Showing posts with label Social Media. Show all posts
Showing posts with label Social Media. Show all posts

Wednesday, September 25, 2019

,
APAKAH KONSEP SEBENAR ADD FRIEND DAN UNFRIEND DALAM SOCIAL NETWORKING? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Kali ini saya ingin mengutarakan persoalan mengenai konsep sebenar terma dalam social media iaitu 'Add Friend' dan 'Unfriend'. Saya percaya majority rakan bloggers mempunyai akaun social networking  terutama Facebook, Instagram atau Twitter..

Apa yang menjadi persoalan saya, mengapa perlu Add Friend atau Unfriend? Saya mengusulkan perkara ini bukan ingin merujuk kepada sesiapa tetapi lebih kepada berkongsi pendapat antara pembaca..

Social networking

Jika merujuk kepada my personal social media accounts iaitu Facebook dan Instagram. Untuk pengetahuan semua, saya hanya akan approve manusia yang pernah kenal dan rapat dengan saya. Senang kata, I know them in real life. Most of them my officemate, ex-officemate dan buddies zaman belajar. Saya tak open to public dan boleh dikira beberapa orang sahaja saya request to add friend. Mereka dalam senarai friend lists saya dahulu, kini dan selamanya. Setakat ini masih belum pernah saya unfriend seseorang.

Add Friend and Unfriend on Facebook

Tak dapat dinafikan ada antara posting mereka kadangkala syok sendiri, annoying, childish (walau pun umur mereka rata-rata over 30-an) dan bermacam-macam lagi yang mungkin tak kena dengan sikap dan peribadi saya tetapi saya biarkan mereka mengikut kehendak sesuka hati. Tiada istilah : "Tak suka unfriend." Mengapa? Saya rasa biarlah mereka bebas mengexpresi perasaan mereka. Saya pernah kenal mereka satu masa dahulu, takkan hanya kerana posting itu mereka perlu di-unfriend? Itu hak mereka. In the first place saya terima mereka dalam senarai rakan untuk keep in touch dan mengetahui perkembangan mereka. Mungkin satu hari nanti saya perlukan mereka.

Social networking

Apa yang saya hairan, ada sesetengah orang open his/her personal Facebook for public tetapi sampai satu masa dia akan buat status : "Saya sedang buat clearance friendlist, sesiapa tak aktif akan di-unfriend." atau "Sesiapa tak comment saya akan unfriend" lebih kurang begitu..

Pada awalnya, mengapa open for public then boleh pula pilih-pilih siapa nak kawan atau kita remove friends sesuka hati?  Ini juga menjadi kemusykilan saya.. Kalau takde niat untuk berkawan atau menjalinkan persahabatan, baik tak perlu approved atau tahu langsung. Just my personal opinion, terpulang kepada penerimaan masing-masing tapi serius saya takde niat untuk merujuk kepada sesiapa secara specific..

Persoalannya : Mengapa perlu unfriend setelah berkawan seseorang dalam social networking? Perkongsian dalam entry ini adalah pendapat peribadi saya mungkin tak boleh diterima oleh orang lain. Mungkin orang lain ada alasan sendiri mengapa berbuat demikian. Jadi kongsi pendapat anda di ruangan komen.. Thank you in advance..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Loading...

Friday, October 13, 2017

,
JADUAL LENGKAP HARIAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Salam Jumaat juga diucapkan kepada muslimin dan muslimat sekalian.. Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya ingin abadikan sebuah perkongsian dari Facebook milik saudara Roslan Ab Hamid, seorang Pakar Public Speaking, Guru Business & Komunikasi menyatakan seperti berikut:
#islamicquote
AMALAN KEHIDUPAN HARIAN

1. Bangun awal 4 pagi. Dalam suasana dingin dan sunyi.
2. Mulakan hari dengan mengadu pada Allah SWT.
3. Mandi sebelum subuh. Mandi antara Maghrib dan Isya'
4. Mulakan perjalanan awal pagi dengan pergi ke rumah Allah.
.
5. Baca al Quran walaupun selembar cuma. Semak tafsir.
6. Exercise awal pagi sekurang kurangnya 30 minit.
7. Membaca sekurang kurangnya 100 muka surat sehari : 100 -150 buah buku setahun.
.
8. Baca Hadith dan Sirah setiap hari. Sedekah walaupun RM1.00
.
9. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari.
10. Bekerja secara produktif denga tekun 6 jam sehari.
11. Kurangkan makan. Makan makanan sihat. Minum banyak air.
.
12. Usah ambil kisah apa orang kata. Usah jadi bulldozer orang.
13. Utamakan keluarga. Berikan kasih sayang melipah ruah. Peluk isteri, sayangi suami bagi yang telah berkahwin.


14. Solat awal waktu. Belajar agama berguru.
15. Puasa Isnin dan Khamis. Banyakkan istighfar..
.
16. Belajar melalui YouTube -1 jam sehari.
17. Bina perbualan agung dengan orang hebat. Melabur dalam networking halal.
.
18. Sentiasa tulis log budi. Usaha balas budi. Doakan ayah bonda walaupun mereka telah tiada.
.
19. Usah banyak sembang kencang dan gebang meroyan.
20.  Kejapkan silaturahim dalam apa jua cara sekalipun. Muliakan semua orang samada yang tua mahupun yang muda.
.
21. Tidur selepas Isya' dalam keadaan lapar. 
Tidur "relatif masa" 8 jam. Maafkan semua orang. Hidup tenang tanpa beban.

Sekiranya kita dapat amalkan segala aktiviti yang dikongsi beliau, in shaa Allah kita akan jadi orang hebat.. Mulakan sedikit demi sedikit.. Kata pepatah : Alah bisa, tegal biasa..

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama..
Sesiapa yang berminat boleh mengikuti penulisan beliau di blog : ROSLAN AB HAMID
Akhir kata, HAPPINESS is knowing the purpose of your life..
Sekian, jumpa lagi di lain entri..
Wasalam..




Follow Us @ladyinredplanner