RESEPI ODEN RINGKAS, CEPAT DISEDIAKAN DAN PASTI SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua.. Kalau saya cerita tentang Oden dalam post ini adakah masih relevan? Al-maklum makanan famous dari Jepun ini pernah viral suatu ketika dulu selepas Family Mart bertapak di Malaysia..
Siapa tak tahu apa itu Oden? Menurut wikipedia, Oden (おでん) is a Japanese one-pot dish consisting of several ingredients such as boiled eggs, daikon, konjac, and processed fishcakes stewed in a light, soy-flavored dashi broth. Nama bahan-bahan seperti daikon, konjac dan dashi broth, sila tanya pakcik Google untuk dapatkan maklumat lanjut okay sebab den pun tak berapa arif, ngeeee..
Sekarang tak kira sama ada masih relevan atau tidak, saya tetap ingin share dengan pembaca tentang Oden..
![]() |
Bahan-bahan menyediakan oden |
Semalam, hari Sabtu hujan turun dengan lebat, ketika itu stok dalam peti ais sangat terhad, yang tinggal hanya satu pek steamboat selection dan fishball jenama Mushroom, perencah tomyam dan asam pedas jenama adabi.. Itu merupakan bahan-bahan membuat Oden.. Bahan-bahan ini memang standby andai kata husband tak sempat beli barang basah sebelum ke tempat kerja..
![]() |
Steamboat selection jenama Mushroom |
![]() |
Bebola ikan jenama Mushroom |
Terlintas di fikiran pekena Oden masa hujan memang sesuai..Apa lagi saya terus sediakan bahan-bahan tadi.. Cuaca sejuk hirup sup pedas makan panas-panas, memang tak yah kata apa.. Resepi pula sangat mudah, tak sampai setengah jam siap dihidang.. Siapa antara pembaca yang mengikuti post recipe dalam blog ini tentu tahu saya ni bukan seorang yang pakar dalam masakan dengan resepi yang complicated.. For me masakan ringkas, cepat dan sedap sentiasa jadi pilihan dalam menu harian..
So saya kongsi sedikit cara penyediaan oden mengikut style saya..
![]() |
Perencah tomyam dan asam pedas jenama adabi |
Mula-mula, tumis perencah tomyam dan asam pedas dalam periuk dengan api perlahan sampai terbit minyak dan naik bau. Saya guna periuk nasi sebab tak perlu kawal suhu.. Kemudian masukkan air mengikut kepekatan kuah yang anda suka.. Bila air sudah mendidih, masukkan setengah sudu besar gula dan secubit garam.. Rasa kuah, imbang rasa masin, masam, pedas dan manis mengikut citarasa masing-masing.. Akhir sekali masukkan segala macam fishballs dalam steamboat selection itu.. Tunggu hingga bahan-bahan frozen itu kembang dan serap kuah..
Hasil kejadian, siap untuk dihidang..
![]() |
Oden hasil airtangan saya.. Cepat dimasak sedap dimakan.. |
Sangat mudah dan sesuai dengan cara saya yang suka masak makanan ringkas dan sedap..
So siapa antara pembaca pernah buat oden sendiri.. Opss mula-mula kena tanya, siapa antara pembaca suka makan oden dan pernah buat oden sendiri? - Haaa ayat tu baru betul.. hehehehe
Saya minta, kongsi pendapat dan pengalaman pembaca. Saya suka kita ada two way communication. Walaupun adakalanya saya lambat balas komen tapi lampat laun saya akan balas juga sebab itu cara saya berkomunikasi dengan pengunjung blog ini..
Okay, begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca..
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Regards,