Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts

Thursday, April 04, 2019

,
KOLEKSI FESYEN KASUT PILIHAN SAYA | Umum sedia maklum wanita dan fesyen memang tak dapat dipisahkan.. Paling kurang berfesyen pun, sudah pasti apabila mengenakan aksesori mesti akan sama dengan warna baju atau tudung atau sebaliknya. Begitu juga dengan pemilihan kasut. Selain suka handbags saya ni pun memang pantang nampak kasut. Andai berkenan di hati sudah pasti saya akan beli masa tu jugak. Kalau tidak bila tidur mesti tangan letak dahi sambil terbayang kasut melambai-lambai dengan perasaan terkilan, perangai sangat kan!.. 


Tapi tahukah anda bahawa terdapat lebih dari 10 jenis fesyen kasut wanita? 
Lelaki jangan geleng kepala okay, ini fitrah wanita harap dapat memahami, hehehe..  Entry kali ini saya ingin berkongsi minat saya tentang kasut dan koleksi fesyen kasut pilihan saya yang sering saya pakai..

Fesyen Kasut Wanita
Type of shoes

KITTEN HEEL SHOES

Semasa belajar di kolej saya selalu pakai stilettos berukuran 3 inch tetapi sekarang umur pun dah meningkat jadi saya hanya menggayakan kitten heel ke pejabat dan majlis rasmi kerana lebih selesa berbanding high heel. Selain itu nampak lebih feminin gitu boleh disuaipadan dengan pants atau skirt panjang.. Untuk pengetahuan, kitten heel shoes kategori stiletto heel, bukan jenis pump kerana ada sedikit heel lebih kurang 1 hingga 1.5 inci.. Berikut my kitten heel shoes jenama Vincci..

My kitten heel shoes
BALLERINA FLAT SHOES

Apabila tiada urusan rasmi, saya hanya akan sarung kasut jenis ballerina di pejabat. Warna kasut mesti hitam supaya nampak formal. Bila sarung ballerina flat mudah ke sana ke mari, kaki tak cepat penat dan jalan lebih laju disebabkan kasut jenis ballerina adalah flat, hehehe. Berikut kasut ballerina flat saya jenama Salvatore Ferragamo, sangat lembut dan selesa.

Salvatore Ferragamo ballerina flats shoes
My ballerina flat shoe
BALLET FLAT SHOES

Ini pula koleksi kasut ballet flat shoes saya jenama Foot In, beli di Paradigm Mall tapi malangnya kedai kasut tersebut sudah pun tutup. Kasut jenis ballet flat saya ini sangat selesa dan lembut kerana material yang digunakan dari suede.

My ballet flat shoes
 
JELLY SHOES

Berikut adalah jenis jelly shoes.. Bila pakai jelly shoes rasa seperti tak pakai kasut. Sangat selesa dan ringan.. Tapi awas kasut jenis ini bahaya ketika kita guna escalator kerana tapak jelly shoes akan grip dan mudah melekat di permukaan escalator.

My jelly shoes with flowers
 Ini pula kasut jelly shoes  kesayangan saya yang super duper selesa, jenama Jelly Bunny..

Jelly Bunny pump shoes
Jelly Bunny purple shoes
My Jelly Bunny shoes

HIGH HEELS

Kategori koleksi kasut saya seterusnya jenis high heel. Jika saya memakai high heel paling kurang pun 3 inci sahaja, lebih dari itu saya tak boleh melangkah.. 

Women's Shoes Fashion
Ballerina flats, Mary Janes and Scarpin shoes

 Ini koleksi high heels yang sering saya guna jenis Court atau Scarpin heels.. Kasut jenis ini juga dikenali sebagai pointed toe stiletto.. Bila pakai kasut tinggi begini rasa confident bila melangkah tapi tak boleh pakai lama bila usia dah senja macam-macam sakit bila pakai kasut tinggi 3 inci.. Saya pernah cerita di blog lama tentang kasut ni.

Related post : Cerita Tentang Kasut 
 
Nine II Five high heel from Zalora
Velvet high heel from Zalora

  Kasut ini pula jenis stiletto medium heels, tinggi kurang dari 3 inci dan ada sedikit platform.. Kasut ini juga sebahagian dari kasut kesayangan saya jenama Cynthia Rowley.

Medium heel shoes by Cynthia Rowley
My medium heel shoes by Cynthia Rowley
Berikut pula kasut jenis stiletto medium heel juga jenama Mark & Spencer.. Kasut ini seperti pump juga. Pump shoes termasuk dalam kategori Court shoe. Untuk pengetahuan, kasut Cynthia Rowley tadi dan kasut ini saya pakai apabila ke Mahkamah atau mesyuarat di luar pejabat.

Stiletto Medium Heel Court Shoes by Mark & Spencer Collection
Stiletto Medium Heel Court Shoes
Untuk keselesaan di pejabat saya akan sarung salah satu dari 2 jenis kasut ini, kedua-duanya medium heel shoes.. Selesa, tak sakit atau penat dan boleh pakai sepanjang berada di pejabat.. 


Overall sekiranya saya perlu berjalan jauh seperti ke shopping mall, pilihan saya sudah pasti kasut jenis loafer, ballerina flats atau Mary Janes. Selain waktu pejabat saya akan sarung warna kasut selain dari hitam supaya nampak casual.. Itulah fesyen dan koleksi fesyen kasut pilihan saya..

Bagaimana pula dengan anda? Apakah pilihan kasut yang sering anda pakai? Mana satu pilihan kasut kegemaran? Apa kata share dalam komen di bawah..



Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang koleksi fesyen kasut pilihan saya.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Sunday, July 29, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu begini? Apa plan hari ini? Saya tak ada plan ke mana-mana hanya di rumah mendobi dan kemas rumah.. Projek decor Ikea still in progress.. Masih ada beberapa perabot yang belum dibeli.. Kita tunggu semua lengkap baru boleh tunjuk end result okay.. Tungguuu, hehehehe

Hari ini saya gigih membersihkan handbags yang ada.. Sudah tiba masa handbags saya perlukan perhatian.. Saya pernah nyatakan, saya ni memang suka handbags selain kasut.. Ada antara koleksi bags terdiri dari designer handbags seperti authentic Louis Vuitton, Fendi dan Gucci.. Saya beli dari duit gaji, kumpul sedikit demi sedikit, demi mendapatkan beg idaman.. Setelah 'meleburkan' duit membeli designer handbags yang bukan murah harganya (for me) jadi kenalah jaga untuk memastikan bags sentiasa berada dalam keadaan baik.. Tambahan pula bukan mudah untuk dapat semua itu, huhuhuhu

Kebanyakkan designer handbags 'manja', perlu penjagaan rapi.. Contoh jenama Louis Vuitton, sebahagian bags jenama ini diperbuat daripada kulit. Silap sikit mungkin boleh jahanam bags tersebut.. Demi penjimatan ada antara bags (saiz kecil) seperti wristlet saya bersihkan sendiri.. Saya akan hantar ke bag spa jika bags tersebut betul-betul kotor dan perlu major treatments... Gituuu.. 

Okay, berikut bahan-bahan yang saya gunakan :

Cara membersihkan Bag
Bahan-bahan
Saya guna : 

Towels serap air
Multi-purpose foam cleaner yang boleh digunakan pada permukaan kulit, fabric,vinyl
Baby wipes - alcohol and paraben free 
Polish n' Shine - metal polish
Berus gigi baharu 

Bahan-bahan boleh didapati dari Mr. DIY dan kedai hardware.. Tetiba ada suara sumbang : "Eleh beg harga beribu tapi beli barang kat Mr. DIY." hehehehe Jangan kata saya kedekut tapi inilah cara bijak berbelanja.. jimat kalau hasil sama dengan barang di Ace Hardware mengapa bayar lebih? kann..kannn...


Bagi tujuan blog post ini saya gunakan Louis Vuitton Epi-Leather Pochette. Mula-mula alas permukaan wristlet dengan towels untuk elak calar. Kemudian lap seluruh permukaan wristlet dengan baby wipes untuk tanggalkan habuk. Spray multi-purpose foam cleaner ke atas permukaan wristlet tersebut.. Elok spray pada permukaan kecil dahulu untuk test sama ada permukaan wristlet tersebut mampu bertindakbalas dengan detergent tersebut dengan baik atau sebaliknya. Kalau okay, carry on - ambil berus gigi dan gosok permukaan wristlet tersebut dengan lembut dan manja, kata sayang beg.

Designer Handbags
Langkah 1
Lihat gambar di atas, foam nampak berubah warna dari putih ke warna coklat perang.. Multi-purpose foam cleaner ni mampu menanggalkan kotoran secara mendalam dan membuang segala bau yang kurang menyenangkan. Senang cerita bau kepam pun hilang hehehehe.. Ulang langkah di atas ke seluruh permukaan wristlet sampai dapat warna asal. 

Tips : Untuk menghilangkan bau, masukkan beberapa sudu baking soda ke dalam pouch dan letakkan di dalam beg untuk beberapa hari dalam keadaan tertutup. Baking soda mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan.

Ini perbezaan antara sebelum dan selepas wristlet dibersihkan :

Cara bersihkan designer bags
Perbezaan
Bahagian dalam wristlet ini saya lap dengan baby wipes or (mild detergent) sahaja kerana tiada kotoran degil.. 

Inside Louis Vuitton Epi-Leather Pochette
 Jemur wristlet tersebut di bawah cahaya teduh lebih kurang sejam or allow to dry naturally..

How to clean a designer bags
Outcome
Tadaaaaaaa, beginilah hasil wristlet yang telah bersih.. daku gembira.. 
Sedap mata memandang, hehehe.. Untuk permukaan beg yang diperbuat daripada kulit, elok sapu dengan leather conditioner to treat the leather. 

Cara ini boleh digunapakai kepada beg-beg lain bukan hanya beg berjenama.. Percaya atau tidak kebanyakkan designer handbags saya masih dalam keadaan baik walau ada antaranya sudah berusia lebih dari 10 tahun, sangat berbaloi-baloi.. 

Sekarang pada saya cukuplah sekadar handbags yang ada.. Bila dah berumur ni passion memiliki designer handbags baharu juga berkurangan, saya ingin lebih focus kepada rumah idaman dan komitment membesarkan anak. Lagi pun keadaan ekonomi dan matawang Ringgit yang kurang baik eloklah berjimat melainkan ada orang sponsor designer handbags baharu (kenyit mata sikit..wink..wink..wink).. Sekarang saya amalkan sebelum membeli I have to talk to myself : Adakah ini kehendak atau keperluan?..

Okay, ini sahaja perkongsian saya.. Jom kongsi cara anda pula.. Bagaimana cara anda jaga dan bersihkan beg kesayangan? Jangan lupa tinggalkan komen di bawah.. Komenlah apa sahaja tentang passion anda..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Sunday, July 08, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin cerita tentang jahitan. Siapa suka menjahit? Opppss jangan tanya saya tentang jahitan, terus terang kata saya tak pandai menjahit walaupun dilahirkan dalam keluarga tailor dari nenek, makcik, sepupu dan mak semua pandai menjahit malah ada antara mereka menjana sumber pendapatan sepenuh masa dari hasil jahitan. Tapi bukan saya kerana saya kurang sabar. Seni jahitan memerlukan kesabaran yang tinggi.. Anda setuju?

Cukuplah saya kongsi cerita tentang pengalaman saya sekeluarga ketika mengunjungi Sewing World Gallery di Sky Park @ One City Plaza, Subang Jaya minggu lalu. Pengalaman baru kepada saya yang wajar dihebahkan kepada umum.. Tempat ini mungkin asing bagi sesetengah pengunjung tetapi ianya agak familiar kepada mereka yang minat dengan seni jahitan atau sesiapa yang pernah mengetahui Epal Handicraft Training Centre.. 

Sewing World Gallery One City Mall
Sewing World Gallery, Sky Park @ One City Plaza

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Fabric Art Gallery di mana pengunjung dapat melihat hasil jahitan peserta kursus.


Fabric Art Gallery
Fabric Art Gallery

Gallery ini merupakan pusat pameran dan hasil jualan seni jahitan. Ada dinyatakan (dalam gambar di atas) 10 sebab mengapa Sewing World Gallery menjadi destinasi wajib dikunjungi namun kurang jelas untuk dibaca di sini. Jadi kena pergi sana untuk merasai pengalaman sendiri.. hehehe

Semasa pengunjung melangkah masuk ke Fabric Art Gallery, anda akan 'disambut' dengan hiasan patung di bawah yang merupakan hasil kratfangan dari pelajar. Ianya dihasilkan dari cantuman fabric.. Teruja sebab comel..


Sewing World Gallery
Sewing World Gallery, Sky Park @ One City Plaza, Subang Jaya

Seterusnya pengunjung akan disapa dengan pembantu dari Fabric Art Gallery yang begitu ramah. Salah seorang di antara mereka akan menerangkan setiap satu hasil pameran serta mengingatkan kita bahawa setiap satu hasil seni jahitan yang dipamerkan mempunyai keunikan tersendiri.. Saya sekeluarga di bawa oleh pembantu yang lebih mesra dipanggil saudara DIN meninjau sekitar gallery.. 

Jom saya bawa pembaca melihat sebahagian hasil jahitan yang dipamerkan :


Sewing World Gallery
Beg dan pouches
Sewing Art Gallery
Beg dan coin purses
Sewing Art Gallery
Hasil jahitan beg yang dipamerkan

Setelah meninjau hasil jahitan yang dipamerkan di hadapan pintu masuk, saya dibawa meninjau ke bahagian belakang gallery di mana terdapat pelbagai hasil jahitan quilt yang menggunakan teknik cantuman..


Fabric Art Gallery
Fabric Art Gallery
Sewing World Gallery
Hasil jahitan 'quilt'
Sewing World Gallery
Hasil jahitan yang dipamerkan
Sewing World Gallery
Hasil seni jahitan 'quilt'

 Hasil jahitan 'quilt' di atas menggunakan fabric jenis baldu, dicantum dengan teliti mengikut tone warna.. Menurut saudara Din hasil jahitan seperti itu memerlukan kesabaran yang tinggi demi mendapatkan hasil yang cantik dan kemas. 


Sewing World Gallery
Hasil jahitan yang dijual

Agak besar juga kawasan pameran, jadi saya mengambil kesempatan untuk berehat seketika di kawasan ini.. Sofa yang saya duduk itu juga hasil seni cantuman kain jeans..


Sewing World Gallery
Tuan blog penat, hehehe

Okay, kita teruskan perjalanan ke bahagian belakang gallery di mana menempatkan pameran fabric dan hasil jahitan teknik cantuman (patchworks)..


Fabric Art Gallery
Persalinan solat
Begs dan quilt
Sewing Art Gallery
Bags
Contoh hasil jahitan cantuman : Quilting
Sewing World Gallery
Seni jahitan tampal
Jahitan quilt

Perjalanan diteruskan ke satu sudut seperti mini muzium yang menempatkan mesin jahit dan alat-alat jahitan.. 


Sewing World Gallery
Mini muzium

Menurut saudara Din, mesin jahit keluaran Janome Sewing Machine Co Ltd, Japan ini boleh digunakan selama 24 jam tanpa henti..  


Sewing World Gallery
Janome Sewing Machine
Sewing World Gallery
Mesin jahit dan seterika lama
Fabric Art Gallery
Alat jahitan di mini muzium

Berikut merupakan icon dan fashion designer terkemuka yang berkaitan dalam bidang fesyen seperti :


Fashion Designer & icons

TERESA BURYEA WONG a lifelong writer and communicator
LOUIS VUITTON was a French fashion designer and businessman. Inilah founder jenama terkenal "Louis Vuitton".
ALEXANDRA MCQUEEN, British fashion designer couturier.
JIMMY CHOO siapa tak kenal kannn. He is a Malaysian fashion designer based in the United Kingdom. Beliau terkenal dalam menghasilkan handmade women's shoes.
ELEANOR BURNS, she first started stitching on her Aunt Edna's feed sacks.
NANCY ZIEMAN is the TV host of Sewing with Nancy.





Seterusnya saya dibawa ke sebuah giant bag atau beg terbesar di Malaysia.. Menurut saudara Din fabric yang dicantum adalah dari pakaian yang disayangi oleh orang tersayang.. Pakaian tersebut dikumpul dan dijahit sehinggalah menghasilkan beg besar ini. I can't imagine macam manalah kaedah semasa membuat beg ini..


Guiness World Records
Beg Terbesar di Malaysia

Beg terbesar ini telah mendapat pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records)

"The largest holdall measures 7.62m(24 ft 12 in) long, 5.44 m (17 ft 10 in) tall and 3.04m (9ft 11 in) wide and was achieved by Mostwell Sdn Bhd (Malaysia) in Puchong, Malaysia on 29 May 2015."

 
Sewing World Gallery
Guinness World Records

Apa isi dalam beg besar itu? Semasa kunjungan saya sekeluarga, beg besar tersebut mengandungi bingkai-bingkai 99 nama Allah (Asmaul Husna) diperbuat daripada baki kain setiap satu. Baki kain tersebut dijahit menggunakan tangan menjadi bunga-bunga kecil membentuk Asmaul husna..


Sewing World Gallery
Asmaul Husna
Sewing World Gallery
Contoh bingkai Asmaul Husna..

  Untuk pengetahuan pembaca, bingkai-bingkai gambar yang mengandungi 99 nama-nama Allah tersebut turut mendapat pengiktirafan dari Guinness World Records :


Sewing World Gallery
Guinness World Records

 "The largest display of handmade fabric flowers is comprised of 63,682 pieces and was achieved by Mostwell Sdn Bhd, Perbadanan Putrajaya,PSJK and Jabatan Penjara Malaysia (all Malaysia), at the Kompleks Perbadanan, Putrajaya Malaysa on 3 November 2016."

Seterusnya saudara Din membawa saya sekeluarga ke bahagian tingkat atas gallery.. Tingkat atas menempatkan ruang belajar bagi peserta kursus. Terdapat gambar potret-potret Perdana Menteri Malaysia yang dihasilkan dari teknik jahitan oleh para pelajar..


Sewing World Gallery
Potret Perdana Menteri Malaysia

 Lihat sendiri jahitan halus membentuk potret Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7 , Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Perdana Menteri Malaysia
Potret Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
Sewing World Gallery
Bengkel Jahitan
  
Berikut merupakan kursus yang ditawarkan iaitu 12 bulan pakej Seni Jahitan Kreatif:


Fabric Art Gallery
12 bulan Pakej Seni Jahitan Kreatif

Untuk mengetahui yuran kursus dan promosi terkini boleh hubungi cawangan Pusat Latihan Kraftangan atau kunjungi Sewing World Gallery seperti yang dinyatakan di bawah. Saya yakin harga pakej kursus yang ditawarkan amat berpatutan.

Sebelum berpisah kita bergambar dulu dengan saudara Din yang tanpa jemu menjawab segala soalan yang diajukan kepada beliau sepanjang tinjauan saya sekeluarga ke gallery ini..


Kami & saudara Din dari Sewing World Gallery

Terima kasih atas segala penerangan yang diberi dengan teliti sepanjang kunjungan saya ke Sewing World Gallery..

Sesiapa yang ingin berkunjung ke Sewing World Gallery, boleh berbuat demikian pada hari biasa termasuk hujung minggu.

SEWING WORLD GALLERY
C-01-01 to 08, Block C, 
Level 1, Sky Park @ One City, 
Jalan USJ 25/1
47650 Subang Jaya, Selangor

Hubungi : 03-5022 3113
 Waktu operasi : 10.00 pagi hingga 11.00 malam

 Kursus : epalDIY


Begitulah perkongsian cerita yang ingin disampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner