya iaitu jenis Kia Caren memandangkan kereta tersebut memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki. Jual murah-murah asalkan saya tak perlu lagi menanggung unnecessary cost.

My Kia Caren
Kereta Kia Caren ku
Sepanjang perjalanan dari Seremban saya mengekori kereta yang akan dijual di sebuah kedai kereta terpakai di Jalan Temenggung Ahmad. 

Sampai di Muar lebih kurang pukul 2.45 petang.. Saya terus ke kedai kereta terpakai, berurusan hingga pukul 3.50 petang. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan..

Masjid Sultan Ibrahim
Waktu Zuhur hampir ke penghujung, jadi terus bergegas ke Masjid Sultan Ibrahim yang terletak di Tanjung Emas di tepi Sungai Muar untuk menunaikan solat. 

Selesai berurusan jual-beli kereta tadi sempat singgah di kedai apam balik dorayaki (apam balik inti kacang merah) di Jalan Sulaiman. Apam balik ini terkenal di Muar sejak tahun 1985 lagi, memang laku keras. Jadi bila ada peluang terus tapau 2 bungkus, 1 bungkus makan dalam kereta manakala sebungkus lagi bawa balik ke Seremban. Ada 8 ketul dalam setiap bungkus. Lebih dari cukup untuk kami bertiga.


Apam balik dorayaki Muar
Apabila telah selesai solat Zuhur, lepak sebentar di tepi Sungai Muar untuk menikmati pemandangan sekitar sambil makan apam balik dorayaki.. Kebetulan masing-masing belum lunch so lapar teruk.

Masjid Jamek 2 Sultan Ibrahim
Kelihatan Masjid Jamek 2 Sultan Ibrahim terletak di Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, Muar di seberang jambatan (pertama) bertentangan dengan Masjid Sultan Ibrahim, sungguh mempersonakan. Masjid itu dibina sekitar tahun 2002.

Related post : Jelajah Bandar Muar

Ferry ke Batam, Indonesia menyusuri Sungai Muar
Kaki pancing melabuhkan joran masing-masing
Masjid Sultan Ibrahim, Muar
Tak lama kemudian azan berkumandang menunjukkan masuk waktu Asar.. Kami menunaikan solat Asar sebelum bertolak ke Seremban.

On the way ke Seremban, singgah beli kupang segar dari salah satu gerai yang terletak di sepanjang jalan menuju ke Muar.. Malam ni dinner kupang rebus laa jawabnya..

Kupang segar
Lama tak makan kupang segar dan air asam, sedap dimakan dengan nasi panas.. Saya suka masak kupang simple, memadai hanya rebus bersama bawang putih dan halia yang diketuk manakala pencicah pula air cili iaitu 3 ulas bawang putih tumbuk guna lesung bersama 5 biji cili padi. Bila dah hancur campur sedikit cuka, garam dan gula. Masukkan sedikit air asam. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dimakan bersama kupang rebus.. Memang layan weyyy..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Thank you for reading..
Untuk cerita lain mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Muar.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee...



Regards,


Loading...