Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Wednesday, July 12, 2023

,
I’M BACK! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Akhirnya saya kembali semula ke dunia blogging setelah hampir 3 bulan sunyi sepi tanpa sebarang post di sini.. Haishhhh panjang ceritanya. Okay I’ll try to keep it short..

The struggle is part of the story 


My last post was on April 2023.. Ketika itu saya sedang sibuk menyiapkan assignments untuk 4 subjects semester akhir pengajian saya iaitu Hazard Management, Industrial Relations, Compensation Management dan Strategic Management. Semua subject tersebut agak mencabar kerana perlu diselesaikan dalam tempoh 4 bulan termasuk hadir ke kelas, tutorial, research and assignment. Saya pula sejenis suka meletakkan expectation tinggi untuk score setiap subject. Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buat sesuatu pastikan bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik. Kalau tak berjaya itu semua di luar kemampuan kita, asalkan kita berusaha. Selebihnya doa dan tawakkal.

Selain sibuk study, keadaan di pejabat pula agak mengganggu emosi disebabkan rumours melibatkan diri saya hingga menimbulkan perasaan risau dan agak down juga ketika itu.


Bukan itu sahaja, sesiapa yang mengikuti blog ini pasti tahu saya juga part-time Unit Trust Consultant. Sebagai seorang UTC saya perlu peka dengan keadaan ekonomi semasa di samping bertanggungjawab memantau perjalanan naik turun unit trust clients saya. Pada jam 8.00 malam setiap minggu perlu menghadiri agency meeting dan ujian untuk memahami selok-belok pelaburan unit amanah saham yang berada di pasaran. Setiap ujian ada point yang akan diambil kira sebagai kelayakan untuk memperbaharui lesen setiap tahun. Ianya merupakan sebahagian dari rutin harian saya selepas waktu pejabat.

Bila sampai satu tahap semua berlaku serentak dan perlu dibuat dalam masa yang sama, saya jadi terlalu stressed. Oh ya, ketika itu juga hampir menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Bertambahlah perasaan stress memikirkan persiapan Hari Raya dan akhirnya saya burnout. Overthinking, tak cukup rehat, tak cukup tidur, sakit kepala itulah punca utama dan I tell you burnout is real gais.. Susah digambarkan dengan kata-kata. Bahasa budak zaman sekarang : mental koyak.. Ni bukan setakat koyak tapi koyak rabak! Menduga sungguh.. Syukurlah saya dapat kawal emosi dan survive dari terus berlarutan.. 

Apa yang saya buat? Saya bahagikan masa satu-persatu mengikut keutamaan, jangan terus fikir perkara yang merisaukan.. Mana masalah beyond my control seperti rumours di pejabat tadi, ketepikan jangan fikir! Jangan bebankan fikiran dengan perkara tak pasti. Buat perkara yang saya suka dan tidak membebankan fikiran seperti home decor, gardening and most of the time saya pergi ke my favourite restaurant, cari makanan sedap! Begitu cara saya ‘merawat’ emosi dan fikiran yang tertekan ketika itu. Tak lupa juga sokongan dari keluarga, husband and my son.

Burnout 

Saya hanya mampu ikhtiar tapi saya tak mampu menolak ketentuanNya, hari akhir bulan Ramadan saya jatuh sakit, demam teruk sampai tak boleh bangun melarat hingga Hari Raya ke-2. Syukurlah saya ada order rendang, sambal kacang dan lemang sehari sebelum raya.. So my husband just heat up saja pada pagi raya tapi kesianlah kami tak dapat sambut raya di kampung. Kenangan yang tak dapat dilupakan.. Kudrat seorang manusia ada hadnya.. Saya belajar dari pengalaman ini.

Begitulah kisahnya.. Kini jadual harian saya sudah kembali di track asal. Saya dah habis study dan keputusan peperiksaan akhir sudah pun diumumkan.. Alhamdulillah saya berjaya score A+ and A- in all subjects dengan CGPA yang memuaskan. 

Itulah sebab mengapa saya terpaksa menyepikan diri buat sementara waktu.. Rindu untuk blogging akhirnya saya kembali! Kembali juga dengan template baru untuk menaikkan semangat menulis.. Perangai ini pernah saya kongsi di post : Asyik tukar blog template..

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Wednesday, April 19, 2023

,
BEGITU KETENTUAN ILLAHI | Selalu kita dengar peribahasa "malang tak berbau" atau erti kata lain kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. Al-kisah minggu lepas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, saya nyaris terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan selalu berpunca dari sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab hingga mengundang musibah kepada orang lain.

Nyaris kemalangan

Kisah berlaku semasa melalui roundabout berhampiran taman perumahan saya, tiba-tiba ada sebuah lori overtook kereta saya dari arah kiri untuk ke simpang kanan sedangkan saya di laluan kanan dan sudah terlebih dahulu memberi isyarat untuk ke laluan kiri. Saya kira jarak depan kereta saya dengan body lori tersebut anggaran kurang dari setengah meter, nyaris berlanggar! Syukur alhamdulillah saya sempat brek mengejut. Berderau darah ketika itu.

Malang tak berbau

Parked saja kereta terus check manalah tahu ada kerosakan di mana-mana bahagian kereta saya. Takde rosak atau calar.. Syukur tak terkira selepas terlepas dari malapetaka yang tak diingini.. Inilah yang dikatakan akibat kecuaian orang lain, kita terlibat sama. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam seumur hidup, mencemaskan terus lekat dalam otak peristiwa ini. 

Kun Fayakun - "Jadilah, maka jadilah ia.." Begitulah ketentuan Illahi, jika Dia menghendaki sesuatu maka terjadilah ia dan begitulah sebaliknya.

Regards,


Monday, July 22, 2019

,
BIRTHDAY SURPRISE BOUQUET, PEMBERIAN KECIL TAPI BERMAKNA | Al-kisah terlalu serabut dan sibuk dengan proses pindah rumah minggu lalu, saya seperti tak berpijak di bumi yang nyata.. Pagi ini baru teringat birthday adik bongsu dah berlalu semalam.. I can't believe I forgot my sister 's special day. I feel bad about it, tanpa berlengah terus capai phone dan wish her happy belated birthday..

Masih tetap rasa bersalah, so I decided to send her birthday surprise bouquet. Tapi masihkah ada yang sudi ambil order last minute dan hantar dalam hari yang sama before 4.30 p.m? Just tawakkal.. Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan.. Hasil pencarian, saya dapat khidmat surprise delivery dengan hanya sekali percubaan.

Surprise birthday delivery for my sister
Inilah feedback saya terima dari my adik bongsu :



Feedback
Saya kenang jasa adik bongsu ni, Allah takdirkan dia masih single (umur sekarang 34 tahun) untuk menjaga orang tua di kampung. Lately ayah saya tak sihat dan bermacam-macam ragam lagi dia perlu hadapi ditambah pula kerja hakiki sebagai Lecturer. Saya faham, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya tak dapat balik kampung sekerap mungkin. Adik bongsu ini harapan saya.

Walaupun begitu, kami adik-beradik sama-sama memenuhi kekurangan yang ada untuk saling bekerjasama. Bab tenaga, kewangan, perhatian dan keperluan dibahagi sama. Jadi tak hairanlah mengapa dia rasa terharu apabila mendapat penghargaan seperti itu, pemberian kecil bagi saya tapi bermakna untuk dia..



Doa saya kepada adik bongsu : Semoga diberikan kesihatan, kesabaran, dipermudahkan urusan, diluaskan pintu rezeki dan dilimpahi rahmat Illahi.. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan mendapat redha dan balasan syurga, aamiin.

Setakat ini sahaja perkongsian saya Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Sunday, March 17, 2019

,
TERIMA MESEJ TELEGRAM NAMA ARWAH | Tak tahu macam mana ingin mulakan entry ini.. Berdebar dan masih menjadi persoalan dalam fikiran sehingga kini.. Al-kisah tengah malam tadi sedang browse Instagram tiba-tiba saya terima mesej masuk melalui apps Telegram.. TING! Bunyi mesej masuk sangat kuat tepat jam 12.58 malam.. Di screen phone terpapar notification, mesej diterima dari "ARIFF DELIA". Nama itu sangat familiar dan tersenarai dalam contact saya sejak sekian lama tetapi tuan punya nombor tersebut telah meninggal dunia pada tahun 2013..  

Telegram notification message
  Sejurus selepas mesej diterima, saya rasa berdebar, serius terkejut! Cukuplah saya baca notification itu, terus letak phone di sisi katil dalam sleep mode..

Sambil lelap mata, saya membuat andaian tentu waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Tapi kenapa setelah 6 tahun berlalu? Arghhh malas fikir, mulut kumat-kamit baca surah-surah penting hingga lena..

Pagi ini seawal 5.51 pagi saya memberanikan diri untuk buka mesej yang diterima.. Sebelum itu screenshot dulu.. Hati saya berdebar, masih terkejut.. Persoalannya apakah yang terkandung dalam mesej itu?

Telegram mesej
Syukur, apabila mesej dibuka status mesej sekadar 'Unread Messages'..
Takde mesej yang 'tidak diingini'.. Tapi mengapa baru sekarang joined Telegram?
Biarlah persoalan ini menjadi tanda-tanya..Takde maknanya saya akan call nombor arwah untuk mendapatkan jawapan..

Untuk pengetahuan, arwah adalah seorang peguam dan kami bekerjasama untuk kes-kes Mahkamah sebelum ini. Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.. Berita kemalangan arwah tersebar di beberapa buah blog dan suratkhabar.. Berikut status Facebook saya bertarikh 5 Mei 2013 di samping keratan akhbar mengenai berita kematian arwah :

Keratan akhbar
 Sehingga kini fikiran masih tertanya-tanya siapakah yang menghantar mesej itu?.. Dalam masa yang sama saya masih membuat andaian mungkin waris arwah mengaktifkan telefon bimbitnya.. Selain itu, tak mahu membuat andaian yang bukan-bukan..

Akhir kata :

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون
۞ بِسْÙ…ِ  Ù±Ù„Ù„َّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم
Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞
 Ù±Ù‡ْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّذِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ ۞
غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞
امين

Ya Allah,  rahmatilah nya, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya,
 lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah..    


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Friday, December 21, 2018

,
Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua pembaca blog ini..
Ajal maut adalah ketentuan Illahi.. Kehilangan orang tersayang merupakan satu memori yang sangat terkesan pada diri kita dan akan sentiasa terpahat dalam lubuk hati kita.. Bukan tak rela dengan pemergian mereka tetapi teringat kenangan indah sewaktu mereka dipinjamkan kepada kita seolah-olah baru semalam jasad mereka pergi meninggalkan kita. Walau hakikat sebenar sudah bertahun-tahun lamanya.. 

Al-Fatihah
Ada satu-satu masa kita akan merasa rindu kepada mereka.. Rindu yang teramat sangat, terasa sebak di dada hingga boleh menitiskan airmata.. Bila berada dalam situasi ini saya akan berdoa dan kirimkan surah al-Fatihah buat mereka.. 

Kisah saya : Terasa kehilangan

Jadi marilah kita sama-sama sedekahkan surah al-Fatihah kepada orang tersayang yang telah pergi meninggalkan kita..

Terjemahan surah al-Fatihah : 

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, 
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, 
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, 
4. Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat), 
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan, 
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus, 
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin..
Semoga roh mereka tenang di sana..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Thursday, December 06, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari-hari yang saya lalui minggu ini berjalan dengan lancar.. Segala tugasan pejabat berjaya dilaksanakan mengikut perancangan..

Hari ini saya menghadiri satu kes mediasi (mediation) di Mahkamah di mana saya mewakili majikan sebagai Plaintif.. Kes ini sudah diputuskan untuk bicara tetapi YA Hakim berpendapat bahawa ianya boleh diselesaikan melalui proses mediasi.. Ini merupakan tarikh mediasi kedua. Pada tarikh mediasi pertama, Mahkamah tidak dapat meneruskan kes kerana tiada wakil pembuat keputusan ("decision maker") di pihak Defendan. Maka, hari ini saya sedia dengan kes ini, begitu juga Defendan. Defendan membawa seorang pembuat keputusan berjawatan Managing Director berpangkat Dato'..

Apa yang ingin saya sampaikan di sini bukan proses mediasi yang berlaku hari ini tetapi saya ingin highlight tentang perangai atau sikap seorang bergelar Dato' yang begitu arrogant (bukan semua)... Alahai bukan Dato' glamour pun sekadar Dato' yang mempunyai syarikat hampir gulung tikar, whoops! Frankly speaking saya tak pernah jumpa manusia yang begitu sombong sepertinya.

Credit to Google
Pada pembukaan proses mediasi YA Hakim akan meminta setiap pihak mengemukakan hujahan masing-masing.. Hujahan yang dikemukakan oleh Dato' ini langsung tak mempunyai fakta tetapi semuanya berunsur dakwaan (allegation).. Bila pihak Plaintif membalas semua kenyataannya dengan fakta dan evidence, Dato' mula menggelabah dan tukar topic lain yang mana memang langsung takde kena mengena dengan nature of claim. Namun tetap kena dengar demi peluang dan keadilan kedua-dua belah pihak.. Itu belum lagi memalingkan muka dan memandang sinis.. Oooohh I cannot brain!

Dalam hati saya : "Oh mungkin dia sombong sebab ada driver dan bodyguard kot.." Padahal statement itu sekadar mematikan fikiran yang sentiasa mencari sebab mengapa perlu sombong begitu rupa..

Itu hanya sebahagian, selebihnya tak dapat saya zahirkan di sini.. Masih terbayang riak muka sombong, setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya semua berunsur tuduhan membabi-buta, tuduhan tak berasas dan sekadar ingin melepaskan kesalahan sendiri kepada orang lain. 

Jangan sombong
Dalam fikiran, tak terjangkau dek akal saya sedang berdepan dengan bangsa sendiri yang menganggap seolah-olah matinya nanti membawa gelaran dan jawatan ke liang lahad.  Apa yang saya tahu melalui pembacaan, orang yang sombong itu selalunya menyembunyikan kelemahan diri.. 

Mungkin juga dia sedang diuji dengan pangkat dan kemewahan. Tak tahu bagaimana pula kita nanti bila diuji sepertinya.. Jadi untuk mengelakkan dari lupa diri maka saya abadikan peristiwa hari ini di sini sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kepada pembaca blog ini..

 Apalah yang ingin dibanggakan, kalau kita kaya ada orang lebih kaya dari kita.. Kalau kita bijak ada orang lebih bijak dari kita.. Kalau kita berjawatan tinggi, ada orang lain lebih hebat dari kita dan seterusnya.. Ingatlah segala yang kita ada di dunia ini hanya pinjaman dan bersifat sementara.. Atas sebab itu saya tak boleh hadam mengapa perlu sombong?

Namun begitu, saya jadikan setiap yang berlaku sebagai cermin diri untuk lihat kepada diri saya sendiri.. Tanya pada diri sendiri : Aku pernah buat perangai camni kah? Jika tidak, mohon dijauhkan dan ambil pengajaran setiap yang berlaku untuk ubah diri kepada lebih baik.



Okay setakat ini sahaja cerita yang ingin saya kongsi bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Monday, September 17, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat bercuti semua.. 
Apa plan you all hari ini? Mesti pi jalan-jalan, cuci mata, makan-makan dan menghabiskan masa bersama keluarga..Walau apa sahaja yang anda lakukan saya doakan agar anda dilindungiNya selalu..

Kalau ada anak setiap ibubapa pasti akan penuhi setiap kemahuan mereka mengikut kemampuan masing-masing.. Saya pun sama.. Al-kisah berbulan lalu anak bujang sorang ni sibuk kata nak main bola memandangkan ada pemilihan pasukan bola sepak sekolah.. So saya ikutkan minat dia mana tahu dia cenderung dalam bidang sukan dan ada bakat terpendam.. Jadi saya gigih membeli segala persiapan termasuk kasut dan jersey tanda memberi sokongan. Maklumlah kalau bab anak biasa mak-mak ni over sikit, heheheh

Kasut bola sepak
Kasut bola
Pemilihan telah pun diadakan tapi dia tak terpilih, it's okay janji menang gaya.. opss! Adatlah tak terpilih saya tahu di mana kelemahannya. Dia langsung tak pernah main bola selain di sekolah. Dari awal lagi saya kata kalau tak terpilih jangan putus asa.. Saya ada janji padanya andai keputusan peperiksaan dia baik, saya akan masukkan dia ke akademi bola sepak S2FC yang dinaungi oleh Aidil Zafuan dan Aidil Zaquan supaya mendapat latihan dan pendedahan sewajarnya.


Tiba-tiba Jumaat lalu, lepas balik sekolah terus mengadu sakit lengan.. Saya pun periksa lengan dia, alangkah terkejut tak tahu nak kata lengan dia bengkak dan nampak bengkok.. Panik sungguh terus bawa dia x-ray di hospital Columbia Asia. Rupanya di sekolah masa kegiatan kokorikulum dia ada main bola dan kena tackle dengan kawan, jatuh sampai jadi begitu.. Dari pagi menahan sakit sampai bengkak baru beritahu saya.. Katanya tak mahu susahkan mama tengah kerja.. I'm so touched!

Maka beranduh la dia untuk tempoh 2 minggu atas arahan doktor..

Tangan beranduh
Tangan beranduh
Apa perasaan saya? Tak tahu nak kata apa tapi tetap bersyukur sebab takde perkara major berlaku seperti tulang retak atau patah riuk. Doktor kata cuma otot koyak sebab itu bengkak.. Doktor beri ubat sapu untuk melegakan rasa bengkak.

Oleh kerana tuan punya badan kata serik main bola, maka hasrat untuk daftar ke akademi bola sepak terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.. Mungkin keinginan main bola sepak timbul kemudian hari manalah tahu kannn... Sebagai ibu saya sentiasa menyokong minatnya asalkan baik bagi kedua-dua pihak..

Hari ni pula baru jap tadi balik dari klinik bila muntah non-stop sejak breakfast pagi ini. Tambahan pula batuk dan selesema tak baik lagi sejak minggu lepas. Semoga anakku cepat sembuh..

Itu sahaja perkongsian saya kali ini..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Tuesday, June 26, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari ini kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah dan melaksanakan aktiviti harian. Belek-belek Facebook, I came across this picture today in my news feed..
Old man and his children
Sedih itulah perasaan yang ingin diungkapkan. Touching sungguh bila baca harapan orang tua ini terhadap anak-anak mereka. Terus ingat ayah di kampung. Orang yang telah ketiadaan ayah mengharapkan ayah mereka di sisi tapi janganlah pula anak yang masih mempunyai ayah mensia-siakan ayah mereka. Sangat beruntung anak-anak yang masih mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Walaupun sibuk, cuba luangkan sedikit masa bertanya khabar mereka.


Saya masih ingat bagaimana saya menerima tamparan hebat apabila diuji dengan kesihatan ayah tahun lalu. Saya terduduk dan berdukacita seolah-olah saya akan kehilangannya dalam masa terdekat. Hilang semangat diri ketika menempuh hari-hari yang suram. Hanya pasrah dan terima saja ketentuanNya . Tak dapat digambarkan perasaan sedih ketika itu. Namun syukur alhamdulillah, saya masih berpeluang bersama ayah pada Hari Raya tahun ini. Itulah nikmat yang paling indah.. Saya hargai peluang ini sepenuhnya.

Ingatlah ayah pun berkorban untuk kita dengan cara mereka.
Jangan sesekali kita mempertikaikan pengorbanan seorang ayah.
Ingatlah mereka, balaslah jasa mereka mengikut kemampuan kita.
Mereka hanya pinjaman kepada kita jadi hargailah mereka selagi masih ada.. Al-fatihah dikirimkan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah. 

Sebelum mengakhiri entri ini, saya kongsi tentang peranan kita sebagai anak apabila kita diberi rezeki masih lagi ada ayah dan ibu yang telah berusia:

1) Kita tidak boleh lagi mengharapkan masakan ibu tapi kita kena usaha untuk memasak, menyediakan apa saja kegemaran mereka. 

2) Bukan lagi mengharap jasa mereka tapi kita kena berjasa kepada mereka. 

3) Bukan masa untuk kita menunggu pemberian mereka tapi kita kena banyak memberi kepada mereka. 

4) Bukan lagi mengharapkan pengorbanan mereka tapi kita kena berkorban untuk mereka. 

5) Bukan lagi mengharapkan bukti kasih sayang mereka pada kita tapi kita kena buktikan betapa sayangnya kita pada mereka. 

6) Bukan lagi tunggu khabar berita dari mereka tapi sentiasa bertanya khabar mereka. 

7) Bukan tunggu mereka datang ziarah kita tapi kita kena usaha ziarahi mereka. 

Bukankah mereka orang yang wajib kita taat selepas Allah dan Rasul?

Untuk pengetahuan pembaca, perkongsian ini saya terima dari group WhatsAppp sebagai peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian kita bersama..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Friday, April 06, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti harian.. Hari ini saya ingin kongsi tentang kaitan lisan dan perasaan.. Apa kaitan antara lisan dan perasaan? Lisan ialah pertuturan manakala perasaan pula lahir dari hati seseorang.. Malah kecantikan seseorang juga diukur bukan hanya pada kecantikan luaran tapi kecantikan dalaman termasuk adab sopan dan tutur kata..
Saya kongsi di bawah ini posting nukilan saudara Khairul Hakimin Muhammad di Facebook beliau mengenai perasaan seseorang yang tercalar disebabkan lisan individu lain :

"Syahdu pula bila baca satu status rakan baru saya di Facebook.

Kami baru bertemu baru-baru ini di kafe, orangnya ceria dan sangat baik. Baru saya tahu yang beliau belum dikurniakan zuriat melalui statusnya tadi.

Katanya, beliau baru berjumpa dengan seorang kenalan lama dan kawan beliau itu mengata secara berdepan tentang tubuh beliau serta terus sinikal membuat andaian bentuk tubuh puan ini yang tidak berubah dari zaman beliau berkenalan, menjadi penyebab puan ini belum mendapat zuriat.

Beliau meluahkannya di Facebook beliau.

Kawan-kawan yang baik, tak kiralah kita berkawan sampai tahap mana, ada batas yang kita kena jaga. Iya, boleh kasar, boleh cakap apa sahaja, namun apabila sudah berumur, kena tahan dan sabar dalam berbicara.

Bab nikah kahwin, bab isteri / suami meninggal kemudian kahwin baru, bab anak, bab pasang 2-3 bini, apabila sudah menjengah umur 40-an, suasana gurau itu bukannya seperti biasa.


Saya masih ingat pergi ke sebuah ceramah korporat suatu masa dulu. Seorang ustaz buat lawak tentang suami kematian isteri, lalu si suami nikah lain kerana ‘tak tahan.”

Orang ramai ketawa. Namun ada tokoh yang duduk di barisan paling hadapan menitiskan air mata kerana isterinya baru sahaja meninggal dunia 2-3 minggu sebelum itu.

Di hadapan semua, seorang manusia bangun dan minta ustaz itu minta maaf kepada tokoh tersebut dan bercerita apa yang berlaku. Lalu semuanya tersentak dan terdiam.

Ustaz itu bangun, berjalan sedikit dan duduk seperti duduk di antara 2 sujud mengadap tokoh tersebut, dari jauh saya lihat mereka bersalaman dan berpelukan. Ustaz tadi kembali ke microphone dan meminta maaf di hadapan semua serta terus menamatkan ceramahnya. Sesi kuliah berakhir begitu sahaja. Solat, kemudian bersurai.

Kadang-kadang kita ini hanya pentingkan geli hati orang ramai. Sedangkan kita tak pernah terfikir ada yang terkecil hati malah patah hati dengan gurauan kita. Ingat ini, tak semua perkara boleh dibuat gurauan. Sudah elok berkawan, sebab tak jaga mulut, tak pasal kita bermusuh.

Ruginya kita. Sungguhnya, sesiapa yang tak mahu bercakap benda baik, diam sahajalah.

Kita ini selalu rasa hebat apabila Tuhan beri lebih nikmat. Kahwin awal, rasa hebat. Dapat anak, rasa hebat. Kerja bagus, gaji besar, pandai berniaga, rasa hebat.

Jujurnya, pernahkah terfikir setiap manusia yang rasa diri sendiri hebat itu selalu berbuat jahat kepada orang lain."- Facebook Khairul Hakimin Muhammad

Jadi berhati-hatilah dengan perkataan dan perbuatan, jika sudah melukai hati seseorang bagaikan sebuah paku yang menancap pada kayu walaupun seudah dicabut tetap meninggalkan kesan.
 
Untuk pengetahuan pembaca saya pernah alami situasi di atas, apa yang boleh saya buat hanya berikan senyuman sinis dan berlalu pergi..

God has given us eyes not to insult but to look beyond situations.
Mouth not to criticize but to speak for truth.
Hands not to punish sinners but to give a helping hand.
Ears not to be insensitive, but to hear voice in pain.
EVERYTHING HAS ITS OWN PURPOSE. WE SHOULD USE IT WELL.  

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan.. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita bersama.




Kepada sahabat alam maya dan sesiapa yang mengenali saya, maaf andai saya pernah membuat anda terasa hati.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Wednesday, March 14, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini tahap kesabaran saya diuji.. Siapa juga boleh hilang sabar kalau janji tak ditepati kannn dan berpunca dari gagal menguruskan masa dengan baik.. Dijadikan cerita pula selepas lunch tadi tiba-tiba rasa tak sedap badan dan kurang selesa.. Maka bertambah-tambahlah tahap kesabaran yang perlu ditangani, fuhhh mencabar..

Al-kisah petang tadi sekali lagi anak saya tidak dijemput dari sekolah, ini merupakan kali kedua. Saya sangat risau keselamatan anak saya di sekolah, saya percaya begitu juga dengan ibubapa lain.. Dah laa macam-macam cerita tak best kita dengar.. Selesai buat kerja saya capai handphone yang sememangnya saya set to silent mode supaya tidak mengganggu focus.. Bila check, 2 missed call tertera di skrin nama sekolah anak saya dan 1 missed call from my husband. Saya called husband semula, dia beritahu anak saya called mengatakan takde siapa mengambilnya dari sekolah sejak pukul 4.00 petang tadi.. Bila tengok jam waktu itu sudah menunjukkan pukul 5.25 petang..

Motivational quote
Maka saya pun sumbat semua barang dalam bag dan terus bergegas ambil anak.. Dalam perjalanan WhatsApp bertalu-talu masuk tapi tak sempat baca.. I'm rushing now don't disturb me! Frankly speaking, dalam perjalanan ke sekolah anak fikiran serabut. Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran, tambahan pula bila anak masuk kereta, muka dia berpeluh-peluh, berlengas.. Timbul rasa kesian sebab nampak sangat muka lapar, penat dan comot. Fikiran semakin kusut sebab stress tak lain dan tak bukan persoalan berbaur hasutan berlegar-legar di fikiran untuk terus bersangka buruk kepada si pelaku..  Saya tekadkan hati, jangan layan! Itu semua syaitan... Maafkanlah semua yang telah meletakkan engkau di situasi ini, inilah peluang buat pahala, bisik hati untuk bersangka baik..

Islamic quote
Dalam situasi itu, sambil memandu saya tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan disusuli dengan istighfar... Kawal fikiran dan perasaan.. Perkara dah berlaku, kalau saya marah sekalipun keadaan tak akan berubah.. Anak pun selamat di tempat duduk sebelah.. Alhamdulillah, barulah rasa tenang.. 

Let's just be who we really are
Dalam perjalanan saya 'melencong' ke kedai makan, pesan makanan untuk dibawa pulang.. Sementara menunggu pesanan disiapkan saya called pengusaha transport untuk mengesahkan anak saya sudah selamat bersama saya so dia tak perlu ke sekolah tergesa-gesa just to fetch him.. 

Saya sempat berbincang dengannya supaya setiap Rabu semasa anak saya ada kokorikulum dia tak perlu ambil. Sekurang-kurangnya semasa anak saya tunggu di sekolah, anak saya boleh solat Asar di surau. Jadi tak perlulah saya menyusahkannya memandu keluar semata-mata mengambil anak saya seorang pada pukul 4.00 petang sedangkan first trip pelajar lain pada pukul 12.50 tengah hari.. Saya ambil pendekatan jika kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita kelak, in shaa Allah..



Selesai sudah satu konflik hati.. Bila kita tenang, masalah juga boleh selesai secara baik.. Semua ini sudah ketentuanNya, kita just go with the flow.. Jika stuck cari jalan penyelesaian..

Patience is beautiful
Sampai saja di rumah, saya checked WhatsApp yang masuk bertalu-talu tadi.. Seperkara lagi, bukan sahaja diduga dengan anak tak diambil di sekolah tapi hari ini di pejabat saya sepatutnya menerima kunjungan dari pensyarah intern student saya..

WhatsApp
Puas tadi menunggu di pejabat sekarang baru diberitahu terdapat salah faham antara intern student dengan lecturer seperti dalam WhatApp itu.. Saya ni jenis tak suka tunggu lama.. Tarikh dan masa sudah ditetapkan according to  my free date, so make sure hadir tepat pada masa atau jika terdapat sebarang perubahan please inform me as soon as you get the notification and one more thing, bila berjanji please make sure take it seriously.. 

Sekali lagi tarik nafas dalam-dalam, kemudian istighfar.. Set in your mind, jangan marah perkara dah berlaku. Terima kesilapan atau kekurangan orang lain yang tak disengajakan dan jangan lupa temujanji dengan lecturer intern student itu esok.. Okay done blocked my date, appointment at 3.00 pm tomorrow.

Happy quote
Hati lega kerana selesai sudah semua masalah yang membuatkan fikiran serabut.. Bila umur semakin berusia, malas ambil peduli perkara remeh-temeh. Kalau boleh selesaikan segera, then remove dari fikiran.. Banyak lagi urusan lain lebih penting perlu dijadikan priority.. Itu cara saya.. Bagaimana pula dengan pembaca?

Ceritakan sikit camne you all handle situasi panik dan mengejut camni, saya dah share tips sekarang giliran pembaca pula okay..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ


Wednesday, February 07, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Penat sungguh hari ini dengan urusan di pejabat, bukan sebab kerja hakiki tapi penat melayan karenah manusia.. Itulah nama kerja di pejabat kalau tak mahu berurusan dengan manusia dengan siapa lagi? Aduhai.. hehehe

Okaylah izinkan saya membuat post ramblings hari ini... Ramblings tentang kerjaya saya.. Bukan wow mana tapi sekadar perkongsian pengalaman yang mencuit hati.. Pernah dengar tak kerjaya dalam bidang undang-undang sangat stress dan selalu serius or muka ketat, memang betul.. Semuanya bergantung kepada persekitaran dan dengan siapa kita berurusan..

A Litigator
Untuk pengetahuan, saya pernah berkhidmat di Bahagian Undang-Undang dengan 3 firma guaman, construction company dan utility companies. Jarak antara satu majikan dengan majikan lain lebih kurang 4 hingga 5 tahun berkhidmat. Frankly speaking, melalui pengalaman sendiri semua ex-bosses saya jenis kepala angin atau hot temper. Selalu kena marah, fail melayang itu perkara yang pernah saya alami dan sangaaaaaaat biasa dengan keadaan itu.

Bukan untuk memburukkan mereka, malah saya amat berterima kasih kerana tanpa mereka tak mungkin saya dapat melaksanakan tanggungjawab saya sehingga kini. Banyak saya pelajari bila bekerja dengan boss begini.. Berbekalkan pengalaman yang ada, kini saya mampu berdikari melaksanakan setiap tugasan yang diberi.

Sekarang saya bekerja dengan sebuah syarikat utility yang berurusan dengan orang awam. Ini merupakan syarikat utility kedua, beza hanya berlainan negeri. Ianya bukan sesuatu yang mudah kerana visi dan misi syarikat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Bukan hanya kakitangan di barisan hadapan tetapi semua kakitangan perlu menerapkan matlamat yang sama termasuk kakitangan di Bahagian Undang-Undang. 


Bermacam-macam kisah, suka, duka, stress, semua pernah saya hadapi termasuklah kisah mecuit hati.. Saya kongsikan di sini sebagai part of my ramblings :


Kisah 1 : "PATUTKAH KITA RASA BERSALAH?"

Kisah ini berlaku hari ini, 7 Februari 2018.. sebab inilah muncul idea post ramblings.. Saya dihubungi oleh salah seorang Pegawai dari daerah lain untuk mendapatkan nasihat perundangan sebelum mereka menyediakan laporan kes untuk tindakan undang-undang. Dia pun cerita, itu ini.. dan saya tekun menjawab setiap soalan yang diajukan lebih kurang begini :

Pegawai : Puan, ada satu kes ni kerosakan S-Bend berpunca dari kemalangan. Lori langgar..

Saya : Dapat tak nombor pendaftaran lori tu?

Pegawai : Dapat Puan, semua lengkap tapi....

Saya : Tapi kenapa, belum  buat carian pemilikan kenderaan di JPJ?

Pegawai : Bukan Puan, tapi.... pemandu lori tu kena sawan sebab tu lah dia langgar S-bend tu.. Patut tak kita rasa bersalah sebab saman dia? Dia ada tunjuk laporan perubatan..

Saya : Kenapa risau sangat pemandu tu sawan atau tidak, tanggungjawab Encik H sediakan laporan dan dokumen lengkap dan hantar ke Bahagian Undang-Undang. Biar majikan pemandu lori tersebut bertanggungjawab sebab menggaji dan membenarkan pekerja mereka berpenyakit sawan memandu kenderaan.

Pegawai : Ooooo tak salah lahhh kita saman dia kannn..

Saya : Itulah antara isu-isu yang akan dibicarakan nanti...

Pegawai : Okay..
.....

Selepas Pegawai tadi meletakkan telefon, terlintas di fikiran saya, bahaya juga andai kata ada antara pemandu berpenyakit seperti sawan dibenarkan memandu. Bila penyakit menyerang mereka akan hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan, pasti berlaku kemalangan. Malang memang tak berbau, tapi perkara seperti ini sepatutnya tidak diambil mudah.. Selama ini bila saya memandu tak pernah pun terfikir.. Mujur kes tadi dia melanggar aset air, tiada jiwa yang terkorban. Allahu akhbar, jauhkanlah kami dari malapetaka yang tidak diingini, aminnn...


Kisah 2 : JURUKAMERA KALUT

Kisah ini berlaku pada 5 April 2016.. Ketika itu saya mengendalikan kes kemalangan maut. Ibubapa si mati menfailkan Saman terhadap majikan saya yang dinamakan sebagai Defendan. Plaintif mendakwa bahawa anak mereka terlibat dalam kemalangan disebabkan permukaan jalan yang basah disebabkan oleh paip pecah.

Dipendekkan cerita, pada hari itu saya bersama mereka yang berkenaan pergi meninjau tempat di mana kemalangan tersebut berlaku untuk mencari sisa-sisa bukti to strengthen the case semasa perbicaraan bagi mendapatkan gambaran sebenar di tempat kejadian. Tinjauan ini dibuat untuk mendapatkan clue yang membawa kepada punca kemalangan. Saya assigned seorang kakitangan (bukan jurugambar pro) mengambil gambar untuk digunakan semasa perbicaraan.

Jurugambar beriya mengambil gambar seperti yang diarahkan supaya tiada bukti yang tertinggal. Pada saya, ketika itu banyak juga gambar yang 'diambil' dari pelbagai angle. So the next day, saya bersemangat untuk tengok semula gambar-gambar tersebut. Bila saya hubungi jurugambar berkenaan dengan selamba dia kata masa ambil gambar semalam dia lupa masukkan memory card. Entah macam mana perkara itu berlaku, tapi yang pasti langsung tiada gambar direkodkan!

Adoi kecewa! Masa itu saya tak tau nak gelak, nanges atau guling-guling tanda frust. Kenapa nak tergelak? Saya nak tergelak sebab masih terbayang cara dia beriya mengambil gambar, mengalahkan pro okay siap gaya, itu yang tak menahan, hehehehe. At the end, satu gambar pun takde... Kes macam ni pun ada kaaa? Apa pun sabarlah wahai hati.. Dugaaaan.. Akhirnya saya suruh dia pergi semula ke tempat itu dan ambil semula gambar...

Alhamdulillah, kes itu berpihak kepada saya.. Saya berjaya membela kes itu dan I'm proud of myself.. Salah satu pencapaian yang membanggakan kepada saya.. Untuk pengetahuan, kes kemalangan maut biasanya sangat susah untuk dibuktikan oleh Defendan tambahan pula ianya berlaku 3 tahun lepas (ketika kes itu difailkan) di mana kebanyakkan bukti sudah tiada di tempat kejadian. Jika kes itu tidak memihak kepada majikan saya, kemungkinan majikan saya akan menanggung tuntutan berjumlah ratusan ribu ringgit. Tetapi dalam rasa bangga ada perasaan sedih dan terasa berdosa.. Mengapa? In shaa Allah satu masa nanti saya kongsi dengan pembaca..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Hopefully pembaca faham my ramblings.. 



Thank you for reading. Have a wonderful day! 
Sekian, wasalam.. 
Byee...
Regards,
I am LZ

Monday, December 25, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Bulan Disember 2017 akan melabuhkan tirai beberapa hari lagi.. Penutup tahun ini bukanlah kenangan indah bagi saya dan keluarga sejak ayah sakit awal bulan ini.. Sejak itu setiap hujung minggu saya pulang ke kampung untuk memastikan perkembangan kesihatan beliau.. Jadi izinkan saya mengabadikan kisah saya bersama ayah di entri ini..

Untuk pengetahuan pembaca beliau trauma ketika dimasukkan ke hospital tempoh hari. Trauma bukan kerana rawatan yang diberikan tetapi sebaliknya, cukuplah ianya menjadi kenangan pahit bagi kami sekeluarga. Hari ke-4 kami adik-beradik sepakat untuk discharged ayah sebelum beliau menerima rawatan sewajarnya dari pihak hospital. Sebaliknya dengan persetujuan ayah kami mengambil risiko untuk membawa ayah mendapatkan rawatan di klinik swasta. Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan di klinik itu ayah menunjukkan perubahan positif, beliau nampak lebih ceria dan bersemangat dari hari ke hari. Pada kami pesakit bukan hanya memerlukan rawatan tetapi perhatian dari segi emotional supaya pesakit lebih positif melawan sakit yang dihadapi.

Hari-hari yang suram
MINOR SURGERY 

Selepas ayah keluar hospital, kami membawa ayah ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan susulan. Ayah segera menjalani minor surgery di bahagian kakinya. Saya melihat sendiri bagaimana 'seksa' beliau menahan sakit ketika doctor mencuci luka di kakinya tanpa bius. Menurut doctor, ubat bius tidak boleh diberikan semasa prosedur ini bagi mengelakkan kuman membiak dalam darah. Kaki beliau ditoreh bahagian atas dan menembusi tapak kaki bagi mengeluarkan nanah dan darah kotor yang sudah lama bertakung. Bahagian celah-celah 3 tulang jari kaki dibersihkan dengan teliti hingga mengeluarkan darah bersih. Beliau menjerit kesakitan dan kami hanya mampu memegang tangannya memberi semangat, sambil airmata berjurai-jurai menangis kerana tak sampai hati melihat beliau diperlakukan sedemikian. Namun demi kebaikan kami rela dalam terpaksa..

Beliau menjalani prosedur begitu setiap hari hingga doctor berpuas hati dengan keadaan luka dan tahap gula dalam darahnya.



HARI-HARI YANG SURAM

Sejak ayah sakit, hujung minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu.. Tak sabar pulang ke kampung menjenguk ayah walaupun tanpa bermalam. Sepanjang ayah sakit, saya rasa lebih rapat dengan ayah.. Setiap kali mesti duduk di samping ayah.. Sewaktu menyapu losyen di tangannya beliau sempat bersembang mengenai kisah silamnya hingga kami sama-sama menangis.. Ayah seolah-olah memberikan nasihat terakhirnya dan beliau sedia jika berlaku sebarang kemungkinan.. Antaranya beliau berpesan supaya selalu merendah diri, sentiasa bersedekah, rajin tolong orang susah, jangan berkira membantu orang lain dan sebagainya.. Sedih, hanya Dia yang tahu perasaan ini.

Saya kira itu antara moment yang akan saya kenang sepanjang hayat kerana selama ini kami tidak diberi kesempatan untuk bercerita dari hati ke hati. Masing-masing sibuk dengan tanggungjawab duniawi.. Saya berdoa semoga ayah sembuh sepenuhnya dan sentiasa dilindungiNya selalu.. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. 

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Wednesday, December 06, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Bulan Disember sudah masuk hari ke-6 tetapi entri saya setakat ini hanya satu. Itu pun entri 'ringan' tanpa memerah otak iaitu entri mengumumkan Top 5 Commentators. Sebenarnya susah untuk saya mulakan entri kali ini kerana ianya melibatkan emosi saya sejak kebelakangan ini.. Bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar berkongsi rasa hati ketika saya sedang diuji.. 

Al-kisah, bapa saya tak sihat.. Kaki kanan beliau bengkak dan tidak boleh menapak disebabkan oleh koyakkan tisu kaki hingga beliau tidak boleh berjalan. Seumur hidup saya, tak pernah lagi saya melihat beliau sakit teruk begini.. Kini sudah hampir 2 minggu beliau terlantar dan mengerang kesakitan walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik.. Lebih merisaukan lagi beliau merupakan pengidap diabetes tetapi takut ke hospital!


Apabila bercerita tentang ini, airmata saya tak mampu dibendung lagi dan secara tak sengaja mengalir laju.. Manakan tidak, saya mengenali beliau sebagai seorang yang tabah dan tahan sakit. Buktinya, pada tahun lepas tangan beliau luka semasa memotong besi menggunakan mesin gergaji besi elektrik. Akibatnya jari telunjuk sebelah kanannya terkoyak separuh hingga menampakkan tulang jari. Darah memancut dan tak henti-henti mengalir.. Beliau merawat luka itu sendiri hingga sembuh tanpa pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Berbulan-bulan lamanya jari beliau berbalut.. Alhamdulillah luka itu kini sudah sembuh sepenuhnya.

Jadi apabila beliau mengerang kesakitan, saya dapat rasakan ianya memang terlalu sakit hingga beliau sendiri tidak dapat menahannya.. Begitulah keadaan beliau sekarang..

Walau pun sedang bersedih saya cuba untuk sorok perasaan ini dari pengetahuan officemate atau orang sekeliling.. Saya tidak mahu memulakan cerita tentang hal ini kerana dikhuatiri tidak dapat menahan sedih malah saya menjalani urusan pejabat seperti biasa but on the other hand saya dapat rasakan diri ini tidak kuat menahan rasa risau dan sedih itu. 

Selepas melawat beliau tempoh hari saya mengalami demam panas tahap tak boleh bangun bermula dari hari Sabtu dan beransur sihat pada Isnin lalu.. Mungkin kerana perasaan saya terlalu sedih dan tak kuat semangat.. Anak mana tak sayang bapa kannn.. Terasa tamparan yang sangat hebat.. Sebagai anak perempuan sulung saya ingat selama saya hidup beliau tidak pernah menghampakan permintaan saya..

HILANG FOCUS

Apabila emosi terganggu tanpa saya sedari saya kerap cuai akibat hilang focus. Apa yang berlaku saya tak pernah tertinggal tablet tetapi semalam tertinggal di pejabat tanpa ada perasaan risau (sebelum ni tertinggal sanggup datang office semula tetapi kini hurmmm hilang pun hilanglah kalau dah takde rezeki), pen drive yang mengandungi banyak maklumat sulit sepatutnya dikeluarkan dari CPU office tetapi  dibiarkan melekat, pagi ini pula lupa semat pin tudung, lebih memalukan kelmarin lupa bayar hutang makan (saya makan dengan officemate seramai 4 orang so salah seorang akan advance payment dan kami akan bayar kemudian), pagi ni juga masak kari sotong biasa dalam periuk tetapi saya masak dalam kuali dan apabila bercakap seringkali slip of  the tongue. Apa yang berlaku semua akibat hilang focus. Jasad ada di situ tetapi minda di awang-awangan..

DOA & HARAPAN


Okay, begitulah cerita terkini dari saya.. Sebelum mengakhiri entri ini saya sentiasa berdoa agar beliau segera sembuh. Kawan-kawan semua jangan lupa doakan kesihatan bapa saya.. Dalam keadaan ini saya perlu kuat dan tabah dengan ujian ini, in shaa Allah.. Ada lagi insan lain yang diuji dengan lebih hebat. Life is a test! Allah does not burden a soul beyond that it can bear. Hidup perlu diteruskan.. Itulah kekuatan dan kata-kata semangat untuk diri saya.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Wednesday, November 29, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini mengenai article yang pernah dikongsi oleh sahabat saya di Facebook mengenai topik Bercinta Tapi Tiada Jodoh.. Saya baca dan amati kisah ini dan sangat memberi inspirasi supaya kita terima setiap ketentuan dengan hati terbuka walaupun sangat pahit untuk ditelan.. Jadi saya suka abadikan di blog ini. Mungkin suatu hari nanti ada yang memerlukan semangat ketika berdepan dengan situasi begini.. 



Al-kisah :

"Kawan aku dia dah bercinta empat tahun dengan awek dia masa sama-sama belajar dulu. Ke sana ke sini sama-sama. Makan sama-sama. Dah berjanji untuk kahwin nanti. Lepas empat tahun, masing-masing dapat kerja. Seorang di Selatan tanahair dan seorang lagi jauh nun di Utara tanahair. 

Sebulan bekerja, semuanya seperti biasa. Mesej, call setiap hari. Bulan seterusnya mesej makin sepi. Makwe tu nak tak nak je reply mesej dia. Last sekali dapat tahu makwe dia baru bertunang dengan orang lain. Patah hati kawan aku tu. Lama jugak dia nak recover putus cinta. 

***

Lepas setahun dia dapat kerja baru di Kuala Lumpur. Masih baru bekerja, guna motosikal masa belajar di universiti pergi balik kerja. Pastu berkenalan la dengan sorang makwe dekat Facebook.  Makwe duk kerja Shah Alam. Mesej dekat Facebook, sebulan lepas tu saling tukar nombor telefon. Lama-lama jatuh hati. Makwe tu ajak jumpa. 

Dia memang jenis setia. Kalau dah bercinta memang tak layan perempuan lain dah. Tiap hujung minggu dia naik motosikal pergi Shah Alam jumpa makwe tu. Masa birthday makwe tu, dia pun merempit tengah malam ke Shah Alam nak buat suprise kononnya. Beli kek siap beli patung beruang warna pink lagi. 

Sampai kat rumah perempuan tu dia nampak sorang lelaki duk tunggu depan rumah makwe dia.
"Sayang, Happy Birthday! I love You" 

Lelaki tu siap bukakan pintu kereta. Senyum mesra je mereka berdua. Terketar-ketar tangan kawan aku tengok makwe dia keluar dengan lelaki lain. Dia tengok je makwe dia berlalu pergi dengan lelaki tu. Dia terus buang kek dan bear tepi jalan. Balik semula ke Kuala Lumpur dalam hujan lebat. Rupanya perempuan tu berbaik semula dengan ex dia. Dia just boring masa tu. Tambahan pula ex dia ada kereta import. Kerja pun best.

***

Lama juga la dia malas nak ambil tahu pasal jodoh. Mak ayah dia dah banyak kali tanya bila nak kahwin. Mak ayah dia nak carikan jodoh untuk dia pun dia tak nak. Dia dah takde hati dekat perempuan. Baginya, semua perempuan jahat. Takde hati dan perasaan. Tinggalkan dia tanpa sepatah kata dan alasan. 

***

Tapi, kuasa Allah mengatasi segalanya. Bulan lepas aku terima kad undangan dia. Alhamdulillah, terbuka juga pintu hati dia untuk menerima seorang perempuan sebagai isteri. Semoga dorang bahagia sampai bila-bila.

***


Kesimpulannya, kau jenis yang setia ke, penyayang ke kalau dia tu bukan jodoh kau memang akan terputus tengah jalan. Jangan kau duk membenci kaum perempuan sebab apa yang dah jadi pada kau atau duk kata semua lelaki sama je.

Kau kalau bercinta mesti lupa Tuhan. Solat lambat je duk layan WhatsApp pasangan kau. Demam sikit mengadu dekat pakwe/makwe. Tu yang Tuhan uji kau masa bercinta. Mungkin kau akan terlalu agungkan pakwe/makwe kau daripada Illahi. Kau putus cinta pasal korang bukan ditakdirkan bersama. Kau kena terima dengan hati yang terbuka. Perit memang perit putus cinta, tapi takdir dan perancangan Illahi lagi hebat.

***
Putus cinta bukan pengakhiran kisah cinta dalam hidup kau, tapi bermula kisah untuk membaiki kelemahan diri sendiri dan mencari calon jodoh yang baru. Percaya saja, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lambat atau cepat, kau pasti akan nampak hikmah tu. Allah nak bagi sesuatu yang lebih buat kau. Semoga yang sedang mencari jodoh tu bertemu dengan jodoh yang dinanti bila tiba saatnya nanti."
#AmirSyahir

Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua ketentuan Illahi. Kita hanya merancang, namun Dia yang menentukan.. Mungkin juga ada antara pembaca pernah mengalami situasi ini sebelum menemui jodoh sekarang.. Ehhh Fattah Amin dan Fazura pun tak tahu tau mereka akan menjadi pasangan suami isteri suatu hari ini.. Betul tak? Ewah nak jugak selit citer #fattzura hehehehe. Tapi seriously, kita kena yakin, pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..

Itu sahaja.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner