Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, March 18, 2025

,
BILA SHOPPING RAYA DI MALL KIAN SENDU | Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pertanyaan saya sebagai mukadimah post kali ini - Baju raya dah beli? Apa warna tema kali ini? Berapa pasang? Ehh macam makcik bawang, sibuk tanya hal orang.. hehehehe 

Menjawab kepada persoalan di atas, saya dah beli baju raya. Tema raya tahun ini dark blue, warna pilihan anak so kita layan saja.. Bercerita tentang persiapan baju raya, minggu lepas saya ke AEON Seremban 2 dan hujung minggu ke Paradigm Mall di Kelana Jaya. 

Terdapat beberapa baris booth menjual baju raya tapi ternyata tak meriah seperti tahun-tahun sebelum ini, sendu gais!

AEON Seremban 2

Al-kisah kita sedia makluman, bila minggu akhir Ramadan menjelang, pusat membeli-belah biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai jenama fesyen yang menawarkan koleksi baju raya pelbagai jenis dan warna. 

Sebut sahaja warna apa, fesyen macam mana? Dari baju kurung moden hingga baju Melayu teluk belanga, cekak musang dan sebagainya, suasana di mall biasanya meriah dengan promosi, bunting warna-warni dengan orang ramai yang sibuk memilih pakaian untuk Syawal. Tapi tahun ni, saya perasan kemeriahan tu macam kurang sikit. Ada sesuatu yang berbeza - baju raya masih ada dijual tapi tak semeriah dulu..

AEON Seremban 2

Kalau dulu orang sanggup bersesak-sesak di shopping mall untuk mencari baju raya tapi sekarang saya rasa ramai yang lebih selesa beli secara online. Hanya klik, bayar dan tunggu barang sampai. Jadi tak perlulah bersesak-sesak, berebut saiz dan beratur di fitting room.

Paradigm Mall, Kelana Jaya

Saya rasa ekonomi yang mencabar juga memainkan peranan dalam hal ni.. Harga barang naik, kos sara hidup semakin tinggi, jadi ramai yang berhati-hati semasa berbelanja.. Ramai yang mengutamakan perbelanjaan keperluan seperti makanan dan keperluan rumah daripada membeli baju raya berpasang-pasang dengan harga yang keras..

Lagi satu, mall bukanlah satu-satunya tempat yang membeli baju raya. Banyak lagi tempat, bazaar menjual baju raya sekarang pun banyak dengan tawaran harga lebih rendah dan paling penting harga masih boleh tawar-menawar berbanding di shopping mall.

Agak-agak apa masa depan baju raya di mall akan datang? Mungkin shopping mall begini perlu ikut trend semasa dengan membuat kolaborasi dengan jenama terkenal, lebih banyak pengalaman membeli-belah secara interaktif atau lebih banyak diskaun harga menarik? 

Apa pun, budaya membeli-belah di shopping mall masih ada peminatnya tapi takde crowd yang besar berbanding dulu. Keadaan sudah berubah mengikut peredaran zaman. Kalau shopping mall di Jalan TAR, SOGO etc lain cerita.. Setiap tahun memang jadi tumpuan orang ramai.. Ni kita cerita shopping mall di luar Kuala Lumpur..

My lovely readers pula macam mana? Tahun ni beli baju raya di mana? Shopping mall, online, butik, bazaar.. Jom share..

Begitulah kisahnya cerita bila shopping mall jual baju raya kian sendu.. Okay itu saja.. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Wednesday, March 12, 2025

,
Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat dariNya. It has been a long time since my last post. Ada tapi sibuk dengan tugasan hakiki. Life has been quite hectic lately..

Susah untuk diluahkan hanya dapat dirasakan.. Dalam usia yang semakin meningkat saya ditemukan dengan pelbagai karenah manusia yang mencabar kesabaran, apa pun saya anggap ianya satu ujian dan tetap bersyukur kerana banyak lagi nikmat lain yang harus disyukuri.

Mentally exhausted

Frankly speaking bila berdepan dengan masalah fitnah dan terjebak dengan tuduhan tak berasas bukan situasi mudah, mentally exhausted. Mengeluh bukan jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang saya ingin menyerah kalah tapi banyak perkara perlu dipertimbangkan. Apa saya boleh lakukan adalah terpaksa berdamai dengan takdir. 

Apabila berada dalam situasi ini hati memujuk diri, sesungguhnya ujian mengangkat darjat seseorang di mata penciptanya. Sabar dan istighfar.. Allah is the best planner.. Doa adalah senjata orang mukmin - doa yang baik-baik semoga ada cahaya di hujung tunnel. Sounds like a plot from a TV drama, right? Unfortunately, this was my daily reality. Saya yakin setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Doakan saya kuat menghadapi semua ini.

Okay let’s move forward, bagaimana perjalanan Ramadan setakat ini? Pasti sibuk terutama to all mommies out there, bermula persiapan juadah sahur hingga berbuka di samping menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadan. Walaupun sibuk tapi seronok hingga menjadi moment indah setiap tahun. Betul tak? Hoperfully everything goes well. 

Sekejap masa berlalu, sekarang kita sudah memasuki minggu kedua berpuasa.. Semoga kita dapat menghayati bulan Ramadan dengan seimbang, memenuhi tanggungjawab duniawi dan ukhrawi dengan penuh keikhlasan dan keberkatan, in shaa Allah.

Sebelum terlupa, maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan yang meninggalkan komen dalam blog post sebelum ini. Saya sedar masih belum sempat saya membalas komen-komen tersebut dan belum sempat berkunjung balas. In shaa Allah saya akan meluangkan masa untuk berbuat demikian suatu hari nanti. Terima kasih kerana memahami dan tetap setia hadir di blog ini. Thank you so much for your endless support, really appreciate it.

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,


Saturday, March 01, 2025

,
BULAN RAMADAN KEMBALI LAGI, SELAMAT BERPUASA! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah esok kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan. Bulan yang bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amal ibadah dan menguatkan hubungan dengan Allah swt serta sesama manusia.

Ramadan al-Mubarak

Bermulanya Ramadan, suasana mula berubah. Masjid bertambah meriah dengan solat tarawih, bazaar Ramadan mula menggoda dengan pelbagai juadah dan yang paling indah, kita mula berlumba-lumba mencari pahala. Tak kira di mana kita berada, Ramadan sentiasa membawa satu perasaan yang sukar digambarkan - ketenangan, keinsafan dan kegembiraan untuk berkongsi rezeki. Sayu pun ada bila teringat kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Kepada semua yang berpuasa tahun ini, Selamat Menjalani Ibadah Puasa! Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna, penuh keberkatan dan mendekatkan kita kepada nilai-nilai kesabaran, kesyukuran dan keikhlasan. Mari kita manfaatkan setiap detik dengan sebaiknya - lebihkan ibadah, perbanyakkan doa dan paling penting, hayati bulan ini dengan hati yang penuh keinsafan dan keilhlasan.

Akhir kata, Salam Ramadan kepada semua..

Regards,


Monday, March 11, 2024

,
HIKAYAT 1001 RASA BUFET RAMADAN DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Bulan Ramadan 1445H akan tiba esok menandakan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini, Ramadan al-Mubarak. Rutin harian ibu bapa juga sibuk serentak dengan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Seperti biasa setiap kali tiba bulan Ramadan, pihak hotel turut menawarkan pakej berbuka puasa. Ia juga merupakan masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dengan hidangan istimewa. Salah satu tempat yang menawarkan bufet Ramadan dengan juadah yang menarik untuk berbuka ialah di Klana Resort Seremban.

Bufet Berbuka Puasa Hikayat 1001 Rasa

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk memeriahkan pre-Ramadan Buffet di Klana Resort Seremban. Bagi mereka yang tidak tahu lokasi hotel ini, ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seremban. Sepanjang Ramadan, hotel ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan tema Hikayat 1001 Rasa pada harga yang berpatutan. Baucer early bird hanya RM80 sahaja seorang.

Bufet Ramadan Hikayat 1001 Rasa

Bufet Ramadan di Klana Resort Seremban menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung. Daripada hidangan tradisional Melayu citarasa Negeri Sembilan seperti nasi hujan panas, nasi berlauk, ulam dan rendang kepada penggemar daging panggang, boleh juga dinikmati di sini. Bufet ini juga termasuk pelbagai pencuci mulut yang lazat, termasuk kuih tradisional, kek dan pastri yang sudah pasti memikat selera pengunjung.

Gerai daging panggang

Aneka cucur

Lihat sahaja makanan yang tersusun sepanjang meja malah pengunjung yang tak sabar-sabar mencuba sendiri hidangan yang disediakan. 

Ramadan Buffet

Semasa majlis pelancaran pre-Ramadan Bufet ini, saya sempat bersembang dengan 'orang kuat' Klana Resort Seremban ini, beliau memaklumkan bahawa hidangan yang ada pada hari itu hanya sebahagian menu sahaja. Semasa bulan Ramadan nanti, menu akan ditambah malah ruang makan akan ditukar ke bahagian lebih luas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Pre-Ramadan Buffet

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja makanan yang lazat menjadikan bufet Ramadan di Klana Resort begitu istimewa tetapi suasananya ruang makan turut menarik dengan hiasan tradisional Ramadan yang menghiasi ruang makan dan muzik yang menenangkan dimainkan di latar belakang. Pengunjung dapat berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan damai, dikelilingi oleh orang tersayang dan layanan mesra kakitangan.

Tetamu VIP

Di meja VIP, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof yang mewakili YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Harun, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan dan pengurusan Klana Resort Hotel Seremban.

Kuih lopes

Saya kongsi sedikit juadah yang diambil semasa sesi pre-Ramadan tempoh hari. Semua sedap-sedap belaka.. Kalau boleh nak rasa semua tapi terlalu kenyang dan tak cukup masa untuk rasa semua menu yang ada..

Nasi hujan panas, kari kambing, daging salai dan rendang maman

Coffee is a must

Selain bufet, Klana Resort juga menawarkan pakej istimewa Ramadan yang merangkumi penginapan dan faedah tambahan, seperti akses kepada kemudahan hotel dan pakej seminar termasuk bufet sahur, berbuka puasa buffet, moreh serta penginapan di bilik Deluxe. Pakej ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan pengalaman Ramadan pengunjung sepenuhnya dan mencipta kenangan yang berkekalan bersama keluarga dan rakan.

Live band

Jadi, jika pembaca sedang mencari tempat berbuka di sekitar Seremban, boleh singgah di Klana Resort Seremban. Saya percaya hidangan Hikayat 1001 Rasa akan memberi pengunjung suatu pengalaman menjamu selera yang menarik sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. 

Bagaimana pula dengan pembaca, ada berhajat untuk berbuka puasa di hotel tahun ini? Boleh kongsi di ruang komen..

Sebelum berakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat menghayati bulan Ramadan ini sebaik-baiknya, in syaa Allah.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Friday, April 24, 2020

,
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1441H / 2020 | Salam Ramadhan al-Mubarak (Ramadhan yang penuh keberkatan) kepada semua muslimin dan muslimat. Marhaban Ya Ramadhan, alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi peluang menyambut Ramadhan tahun ini.

Ramadhan Kareem 1441H / 2020



Ramadhan kali ini berbeza sedikit dari sambutan tahun-tahun sebelum ini apabila negara kita sedang diuji dengan penularan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan. Mungkin ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Bak kata PM, kita lihat yang positif sahaja.

Jadi kita ambil kesempatan ini untuk terus memperbaiki diri dan ibadah kita serba banyakkan muhasabah diri atas dosa-dosa lalu. In shaa Allah hati akan tenang.

Ramadhan al-Kareem (Ramadhan yang mulia).. dijawab dengan "Allahu Akram (sesungguhnya Allah yang memuliakannya).

Akhir kata, saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Mohon maaf jika terdapat kesalahan dan kesilapan sepanjang perkenalan kita.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..

Regards,


Loading...

Sunday, May 26, 2019

,
Ramadhan sudah masuk minggu ke-3, saya percaya tentu ramai antara kita sibuk dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dalam masa yang sama juga meningkatkan amal ibadah 10 malam terakhir Ramadhan.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan amal ibadah kita diterimaNya..

Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dalam kesibukkan menjalani tugas hakiki di pejabat dan rutin harian dapat juga saya meluangkan masa berutus kad raya dengan peserta Projek Kad Raya 2019 by Lady In Red Planner.. 

Projek Kad Hari Raya 2019
Untuk pengetahuan pembaca, proses mencari dan membeli kad raya yang sesuai juga bukan mudah sebab tak banyak kedai buku sekarang ini menjual kad raya dibandingkan 5 atau 10 tahun lalu. So nampak tak kad raya dah semakin pupus okay..

Kad Hari Raya 2019
Pemilihan kad raya juga mestilah bersesuaian dengan si penerima.. Jadi saya pilih setiap kad mengikut naluri.. Harap si penerima dapat terima kad itu seadanya..

Setem 60 sen untuk kad Hari Raya
Akhirnya proses mengirim kad raya berjaya diselesaikan semalam, alhamdulillah..

Peti pos Malaysia
Harapan saya semoga semua kad raya diterima kepada peserta dan rakan bloggers. Maaf andai ada yang terima kad raya saya selepas bulan Ramadhan disebabkan kelewatan penghantaran oleh Pos Malaysia. Kita faham mereka sekarang sedang bertungkus-lumus untuk proses serahan sebelum cuti Hari Raya nanti.

Apa yang paling penting bila anda terima kad raya dari saya nanti itulah tanda ingatan tulus ikhlas yang lahir dari hati walaupun kita tak pernah bersua muka dan hanya berkenalan di alam cyber.. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada peserta Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner.. Maaf andai ada kekurangan dari saya dalam menjayakan misi ini..

Related post : Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner





Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Thank you for reading..
Wasalam..


Regards,


Loading...

Sunday, May 05, 2019

,
Salam Ramadhan semua.. Ramadhan di depan mata.. Alhamdulillah dan syukur jika kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan 1440H..

Ramadhan 1440H

Setiap insan pasti mempunyai impian dan harapan setiap kali Ramadhan menjelang.. Begitu juga dengan saya.. Mudah kata target dan harapan Ramadhan ku seperti terkandung dalam lirik lagu Raihan feat Man Bai  ini :
  
Ku mengharapkan Ramadhan 
kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa ku berada 
di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

 Selangkah demi selangkah..
Dengan rahmatMu oh Tuhanku..
Ku tempuh jua..


Itulah harapan saya..
Semoga puasa kita lancar dan mendapat pahala dan keberkatan dariNya..

Baca juga article Ramadhan saya tahun laluRamadhan Al-Mubarak 1439h (2018)

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Thursday, May 17, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1439H / 2018 . Selamat datang wahai bulan ibadah, bulan penuh kebahagian.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan lagi bulan penuh rahmat, bulan penuh keberkatan dan keampunan. Di kesempatan ini saya mohon kemaafan segala kesalahan.. 


"May the Ramadhan be the one where we get closer to our Creator and come out of this month with a stronger Emaan."

Akhir kata, semoga kita terus istiqamah melaksanakan ibadah dan setiap amal ibadah kita diterima oleh-Nya. 
...اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ† 



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ


Saturday, June 03, 2017

,
NASIHAT DALAM LAGU PADA BULAN RAMADHAN  | Assalamualaikum dan Selamat berpuasa kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini tentang lagu pada bulan Ramadhan.. Beberapa lagu yang saya tahu berkaitan bulan Ramadhan bertajuk Harapan Ramadhan oleh Raihan feat Man Bai, Ahlan Wa Sahlan by Rabbani, Ramadhan Bulan Berkat by Hijjaz dan Lailatul Qadar by Raihan. Selain itu, lagu sempena bulan Ramadhan dari negara luar yang saya tahu ialah Ramadhan by Maher Zain dan 2 lagu dari Indonesia bertajuk Ramadhan Tiba by Opick dan Ramadhan Datang by Tompi.. Ehhh betul kaa saya kata lagu instead of nasyid. Apa beza antara lagu dan nasyid? Ada tak sesiapa antara readers boleh beritahu? So saya terus nyatakan sebagai lagu okay..


Dalam bulan Ramadhan ini sepatutnya berkumandang lagu-lagu berunsur keislaman dan nasihat berkaitan bulan Ramadhan tapi kini sebaliknya, baru seminggu puasa tapi lagu Raya dah berkumandang sana sini, adoi stress sungguh sebab baju raya belum beli! ngeeee... Bukan sebab itu tapi agak kurang sesuai seolah-olah tiada penghayatan bulan Ramadhan. As if, Ramadhan sebagai 'syarat' semata-mata untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Walaupun tak banyak saya tahu tentang lagu, tapi lagu Ramadhan Datang by Tompi ini menarik perhatian saya. Ada tak sesiapa same taste with me? Saya tak berkira dari mana datangnya lagu itu tapi saya pentingkan lirik sesebuah lagu. Pada pendapat saya lagu berkaitan bulan Ramadhan ini bukan sahaja menghiburkan tetapi terdapat juga unsur Islamic dan nasihat dalam liriknya yang tak terlalu 'berat' malah mudah difahami. 

Saya kongsikan di sini:


 
Ramadhan datang, alam pun riang
Menyambut bulan yang barakah

Umat berdendang berkumandang adzan
Bertanda hati yang senang
Oh... hoooo.. Hati yang gembira
Oh.. Oo... Ho... Penuh sukacita

Sebulan kita kan berpuasa, melawan lapar dahaga
Kalahkan nafsu rayuan syaitan
Menjadi insan yang taqwa

Oh... Hoooo... Hati yang gembira
Oh.. Oo.. Ho... Penuh sukacita

Tarawih dan tadarus, bersujud di tengah malam
Berzikir dan berdoa...
Menyebut asmahmu Allah
Dan tak lupa berzakat, sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa, sebagai insan yang fitri

Ramadhan datang, alam pun riang
Menyambut bulan yang barakah
Umat berdendang berkumandang adzan
Bertanda hati yang senang
Oh... hoooo.. Hati yang gembira
Oh.. Oo... Ho... Penuh sukacita

Tarawih dan tadarus, bersujud di tengah malam
Berzikir dan berdoa... Menyebut asmahmu Allah
Dan tak lupa berzakat, sempurnakan kewajiban
Mensucikan jiwa, sebagai makhluk Allah
Dan tak lupa berzakat, sempurnakan kewajiban
Mensucikan Jiwa, sebagai insan yang fitri

Tarawih Dan Tadarus
Bersujud Di Tengah Malam
Berzikir Dan Berdoa...
Menyebut Asmahmu Allah  

Selain itu lagu Lailatul Qadar pun best juga.. Bagaimana pula anda? Apakah lagu berkaitan bulan Ramadhan yang anda suka? Share laa di sini mungkin ada yang saya tak tahu..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

Sunday, May 28, 2017

,
JADUAL HARIAN DI BULAN RAMADHAN | Salam Ramdhan Kareem diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada non-Muslim.. Sepanjang bulan Ramadhan, biasanya cuaca panas terik.. Jadi, kita perlu minum air yang cukup agar kekal bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa..

Di sini saya kongsi tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Tips Minum 8 Gelas Air  sehari sepanjang kita berpuasa :

Tips Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa
Selain dari tips mengekalkan kandungan air dalam badan, saya juga ingin abadikan di sini Jadual Harian Seorang Mukmin di bulan Ramadhan. Jadual ini telah viral di Facebook.. Apabila saya meneliti setiap aktiviti yang dinyatakan, ianya sangat relevan dan boleh diamalkan oleh setiap orang. Elok saya abadikan di blog ini sebagai rujukan :

Photo credit to Google

JADUAL HARIAN SEORANG MUKMIN DI BULAN RAMADHAN

4.00 pagi
- Bangun tidur dan baca doa.
- Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
- Mandi dan membersihkan diri.
- Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30pagi
- Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat.
- Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. - Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
- Solat sunat Tahajjud 2/4 rakaat.
- Selepas solat, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
- Solat sunat Hajat 2 rakaat.
- Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
- Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.
- Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
- Baca dan tadabburlah Al- Quran.
- Berzikir.

5.15 pagi
- Makan sahur.
- Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 pagi
- Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
- Solat sunat Subuh, solat Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
- Baca dan tadabburlah Al-Quran.

10.00 pagi (guna waktu 1/2 jam)
- Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
- Bersedekah harta/tenaga.
- Baca dan tadabburlah Al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari
- Bersiap untuk solat Zohor.
- Menunggu waktu solat dengan berselawat/berzikir.
- Solat Zohor berjemaah.
- Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
- Baca dan tadabburlah Al-Quran.

4.30 petang
- Bersedia untuk solat Asar.
- Laksanakan solat sunat Qabliyah.
- Solat Asar berjemaah.
- Berwirid atau membaca ma’thurat.
-  Baca dan tadabburlah Al-Quran.

5.30 petang
- Masak / membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
- Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 petang
- Siap sedia anak, suami / isteri untuk berbuka puasa.
- Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
- Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
- Solat Maghrib berjemaah.

8.00 malam
- Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
- Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 malam
- Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
- Berniatlah untuk puasa esok hari .
- Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
- Bacalah doa tidur.
- Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Terima kasih tidak terhingga kepada hamba Allah yang berkongsi jadual harian ini.
Jadual ini sekurang-kurangnya menjadi guideline untuk kita rancang masa kita sepanjang bulan Ramadhan. Semoga kita dapat manfaat darinya.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..





Regards,

Friday, May 26, 2017

,
RAMADHAN KAREEM | Alhamdulillah Marhaban Ya Ramadhan, bulan suci penuh barakah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Menjauhkan keburukan dan memperbanyakkan amal ibadah.. 

"Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di dalam bulan Ramadhan nescaya mereka menginginkan agar sepanjang setahun semuanya menjadi Ramadhan" - Al-Hadis

Sempena menjelang bulan Ramadhan Kareem, dengan rendah diri saya memohon maaf atas segala kesalahan, tersalah bahasa dan ketelanjuran kata-kata yang telah menyinggung perasaan rakan-rakan atau pembaca blog ini. 


Mohon maaf atas segala salah dan silap. Saya pun dah maafkan segala kesilapan kawan-kawan semua walaupun tiada yang pernah menyakiti hati ini..
 
Doa saya semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.. Aminnn 
Sekian, wasalam..

Regards,

Wednesday, May 24, 2017

,
KISAH DIAM YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Terima kasih atas kesudian blogger friends untuk meluangkan masa membaca entry ini.. Saya ambil dari perkongsian WhatsApp dari ex-colleague yang diterima hari ini.. Entry ringkas sekadar menceriakan hari anda, jangan ambil serious atau salah sangka okay.. Pesanan saya bacalah hingga habis dengan berlapang dada..

Benarkah diam boleh membatalkan puasa?
.
Photo credit to Giphy

Baca kisah ini selanjutnya sebelum membuat kesimpulan :

"Dalam sebuah ceramah seorang ustaz berkata :

Ternyata diam boleh membatalkan puasa..
Lalu para jemaah serentak terkejut kehairanan..

"Bagaimana boleh batal puasanya ustaz???" tanya salah seorang jemaah.

Lalu secara santai ustaz berkata,
"Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam, diam sarapan pagi..
Diam, diam minum cendol..
Diam, diam makan maggi..
Diam, diam merokok..
Diam, diam makan dalam kereta.    

Itu contoh diam yang membatalkan puasa.."

Begitulah entry saya, ianya sekadar lawak hambar..




  Sehingga kita bertemu lagi di lain entry.
Sekian, wasalam..


Regards,

Follow Us @ladyinredplanner