Assalamualaikum dan Selamat Sejahterakepada semua pembaca blog ini.. Hari ini cuti sempena Tahun Baru Cina.. Saya percaya ramai antara kita mengambil kesempatan cuti hari ini dan hujung minggu untuk pulang ke kampung atau menghabiskan masa bersama keluarga.. Walau apa sahaja aktiviti yang dilakukan, doa saya semoga kalian dilindungiNya selalu.. Tak lupa Happy holiday diucapkan!

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi tentang menu menarik di Restoran Dapur Penyet. Saya suka ayam penyet sebab rasa rempah dan tekstur daging ayam yang garing dan lembut dari kulit hingga ke isi.. Jadi bila teringin makan ayam goreng rempah yang rangup saya akan menjamu selera di Dapur Penyet.. Entri kali ini tentang #throwback lunch hour bersama gang lunch 2 minggu lalu dan saya selit sekali resepi ayam penyet sebagai rujukan.

Dapur Penyet Pall Mall Seremban
Dapur Penyet Palm Mall
Seperti hari-hari biasa, bila lunch hour ada antara kami akan request iaitu menentukan tempat di mana hendak menjamu selera.. Hari itu lunch hour hari Jumaat waktu lunch yang panjang, saya pilih ke Dapur Penyet di Palm Mall, hanya 15 minit memandu dari office.

Related post : Food Review - Dapur Penyet

Dapur Penyet Palm Mall Seremban
Set original ayam penyet (RM8.90)
Pilihan saya sudah tentu set original ayam penyet or smashed fried chicken bersama sepinggan nasi putih.. Oh ya, memandangkan saya suka makan ayam penyet, sudah tentu saya gigih cuba masak sendiri nasi ayam penyet.. Saya ikut resepi  Kak Ita (Masam Manis).  Jika ikut satu persatu resepi beliau, ternyata senang dan menjadi.. Saya kongsi di sini sebagai rujukan pembaca yang ingin masak ayam penyet:

1 ekor ayam - Ayam cuci bersih dan potong ikut kesesuaian, biasanya ayam potong 4 atau 8
Rebus ayam hingga empuk. Tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan.
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk sup seperti masak nasi ayam.

PERAPAN AYAM
Bahan-bahan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini digoreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambah untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambah untuk ayam yang berkeriuk rangup

Caranya

Masukkan bahan yang digoreng bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang sudah direbus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum digoreng atau minimum masa perapan 1 hingga 2 jam supaya rasa rempah tadi meresap ke daging ayam..
Goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.

Sebelum goreng ayam, ambil sedikit bancuhan tepung berempah tadi untuk goreng accessories ayam penyet seperti tauhu, tempe, terung etc. Campur dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.

Dapur Penyet, Pall Mall Seremban
Ayam penyet
Saya suka sambal ayam penyet yang pedas dan sedap.. Saya pernah cuba buat sendiri sambal ayam penyet mengikut resepi Kak Ita juga. Memang best!. Ini resepi beliau:

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
5 biji tomato ~ belah 4
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi

Cara-Cara 

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Guna minyak yang sama, goreng cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
Tunggu bahan ni suam, kemudian masukan dalam mesin kisar kering dan kisar ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisar sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak mengoreng tadi dan tumiskan bahan kisar tadi hingga harum.
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan.
Perahkan jus limau jika suka..  

Dapur Penyet Pall Mall Seremban
Ayam Bakar Madu (RM9.90)
Ini pula set ayam bakar madu yang dipesan oleh one of my colleague ..

Dapur Penyet Pall Mall Seremban
Dendeng Belado (RM9.90)
Ini pula Dendeng Berlado ala-carte..

Dapur Penyet Pall Mall Seremban
Apple Assam (RM5.50)
Saya pilih air apple assam.. Untuk pengetahuan ini bukan kunjungan pertama saya ke Dapur Penyet. Saya pernah kongsi kunjungan pertama saya ke Dapur Penyet di blog lama : [DI SINI]. Selain ayam penyet tedapat banyak lagi jenis menu yang ditawarkan di Dapur Penyet. Anda boleh pergi dan cuba sendiri di outlet berhampiran...

Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini.. 



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ