Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Karenah Penjual atau Pembeli?

KARENAH PENJUAL ATAU PEMBELI? | "Assalamualaikum saya nak order barang ni, masih available?" Mesej pertama dihantar kepada Penjual atas talian pada jam 5.45 petang dan disertakan sekali gambar barang yang ingin dibeli supaya memudahkan Penjual. Selang 1 minit Penjual membalas mesej : "W'salam. Sekejap ya."

Photo by ama.org

Pembeli faham maksud Penjual supaya menunggu. Pembeli beranggapan bahawa Penjual mungkin ingin semak stok atau jika Penjual adalah drop-shipper, mungkin Penjual ingin menghubungi tokey kedai. Tempoh semak stok sebaiknya tidak mengambil masa yang lama kerana Penjual kena sentiasa ingat bahawa Pembeli bebas membuat pilihan lain jika Penjual membuang masa Pembeli. 

Setelah 3 jam setengah berlalu, mesej Penjual masuk : "Assalamualaikum sis. Maaf ya lambat sebab uruskan anak-anak + (emoticon sengeh). Sis nak order apa tadi?". Pembeli yang sedang bersabar itu mengulangi pesanannya : "Saya nak beli .......... masih available?".

Dalam keadaan ini Penjual sepatutnya tidak membiarkan Pembeli unattended sehingga mengambil masa berjam-jam lamanya tanpa diberitahu terlebih dahulu dan sebagai Penjual tak perlulah beritahu 'masalah peribadinya itu' kepada Pembeli. Pembeli tak ingin tahu dan tak perlu diberitahu dengan masalah begitu. As if, Pembeli itu menyusahkan Penjual pula. 

Setelah 1 jam berlalu, Penjual membalas mesej ini : "Maaflah, saya tak dapat check stok malam ni sebab office dah tutup. Saya confim esok." Pembeli dah laa rasa kecewa sebab dibiarkan menunggu lama dengan penuh harapan namun masih gigih membalas mesej menyatakan : "Okay." 



Pada keesokan harinya, Pembeli menerima mesej menyatakan bahawa barang yang ingin dipesan masih ada. Maka Pembeli pun meneruskan pembelian dengan Penjual yang sama setelah berjaya menahan sabar. Proses pembelian menggunakan template dengan meminta Pembeli mengemukakan gambar barang, nama dan alamat penghantaran serta bukti pembayaran. Dalam hal ini Pembeli kena letak extra effort sedangkan gambar dan maklumat pembelian telah dinyatakan pada awal pesanan. 

Kalau anda di tempat Pembeli adalah anda akan meneruskan transaksi pembelian tersebut sedangkan barang yang ingin dibeli berlambak dalam pasaran dengan harga yang ditawarkan juga lebih murah berbanding Penjual tadi. Jika anda masih teruskan pembelian, nyatakan sebab mengapa anda masih meneruskan pembelian.

Atau anda mungkin tak beli terus jadi apakah ayat yang sesuai untuk menamatkan transaksi begini?
Pendapat anda amat saya harapkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan Penjual atas talian di Malaysia dan mungkin juga memupuk sikap sabar dengan karenah Pembeli dengan beranggapan bahawa situasi di atas adalah perkara biasa.

Perkongsian pendapat anda amat saya harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee



Regards,


Loading...

Comments

  1. saya mmg tak sabar..hihihi...baik beli kat shopee, lazada...letih layan sis sas sus online seller ni..

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya penjual dan pembeli ada karenah atau perangainya masing-masing.Kadang penjual ok..pembeli pulak.Kadang pembeli ok penjual pulak.Dan sangat-sangat rezeki bila pembeli dan penjual dua-duanya ok dalam urusan bermuamalat ini kak.Kalau perlukan dengan kadar segera..boleh sahaja cari penjual lain..kalau memang ada barang yang sama..ada penjual lain yang mungkin layanan atau responnya lebih baik..sekurang-kurangnya jimat waktu.Tettap andai keperluan terhadap barang tersebut mungkin tidak mendesak untuk digunakan..tiada pilihan lain selain bersabar dengan karenah penjual tersebut..

    ReplyDelete
  3. Paling kurang gemar kalau seller yg reply guna darling2, sayang2 ehh terus tak jadi order. Tanya lain jawab lain tp segelintir kecik saja

    ReplyDelete
  4. saya cancel order even dekat dia murah sikit dari orang lain. Tak suka kalau service macam tu. Tapi kalau dia je yang jual then terpaksa la hadap jugak

    ReplyDelete
  5. kalau lambat sangat respond kita pun boleh rasa jemu dan malas nak teruskan, sebab tu dana selalu beli dengan pembeli yang sama dan jenis yang mudah berurusan, beli sekali kalau cara dia tu lambat sangat, sampai kita dah buat pembayaran, dah beri semua maklumat tapi masuk seminggu 2 tak sampai barang tanpa ada apa kabar berita, memang last la buat pembelian dengan orang itu

    ReplyDelete
  6. pada saya, kalau saya ngah sibuk memang takkan baca mesej wassap. nak buat camna kan, penjual pun kadang ada masalah jugak, hehe

    ReplyDelete
  7. Pada akak tenguk keadaan. Kalau memang dengan dia sahaja barang tersebut....sabar dan akak beli. Tapi kalau tempat lain ada dan lagi murah rasanya beli dengan orang lain. Betul lah masalah personal sepatutnya tidak di maklumkan cuma tulis ayat molek2 dan minta maaf jika terlambat. Kalau ayat molek orang akan sabar menunggu tapi kalau ayat sarcastik emmm memang cabut lari lah pembeli. Kan kita ada adab dan sopan semasa berurusan dengan pelangan.

    ReplyDelete
  8. kalau perbandingan harga ketara kak ana akan cancel order LZ, dengan alasan.. dah dapat harga tawaran yang lebih baik.

    ReplyDelete
  9. sy jrg beli on9 dgn individu. lebih selamat n selesa beli kat lazada atau shopee. at least jika brg rosak, kita boleh pulangkan dan duit kita tu akan dikembalikan.

    ReplyDelete
  10. bagi akk, kalau ada barang yg kualiti sama dgn harga yg lebih murah, lebih baik beli saja drpd orang lain drpd menunggu penjual yg tak brp professional ni..close the deal within the day..dah tk payah fikir nak tunggu esok..

    bolehlah tulis "minta maaf,asya sudah order drpd orang lain. mungkin kita boleh berurusan lg di masa depan.terima kasih diatas masa puan"..hehe..cadangan je..

    ReplyDelete
  11. Kalau Mrs. A dah macam tu gayanya cancel niat terus kot nak beli tu.
    Cari je seller lain. Plus berlambak pulak seller yang jual benda yang sama kalau dia aje terpaksalah meneruskan jual-beli tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
IKEA DECORATION IDEAS UNTUK RUMAH SAYA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Apa khabar? Hopefully semua …