Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

JADUAL HARIAN DI BULAN RAMADHAN

JADUAL HARIAN DI BULAN RAMADHAN | Salam Ramdhan Kareem diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada non-Muslim.. Sepanjang bulan Ramadhan, biasanya cuaca panas terik.. Jadi, kita perlu minum air yang cukup agar kekal bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa..

Di sini saya kongsi tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Tips Minum 8 Gelas Air  sehari sepanjang kita berpuasa :

Tips Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa
Selain dari tips mengekalkan kandungan air dalam badan, saya juga ingin abadikan di sini Jadual Harian Seorang Mukmin di bulan Ramadhan. Jadual ini telah viral di Facebook.. Apabila saya meneliti setiap aktiviti yang dinyatakan, ianya sangat relevan dan boleh diamalkan oleh setiap orang. Elok saya abadikan di blog ini sebagai rujukan :

Photo credit to Google

JADUAL HARIAN SEORANG MUKMIN DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi
- Bangun tidur dan baca doa.
- Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
- Mandi dan membersihkan diri.
- Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30pagi
- Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
- Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. - Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
- Solat sunat Tahajjud 2/4 rakaat.
- Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
- Solat sunat Hajat 2 rakaat.
- Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
- Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.
- Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
- Baca dan tadabburlah Al- Quran.
- Berzikir.

5.15 pagi
- Makan sahur.
- Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 pagi
- Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
- Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
- Baca dan tadabburlah Al-Quran.

10.00 pagi (guna waktu 1/2 jam)
- Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
- Bersedekah harta/tenaga.
- Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari
- Bersiap untuk solat Zohor.
- Menunggu waktu solat dengan berselawat/berzikir.
- Solat Zohor berjemaah.
- Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
- Baca dan tadabburlah Al-Quran.

4.30 petang
- Bersedia untuk solat Asar.
- Laksanakan solat sunat Qabliyah.
- Solat Asar berjemaah.
- Berwirid atau membaca ma’thurat.
-  Baca dan tadabburlah Al-Quran.

5.30 petang
- Masak / membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
- Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 petang
- Siap sedia anak, suami / isteri untuk berbuka puasa.
- Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
- Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
- Solat Maghrib berjemaah.

8.00 malam
- Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
- Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 malam
- Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
- Berniatlah untuk puasa esok hari .
- Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
- Bacalah doa tidur.
- Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Terima kasih tidak terhingga kepada hamba Allah yang berkongsi jadual harian ini.
Jadual ini sekurang-kurangnya menjadi guideline untuk kita rancang masa kita sepanjang bulan Ramadhan. Semoga kita dapat manfaat darinya.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..





Regards,

Comments

  1. Tq sharing ....
    Happy Ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure Mrs. Pip..
      Allahu Akram..
      Selamat berpuasa Mrs. Pip 😍

      Delete
  2. Suka dengan perkongsian ini kak. Semoga sedikit sebanyak dapat mengikutinya. sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita memanfaatkannya..
      Terima kasih nadhie 😄

      Delete
  3. In syaa Allah, cuba buat mana yang termampu.
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..
      Semoga dipermudahkan urusan pakcik WP..

      Delete
  4. Jom kita cuba amalkan..terima kasih jak sharing..bagus ni...teratur..dan padat dengan ibadah..terbaiklah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teratur sangat jadual yang dirancang.. Sama-sama kita manfaatkannya PC..

      Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah.. Aminnn.

      Delete
  5. Perghh terbaik.. Boleh jadi sebagai rujukan harian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, moga menjadi manfaat bersama..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
IKEA DECORATION IDEAS UNTUK RUMAH SAYA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Apa khabar? Hopefully semua …
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…