Beauty | Lifestyle | Fashion | Hobbies & everything that make me happy and inspire others..

  • Travel

    A lifestyle change begins with a vision and a single step..

  • Hobby

    At the beggining it was just a hobby, now it's my addiction..

  • Financial Planning

    It's not about having lots of money. It's knowing how you manage it..

  • Beauty

    Let us live for the beauty of our own reality.

  • Lifestyle

    Have stories to tell, not stuff to show..

Monday, February 08, 2021

Tips Menjaga Petunia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hujung minggu lalu sempat menjenguk my small garden patio. Sejak tahun baharu memang jarang membelek tanaman yang ada kerana sibuk dengan tugasan hakiki. Kali ini baru berkesempatan gardening dan membelek pokok hasil tanaman sendiri. 

Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah cara penjagaan petunia. Saya focus pada pokok petunia berbanding tanaman lain. Kata orang petunia mudah jaga tapi saya rasa sebaliknya. Memanglah tangan orang tak kenal baja seperti saya, lain dari tangan mereka yang arif dengan tanam-tanaman. For me, petunia so fragile tapi bunga petunia sangat cantik berwarna-warni lebih-lebih lagi bila berkembang serumpun.

Penjagaan petunia

Petunia juga merupakan salah satu tanaman popular kepada penggemar bunga. Kita sedia maklum, terdapat pelbagai spesis petunia dengan warna berbeza yang dapat disesuaikan dengan konsep decor lanscape rumah kita.  Saya suka petunia kerana tanaman ini boleh toleransi dengan cuaca panas. Memang sesuai dengan cuaca di tempat saya. Lebih banyak cahaya matahari, lebih banyak bunga petunia berkembang mekar. Tapi awas, jangan terkena air hujan. Air hujan seperti asid kepada pokok petunia.

Petunia merah jambu

Pada bulan September 2020 lalu saya ada beli 4 buah pasu gantung pokok petunia dengan pelbagai warna. Masa tu gembira sungguh, asyik lepak di garden patio sambil memuji kecantikan petunia yang tergantung di porch. Petunia tersebut pernah saya abadikan dalam post ini -> Hujung Minggu di Small Garden Patio



Malangnya lama kelamaan, pokok petunia ku seperti menderita, nampak kering dan layu. Kini tinggal sepasu berwarna pink ini, 3 darinya gagal diselamatkan disebabkan cuai dan tak tahu kelemahan petunia. Itulah akibat tanam pokok tanpa ilmu, sekadar trial and error. Melalui kegagalan itu saya cuba focus mencari ilmu bagaimana menjaga petunia dengan betul. Saya kongsi di sini sebagai rujukan bersama.

Untuk memastikan petunia sentiasa kelihatan menawan cuba implement tips ini sepanjang petunia subur mekar. Kaedah ni agak leceh tetapi kita akan puas hati dengan hasilnya.

Tanam Petunia di pasu gantung
Petunia sesuai ditanam dalam pasu gantung berbanding di tanah kerana pokok petunia lazimnya berkembang dan ranting akan memanjang. Bila tanam di pasu gantung, petunia mudah membebaskan air yang bertakung dalam tanah. Petunia memerlukan tanah poros walaupun tanaman ini suka dengan cuaca panas.

Kurang Air Tetapi Kerap Siraman
Bergantung kepada lokasi di mana anda menempatkan petunia. Petunia memerlukan 5 hingga 6 jam di bawah cahaya matahari untuk mengeluarkan bunga yang banyak. Jika di bahagian terlindung, memadai hanya siram sekali di waktu pagi manakala jika di bawah cahaya matahari, siram waktu pagi dan petang. Bergantung kepada cuaca dan kelembapan. Jangan overwatering. Sentiasa check keadaan tanah, pastikan tanah sentiasa lembap.

Pruning in order to look great
Pruning atau mencantas
Membuat cantasan salah satu tips yang penting untuk memastikan pokok petunia sentiasa terjaga. Walaupun sayang dengan bahagian bercabang yang masih elok berbunga, tetapi kita terpaksa korbankan bahagian tersebut. Cantas anggaran 4 inci. Bahagian yang dicantas itu akan mengeluarkan cabang baru dan akan berbunga semula. Cara ini juga mengelakkan dari pokok pertunia menjadi leggy atau memanjang.

Buang juga bunga yang sudah berkembang dan daun-daun kuning, memadai dengan hanya mencubit atau menggunakan hujung gunting.

Dead heading or pinching
Baja
Petunia sejenis heavy bloomers dan memerlukan cahaya matahari yang banyak. Disarankan supaya guna jenis slow realise fertilizer cecair kekerapan 2 minggu sekali supaya pokok sihat. Nisbah baja jenis NPK 1/2 sudu besar larutkan dalam 1 liter air. 

Cegah Serangga Perosak
Spray insecticidal soap atau neem oil untuk elak serangga perosak. 

Petunia di my small garden patio

Okay itu sahaja tips utama penjagaan petunia hasil pembacaan dan pengalaman saya sendiri yang boleh dilakukan kepada penanam petunia berstatus beginners seperti saya. Semoga dengan cara penjagaan ini menjadikan petunia saya yang sedang tergantung di porch itu kekal bertahan dan kembang mekar selamanya.


Jika pembaca ada tips lain boleh share juga untuk panduan bersama. Mungkin ada juga antara pembaca blog ini menanam petunia, nanti bolehlah share link blog juga.  
Akhir kata, thank you for reading.


Regards,

Loading...
Share:

Tuesday, January 26, 2021

Bekerja Dari Dari Rumah, Normal Baharu

BEKERJA DARI RUMAH, NORMAL BAHARU | Semalam merupakan hari pertama saya bekerja dari rumah (work from home) officially. Saya bekerja dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services) jadi sebelum ini tiada perubahan dari segi jadual kerja di pejabat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun ketika PKP 2.0 dilaksanakan minggu lalu, mahu atau tidak majikan terpaksa akur dengan syarat-syarat Majlis Keselamatan Negara antaranya supaya membuat pengkelasan kategori bagi mengurangkan kapasiti kehadiran pekerja di pejabat dengan membuat jadual penggiliran bertugas bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah (Work from Home) 

Jadual saya bekerja dari rumah 2 hari berturut-turut dalam seminggu berdasarkan jadual penggiliran kerja antara officemate department yang sama. Frankly speaking, bagi saya bekerja dari rumah antara normal baharu yang agak kekok.. Saya perlu menyesuaikan diri untuk produktif di rumah sendiri. Saya tak boleh biarkan keadaan ini berterusan, saya perlu paksa diri supaya adapt normal baharu dalam pandemic sekarang yang entah bila akan berakhir.

Mujur syarat-syarat majikan hanya perlu sediakan laporan kerja dari rumah dan jadual kerja pun tak terlalu rigid berbanding di pejabat, which is more flexible selain perlu hadir ke pejabat pada bila-bila masa jika diperlukan dalam tempoh tersebut. So bermulalah normal baharu bekerja dari rumah.. Seawal 7.45 pagi saya sudah sedia check in menggunakan applikasi yang dibangunkan khas oleh Unit ICT untuk kakitangan yang bekerja dari rumah.

Check in work from home online attendance

Salah satu sebab mengapa saya rasa kekok ialah bila tiada sumber rujukan berupa buku-buku. Selalu ada files dan buku-buku rujukan di sekeliling saya so saya boleh capai bila-bila masa apabila saya memerlukannya tapi bila bekerja dari rumah bahan-bahan tersebut terbatas. Saya hanya perlu bawa pulang kerja pejabat yang sesuai dibuat di rumah dan beberapa buku rujukan yang perlu sahaja, the rest online basis. 

Peralihan dari bekerja dari pejabat kepada bekerja dari rumah buat saya terfikir bagaimana saya boleh manfaatkan masa buat kerja pejabat sepenuhnya dengan suasana tenang seperti di pejabat. I found this extremely hard at first, sebab bekerja dari rumah work and your personal life are combined. Persekitaran berbeza, camne cara nak atasi?

Hari ini hari kedua saya bekerja dari rumah. Alhamdulillah rasa selesa dan tak rasa terbeban seperti semalam.. Saya dapat atasi perasaan kekok bekerja dari rumah dengan baik selepas berjaya mewujudkan persekitaran kerja di rumah yang produktif.

Bagaimana caranya? Ini cara saya:

Setup satu bilik atau ruang khas bekerja dari rumah

Work from home corner

Inilah bilik saya semasa bekerja dari rumah. Bilik ini merupakan my fashion room di mana saya letak semua koleksi beg tangan, perfumes dan pakaian ke pejabat dalam bilik ini. Memandangkan perlu bekerja dari rumah, jadi saya ubah sikit susunatur bilik ini dengan menjadikan bahagian sudut bilik ini satu section untuk bekerja dari rumah. 

Kita tahu bahawa bekerja dari rumah melibatkan pengurusan masa yang baik dan berkesan. Saya perlu suasana privacy sama seperti di pejabat, jadi saya habiskan masa dalam bilik ini tanpa sebarang gangguan. Saya dapat focus sepenuhnya. So bila break for lunch atau habis waktu kerja saya keluar dari bilik ini tanpa perlu fikir lagi tentang tugasan pejabat.

Turn off television atau music

Secara kebiasaan, bila di rumah kita akan on tv atau music untuk ceriakan suasana tapi bila bekerja dari rumah saya perlu turn off semua itu. Ianya merupakan gangguan. Tentu ada yang kata, boring but I'm used to it. Kerja saya perlu membaca sambil berfikir dan focus jadi saya tak perlu hiburan.

Social media distraction

Semasa bekerja dari rumah, phone sentiasa di sisi unduk standby in case terima WhatsApp or email notification dari pejabat tapi bukan bermakna kita sibuk melayan social media tak berkaitan dalam waktu bekerja. Without having this inference's, saya boleh buat kerja saya secara efficient.

Kerjasama dari isi rumah

Semasa bekerja dari rumah, saya akan beritahu isi rumah supaya mereka faham keadaan saya. So mereka tak akan ganggu saya ketika saya bekerja. Kerjasama dari isi rumah sangat penting dalam keadaan ini.

Stationery

Itu sahaja tips bekerja dari rumah in order for us to accomplish the tasks given smoothly.
Semalam, dalam tak sedar tiba masa saya check out di apps apabila jam menunjukkan waktu bekerja tamat pada 5.15 petang. Saya check out pukul 5.39 petang seperti biasa apabila pulang dari pejabat.


Check out online attendance

Begitulah keadaan normal baharu (new normal) yang perlu kita hadapi ketika ini. Ada pros and cons.. Kebaikan bekerja dari rumah, saya tak perlu memandu ke pejabat, tak perlu susah fikir nak makan apa for breakfast and lunch, masa bekerja dari rumah juga flexible. Saya dapat buat coffee bila-bila masa. 

This is a new life transition that everyone has had to to take it. Jika keadaan tak boleh kita ubah, jadi kita ubah diri kita untuk sesuai dengan keadaan itu. Jangan terlalu fikir tentang keburukkan kerana masih terlalu banyak nikmat yang perlu disyukuri.

Okay ceritalah bagaimana anda bekerja dari rumah. Sejak bila anda bekerja dari rumah. Apa kekangan yang dihadapi apabila bekerja dari rumah? Ceritalah apa-apa sahaja yang berkaitan di ruangan komen.. 

Sekian sahaja post saya kali ini.
Thank you for reading.
Wasalam, byeee..


Regards,

Loading...
Share:

Thursday, January 14, 2021

Aktiviti Cuti Hujung Minggu Makan Steamboat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Minggu terakhir sebelum tahun baru, saya ambil cuti tahun 4 hari yang masih berbaki. Kira cuti paling panjang dalam tahun 2020. Alhamdulillah, syukur dapat guna cuti sebaik mungkin pada tahun lalu.

Bila cuti panjang, saya lebih suka spend masa di rumah. Banyak aktiviti dalam fikiran telah saya rancang antaranya membaca at least 1 hari 1 buah buku, keep my planner update, print module untuk semester January 2021, baca dan focus on my assignments, investment planning for my clients dan macam-macam lagi selain rutin harian di rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang saya rancang.

Dalam banyak aktiviti saya selit juga aktiviti makan-makan. Saya sekeluarga sejenis suka makan steamboat. Kalau bukan kerana pandemic, sudah pasti saya akan ke Seoul Garden Steamboat at least sebulan sekali mainly for dinner.

Oleh sebab pandemic, hasrat menikmati steamboat terpaksa tolak tepi kerana keadaan sekarang tak mengizinkan untuk kita keluar bersantai di shopping mall tanpa hala tuju. Untuk melepaskan gian teringin makan steamboat, so saya pun order electric hotpot di Shopee.

Electric hotpot for steamboat

Electric Hotpot
Oil leakage port

Electric hotpot ni multi-function dan 2 in 1, ada ruang shabu-shabu dan bbq. The best part ada ruang untuk discharge minyak, memang kena dengan kehendak saya tambahan pula ianya mudah dibersihkan. Dapat sahaja electric hotpot ni terus get ready, prepare segala barang, lauk-pauk seperti daging, seafood dan sayur.

Lauk dan sayur untuk steamboat

Ada daging perap sos black paper, udang, sotong, cendawan, bok choy, fishballs dan lain-lain sejenis dengannya.. Maaf, menu steamboat ni makanan tak ikut sunnah sebenarnya, campur semua makanan laut dan darat tak baik untuk kesihatan, wallahualam. Boleh laa sekadar layan sekali sekala okay.

Daging perap
Lamp chop dan seafood

Paling best bila makan camni ialah tak sabar tunggu lauk masak. Bila dapat makan so heaven, makanan fresh masak depan mata terus makan. Boleh pula tambah sesuka hati.

Tom yam soup

 Soup pula saya prefer clear soup dan tom yam soup.

Grill seafood

Puas makan, kalau di Seoul Garden terpaksa makan tergesa-gesa sebab kejar masa tapi dengan adanya electric hotpot ni saya boleh makan secara santai. Kenyang dan puas hati.


Grill 

Alhamdulillah kenyang.. Bila ada electric hotpot ni, saya boleh ulang aktiviti makan steamboat ni bila-bila masa terutama pada hari cuti. Tapi cabaran makan steamboat and grill di rumah ialah bau asap.. So terpaksa spray pewangi seluruh pelusuk di dalam rumah.

Dishwasher

Lepas makan tak perlu risau cuci pinggan mangkuk kotor yang banyak sebab semua load dalam dishwasher. 

My dishwasher

Tekan ON dan mesin pun mula mencuci.. Begitulah teknologi membantu meringankan kerja manusia.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Oh ya, kepada sahabat-handai yang sedang menjalani tempoh PKP, PKPB dan PKPP, jangan lupa sentiasa patuhi arahan yang diberi. Beri kerjasama jika ingin keadaan terkawal dan kembali seperti sediakala. Take care and stay safe everyone.


Sekian, wassalam. 
Byeeee..



Regards,

Loading...
Share:

Saturday, January 02, 2021

Filem Fire and Water Membuka Tirai Tahun 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini hari ke-2 kita menempuh Tahun Baru 2021. Ketika dentuman mercun kedengaran di luar rumah menandakan detik 12 malam sambutan tahun baru 2021, saya sibuk melayan filem Turki bertajuk Fire and Water berdurasi 1 jam 48 minit 50 saat. Filem ini ditayangkan pada tahun 2013.

Sepanjang hidup saya, tak pernah tengok filem dari negara Turki tetapi entah kenapa malam itu tiba-tiba rasa ingin mengikuti filem ini di YouTube. Overall komen kata "the most romantic film ever", memang tangkap syahdu. Frankly speaking, saya ni susah sikit mengalirkan airmata bila menonton filem. (Hati kau keras Roy!.. hahahaha) Kecuali filem itu betul-betul menusuk kalbu. Harus diingat hanya beberapa filem sahaja berjaya buat saya mengalirkan airmata termasuk filem ini. Tanpa segan silu saya mengaku hokeyyyy.. hehehe

Jom saya kongsi di sini jalan cerita ini. Siapa pernah tengok drama ini tentu tahu jalan cerita filem romatic ini.. I tell you, I love this movie so much!
Water and Fire (Su ve Ates) di YouTube

Intro filem ini menunjukkan seorang wanita, Jasmine (Irem Candar) sempat membaca sebuah novel hasil tulisan bakal suaminya sementara menunggu majlis pertunangannya. Novel tersebut bertajuk Su ve Ates (Water and Fire). Perjalanan cerita bermula ketika dia sedang membaca novel tersebut..
Share:
Loading...

Translator

The Author



Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

My Precious Followers

Facebook Page

My Supporters For Year 2020!

Top 5 Commentators

Top 5 Comments