Showing posts with label Gardening. Show all posts
Showing posts with label Gardening. Show all posts

Saturday, April 12, 2025

,
Alhamdulillah hujan lebat sedang mencurah-curah setelah sehari dua panas terik. Mata pun layu.. tapi demi blog post tertangguh saya selesaikan tugas dahulu..

Untuk makluman pembaca, post ini susulan dari post sebelum ini iaitu Birthday Celebration di Tamarind Square. Banyak tempat unik dan menarik di Tamarind Square seperti yang pernah saya cerita sebelum ini. Ada satu lagi tempat yang menarik iaitu PLNT.co.. 

PLNT.co Cyberjaya

Selepas makan tengah hari saya ke PLNT.co, sebuah kedai tanaman hiasan yang estetik di tengah-tengah Tamarind Square. Saya tentulah teruja kerana ini kali pertama menjejakkan ke sana.

PLNT.com bukan sekadar kedai tanaman pokok hiasan biasa, tapi kedai ni unik dengan susun atur dalaman yang cantik walau pun tak berapa luas. Lokasi terletak di B-036-03A, Tamarind Square. Pelbagai pilihan tanaman hiasan dalam rumah comel-comel belaka. Suasana kedai yang tenang dengan dekorasi minimalis membuatkan pengalaman memilih pokok menjadi seronok.

Cactus

Saya tak lepas peluang mengambil beberapa gambar di PLANT.co. untuk diabadikan sebagai kenangan. Sudut-sudut kedai yang estetik memang sesuai untuk OOTD bersama tanaman pilihan. Selain itu untuk peminat cactus, banyak pilihan cactus dari pasu comel hinggalah saiz cactus padang pasir dengan pelbagai jenis.

Tanaman dalam rumah

Bila masuk kedai menjual pokok hiasan dalam rumah, saya memang ralit membelek pokok satu-persatu.. Akhirnya saya minat dengan pokok monstera saiz kecil dan caladium.

Monstera Deliciosa

Monstera Deliciosa : daun berlubang yang ikonik, monstera ini menambah sentuhan tropika dalam rumah.

Caladium

Caladium : Daun yang berwarna merah berbentuk hati menjadikan caladium sebagai pilihan yang menarik untuk menghiasi sudut rumah saya.

Tanaman gantung

Itulah hadiah tambahan sempena hari jadi saya. Lama saya idamkan monstera yang boleh diletakkan di dalam pasu kecil di atas meja. Paling penting 2 jenis tanaman ini mudah dijaga.

Tips Penjagaan Monstera dan Caladium

Untuk memastikan tanaman ini kekal sihat dan cantik, berikut adalah beberapa tips penjagaan yang dikongsi oleh tuan kedai:

Monstera Deliciosa:
Cahaya - Letak di tempat yang mendapat cahaya terang tetapi tidak langsung.
Penyiraman - Siram apabila lapisan atas tanah kering. Elakkan air bertakung untuk menghindari reput akar.
Kelembapan - Sembur daun secara berkala untuk mengekalkan kelembapan.

Caladium:
Cahaya - Sesuai diletakkan di tempat yang mendapat cahaya terang tetapi tidak langsung.
Penyiraman - Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah.
Suhu - Elakkan dari suhu yang terlalu sejuk kerana caladium sensitif terhadap suhu rendah.

Plant Picks

Oh ya selain tanaman hiasan dalaman, pasu pelbagai jenis ada juga dijual di sini.. Semua pasu bentuk estetik dan modern. Pilih sahaja mana satu berkenan di hati.

Begitulah cerita blog post kali ini.. Setakat ini sahaja perkongsian saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Thursday, October 19, 2023

,
ROSES ARE BLOOMING & ANAK SI KONTOT HILANG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya menyepi tapi sebenarnya deep inside my heart melonjak-lonjak untuk upload cerita di blog.. Super busy this month dengan urusan duniawi. Back to back ada sahaja perkara perlu diselesaikan.. finally curi masa sikit and here I am with my garden story and kisah si Kontot.

Dalam kesibukan tak sedar bunga-bunga mawar di taman mekar dengan segar.. Happy me senyum lebar sampai ke telinga bila usaha menanam semula pokok mawar bulan lalu membuahkan hasil.. Saya ada post di sini : Cerita Weekend - From Garden to Kitchen Table.

Cantik mekar bunga mawar
Rose buds

See banyak lagi rose buds masih belum berkembang.. I love looking at the blooms.. Lepas ni kena rajin sembur racun serangga untuk elak serangga menyerang putik-putik bunga dan pucuk daun muda.

Roses in my mini garden

Di sebalik gambar ada seekor anak kucing menonjolkan diri.. Itu anak stray cat yang mana ibunya saya beri nama si Kontot.. Ekor kontot so nama pun si Kontot.

KISAH SI KONTOT 

Si Kontot stray cat baka domestic short hair - kucing jiran dan satu-satu masih hidup. Tak silap Kontot ada 4 siblings. Keluarga si Kontot habis dihambat anjing liar sekitar taman perumahan saya. Sejak ada construction area di depan rumah, kebanjiran anjing liar masuk ke taman perumahan semakin menjadi-jadi. Akibatnya kucing outdoor menjadi mangsa. Si Kontot salah seekor yang masih survive. Semenjak sebatang-kara di Kontot kerap datang ke rumah saya untuk meminta perlindungan. Saya jaga Kontot di porch kereta, di satu tempat khas yang selesa.

Si Kontot ni sebenarnya masih bawah umur tapi dek kerana tiada kesedaran untuk menyekat populasi kucing terbiar, bibik si Kontot tidak ambil peduli. Kontot tidak dimandulkan. Maka kucing jiran sebelah menjadi boyfriend(s) si Kontot. Tak lama si Kontot melahirkan 2 ekor anak di rumah saya.

Anak si Kontot

Inilah anak-anak si Kontot. Seingat saya 2 minggu lepas lahir Kontot sorok anak dia di enjin kereta saya. Saya pergi kerja seperti biasa pada hari Isnin dan Selasa. Balik kerja around 5.30 pm hari Selasa, Kontot bising2 cari anaknya.

Dia membawa saya ke bahagian depan tayar kereta dengan enjin masih panas. Bila saya rapatkan telinga di sisi badan kereta bahagian tayar depan, ada bunyi anak kucing - teramat halus suaranya.

Anak si Kontot

Sahlah Kontot letak anaknya dalam enjin kereta saya.. Seriau saya, Arief seluk tangannya dengan berhati-hati bimbang terkena panas enjin kereta. Akhirnya dapat keluarkan anak-anak si Kontot dengan selamat. Mujurlah tak jatuh sepanjang perjalanan saya pergi dan pulang dari pejabat.

Selang beberapa minggu, Kontot bising lagi seolah-olah mengadu anaknya tiada. Saya jaga Kontot seperti biasa tapi hari demi hari anaknya tak juga muncul. 

Sekarang sebulan telah berlalu, sahlah anak Kontot hilang. Hati ini sedih, risau anak Kontot dimakan anjing.. tapi saya buat andaian dan berdoa supaya anak-anak Kontot diambil orang dan dijaga dengan baik. Sejak itu si Kontot asyik termenung di tempat tidur, kerap menghidu bau peninggalan anaknya..


Begitulah serba-sedikit cerita saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Thursday, August 10, 2023

,
CERITA WEEKEND - FROM GARDEN TO KITCHEN TABLE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah pagi ni hujan, cuaca sejuk berbanding hari sebelum ini.. Post kali ini saya ingin mengabadikan cerita weekend lalu.. Cerita home sweet home - tak jauh beza dengan cerita weekend biasa dipenuhi dengan makan and gardening activities only but quite productive actually :) 

Before that special thanks to sahabat bloggers yang sudi singgah di blog picisan ini, really appreciate your support.. 

Cerita on Sunday.. Buka peti ais, cari lauk dan sayur-sayur yang masih berbaki sebelum belanja groceries nanti. Bahan-bahan yang ada sesuai untuk masak mee hoon goreng..   

Bahan-bahan mee hoon goreng

Potong segala bahan, sedia semua kemudian terhasillah mee hoon goreng kosong.. Cukuplah untuk makan bertiga hari ini.. 

Mee hoon goreng

Ada sebotol picked cucumber kegemaran saya, sedap makan dengan mee hoon goreng..
 
Pickled cucumber

Hiris nipis rasa masam dan pedas dari perecah mee hoon goreng memang kena tekak saya..

Thin slice picked cucumber

Mee hoon goreng and pickled cucumber

Breakfast saya tak lengkap kalau takde hot nescafe.. terus celik mata dan timbullah idea aktiviti apa perlu dibuat sepanjang hari ini..

Hot nescafe for breakfast

Terpandang bekas rempah-ratus teringat project tukar label botol rempah yang masih belum berjaya direalisasikan lagi.. May be next week.. 

Storage and organizing 

After breakfast we went out for gardening activities..

Garden and cat villa

Antara achievements - berjaya alih pokok bunga raya dari balkoni atas yang sudah kering, tukar tanah baru.. Repot masuk dalam sebuah pasu besar dengan harapan akan tumbuh sihat subur kemudian hari..

Hibiscus 

Begitu juga pokok bunga ros yang merajuk.. Lama tak berbunga selepas diserang serangga.. Potong semua dahan dan daun, cucuk semula ke tanah baru dengan baja bunga.. Harap berjaya tumbuh dengan sihat dan subur juga.. 

Mini garden

Small garden porch

After sweating in my small garden, masuk ke dapur bersama beberapa pucuk daun kesum dan ulam raja.. Bangga dengan hasil tanam sendiri yang tak seberapa.. Cadang nak masak asam pedas, buat sambal belacan makan dengan ulam raja ni.

Daun kesum dan ulam raja

Everyone is tired after gardening, my husband said no need to cook for lunch, habiskan sahaja mee hoon while he goes out to buy groceries - balik nanti pasti akan bawa lauk atau makanan untuk minum petang. So I took a long nap and woke up at 5.30pm.. 

Kami sepakat prepare steamboat for dinner.. 

Seafood for steamboat

Bahan-bahan semua ada.. prepared everything untuk bakar dan rebus..

Steamboat

Grill steamboat

Selesai dinner, kemas semua untuk prepare mental dan fizikal memulakan minggu baru.. Okay itu sahaja weekend saya berlalu... Tunggu another weekend for another story.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Sunday, July 23, 2023

,
KEBUN MINI DAN CERITA HARI SABTU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu.. Hari untuk diri sendiri dan keluarga. Penat dengan pelbagai karenah dan tugasan di pejabat, balik kerja feeling so happy when the next day is Saturday and Sunday..

Pokok bunga salvia hispanica

Pagi Sabtu sementara washing machine bekerja, saya ke halaman rumah menjengah mini garden yang tak seberapa. Belek pokok-pokok yang baru ditanam dalam pasu. Hopefully sihat semuanya..

Cactus

Pokok cactus ni lama dah terabai, kesian.. tapi gigih hidup walau di anak tiri. Memandangkan semangat juang untuk hidup tinggi so saya pun repotted dalam bekas baru supaya lebih sihat..

Spider plant

Begitu juga dengan spider plant, sekali beli cuma sepasu, lama-kelamaan beranak-pinak, maka banyaklah pasu si spider plant ni di halaman rumah,  meriah dengan spider plant gantung sana-sini. 

Pokok mint dan tomato cherry

Hurrrmmm pokok tomato ni nampak hampir menemui ajal, pucuk semua kering dan layu.. Tak semena-semena buah tomato semua kuning seperti masak sebelum waktu.. Apa pun kita tunggu seminggu lagi, tengok perkembangannya.. Di hujung sana pokok mint.. harap hidup dengan jayanya..

Mesti ada yang terdetik, apa fungsi botol air tengah tu? Botol tu berfungsi untuk simpan air.. Di bahagian penutup botol saya buat lubang dan ikat tali supaya air tadi keluar secara dripping.. so tanah akan sentiasa moist..

Pokok daun kesum 

Ini pula pokok daun kesum, must have pokok sebab saya suka makan asam pedas. Jadi kalau mati harus tanam yang lain supaya stok daun kesum tak putus, tak boleh takde di my mini garden.. Nampak sihat si kesum ni, kena jaga elok-elok..

Puas membelek tanaman, kita masuk dapur to prepare breakfast.. 

My lovely kitchen

Pagi ni plan goreng nasi, ada sedikit pastry dan croissant, I bought from La Boheme Bakery AEON Seremban 2 during lunch hour on Friday.

My ala farmhouse kitchen

The buttery croissants and pastries were very nice, so sedap and lembut with sardine and curry chicken filling.. Croissant laku keras, Arief makan seketul sementara tunggu nasi goreng siap..

Croissant and pastry

Perkenalkan kitchen gadget baru saya, rice washer strainer beli di SSF.. function teruk okay. Senang kerja mencuci beras.. 

SSF Rice washer strainer

This is our main breakfast on Saturday, nasi goreng kampung hasil bantuan periuk Noxxa - cepat dan dapur tak berkecah.. Kalau goreng nasi, I like letak banyak ikan bilis goreng rangup..

Nasi goreng kampung

Ayam goreng hasil air tangan my husband.. Lengkaplah menu breakfast tak seberapa di pagi Sabtu yang mendung.. Tengah hari I cooked sup ayam for lunch.. Simple, makan dengan ketupat mini, bihun or nasi.. Again I guna rice washer strainer untuk tos ketupat mini.. Gambar bawah ni sebelum makanan dihidang..

Sup ayam

Penat di dapur kemas itu ini, kami makan malam pun awal.. so ada masa untuk makeover master bedroom.. I have told you before kann that I love makeover, ubah perabot sana sini in the house is my passion.. Little makeover ni saya plan dah lama tapi masih belum terlaksana, sometimes time is very limited begitu juga dengan budget. Jadi buatlah sikit-sikit ikut kemampuan.. 

Apa yang kita suka, kita mampu buat adalah satu kepuasan.. Sebelum spend dengan jumlah yang besar, I have to think wisely sebab ada perbelanjaan penting yang lain perlu didahulukan seperti keperluan persekolahan anak walaupun ada sumber dari husband.

Master bedroom makeover

Strandmon wing chair ni dari Ikea, sebelum ni saya letak di bawah tapi si bulus occupied the space so bulu melekat. Lepas hantar cuci, saya bawa sofa ni masuk bilik. Not much space tapi adalah ruang baru untuk membaca dan berangan.. To give a cozy feeling saya sangkut frame gambar dan letak bunga hidup.. For me kalau takde pokok hidup rasa ada sesuatu kurang lengkap.. Indoor plants always bring calmness to me.. 

Reading corner

Little makeover macam ni pun happy enough untuk terapi minda.. Bila tukar-tukar sikit macam ni dapat mood baru.. For the time being itulah keadaannya.. Walaupun limited space tapi ruang penting to relax and start a new day.

Alhamdulillah for everything.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah & have a great day everyone!



Regards,

Tuesday, July 18, 2023

,
RANDOM POST : TEMPAT MAKAN VIRAL TAK SELALU INDAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Al-kisah saya ingin berkongsi tentang cerita random dan aktiviti hari Ahad lalu.. Sekadar berkongsi cerita santai..

Sebelum itu nak cerita apa yang berlaku pagi ini.. Saya hantar Arief ke sekolah, banyak kereta sepanjang perjalanan padahal masih dalam kawasan perumahan yang sama.. Mungkin disebabkan awal pagi tadi hujan lebat so kebanyakkan parents hantar anak ke sekolah dengan menaiki kereta.. Bila kereta banyak di atas jalanraya maka macam-macamlah kerenah pemandu.. Ada yang masuk simpang tak bagi signal, ada yang bawa kereta macam ular kena palu, belum lagi menukar lorong secara tiba-tiba.. Awal pagi dah kena istighfar banyak-banyak, terkadang ada juga spontan terkeluar ayat makian (sambil tekup mulut).. Ampunnn saya hanya manusia biasa tak lari dari dosa.. 

Pagi yang sibuk

Okay itu cerita pagi tadi.. Kita sambung pula cerita hari Ahad (16 Julai 2023) lalu.. Saya bawa si Kenzo ke klinik veterinar. Appointment pukul 11.30 pagi.. Si Kenzo ni ada masalah bulu gugur melampau.. Bulu si Kenzo gugur teruk di bahagian belakang telinga dan badan.. Hampir tak berbulu, risau bertukar dari domestic short hair breed ke kucing Sphynx, hehehe.  So saya dapatkan rawatan segera bimbang semakin teruk. Siapa tak tahu rupa kucing sphynx boleh tanya pakcik Google..

Klinik veterinar


Hasil pemeriksaan, doktor beritahu, jika kucing mengalami keguguran bulu yang teruk disebabkan beberapa sebab utama antaranya:

1. Bertukar diet pemakanan secara drastik
2. Parasit dari persekitaran 
3. Kemurungan mungkin disebabkan stress ada kucing baru

Si Kenzo

Dari semua punca di atas saya syak si Kenzo ni tak happy sejak kehadiran Tommy dan Moschino. Si Tommy dan Moschino ni agak diva dan kurang mesra.. Bila campur dengan yang lain mulalah dia hissing seperti ingin bergaduh.. Jadi mungkin si Kenzo ni stress.. Nak kata diet sebab tukar kibbles, saya rasa bukan itu puncanya. Si Kenzo ni bukan cerewet dari segi pemakanan.. Selama ni apa sahaja kibbles dialah si bulus pertama yang akan makan.. 

Si Tommy dan Moschino

Sekiranya berpunca dari parasit memang tidaklah sebab saya sangat menjaga kebersihan persekitaran memandangkan semua kucing saya indoor, so saya sangat mengutamakan hygiene supaya rumah tidak berbau. On top of that, selain Kenzo, si bulus lain takde masalah bulu gugur itu yang menjadi kemusykilan saya unless si Kenzo sejenis kulit sensitif. Doctor bagi pil untuk boost antibody dia dan tetapkan appointment seterusnya selepas 14 hari..

Selepas selesai temujanji veterinar, saya hantar Kenzo balik rumah sebelum keluar semula ke Happy Garden Nursery di Lotus Seremban 2. Sesekali healing dengan pokok-pokok pula..  

Happy Garden Nursery

Kali ini banyak stock pokok-pokok hiasan baru.. Rambang mata dibuatnya.. Ronda pusing-pusing sekitar nursery satu kepuasan seperti mengelilingi taman bunga..
 
Caladium

Pembaca ingat tak ada satu masa ramai orang mencari pokok keladi caladium ni.. Sekarang berjenis-jenis pokok calidium ada kat sini, harga mungkin tak semahal sebelum ini..

Bougainvillea

Saya pula teruja dengan bougainvillea yang berwarna-warni.. Mana tak teruja, pokok rendang tapi dah berbunga lebat. Berbeza sungguh dengan pokok bougainvillea yang saya tanam di rumah, boleh harap tinggi melampai tapi masih belum berbunga.. Tak tahu mana silapnya, mungkin saya tak reti jaga kot.. 

Pokok herba

Puas pusing satu nursery akhirnya saya beli beberapa pokok herba antaranya basil, rosemary, thyme, pokok daun kesum, pokok daun sup, pokok tomato cherry, pokok pudina manakala pokok bunga pula jenis salvia hispanica dan pokok halau nyamuk, jeremin. Tak pasti jangka hayatnya berapa lama, tunggulah saya update dari semasa ke semasa..

Salvia hispanica dan parsley

Bila dapat semua pokok yang dihajati, hati pun riang barulah mula terasa lapar.. Jam pula menunjukkan pukul 2.15 petang. Kebetulan saya teringin pergi satu tempat makan ni.. Tempat makan ni viral di TikTok.. Menu pun pelbagai ada western food, snack dan sup. Semua nampak sedap dan influencer dalam video berkenaan bagi rate 8 - 9/10 setiap menu.. Lokasi pun tak jauh dari Seremban 2..  Alang-alang dekat, why not saya cuba walaupun saya bukanlah sejenis mudah terpengaruh dengan benda viral. 

Malangnya indah khabar dari rupa.. Konsep tempat makan ni open air.. Ketika itu pukul 3.00 petang dan cuaca agak panas. Pelanggan dikehendaki membuat pesanan dan bayar di kaunter ala food court. Selepas membuat pesanan, pelanggan perlu tunggu nombor dipanggil.. Waktu itu agak ramai customer, al-maklum tempat viral. Saya ingat waktu menunggu tak lama, rupa-rupanya 1 jam 15 minit belum tentu dapat makan.. Saya tengok ramai orang berulang-alik ke kaunter bertanya tentang 'status' pesanan mereka.. 

Walaupun sudah hampir 1 jam menunggu di bawah panas matahari, saya tetap setia di situ hingga nombor pesanan saya dipanggil. Sebelum tiba giliran pesanan saya disediakan, saya minta supaya makanan saya dibungkus. Tak sanggup menunggu lebih lama di situ. Bila dapat makanan saya pun terus masuk kereta dan berlalu, pergi.. Dalam sejarah hidup, tempat makan paling lama saya tunggu pesanan.. Repeat? Memang tak laaa.. Itulah sebab utama mengapa saya elak ke tempat makan viral.. Selalu saya terkena tempat makan viral tak selalu indah.. Biasanya indah khabar dari cerita sebenar. Saya bercerita dari pengalaman sendiri, mungkin pengalaman anda berbeza dari pengalaman saya.. Bagaimana pula anda? 

Begitulah secara ringkas random post hari Ahad lalu.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,




Follow Us @ladyinredplanner