Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Saturday, April 01, 2023

,
HATI BAIK SENTIASA CANTIK | Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini 1 April 2023, cepat sungguh masa berlalu.. Ramadan pula sudah masuk hari ke-10. Bila cuti hujung minggu baru begini, baru dapat merehatkan minda dan bebas membuat aktiviti di luar rutin harian. Waktu hujung minggu dalam bulan Ramadan ini saya peruntukkan untuk membaca buku ilmiah selain mengulangkaji pelajaran. Alhamdulillah assignment untuk tahun akhir pengajian saya telah dihantar pada 30 Mac 2023 lalu.

Hari ini memory di Facebook saya memaparkan post ini:

Beautiful heart

Quote of the day:

Search for a beautiful heart, not necessarily a beautiful face. 
Beautiful people are not always good, but good people are always beautiful. 

Caption saya pula begini:

Direct translation 😊 : 

"Cari hati yang baik, tidak semestinya wajah yang cantik. Orang yang cantik tidak sentiasa baik. Orang yang baik akan sentiasa cantik.." Lebih kurang camtulah maksudnya 💕

Setuju atau tidak sahabat? 


Regards,


Wednesday, September 14, 2022

,
WORDLESS WEDNESDAY : MENGEJAR IMPIAN | Setiap dari kita tentu mempunyai cita-cita, impian, matlamat atau apa juga nama yang diberikan, tak kira impian di dunia atau akhirat.. Jika kita mempunyai impian di dunia, tentu sahaja kita berusaha bersungguh-sungguh ke arah pencapaian impian tersebut, begitulah sebaliknya jika impian kita untuk akhirat tentu kita berusaha membuat persediaan di dunia untuk bekalan di akhirat kelak.. 
  
Quote of the day

"Anda mempunyai impian untuk dikejar. 
Bukan menarik perhatian orang." 

Bila rujuk kepada quote di atas, secara tidak langsung ianya menggambarkan keadaan saya sekarang.. Sejak umur semakin meningkat, saya kurang mengambil peduli kata-kata negative orang lain.. Saya juga mula mengecilkan scope pergaulan supaya tidak serabut.. Suka menghabiskan masa dalam kumpulan kecil. Focus untuk memperbaiki pencapaian hidup dan persediaan sewajarnya to be a better Muslim..

Hal ini datang dengan sendiri, bukan secara paksa atau terikut-ikut dengan orang lain.. Ianya lebih kepada mengambil pengajaran dari masa lepas.. Basically, segala tindak-tanduk saya lebih kepada diri sendiri dan keluarga bukan untuk mendapat pernghargaan atau menarik perhatian orang..

Bagaimana pula dengan pembaca? Andai ada yang ingin dikongsi bersama, jangan segan silu meninggalkan komen di bawah.

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Friday, May 03, 2019

,
Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Just wanna share this quote to you-all..


"FOUR THINGS YOU CAN'T RECOVER :
The stone after the throw
The word after it's said
The occasion after it's missed
The time after it's gone."

A reminder to myself too terutama bila melibatkan tindakan dan percakapan kita.. Apabila melukakan hati orang lain mungkin boleh dimaafkan tetapi sukar untuk melupakan.. 



Oleh itu jaga lisan antara sebabnya :

Lisan orang yang bijak terletak di sebalik akalnya sehingga setiap kali berbicara, dia akan berfikir terlebih dahulu. Apabila dia merasakan ucapannya memberi kebaikan, maka dia meluahkannya. Namun apabila dia merasakan ucapannya boleh menyinggung perasaan orang (walau tanpa sengaja), maka dia menahan diri. Sedangkan orang yang dungu, fikirannya berada di hujung lisan. Dia tidak berfikir sebelum berkata-kata. - Hasan al-Basri dalam Az-Zuhd hal: 131

Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Tuesday, February 12, 2019

,
POSITIVE PEOPLE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Siapa tak suka dikelilingi rakan-rakan atau orang yang membawa aura positif dalam diri.. Bukan kata saya ni 100% positif tapi saya tetap berusaha membaiki diri untuk terus positif dalam apa jua keadaan sekali pun sebab itu saya suka bergaul dan dikelilingi oleh orang positif.. At least bila ada niat untuk berkata negatif akan dihalang dengan aura positif.. Tapi jangan acah-acah positif okay.. be genuine.. Jadi diri sendiri.

Positive people
Saya pula jenis outspoken tapi bukan outspoken yang sengaja menyakitkan hati orang.. Jika ada curiosity saya suka tanya pada tuan punya badan bukan dengar dari orang ketiga dan buat anggapan sendiri. Saya suka berkata dan menegur secara terus terang tapi hanya kepada mereka yang rapat dengan saya dan boleh terima teguran dengan hati terbuka. Itu tanda saya ambil berat pada mereka.. Saya pun suka bila orang treat saya begitu dengan niat yang baik.. Tegurlah andai ianya memberi manfaat kepada saya.



Saya tak akan ambil peduli dengan orang yang tak berkenaan. Andai teguran kita membawa masalah jadi buat apa kita tegur mereka.. Tak membawa faedah pada diri.. For me biarlah mereka terjun dengan labu-labunya sebab ada antara mereka jenis tak boleh ditegur.. 

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Tuesday, November 27, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Alhamdulillah, pagi ini hujan turun dengan lebat, terasa nyaman udara pagi ini..
Kali ini saya ingin kongsi quote yang sangat bermakna dalam hidup saya..

Good to share :

"Life is too short to argue and fight. Count your blessings. Value the people who love you and make the most of each day."

Life is too short
Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang tidak bermanfaat.. Andai ada berlaku salah faham, cepat-cepatlah selesaikan sebab we are not guaranteed a tomorrow. Pernah dengar orang kata : Esok masih ada, tapi harus kita ingat esok belum tentu untuk kita..
Jadi gunalah peluang yang ada sebaik mungkin..




 Thank you for reading..
Have a good day everyone.. ^_~
Remember, life is too short, fragile and does not wait for anyone..


Regards,


Tuesday, June 12, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Didoakan semoga kalian dirahmatiNya selalu.. 

Pernah tak jumpa orang hebat, berpangkat tinggi tapi tak sombong? Yer, betul-betul tak sombong dengan erti kata lain rendah diri yang bukan dibuat-buat tanpa mengharapkan sesuatu.. Bertuah siapa yang mengenali golongan ini, wajar anda jadikan mereka idola. 

Surah Luqman : 18
Mengapa saya tanya begitu? 

Tidak lain dan tidak bukan kerana kecewa dengan sikap segelintir orang berpangkat. Lately kebanyakkan mereka lupa asal usul, lupa diri, tamak, perbuatan haram diambil mudah dan paling teruk tak berperikemanusiaan, menindas orang bawahan dengan kuasa veto mereka. Itu belum lagi menggunakan gelaran Haji untuk mengaburi mata. 

Saya bukan menuding jari kepada sesiapa atau membuat tuduhan sesuka hati tetapi ianya disuarakan secara umum dan berdasarkan pengalaman sendiri. 

Janganlah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan diri sendiri pun tak mampu berbuat demikian. 

Paling tidak pun sedarlah jenazah kita tak akan berguling masuk sendiri ke liang lahat. 


Semoga kita jadikan ikhtibar..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ


Friday, January 05, 2018

,
Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah pagi ini hujan rahmat turun dengan lebat.. Semoga urusan kita berjalan lancar dan dipermudahkan.. Entri kali ini sangat ringkas kerana saya masih dalam proses 'menyesuaikan' diri dengan rutin harian di Tahun Baru 2018.. Al-kisah jadual hidup ada perubahan jadi masih belum biasa dengan rutin baru, itulah sebab lately kalut semacam, tak sempat balas komen dan blogwalking seperti yang dirancang..  Terasa seperti culture shock juga sebenarnya. 

Entri kali ini saya ingin kongsi mengenai perbuatan baik tak semestinya dibalas baik.. Idea ini bertitik-tolak dari artikel yang melintas di newsfeed Facebook saya semalam iaitu berkisar tentang HARAPAN atau EXPECTATION.. 

 

Saya abadikan di sini :  

"Kita buat baik dengan orang, 
tak semestinya orang itu akan kenang kebaikan kita.

Kita buat baik dengan orang, 
tak semestinya orang itu hargai diri kita.

Kita buat baik dengan orang, 
tak semestinya kita akan dapat layanan yang sama dari orang yang sama.

Kalau bukan orang yang kita harapkan, 
Allah gantikan hambaNya yang lain, yang lebih mulia hatinya untuk berbaik dengan kita."


PENGALAMAN SENDIRI

Frankly speaking, dulu seringkali saya beranggapan bahawa setiap perbuatan baik yang dilakukan akan mendapat balasan baik namun sangkaan saya meleset.. Akibat dari kepercayaan itu, end up frust. Saya terikut-ikut dengan peribahasa yang mengatakan : "Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali." Itu peribahasa dulu, tapi peribahasa itu telah diubahsuai oleh generasi hipster kepada : "Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali tapi dua kali, tiga kali dan seterusnya." - adoi tepuk dahi! Jahanam peribahasa...

So : "Don't blame people for disappointing you. Blame yourself for expecting too much."

Nowadays, buat baik tak semestinya dibalas baik.  Kita kena belajar terima hakikat itu.. Kini saya letakkan niat dalam hati langsung tidak mengharapkan sebarang balasan.. Niat saya ikhlas dan serahkan segalanya kepada yang Esa.. Kata pepatah, alah bisa tegal biasa, dah biasa kita buat alhamdulillah rasa selesa, tak kecewa atau terkilan jika kita ikhlas dengan setiap perbuatan baik yang dilakukan.  Sentiasa berlapang dada, in shaa Allah segala urusan kita dipermudahkan dan hati juga tidak gelisah. Saya percaya itu sebahagian daripada reward daripada perbuatan baik itu.. Memang tepat seperti apa yang dinyatakan di atas.. 

Begitulah perkongsian saya kali ini.. 



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ


Monday, December 11, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ambil cuti tahun untuk berehat sementara tiada kerja yang mendesak di pejabat di samping menemankan anak saya di rumah. Semalam saya bergegas pulang ke kampung apabila mendapat berita bahawa bapa saya dimasukkan ke hospital..

Saya pernah cerita kisahnya : Bila Emosi Terganggu, Hilang Focus

 
Pagi kelmarin beliau hampir pengsan kerana terlalu lemah akibat kekurangan gula dalam darah atau hipoglesimia.  Akhirnya beliau surrendered dan setuju untuk mendapatkan rawatan di hospital. Hasil pemeriksaan doktor mendapati kadar gula dalam badan masih terkawal tidak terlalu tinggi dan tiada masalah pada tekanan darah, jantung dan sebagainya, syukur alhamdulillah. Sehingga kini beliau masih lagi ditahan di wad dan menunggu proses membersihkan luka di kaki. Semoga segala urusan dipermudahkan dan beliau kembali sihat seperti biasa..

Semasa beliau berehat dan sesekali melelapkan mata, saya lihat raut wajahnya penuh sayu.. Wajah yang dahulu ceria menghiburkan anak cucu kini sugul.. Beliau nampak sudah tua dan agak uzur sesuai dengan usianya 68 tahun.. Sedih, hanya itu sahaja perkataan yang mampu saya ungkapkan ketika itu.. Air mata tak dapat dibendung sepanjang hari, pantang saya terfikir tentangnya, pasti mengalir laju..


Begitulah kitar kehidupan, semasa saya di alam persekolahan beliau sibuk bekerja membanting tulang demi memastikan anak-anak dan keluarga hidup selesa. Kemudian saya sudah tidak lagi tinggal bersama keluarga di awal usia 18 tahun, saya sibuk dengan pelajaran dan membina kerjaya, hanya sesekali berpeluang berjumpanya. Setelah itu saya mendirikan rumahtangga, kini sibuk pula dengan tugas dan kehidupan bekeluarga, dalam tak sedar beliau sudah tua dimamah usia.. Saya pasrah dan akur dengan segala ketentuanNya.

Doa saya semoga orang-orang yang saya sayangi dlindungiNya selalu.. Dijauhkan dari segala kesengsaraan dan perkara yang tidak diingini..  Kepada adik-adik yang masih muda atau pembaca yang masih mempunyai ibu bapa, hargai setiap masa yang ada bersama mereka, benarlah seperti yang dinyatakan dalam quote di atas : "Ketika kita sibuk membesar (sibuk dengan kehidupan) kita selalu terlupa bahawa mereka pula semakin tua.."

Kalau diikutkan saya masih lagi bertuah kerana umur masuk 40 tahun masih mempunyai ibu bapa berbanding  rakan-rakan kenalan saya yang lain. Sesungguhnya peraturan hidup ini rahsiaNya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.. 

Sekian sahaja entri saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri.
Wasalam & have a good day everyone!

Regards,


Thursday, September 21, 2017

,
ADAKAH ANDA SUKA KERJAYA ANDA? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini tentang quote : "TO DO GREAT WORK IS TO LOVE WHAT YOU DO" yang bermaksud lebih kurang begini : Untuk menghasilkan kerja terbaik, anda hendaklah suka dengan kerja yang dilakukan.

Kadangkala rasa malas dan bosan tidak dinafikan memang ada dalam diri setiap orang termasuk saya.. Namun andai kita minat dengan sesuatu kerja atau kerjaya ianya dapat diatasi dengan mudah.. 
Quote of the day : career

Jika tanya saya, adakah saya suka dengan kerja saya? 
Jawapannya sudah tentu YA.. 

Tetapi faktor persekitaran dan campur tangan dari orang yang tidak berkenaan seringkali menganggu kerja saya dan kadang-kala membuatkan saya bosan! Kalau membantu takpe jugak, tapi peranan orang ketiga itu lebih kepada suka 'masuk campur' tanpa mengetahui hujung pangkal dan adakalanya merumitkan keadaan.. Pendek kata saya perlu berurusan dengan orang yang suka mengambil kredit dari idea dan hasil kerja orang lain.. Hal ini merupakan antara cabaran yang kerap saya lalui di pejabat. 

Namun begitu, saya terpaksa terima dengan lapang dada.. Alhamdulillah setakat ini saya dapat atasi dengan mengambil pendekatan tak ambil peduli (walaupun dalam hati geram yang amat sangat) semata-mata demi keharmonian di pejabat.. Saya tak mahu ikutkan perasaan sebab kalau dilayan ianya boleh jadi gaduh besar. 


Walau apa sekali pun yang berlaku semangat suka / minat dengan kerjaya membuatkan saya kekal dalam bidang ini.. Buktinya saya mampu deliver hasil kerja yang baik selain rekod pencapaian saya mengendalikan kes-kes litigasi di Mahkamah bagi pihak syarikat setakat ini masih belum pernah tewas, syukur alhamdulillah (bagilah chance masuk bakul angkat sendiri, hehehe..) Saya setuju, memang benar maksud quote ini.. Minat dan suka dengan sesuatu kerjaya / tugasan itu sangat penting bagi menghasilkan mutu kerja terbaik. 

Begitulah pengalaman saya.. Jadi, bagaimana pula dengan anda? Adakah pembaca suka dengan apa yang anda buat sekarang? Tak kiralah kerja di rumah, belajar atau apa sahaja yang anda lakukan, feel free to share.. Jom kongsikan pengalaman anda di sini.. I really appreciate your comments.. Akhir kata, choosing a career you love... and living with passion..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Friday, July 14, 2017

,
DUGAAN HIDUP | Salam Jumaat. Setiap insan di dunia ini tidak dapat lari dari dugaan atau ujian hidup. Dugaan hidup yang dihadapi merupakan satu ujian untuk menentukan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Ujian ini tanda Allah sayang kepada kita. 

Dalam era kehidupan yang pantas berlalu, pelbagai ujian dan dugaan kita hadapi silih berganti. Setiap insan diuji dengan cara berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing.


Kekuatan iman, ketabahan dan kesabaran adalah antara doa yang perlu kita pohon kepadaNya setiap hari. Ramai insan telah pergi meninggalkan kita. Ada di kalangan kita tak mampu bertahan apabila berhadapan dengan ujian hidup dan akhirnya tewas.

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Justeru, kita tidak mengetahui bagaimana ujian dan pengakhiran hidup kita.

 

Untuk pengetahuan tahun ini saya telah diuji dengan satu dugaan yang pada mulanya saya rasa tak  mampu lakukan. Kisah tersebut pernah saya ceritakan di sini. Syukur alhamdulillah ianya telah berakhir dan sehingga kini saya masih tak percaya bahawa saya mampu hadapinya. Terasa seperti satu keajaiban.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” - (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..





Regards,

Friday, June 09, 2017

,
PERMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN | Salam Jumaat diucapkan kepada readers.. Thank you for reading my blog, I really appreciate it. Minggu ini merupakan minggu paling sukar bagi saya.. Banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan di samping keadaan huru-hara yang melanda di office terpaksa juga saya tempuhi, it's really tough! Dalam banyak-banyak urusan, satu perkara tak akan saya lupakan iaitu berurusan dengan seseorang yang mencabar kesabaran saya. Sedih dan kecewa apabila dikenang kembali.. Alhamdulillah berkat kesabaran dan dengan izin-Nya, segala kesusahan yang dihadapi dapat saya tempuhi satu-persatu. 

Antara urusan yang dilalui, apabila saya berdepan dengan situasi di mana kawan sekerja mengambil kesempatan dan menganiaya saya tanpa rasa bersalah dek kerana sikapnya yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Secara tak langsung revealed her true colors! Saya betul-betul dipergunakan. Saya akan ingat sampai bila-bila..


Apa yang membuka mata saya ialah sikap berkira dan tak boleh berlebih-kurang.. Tak sangka ada juga species ini dan lebih memalukan dia among our colleagues!.. Pada saya biarlah berlebih kurang dan percaya bahawa sesungguhnya Allah akan membalas setiap perbuatan. Tak perlulah bersungguh tuntut dari manusia hingga sanggup menimbulkan perbalahan.. Demi menuntut 'hak' palsu dan lebih teruk lagi menuduh orang lain, tak mengaku kesalahan sendiri.. 

Pesanan saya jangan sesekali menyusahkan orang lain. Jangan terlalu berkira untuk memudahkan urusan orang lain lebih-lebih lagi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang susah. Andai kita menghadapi kesusahan satu hari nanti, in shaa Allah akan hadir orang yang membantu dengan izin-Nya tanpa kita jangka.. Percayalah dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Maka jangan berkira untuk berkongsi rezeki. Sanggupkah kalian melihat orang lain susah demi kesenangan diri sendiri? Tak kira siapa walaupun orang itu bukan sesiapa pada kalian.. Fikir-fikirkanlah.. In shaa Allah ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. Syukur alhamdulillah ianya telah berlalu...



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Friday, June 02, 2017

,
KEHEBATAN SEDEKAH | Salam Jumaat kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus hidup bagi meningkatkan amalan dan melaksanakan segala aktiviti harian. Umum sedia maklum bahawa sedekah membawa banyak kebaikkan kepada kita sebagai seorang Muslim lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini selain meningkatkan ibadah, kita juga digalakkan untuk melebihkan sedekah. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling gemar bersedekah. Ketahuilah bahawa tidak akan berkurangan harta seseorang kerana sedekah. Itulah antara kehebatan bersedekah.

Hebatnya Sedekah 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api."
 - Hadis riwayat at-Tirmidzi

 Sebenarnya banyak lagi kelebihan sedekah.. Oleh itu, jangan menunda sedekahmu, sebelum datang masalahmu..
Sekian, wasalam.. 

* Sebelum tidur setiap hari saya tanya diri sendiri: "Apakah kebaikan yang telah aku buat hari ini?"






Regards,

Monday, May 29, 2017

,
KISAH BERMULA KERJAYA SAYA | You all masih ingat semasa kita dalam Darjah 1, Cikgu ada tanya : Apa cita-cita kamu? Bagi cikgu 3 cita-cita kamu.. Masa tu kita semua beriya fikir apa nak jadi bila besar kelak.. macam-macam kerjaya kita impikan.. Hakikatnya pada saya cita-cita bergantung kepada usaha dan peluang bukan hanya minat semata-mata.

Okay, entri kali ini agak peribadi. Ianya berkisar tentang kehidupan saya. Saya ingin abadikan kisah jatuh bangun kerjaya saya dalam blog ini. Walaupun kerjaya saya bukan gah tapi saya bangga dengan apa yang saya ada sekarang. Ianya hasil usaha saya dengan bantuan orang tua dari segi pembiayaan yuran sepanjang pengajian tanpa sebarang pinjaman dari mana-mana agensi / institusi kewangan.

Kisah bermula apabila rakan lain menunggu keputusan peperiksaan SPM, berbekalkan keputusan percubaan SPM yang agak cemerlang saya meminta restu orang tua untuk mendaftar diri ke sebuah kolej university swasta UCBBS di Kuala Lumpur.. Abah meletakkan syarat supaya saya mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan, Perakaunan & Pengaturcaraan Komputer (Business Management, Accounting & Computer Programming) dengan harapan saya akan menguruskan perniagaan family kelak. Saya turuti asalkan saya keluar dari kongkongan family, maklumlah masa tu darah muda, suka memberontak dan ingin membawa haluan sendiri. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan course selama 3 tahun.

Photo credit to Google

Sepanjang tempoh saya belajar, saya berjaya mendapatkan kerja part-time di sebuah firma guaman, Tetuan ZTB. Kelas hanya tiga kali seminggu (setengah hari) jadi waktu selebihnya saya bekerja di situ. Bila tiada class saya kerja dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Saya bekerja tanpa pengetahuan orang tua. Duit gaji part time memang semata-mata untuk berbelanja, ditambah lagi wang saku dari abah. Jadi hujung minggu saya gunakan untuk berjimba, melepak dengan kawan-kawan di Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang dengan membeli barangan berjenama. Masa tu KLCC dalam pembinaan manakala Pavilion belum wujud lagi, hehehe

Bekerja di firma guaman Tetuan ZTB memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila saya bekerja dengan seorang peguam hartanah (conveyancing lawyer) yang sangat bengis dan kepala angin or hot temper. Pantang silap sikit (selalunya spelling error), dia akan meradang. Saya pernah dilempar dengan fail dan mengutip dokumen yang bertaburan di lantai dek panas barannya sudah menjadi perkara biasa. Masa tu rasa diperlakukan seperti hamba tapi untuk menimba pengalaman saya gagahkan jua. Pejam celik 2 tahun juga saya bekerja di situ. Saya suka bekerja di situ sebab tugas saya menguruskan suratcara jual beli hartanah / rumah dari A to Z  hingga saya mahir. Secara tidak langsung timbul minat saya dalam bidang guaman.

Photo credit to Google

Setelah tamat pengajian di kolej university swasta UCBBS, saya berhenti bekerja part-time di firma guaman tersebut. Keputusan SPM telah diumumkan dan saya berjaya mendapat Pangkat 1, namun saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Rakan-rakan seusia saya pada ketika itu sibuk memohon masuk ke universiti tempatan tapi bukan saya. Saya tak berminat untuk masuk ke IPTA. Saya tak suka kehidupan sepenuh masa di universiti.. Jiwa saya tak suka dikongkong atau terikat dengan protokol atau jadual universiti yang ketat. Saya lebih suka belajar di IPTS kerana boleh balik hari, lepas kelas boleh buat apa yang kita suka..

Seterusnya, saya dapat tawaran bekerja sepenuh masa di firma guaman kedua iaitu Tetuan HDRR sebagai Legal Secretary. Kali ini saya bekerja dengan senior lawyer juga. Boss kali ni baik dan tak kedekut ilmu tapi dia kedekut duit (opsss!). Tetuan HDRR banyak mengendalikan kes-kes Mahkamah. Boss saya banyak mengajar saya tentang kes litigasi (litigation cases) dan undang-undang di Mahkamah. Beliau juga telah menggalakkan saya untuk sambung belajar dalam jurusan undang-undang. Atas desakan beliau, saya mendaftarkan diri di sebuah kolej universiti swasta di Damansara Heights dalam jurusan undang-undang. Jurusan undang-undang mengambil masa lebih kurang 4 tahun tidak termasuk 9 bulan cambering

Photo credit to stus.com
Lagi pun semasa menuntut dalam bidang undang-undang, saya tidak teringin langsung untuk practice sebagai peguam. Pada hemat saya kehidupan sebagai peguam bukanlah glamour seperti yang dilihat dalam drama atau movie seperti Ally McBeal or Legally Blonde (kecuali drama The Suit boleh percaya sikit, itu ada sikit kisah kehidupan sebenar lawyers). Membawa fail tebal ke hulu ke hilir dengan bag roda memang nampak gah tapi tak siapa tahu ketika peguam dimarahi oleh Majistret/Hakim, dimaki dan dilempar fail pun pernah berlaku kepada seorang peguam. Selepas dimarah Majistert/Hakim di Mahkamah, balik office dimarah pula dengan client andai ada kes yang kalah atau mereka tak puas hati. Al-maklum role peguam hanya sebagai orang tengah, kalah menang kes bergantung kepada merit / kekuatan kes tersebut. Keputusan bukan ditangan peguam. Lagipun bayaran belum tentu setimpal dengan maruah yang telah tercalar di depan orang awam. Atas alasan itu, saya tanamkan cita-cita untuk bekerja dengan syarikat sebagai internal Legal Advisor or Legal Executive. Saya akan buat entry khas tentang perbezaan antara Peguam, Legal Assistant, in-house Legal Advisor dan Legal Executive kerana kerap di salah anggap sedangkan masing-masing still dalam bidang yang sama.



Dipendekkan cerita, saya bekerja di Tetuan HDRR sehingga tamat pengajian. Sementara menunggu keputusan, saya ditawarkan gaji yang lebih tinggi di sebuah firma guaman ketiga iaitu Tetuan RSC sebagai Paralegal. Saya ditugaskan untuk membuat law research bagi kes-kes Mahkamah. Bila ada kes perbicaraan sayalah orang paling sibuk membantu peguam membuat persediaan kes. Kalah menang kes juga bergantung kepada law research yang telah dibuat bagi menyokong kes tersebut.

Kenangan tak dapat saya lupakan semasa bekerja di situ ialah mengendalikan kes-kes perceraian untuk non-muslim dengan umur saya yang masih mentah. Masalah mereka seolah-olah masalah saya mana tidak saya kerap menjadi 'pendengar setia' masalah rumahtangga dan rintihan wanita yang ingin bercerai. Ianya mematangkan saya. Kata orang matang dengan masalah kehidupan sebelum usia. Walaupun begitu, nasib saya jauh lebih baik berbanding kenalan saya yang bertugas di Legal Aid Centre. Dia terpaksa menjadi peguam membela pesalah kes pembunuhan kejam Noor Suzaily Mukhtar memandangkan tiada peguam luar yang sanggup membela pembunuh kejam tersebut. Sungguh sadis, tetapi kini beliau menjadi seorang peguam hebat mengendalikan high profile case..

Pejam celik, saya bekerja di Tetuan RSC selama 3 tahun. Selepas itu saya mendapat tawaran lebih baik di sebuah syarikat pemaju perumahan terkenal di Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bermulalah profession undang-undang saya dengan lebih serious.

Legal profession

Saya ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes perbicaraan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Housing Development Act). Setiap hari saya ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk menggendalikan kes tuntutan antara pembeli rumah dan pemaju iaitu majikan saya. Banyak saya belajar di sini antaranya belajar untuk selalu merendah diri. Big boss saya seorang Tan Sri dan merupakan salah seorang 40 individu terkaya di Malaysia sekitar tahun 2008 tetapi perwatakannya sangat humble. Beliau sangat disegani oleh kakitangan dan orang sekeliling.

Setelah 3 tahun saya bekerja di syarikat itu, saya mendapat tawaran lebih baik di sebuah syarikat utiliti di Kuala Lumpur. Tugas saya mengendalikan kes-kes Mahkamah untuk syarikat tersebut. Pada awalnya syarikat tiada masalah sehinggalah terdapat campur tangan politik hingga menyusahkan kami selaku legal team membuat keputusan dan nasihat perundangan. Dalam keadaan syarikat melayan karenah politik saya mencari peluang lain. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat di Negeri Sembilan hingga kini masih tetap dalam bidang undang-undang.


Begitulah jatuh bangun saya membina kerjaya, hasil usaha sendiri dan bimbingan dariNya. Walaupun dibesarkan dalam keadaan serba-serbi mencukupi dan dimanja oleh abah, tapi saya mencabar diri untuk keluar dari kesenangan keluarga. Abah saya ingin kami semua adik-beradik mewarisi perniagaan family, tapi saya sedar siapa saya. Saya tak mahu mengundang masalah jika orang tua saya tiada nanti kerana kebarangkalian ke arah itu sudah ada..

Bagaimana pula dengan readers? Kongsilah dengan saya bagaimana career anda bermula? Kepada readers yang masih belajar atau belum bekerja, jangan putus asa.. Cari peluang, usaha, doa dan tawakkal, in shaa Allah rezeki anda akan datang juga satu hari nanti. Anda boleh kongsi juga pengalaman berapa kali pernah attend interview..

Okay, begitulah cerita yang ingin diabadikan di sini.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..





Regards,

Friday, May 19, 2017

,
MENGAPA SUSAH MENDIDIK HATI | Alhamdulillah tiba kita di hari Jumaat yang penuh barakah.. Hari yang ditunggu-tunggu bukan sahaja kerana tak sabar cuti hujung minggu tapi hari ini juga hari mudah menjemput pahala dengan membuat amalan sunat yang dituntut dalam Islam.

 
Photo credit to IG @pemuda_istiqomah_id

Pagi ini, seperti rutin harian di pejabat saya akan semak email sambil minum coffee. Hari ini terima satu email yang agak kurang best maksudnya seolah-olah mengkritik hasil usaha saya, terus sakit hati. Terasa pedih hatiku kerana email itu dari orang berpangkat yang kurang bertanggungjawab terkenal dengan dengki dan mudah  mencari salah orang lain. Pada saya dia tak layak mengkritik hasil kerja saya dibandingkan dia yang langsung tiada hasil yang boleh dibanggakan. Tiba-tiba terbayang-bayang semua perbuatan buruk orang itu bertambah sakit hatiku.

Astaghfirullahalazim, mengapa mudah benar hati ini terasa. Kan elok masa baca email tadi tak rasa apa, jadi takde la sakit hati begini dan takde la pula terfikir perkara buruk tentang orang itu. Oh abaikan saja, otak memberi signal kepada hati. Maka perasaan sakit hati tadi mulai reda.

In shaa Allah, saya cuba didik hati ini supaya mudah melupakan perkara tak penting lebih-lebih lagi berkaitan manusia negative seperti dia. Just take it easy lebih mudah begitu. Fokus pada matlamat diri itu lebih penting.

Doakan semoga saya mampu lakukan..


P/s : Terima kasih kepada siapa yang telah memperkenalkan diri untuk dimasukkan dalam Blogger Directory. Saya akan kemaskini senarai hujung minggu nanti.. Kepada yang belum, anda dijemput untuk turut serta..

Sekian, wasalam..


Regards,

Monday, April 17, 2017

,
MUNGKIR JANJI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pernahkah kita berjanji? Berjanji itu mudah tetapi menunaikannya mungkin susah bagi sesetangah manusia. Mana tidak, berjanji mudah hanya menggunakan kata-kata manakala menunaikannya perlu disusuli dengan perbuatan.

 
Sumber : Google

Semalam dalam Facebook saya ada mendapatkan maklumbalas dari followers.. Ada yang pernah terkena dengan janji yang tak ditepati.. Sesiapa pernah terkena mesti tahu bagaimana rasa penangan orang mungkir janji. Perasaan bercampur-baur, ada sedih, kecewa, geram dan macam-macam lagi. Bila keadaan di luar kemampuan, akhirnya terpaksa merelakan but I feel like a fool. Patutkah orang yang berbuat baik terasa diperbodohkan?



Apakah perasaan orang mungkir janji sedangkan dalam Al-Quran ada mengingatkan :

"..dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya." - surah Al-Isra ayat 34

Tak perlulah diletakkan dalil-dalil lain di sini kerana bila ada disebut dalam Al-Quran bermakna amat dituntut dalam Islam. Mungkir janji juga salah satu sifat orang munafiq.

Berjanji itu tak salah tapi pastikan kita mampu tunaikan. Menepati janji bukan hanya dituntut tapi ianya melambangkan sifat amanah dalam diri seseorang. Sifat amanah merupakan sifat terpuji, salah satu sifat Rasulullah. Memiliki sifat sebaliknya akan menyebabkan orang hilang rasa percaya. Jadi berhati-hati dalam berjanji. Ambillah pengajaran setiap yang berlaku.


Semoga setiap yang berlaku jadikan ikhtibar kepada diri sendiri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Friday, March 17, 2017

,
AKU MALU | Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Doa saya semoga kalian dirahmatiNya selalu. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya, kita masih lagi diberi nafas hari ini untuk menjalankan ibadah dan aktiviti harian..

Entri kali ini saya ingin bercerita tentang peristiwa yang belaku minggu ini dan bagaimana perasaan malu saya pada Allah.. Cuba pembaca bayangkan, di kala kita dihimpit masalah, fikiran, emosi terganggu, jiwa kacau, puas mencari jalan keluar tapi buntu, akhirnya kita putus asa.. 'Checkmate!', memang takde cara dan jalan lain. Cuma ada satu jalan penyelesaian tetapi dengan bantuan Allah.. Memang satu keajaiban andai ianya berlaku tambahan pula kita tahu siapa diri kita.. Amalan kita pun tak layak untuk dapat kurniaan itu dariNya. Dalam keadaan mengharap, Allah makhbulkan doa kita, Allah kurniakan keajaiban itu kepada kita. Apa yang anda rasa?

 
Photo from Facebook bingkisanhati

Begitulah yang berlaku kepada saya.. Masalah telah menghimpit diri saya sejak berminggu-minggu lamanya. Puas saya berfikir mencari jalan penyelesaian dan akhirnya putus asa.. Namun sambil berfikir mencari jalan penyelesaian, saya tak putus-putus berdoa kepada Allah, tunjukkanlah satu keajaiban supaya masalah saya selesai, bantulah saya bisik hati ini dengan penuh harapan.. Namun dalam fikiran ianya tak mungkin terjadi kerana peratusan ianya berlaku sangat mustahil...

That's it! Ayat give-up : "Tak perlu fikir lagi, tempuh sahaja apa berlaku.." Dalam keadaan mengharapkan keajaiban, tiba-tiba pagi Rabu lepas saya dapat petunjuk dan permintaan saya untuk satu keajaiban yang mustahil itu berlaku. Masalah yang bermain di fikiran sejak berminggu-mingu lama akhirnya selesai!.. 

Mengalir airmata saya tanpa disedari.. Saya sangat bersyukur! Bersyukur tak terhingga! Timbul perasaan malu pada Allah sebab amalan kita tak setimpal dengan nikmat dan kurniaanNya.. Malu dan sangat malu kerana selama ini lalai.. Sesungguhnya Allah Maha Besar الله أكبر .. 

"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar,,"
                 


Regards,

Friday, March 10, 2017

,
SALAM JUMAAT | Salam Jumaat kepada semua pembaca blog ini. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.


Sambil buat kerja di pejabat atau kerja di rumah, marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga kita mendapat syafaat dan keberkatan daripadanya..

"Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku." - H.R Abu Dawud

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan memberinya rahmat 10 kali." - H.R Al-Baihaqi

... ÙˆØ§Ù„له اعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar).

 ... Ø¢Ù…ِÙŠْÙ† ÙŠَا رَبَّ العَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ
Sekian, wasalam.


Regards,



Thursday, February 16, 2017

,
WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET BACK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung blog ini. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu. Tajuk post macam tajuk lagu kumpulan rock Scorpions.. Atau mungkin dendam dengan seseorang hanya tunggu masa dan peluang untuk balas balik.. 

Eh dua-dua salah! Tak ada kaitan langsung okay, hehehe.. Al-kisah tentang orang buat khianat, dengki kat kita. Jadi tak perlu beriya sangat balas pengkhianatan  yang dilakukan kepada kita kerana Allah SWT Maha Adil. 

Dalam Islam disebut 'KIFARAH' manakala penganut Hindu menyebut 'KARMA'.

 

Kita hanya perlu tingkatkan kesabaran, percayalah Allah is the best of planners even the best of all planners.

Yang menyakiti akan disakiti,
Yang mengkhianati, akan dikhianati
Yang melukai, akan dilukai
Yang meninggalkan, akan ditinggalkan..

Hidup kita bukan bergantung kepada apa yang kita rancang tetapi ianya bergantung kepada apa yang Allah rancang. Kita hanya watak-watak yang 'melakonkan'. Bukan nasib tetapi perancangan yang sempurna dariNya. He knows what is the best for you and when it's best for you to have it. 

Jadi andai tak mahu Kifarah buruk terjadi, berbuat baiklah.. Fikirkan apa perasaan kita andai orang lain buat apa yang kita buat kepadanya. 

Sekian, perkongsian saya. Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca semua.
Wasalam.
Regards,
 

Follow Us @ladyinredplanner