Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

NURSERY POKOK MURAH DI SG. BULOH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah atas segala limpah kurniaanNya.. Mungkin ada antara rakan blogger masih beraya di kampung.. Al-maklum anak-anak masih cuti sekolah, jadi mak ayah boleh cuti sama supaya dapat meluangkan masa beraya lama sikit di kampung, biasanya begitulah.. 

Al-kisah hari Ahad lepas saya pergi ke nurseri pokok di Sg. Buloh.. Sudah bertahun-tahun lama tak menjejakkan kaki di sini.. Jauh perjalanan dari Seremban semata-mata untuk membeli artificial grass.. Kata orang di sana murah.. So saya pun menggigihkan diri ke Sg. Buloh dalam cuaca panas terik.. Sebelum ni ada diwar-warkan bahawa nurseri pokok di Sg. Buloh telah berpindah di kawasan Hospital Sg. Buloh.. Jadi saya terus ke sana tanpa survey dulu tempat lama iaitu area FRIM Sg. Buloh..

Artificial grass di Sg. Buloh
Artificial grass
 Puas singgah dari satu nursery ke satu nursery and I tell you harga takde la murah sangat seperti yang dijangka.. Ada pula harga cekik darah, so kena pandai survey.. 
Tipah tak mahu tertipu lagi..

Nursery pokok Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Puas sudah survey, akhirnya give-up kerana ada tempat lain tapi bukan di Sg. Buloh menawarkan harga jauh lebih murah.. Maka motif mencari artificial grass terpaksa dibatalkan pada hari tu tapi bertukar kepada membeli pokok bunga, hehehe.. Mana tidak, kiri kanan semua pokok bunga cantik, berwarna-warni.. Saya suka roses, jadi tumpuan saya ke arah pokok rose.. Pernah saya cerita tentang pokok roses saya di blog post lama DI SINI.



Related post : I love roses

Ini nursery pokok bunga pertama saya singgah..  Malangnya tiada papan tanda nama nursery ini..

Nursery pokok Sg.Buloh
Nursery Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Di sini, pokok rose pertama, kedua dan ketiga ku beli.. Warna putih, kuning dan pink..

Tiba pula di nursery pokok kedua, ada signboard : Sakura Nursery.. Saya masuk dan pusing meninjau dari satu bahagian ke satu bahagian, motif cari pokok rose.. Banyak pilihan pokok bunga hiasan dalam nursery kedua ini.. Bila tanya tauke, pokok rose takde, kecewa!

Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Spider plant (chlorophytum comosum)
Pokok daun kesum (persicaria odorata, known as Vietnamese coriander)
Sakura Nursery Sg. Buloh
Pokok rosemary
Sakura Nursery Sg. Buloh
Sakura Nursery Sg. Buloh
Spider plant (chlorophytum comosum)
Walaupun pokok rose takde tapi tetap membeli.. saya beli pokok hiasan iaitu 1 pasu spider plant (chlorophytum comosum) - RM15.00, 2 pasu pokok rosemary - RM8.00 & RM10.00 each, 2 pasu pokok kesum - RM5.00 each, 2 pasu kecil bunga hiasan - RM5.00 each..  

Next, perjalanan diteruskan ke nursery pokok ketiga..  Nursery ketiga ni banyak juga pilihan pokok hiasan namun tak menggugat iman saya kerana pokok bunga biasa, hehehe

Nursery pokok Sg. Buloh
Nursery pokok Sg. Buloh
Pokok bunga kertas (bougainvillea)
Ehhhh ada pokok bunga rose laa.. kata tak menggugat iman tapi saya terjebak beli 2 pasu pokok rose warna oren dan purple.. Kalau pokok bunga rose memang tiada kompromi.. Memandangkan saiz pokok kecil maka dapat bargain price RM5.00 each.

Tibalah masa untuk bertolak pulang ke Seremban.. Dalam perjalanan tiba-tiba ternampak satu banner besar menawarkan artificial grass dengan harga yang sangat berpatutan iaitu di Elegant Grass.. Lokasi di kawasan nursery lama berdekatan FRIM Sg. Buloh.. Aduhai kalau saya tahu sudah tentu saya akan lalu jalan ini sebelum ke nursery Kg. Orang Asli Sg. Buloh (berhampiran Hospital Sg. Buloh).

Unfortunately, budget burst tinggal separuh, baki habis beli segala macam pokok tadi..

Elegant Grass - Lot 64A Sg. Buloh
Walau tak cukup budget tetap singgah di sini bertanyakan tentang harga dan promosi yang ditawarkan.. Next visit, in shaa Allah dalam masa terdekat kami akan datang sini dan beli..

NURSERY POKOK MURAH DI SG.BULOH 

Overall dalam banyak-banyak nursery, Sakura Nursery merupakan nursery pokok murah di Sg. Buloh  (Hospital Sg. Buloh area)..

Gambar berikut saya kongsi di sini hasil membeli pokok-pokok bunga di nursery Sg. Buloh..

Pokok bunga nursery Sg. Buloh
Happy me.. Selain suka tanam pokok bunga rose saya suka tanam pokok herba yang digunakan dalam masakan seperti pokok kesum, pokok kari, serai, cili, rosemary etc. Pernah saya kongsi cerita  di blog lama DI SINI.

Related post : My gardening mood is back

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya.. Kalau nak tengok MY HUMBLE GARDEN kini tinggal kenangan klik DI SINI.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..


Regards,


Comments

  1. eheee Kak LZ dari Seremban.. CT dari Penang dengan mak ayah semata nak singgah sini beli orked. hehehe.. kadang2 dalam perjalanan balik bangi o dari bangi kami singgah. murah dan banyak gilaa choices..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiksh jauh lagi perjalanan CT, hehehe
      Bangi area mana CT ada nursery orkid?
      Kalau banyak pilihan boleh juga ke sana satu hari nanti..

      Delete
  2. Beli pokok...tanam...atau semai sendiri bagi PC macam terapi kak...lagi-lagi bila pokok yang ditanam subur dan mengeluarkan hasil....subhanaAllah...gembira lain macam...macam nak lompat-lompat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC selalu menggambarkan situasi yang tepat tau, sangat memahami..
      Itulah yang selalu akak rasa.. Perasaan gembira lain macam, best sangat..

      Delete
  3. sukanya nursery pokok! dulu selalu teman makcik pergi nursery beli barang pokok bunga dia, skrg dah jarang dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best pergi nursery pokok kann Sha. Pokok as if terapi minda.. Bila berbunga rasa happy sangat..

      Delete
  4. bagus banget bunga di taman, salam saya blogger dari Indonesia :) ... sukses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih New Bie Video..
      Nice knowing you.. Same goes to you, moga sukses juga..

      Delete
  5. HAI SAYA ORANG BARU KAT BLOG JOM LA FOLLOW SAYA!SAYA DAH JADI FOLLOWER AWAK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Baqis.. Sis akan menyusul ke blog Balqis soon 😊

      Delete
  6. Nice kak. Kita tgk pon jadi geram sbb lawa-lawa bunga tu. Pernah jgk teman ibu pergi nursery. Mmg rambang mata. Tapi itu lah suka tgk je sbb colourful. Hopefully one day kita punya kerajinan mcm akak. Hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn in shaa Allah Anis.. Kena ada minat gardening bila mula minat & berhasil memang happy, puas hati 😊

      Delete
  7. ya Allah sukanya tengok pokok,, yang artificial grass tu boleh kena hujan ke... rumput ni memang tak naik tinggi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tenang kannn Wani bila tengok pokok menghijau.. Artificial grass tu rumput tiruan Wani, boleh kena hujan dan tahan lasak..

      Delete
  8. hai kak LZ,cantik lah bunga2 kat sini.Ermm,kak kalo pokok rumput yang mearayap pada pagar tu ada jual jugak ke? Emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nor Azlina, macam-macam jenis pokok ada dear tapi kena rajin tinjau dari satu lot ke satu lot..

      Delete
  9. Cantik2nya bunga kat nursery yg Kak Lz pergi ni. nanti kalau pergi Subang leh merayap kat sini jap. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul CR, sesekali pergi tengok bunga dan pokok-pokok hijau rasa tenang fikiran..

      Delete
  10. Saya pun peminat pokok utk aktiviti ptg atau waktu lapang. Mmg sg buloh lokasi terbaik.. bnyk pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly saudara KK, boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah masa lapang..

      Delete
  11. Wahhh cantik pokok-pokok hijau tu.rabia pun berkebun jugak dekat belakang rumah rabia.aktiviti pada waktu petang berkebun dgn my parent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah Rabia dapat berkebun bersama parent at least dapat luangkan masa dengan mereka..

      Delete
  12. pernah juga singgah dlu2 teman mak kita membeli pokok bunga ....kt area sini byk nursery

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambang mata, semua pokok cantik mama tisya, LZ memang ‘bahaya’ bila pi sana takut overspend 😊

      Delete
  13. aduhhhh bestnya klaudptg nursery... liez pun nak beli mcm2 pokok utkhiasan dekat balcony. sekrg duk tanam cactus..tu pun tak bertukar pasu sampai dh sesak dlm pasu kecik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Mrs Liez jangan tak pergi.. seronok dia sampai lupa diri sekejap hehehe 😁

      Delete
  14. Cantik cantik pokok dia.. teruja nengoknya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
NURSERY POKOK MURAH DI SG. BULOH
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah atas segala li…
BILA INGIN MEMILIKI KELEMBUTAN HATI
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..  Hari ini tergerak hati untuk berkongsi Had…