Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Monday, March 11, 2024

,
HIKAYAT 1001 RASA BUFET RAMADAN DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Bulan Ramadan 1445H akan tiba esok menandakan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini, Ramadan al-Mubarak. Rutin harian ibu bapa juga sibuk serentak dengan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Seperti biasa setiap kali tiba bulan Ramadan, pihak hotel turut menawarkan pakej berbuka puasa. Ia juga merupakan masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dengan hidangan istimewa. Salah satu tempat yang menawarkan bufet Ramadan dengan juadah yang menarik untuk berbuka ialah di Klana Resort Seremban.

Bufet Berbuka Puasa Hikayat 1001 Rasa

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk memeriahkan pre-Ramadan Buffet di Klana Resort Seremban. Bagi mereka yang tidak tahu lokasi hotel ini, ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seremban. Sepanjang Ramadan, hotel ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan tema Hikayat 1001 Rasa pada harga yang berpatutan. Baucer early bird hanya RM80 sahaja seorang.

Bufet Ramadan Hikayat 1001 Rasa

Bufet Ramadan di Klana Resort Seremban menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung. Daripada hidangan tradisional Melayu citarasa Negeri Sembilan seperti nasi hujan panas, nasi berlauk, ulam dan rendang kepada penggemar daging panggang, boleh juga dinikmati di sini. Bufet ini juga termasuk pelbagai pencuci mulut yang lazat, termasuk kuih tradisional, kek dan pastri yang sudah pasti memikat selera pengunjung.

Gerai daging panggang

Aneka cucur

Lihat sahaja makanan yang tersusun sepanjang meja malah pengunjung yang tak sabar-sabar mencuba sendiri hidangan yang disediakan. 

Ramadan Buffet

Semasa majlis pelancaran pre-Ramadan Bufet ini, saya sempat bersembang dengan 'orang kuat' Klana Resort Seremban ini, beliau memaklumkan bahawa hidangan yang ada pada hari itu hanya sebahagian menu sahaja. Semasa bulan Ramadan nanti, menu akan ditambah malah ruang makan akan ditukar ke bahagian lebih luas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Pre-Ramadan Buffet

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja makanan yang lazat menjadikan bufet Ramadan di Klana Resort begitu istimewa tetapi suasananya ruang makan turut menarik dengan hiasan tradisional Ramadan yang menghiasi ruang makan dan muzik yang menenangkan dimainkan di latar belakang. Pengunjung dapat berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan damai, dikelilingi oleh orang tersayang dan layanan mesra kakitangan.

Tetamu VIP

Di meja VIP, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof yang mewakili YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Harun, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan dan pengurusan Klana Resort Hotel Seremban.

Kuih lopes

Saya kongsi sedikit juadah yang diambil semasa sesi pre-Ramadan tempoh hari. Semua sedap-sedap belaka.. Kalau boleh nak rasa semua tapi terlalu kenyang dan tak cukup masa untuk rasa semua menu yang ada..

Nasi hujan panas, kari kambing, daging salai dan rendang maman

Coffee is a must

Selain bufet, Klana Resort juga menawarkan pakej istimewa Ramadan yang merangkumi penginapan dan faedah tambahan, seperti akses kepada kemudahan hotel dan pakej seminar termasuk bufet sahur, berbuka puasa buffet, moreh serta penginapan di bilik Deluxe. Pakej ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan pengalaman Ramadan pengunjung sepenuhnya dan mencipta kenangan yang berkekalan bersama keluarga dan rakan.

Live band

Jadi, jika pembaca sedang mencari tempat berbuka di sekitar Seremban, boleh singgah di Klana Resort Seremban. Saya percaya hidangan Hikayat 1001 Rasa akan memberi pengunjung suatu pengalaman menjamu selera yang menarik sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. 

Bagaimana pula dengan pembaca, ada berhajat untuk berbuka puasa di hotel tahun ini? Boleh kongsi di ruang komen..

Sebelum berakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat menghayati bulan Ramadan ini sebaik-baiknya, in syaa Allah.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Thursday, December 28, 2023

,
CARA MENGATASI MALAS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Minggu ini saya cuti hingga tahun baru 2024. Walau sedang bercuti tetapi masih ada tugasan pejabat yang perlu diselesaikan dari rumah sehari dua ini. Cuti panjang kali ini saya tiada plan ke mana-mana sebab hassle, maklumlah cuti sekolah ditambah pula baru lepas cuti sambutan Chirstmas, tentu ramai orang di sana-sini.. So perancangan awal saya hanya menghabiskan masa dengan membaca buku selain membuat rutin harian di rumah. 

Don't put off until tomorrow what you can do today

Masa luang yang ada sangat sesuai untuk membuat segala aktiviti yang sudah lama tertangguh sebelum ini disebabkan kesibukan dengan tugasan di pejabat. Frankly speaking ada masanya saya dilanda rasa malas sebab mental exhausted jadi secara tak langsung fizikal pun ikut sekali malas. So untuk overcome rasa malas ni saya cari buku motivasi yang boleh membantu saya mengatasi keadaan ini. Jadi saya terpanggil untuk kongsi tips berdasarkan apa yang telah saya baca. 

Ringkasan yang dipetik dari buku "Do It Today: Overcome Procrastination, Improve Productivity, and Achieve More Meaningful Things" ditulis oleh Darius Foroux. Cara mengatasi kemalasan menurut Darius Foroux seperti berikut:

Do It Today

1. Jangan suka berlengah (procrastination)
Masalah utama bila dilanda malas. Perangai suka berlengah bukan sekadar malas tapi berpunca dari sikap atau perasaan risau, selalu fikir tentang kesempurnaan secara keterlaluan. Cari punca dan tetapkan matlamat yang jelas terhadap perkara yang ingin kita capai selain tetapkan matlamat khusus yang boleh dicapai. Mempunyai hala tuju yang jelas dapat memberikan motivasi dan meningkatkan produktiviti.

2. Bahagi tugasan mengikut kumpulan kecil.
Tugasan yang besar membuatkan kita rasa terbeban dan inilah punca kenapa suka bertangguh. Bahagi tugasan kepada kumpulan yang lebih kecil supaya boleh diurus dan kita dapat fokus untuk menyelesaikannya satu demi satu. Take a small step everyday adalah lebih baik dari tak buat apa-apa..

3. Jangan suka tangguh ke hari "esok"
Biasakan diri untuk buat kerja / tugasan dalam hari yang sama walaupun tugasan yang mengambil masa selama 5 minit. Buat segera!

4. Atur tugas mengikut keutamaan
Tentukan tugas mana yang paling penting dan utamakan terlebih dahulu. Caranya dengan buat senarai tugasan atau gunakan planner untuk membantu kita kekal teratur dan fokus.

5. Ketepikan segala gangguan
Kenalpasti apa yang boleh mengganggu tugas kita. Kalau saya sudah tentu my phone.. so jauhkan dari ruang kerja supaya tidak mengganggu tumpuan kita.

6. Rancang rutin harian, lakukan dengan bertanggungjawab
Wujudkan rutin harian yang merangkumi aktiviti / tugasan yang ingin kita buat. Rancang rutin harian boleh mengurangkan keletihan kita berfikir membuat keputusan dan mudah untuk memulakan sesuatu.

7. Raikan kemajuan diri sendiri
Bila sesuatu kemajuan telah berjaya dilakukan, raikan pencapaian sendiri. Tak kiralah kecil atau besar sesuatu pencapaian itu. Cara ini dapat meningkatkan motivasi diri. Mudah sebenarnya untuk raikan kemajuan diri sendiri. Kalau saya keluar makan cari makanan favourite atau minum coffee overpriced pun sudah memadai.

8. Hargai diri sendiri
Bersikap baik kepada diri sendiri dan terima bahawa setiap orang mempunyai saat-saat malas. Tak perlu kecewa kerana rasa malas, tetapi sentiasa ingatkan diri sendiri dan perlahan-lahan menggalakkan diri kita untuk mulakan langkah mengatasi sikap malas. Malas secara berterusan tak jadi apa malah merugikan diri sendiri.

Okay, tips ini boleh apply kepada semua golongan.. Agak-agak mula rasa malas sekurang-kurangnya ingat mana-mana tips di atas. Mengatasi rasa malas adalah sesuatu yang mencabar tapi kalau kita ada keazaman dan usaha benda mustahil pun boleh kita capai. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Saturday, December 16, 2023

,
MENGINAP DI SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Banyak post masih lagi tertangguh termasuklah post untuk review Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur ini..

Sunway Putra Mall Hotel 

Al-kisah pada 13 Oktober 2023 lalu saya dan keluarga menginap di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur kerana ada urusan di World Trade Centre. Sunway Putra Hotel ini terletak bersebelahan WTC. Ia merupakan kali pertama saya menginap di hotel ini. 

Reception

Dari saat saya tiba, saya telah disambut dengan kakitangan yang mesra yang tak sabar-sabar untuk membantu saya dengan proses check-in. Lagi satu saya perasan hotel ini banyak console table..

Console table di lobi
Console table di ruang lif

In terms of persekitaran hotel, my first impression memang ingat hotel ni buruk sebab hotel lama walaupun bertaraf 5 bintang.. Tapi tak sangka lobi hotel besar dan mewah, secara tak langsung sangkaan saya meleset sama sekali, bukan seperti yang dibayangkan ya saudara-saudari.. 

Console table
.. dan console table lagi..

Selesai check-in dan dapat kunci saya terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat 22.. 

Console table sebelum ke bilik
I love this painting

Saya booked bilik jenis Deluxe untuk 2 hari 1 malam.. Hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan bilik untuk memenuhi keperluan dan pilihan tetamu yang berbeza. Sebelum menginap di mana-mana hotel, seperti biasa saya suka baca review dan study facilities yang ditawarkan oleh pihak hotel bagi menjamin keselesaan and worth every penny.. 

Deluxe room

Apabila buka pintu bilik, saya terkesima dengan warna gold dan keadaan susunatur bilik yang cantik. Bilik itu sendiri luas, bersih dan menarik. Katil selesa dan kemudahan yang disediakan boleh dikira sebagai berkualiti tinggi, menjadikan penginapan saya juga selesa. 

Working table
Sofa
Family area

Ini pula pemandangan dari balcony. Ketika ini cuaca agak berjerebu, jadi pemandangan luar agak kurang jelas..

Kuala Lumpur City Centre

Ini pula pemandangan pada waktu malam..

Night view

Sambil duduk termenung di balcony bolehlah nyanyi.. "terpesona.. aku terpesona.." ditemani bunyi train putra LRT yang lalu di bawah sana..

Okay sambung cerita.. Lepas check-in, rehat sebentar kemudian kami keluar mencari makanan untuk late lunch.. Keistimewaan hotel ini ianya mempunyai pusat membeli-belah iaitu Sunway Putra Mall yang bersambung, boleh di-access melalui Level 4. Konsep begini saya suka, so sambil menginap boleh shopping.. mudah untuk tetamu membeli-belah tanpa perlu meninggalkan hotel.

Level 4 access to mall
Sunway Putra Mall

Tiba di Level 4 terus masuk ke food court Sunway Putra Mall.. 

Sunway Putra Mall food court

Bukan itu sahaja keistimewaannya, dari segi lokasi, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terletak di lokasi utama dengan akses mudah menggunakan pengangkutan awam melalui station Putra LRT ke tempat tarikan utama seperti KLCC dan ke pusat membeli-belah Bukit Bintang. Strategic sangat..

 Then the next day, seawal 7.30 pagi kami turun ke lobi untuk breakfast..

Coffee house

Jika kita menginap di sesebuah hotel, breakfast adalah satu perkara yang diambil kira oleh setiap tetamu.. Begitu juga semasa saya menginap di hotel ini, bufet sarapan pagi di Coffee House hotel ini menawarkan pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa. 

My table

Saya agak berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.. Banyak pilihan dan makanan boleh kata sedap. Kakitangan di Coffee House sentiasa sedia membantu dengan sebarang permintaan khas.

Noodles stall
Bread and pastry
Indian food
Vadei and chickpea

Terlupa ambil gambar makanan yang dimakan dari awal.. Gambar makanan hanya mampu ambil gambar vadei dan chickpea iaitu makanan penutup sebelum meneruskan urusan seterusnya.

Okay selesai cerita penginapan selama 2 hari.. Masa untuk check-out dan bayar parking fee. Macam mana untuk dapatkan parking percuma? Tips dia, jika anda menginap di hotel ini pastikan ambil tiket manual, jangan guna Touch n Go.. 

Complimentary Hotel Parking notice

Baca notis Complimentary Hotel Parking di atas.. Tetamu yang ingin mendapatkan free parking kena ambil ticket dan pihak hotel akan verified ticket tersebut semasa check-out di reception. Kalau tidak tetamu akan menanggung kos parking selama mereka menginap di hotel.. 

Parking rate

Secara keseluruhannya, saya recommend Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terutama kepada sesiapa dari luar yang ingin melawat Kuala Lumpur. For me perkhidmatan terbaik, kemudahan pun bagus dan lokasi yang strategic sesuai untuk weekend getaway. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Monday, February 20, 2023

,
3 PRODUK INGIN SAYA CUBA DI FAMILYMART | Hari ini ke FamilyMart cawangan Rasah Kemayan during lunch hour, teman officemate teringin makan Cheesy Korean Ramen. Saya tak berhasrat untuk membeli sebab dah order di Grab. 
Sementara menunggu pesanan disediakan, saya mengisi masa meninjau produk makanan dari satu rak ke satu rak yang lain.. Terpandang beberapa produk baru yang belum pernah saya cuba. 

Nescafe Dairy Free Drinks

New Nestle products iaitu Necafe Dairy Free Drinks betul-betul mencuri perhatian saya. Mana tidak, boleh kata semua flavors kegemaran saya.. Packaging juga menarik.. Mesti cuba satu hari nanti.

Produk kedua, Yopokki Halal Original Topokki.. Topokki atau rice cake memang favourite saya.. Selalu saya order di  MyeongDong Topokki. Tak sangka pula ada instant topokki macam ni..

Yopokki Halal Original Topokki

Mudahlah lepas ni, hanya isi air dan panaskan dalam microwave.. Boleh juga simpan stock di office.

Produk ketiga ialah kopi campuran atau premix coffee, tak pasti pula jenama apa.. Instant kopi ni saya lebih tertarik kepada packaging yang menarik.. Sungguh berwarna-warni..

Premix coffee

Ada 2 jenis perisa iaitu Hokkaido Milk Latte dan Himalayan Salt Latte.. Satu hari nanti boleh cuba kedua-duanya.. Adakah hanya boleh harap packaging cantik atau memang terbukti sedap setanding dengan kecantikan packaging? Bak kata orang, belum cuba belum tahu..

Bila leka meninjau produk-produk itu, saya menjenguk officemate yang masih lagi tercegat bediri menanti pesanannya.. Hampir setengah jam berlalu, rupanya si penjual sedang tergesa-gesa menyediakan bahan-bahan untuk membuat Oden sedangkan customers lain sudah lama disidai. Bila kami tanya, dia suruh tunggu 18 minit lagi, memang tak lah kami tunggu.. Apa yang menghampakan seolah-olah tiada common sense dan tiada komunikasi dengan pelanggan. Kami keluar dengan hampa, tiada rezeki kawan saya ingin menikmati Cheesy  Korean Ramen hari ini, bertabahlah.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Sunday, January 29, 2023

,
MENCUBA GIGI COFFEE DI AEON SEREMBAN 2 | Kepada penggemar kopi, sudahkah anda minum GIGI Coffee? Saya baru tahu tentang GIGI Coffee ini dari Jemmie, my colleague.. al-maklum coffee-lah ubat mengantuk kami di pejabat. Sebelum ini saya selalu minum Costa, Zus dan Starbuck coffee tapi GIGI Coffee baru pertama kali cuba pada 22 Januari 2023 lalu.

GiGi Coffee kiosk di AEON Seremban 2

Sebelum ini teragak ingin mencari tetapi outlet berhampiran hanya di AEON Nilai. Tak ada plan minum kopi masa tu, tapi kebetulan saja semasa misi mencari ink printer di Popular terpandang kiosk GIGI Coffee. Tak sangka GIGI Coffee kiosk telah dibuka di AEON Seremban 2, terletak berhadapan antara SenQ dan Popular Bookstore. Memang kena pada masa, nampak gaya bagai mengantuk disorongkan bantal.. hehehe

GIGI Coffee Buttercream Latte

Teringin sangat rasa, I randomly choose GIGI Coffee signature iaitu hot buttercream latte Indonesia coffee beans berharga RM12.00 secawan. Haruslah cuba minuman signature untuk percubaan kali pertama.. After my first try, ternyata not my taste sebab saya tak suka rasa manis creamy. I tak sepatutnya derhaka kepada rasa coffee kegemaran biasa, hurrrmmm takpe at least I berani ambil risiko. 

Kiosk GIGI Coffee di AEON Seremban 2

Pesanan untuk newbie, ada 2 jenis biji kopi ditawarkan iaitu jenis Arabica coffee beans Colombia dan Indonesia. Colombia tak berapa strong sangat berbanding Indonesia coffee beans. Tapi jangan risau biji kopi tetap berkualiti tinggi dipanggang untuk menghasilkan aroma kopi yang menyelerakan. No wonder tagline GIGI Coffee ialah "Everyday Great Coffee!"

GIGI Coffee AEON Seremban 2

Okay next visit boleh cuba yang lain seperti Seasalt Caramel Macchiato, Monday Blue Cookies Latte, Pink Friday Cookies Latte, Cookies & Cream Frappe dan sebagainya. Harga GIGI Coffee juga berpatutan. Siapa ingin cuba, kena cari outlet GIGI Coffee berhampiran. 

Related post : Costa Coffee sedapkah?

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Follow Us @ladyinredplanner