Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Kenangan Ketika Hari Lahir Anak

KENANGAN KETIKA HARI LAHIR ANAK | Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada semua. Semalam birthday Arief Redza ke-12. Sambutan birthday dia secara sederhana dan lebih kepada makanan apa dia nak makan semasa berbuka. Budak-budak ni fikir kek dan hadiah saja bila birthday. Lagi pun, al-maklum birthday semasa PKP so faham-fahamlah. Just one slice of cake dan lain-lain makanan segera atas permintaannya. Sekali-sekala layan permintaan birthday boy katakan.. 

Bila sahaja sambutan hari lahir dia, saya mesti terkenang semula moment ketika melahirkan dia. Bukan apa sebab kelahiran merupakan kenangan terindah kepada semua ibu, betul tak? Kalau ada 5 orang anak, pasti kelima-lima mengalami cara kelahiran yang berbeza. Apatah lagi saya, anak seorang, pasti itulah kenangan pahit dan manis. Sempena hari lahir anak saya, saya ingin kongsi dengan pembaca pengalaman saya melahirkan Arief Redza. Perkongsian ini untuk pengetahuan dia juga. 

Saya masih lagi ingat tarikh 14 Mei 2008 iaitu 12 tahun yang lalu. Ketika itu belum cukup masa untuk melahirkan Arief Redza as estimated due date oleh doctor. Arief dilahirkan pramatang kurang 2 bulan. Sepanjang mengandung, saya buat check-up dengan Doctor Selvam iaitu pakar O&G di Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan bercadang untuk bersalin di sana sebab dekat dengan rumah.

Baby identification card

Hari itu, lebih kurang pukul 12.15 malam, tiba-tiba air ketuban pecah. Basah tetapi langsung takde tanda-tanda nak bersalin. Jadi saya pun berkemas dan husband segera bawa ke KJMC. Keadaan memang tak selesa sebab basah. Malangnya atas keselamatan ibu dan anak, KJMC pindahkan saya ke KPJ Damansara. Saya pun dibawa ke KPJ Damansara menaiki ambulan. Husband memandu dengan kereta ikut dari belakang. Itulah pengalaman kali pertama naik ambulan. 



Tiba di KPJ Damansara, saya ditahan di wad untuk pemantauan. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, keadaan Arief semakin kritikal sebab air ketuban hampir kering manakala tali pusat (umbilical cord) Arief telah menjerut lehernya disebabkan Arief kurang oxygen so dia meronta-ronta dalam perut. Doctor ambil keputusan untuk buat pembedahan kecemasan atau emergency caesarean (juga dikenali sebagai c-section) tak dirancang secara lower segment caesarean (LSCS). Pembedahan dilakukan oleh pakar O&G, Dato' Dr. Sivamohan bermula pukul 6.05 pagi. Akhirnya syukur alhamdulillah, Arief Redza selamat dilahirkan pada pukul 7.43 pagi. Saya masih ingat lagi dengan saiz badan yang kecil boleh kata hanya sebesar botol Coke 1.5 liter, kulit berkedut-kedut dan merah.. Kesian rupa dia.

Hari itu saya berada di dalam wad 2 hari 1 malam sebab doctor Pediatrician, Dato' Dr. Musa perlu membuat pemantauan closely kepada bayi pramatang sebelum dibenarkan pulang ke rumah. 

Umur Arief Redza 1 tahun 6 bulan

Seminggu selepas itu, ada temujanji dengan doctor O&G untuk check luka pembedahan. Keadaan inilah punca saya trauma sepanjang hayat. Luka pembedahan saya ada jangkitan dan bernanah. Tanpa berlengah, doctor menetas bahagian bernanah tersebut secara hidup-hidup dan menekan bahagian tersebut untuk membuang nanah yang ada di sepanjang luka pembedahan. Rayuan dan raungan saya menahan kesakitan langsung doctor tak hirau, yer laa demi kebaikan. Sakitnya tuhan saja yang tahu. Saya cengkam kuat tangan doctor rasa macam Wolverine dalam cerita X-Men sampai rasa kuku nak patah. Perasaan sakit sampai tak boleh keluar airmata. Lepas dressing, doctor benarkan saya balik, berjalan keluar ke lobi, sebelah tangan pegang perut, sebelah tangan bawa baby. Al-maklum, suami baru dapat anak sulung ni takut pegang bayi, jadi mak ler gigih bawa baby dalam kesakitan. Lagi pun, pintu lobi lebih dekat dengan tempat wheel chair, takde pilihan jadi bertabahlah!

Begitulah pengalaman saya. Saya langsung takde rasa sakit bersalin seperti ibu-ibu lain tetapi saya trauma sakit infection luka pembedahan saja pun dah cukup ngeri. Apa pun, bila tengok anak membesar dengan sihat maka hilang semua rasa sakit. Itulah pengorbanan seorang ibu. Saya pesan pada Arief, setiap kali sambut birthday pastikan juga ucap terima kasih kepada mama yang melahirkan. Bukan nak credit tapi pesanan ini saya belajar dari pakar motivasi terkenal negara kita, Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Benda elok tak salah buat.

Okay, itu sahaja celoteh saya sementara tunggu sesi masak juadah berbuka hari ini. 
Thank you for reading.
Wasalam.


Loading...

Comments

  1. Sanah helwah Redza.Moga menjadi anak soleh.Sentiasa menjadi pemudah cara insan-insan disekeliling Redza ya.

    ReplyDelete
  2. Mesti fobia tak hilang lagi.

    ReplyDelete
  3. Doakan saya juga dapat baby nanti ya...takut juga bila rasa sakit...

    ReplyDelete
  4. Muka Arief masa baby dengan sekarang tak banyak beza hehheee...

    ReplyDelete
  5. Happy Belated Birthday Arief

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

ppl love these

Resepi Scone Kismis Gebu, Simple & Sedap
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua p…
Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman
POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely r…
Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini
SAYONARA STATIONERY GIVEAWAY BY NINIHANINI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pemb…
TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…