Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Sunday, November 17, 2024

,
ETAK ATAU ETOK? | Al-kisah, saya teringin sangat makan etak setelah menonton dokumentari Majalah 3 suatu masa dahulu.. Terlihat etak yang menyerupai kerang kecik bersaiz kuaci disalai atas api.. Ketika itu, siaran mengenai etak dibuat di Kelantan.. Bila di Kelantan, agak mustahillah ke sana dalam masa terdekat semata-mata untuk etak, memandangkan saya berada di selatan. Maka pendam sajalah keinginan merasa etak.. 

Dijadikan cerita, ketika susur keluar dari highway melalui Port Dickson semalam, ternampak sebuah khemah dengan kain rentang "ETOK BERPERISA".. Cepat-cepat beritahu husband buat U-turn semata-mata untuk etok.. 

Etak or Etok?

Sebungkus RM5.00.. Bila bungkusan dibuka, kenapa saiznya seperti kepah kecil? Apa yang saya lihat di tv lebih kecil dari ini.. Iyalah orang tak pernah makan dan inilah first time nampak etak, jadi banyak persoalan dalam fikiran.. Adakah ini etak yang saya lihat di tv? Adakah etak sama dengan etok?

Etok berperisa

Rasanya seperti kerang, lemak masin.. Untuk mengesahkan sama ada etak sama dengan etok? Maka saya pun google.. Benarlah etak dan etok adalah sama iaitu spesis kepah air tawar. Nama saintifiknya corbicula fluminea.


Etok

Akhirnya, impian merasa etak jadi kenyataan.. Malam itu panaskan semula etok yang dibeli, makan dengan nasi dan lauk lain.. Conclusion, etak sama dengan etok (dialek Kelantan).. hanya slang bahasa yang membezakan mereka, hehehehe 



Regards,


Monday, March 11, 2024

,
HIKAYAT 1001 RASA BUFET RAMADAN DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Bulan Ramadan 1445H akan tiba esok menandakan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang mulia ini, Ramadan al-Mubarak. Rutin harian ibu bapa juga sibuk serentak dengan sesi persekolahan yang baru dibuka.

Seperti biasa setiap kali tiba bulan Ramadan, pihak hotel turut menawarkan pakej berbuka puasa. Ia juga merupakan masa di mana keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk berbuka puasa dengan hidangan istimewa. Salah satu tempat yang menawarkan bufet Ramadan dengan juadah yang menarik untuk berbuka ialah di Klana Resort Seremban.

Bufet Berbuka Puasa Hikayat 1001 Rasa

Baru-baru ini saya diberi kesempatan untuk memeriahkan pre-Ramadan Buffet di Klana Resort Seremban. Bagi mereka yang tidak tahu lokasi hotel ini, ianya terletak di tengah-tengah Bandar Seremban. Sepanjang Ramadan, hotel ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan tema Hikayat 1001 Rasa pada harga yang berpatutan. Baucer early bird hanya RM80 sahaja seorang.

Bufet Ramadan Hikayat 1001 Rasa

Bufet Ramadan di Klana Resort Seremban menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pasti memikat selera pengunjung. Daripada hidangan tradisional Melayu citarasa Negeri Sembilan seperti nasi hujan panas, nasi berlauk, ulam dan rendang kepada penggemar daging panggang, boleh juga dinikmati di sini. Bufet ini juga termasuk pelbagai pencuci mulut yang lazat, termasuk kuih tradisional, kek dan pastri yang sudah pasti memikat selera pengunjung.

Gerai daging panggang

Aneka cucur

Lihat sahaja makanan yang tersusun sepanjang meja malah pengunjung yang tak sabar-sabar mencuba sendiri hidangan yang disediakan. 

Ramadan Buffet

Semasa majlis pelancaran pre-Ramadan Bufet ini, saya sempat bersembang dengan 'orang kuat' Klana Resort Seremban ini, beliau memaklumkan bahawa hidangan yang ada pada hari itu hanya sebahagian menu sahaja. Semasa bulan Ramadan nanti, menu akan ditambah malah ruang makan akan ditukar ke bahagian lebih luas untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Pre-Ramadan Buffet

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sahaja makanan yang lazat menjadikan bufet Ramadan di Klana Resort begitu istimewa tetapi suasananya ruang makan turut menarik dengan hiasan tradisional Ramadan yang menghiasi ruang makan dan muzik yang menenangkan dimainkan di latar belakang. Pengunjung dapat berbuka puasa dalam suasana yang tenang dan damai, dikelilingi oleh orang tersayang dan layanan mesra kakitangan.

Tetamu VIP

Di meja VIP, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof yang mewakili YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Harun, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan dan pengurusan Klana Resort Hotel Seremban.

Kuih lopes

Saya kongsi sedikit juadah yang diambil semasa sesi pre-Ramadan tempoh hari. Semua sedap-sedap belaka.. Kalau boleh nak rasa semua tapi terlalu kenyang dan tak cukup masa untuk rasa semua menu yang ada..

Nasi hujan panas, kari kambing, daging salai dan rendang maman

Coffee is a must

Selain bufet, Klana Resort juga menawarkan pakej istimewa Ramadan yang merangkumi penginapan dan faedah tambahan, seperti akses kepada kemudahan hotel dan pakej seminar termasuk bufet sahur, berbuka puasa buffet, moreh serta penginapan di bilik Deluxe. Pakej ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan pengalaman Ramadan pengunjung sepenuhnya dan mencipta kenangan yang berkekalan bersama keluarga dan rakan.

Live band

Jadi, jika pembaca sedang mencari tempat berbuka di sekitar Seremban, boleh singgah di Klana Resort Seremban. Saya percaya hidangan Hikayat 1001 Rasa akan memberi pengunjung suatu pengalaman menjamu selera yang menarik sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini. 

Bagaimana pula dengan pembaca, ada berhajat untuk berbuka puasa di hotel tahun ini? Boleh kongsi di ruang komen..

Sebelum berakhir, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1445H. Semoga amalan kita diterima dan kita dapat menghayati bulan Ramadan ini sebaik-baiknya, in syaa Allah.. 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,


Monday, February 20, 2023

,
3 PRODUK INGIN SAYA CUBA DI FAMILYMART | Hari ini ke FamilyMart cawangan Rasah Kemayan during lunch hour, teman officemate teringin makan Cheesy Korean Ramen. Saya tak berhasrat untuk membeli sebab dah order di Grab. 
Sementara menunggu pesanan disediakan, saya mengisi masa meninjau produk makanan dari satu rak ke satu rak yang lain.. Terpandang beberapa produk baru yang belum pernah saya cuba. 

Nescafe Dairy Free Drinks

New Nestle products iaitu Necafe Dairy Free Drinks betul-betul mencuri perhatian saya. Mana tidak, boleh kata semua flavors kegemaran saya.. Packaging juga menarik.. Mesti cuba satu hari nanti.

Produk kedua, Yopokki Halal Original Topokki.. Topokki atau rice cake memang favourite saya.. Selalu saya order di  MyeongDong Topokki. Tak sangka pula ada instant topokki macam ni..

Yopokki Halal Original Topokki

Mudahlah lepas ni, hanya isi air dan panaskan dalam microwave.. Boleh juga simpan stock di office.

Produk ketiga ialah kopi campuran atau premix coffee, tak pasti pula jenama apa.. Instant kopi ni saya lebih tertarik kepada packaging yang menarik.. Sungguh berwarna-warni..

Premix coffee

Ada 2 jenis perisa iaitu Hokkaido Milk Latte dan Himalayan Salt Latte.. Satu hari nanti boleh cuba kedua-duanya.. Adakah hanya boleh harap packaging cantik atau memang terbukti sedap setanding dengan kecantikan packaging? Bak kata orang, belum cuba belum tahu..

Bila leka meninjau produk-produk itu, saya menjenguk officemate yang masih lagi tercegat bediri menanti pesanannya.. Hampir setengah jam berlalu, rupanya si penjual sedang tergesa-gesa menyediakan bahan-bahan untuk membuat Oden sedangkan customers lain sudah lama disidai. Bila kami tanya, dia suruh tunggu 18 minit lagi, memang tak lah kami tunggu.. Apa yang menghampakan seolah-olah tiada common sense dan tiada komunikasi dengan pelanggan. Kami keluar dengan hampa, tiada rezeki kawan saya ingin menikmati Cheesy  Korean Ramen hari ini, bertabahlah.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Thursday, February 09, 2023

,
SUNSET DAN CERITA DI SEBALIK INSTAGRAM STORY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Ini kisah semalam selepas pulang dari pejabat.. Cuaca mendung selepas hujan lebat dan masih tinggal renyai-renyai di Seremban 2.. Saya pulang ke rumah di Bandar Sri Sendayan, cuaca elok dan hujan telah reda, terus rasa ingin ke Port Dickson. 
Hujan renyai-renyai


Kebetulan my husband dan anak cuti, so petang semalam kami ke Port Dickson. Saya ingin melihat pantai dan sunset untuk melepaskan rasa letih seharian di pejabat. Cukuplah sekadar ronda sepanjang pantai dan berhenti di  Port Dickson pun Waterfront sudah memadai..

Port Dickson Waterfront

Tiba di PD Waterfront, parked kereta menghadap ke laut, melihat alunan ombak.. Ketika itu air laut warna kehijauan sedang pasang..cantik.. 

PD Waterfront

Tenang melihat air laut dan kapal berlabuh.. Selepas setengah jam di situ, perjalanan diteruskan ke Pantai Bagan Pinang untuk melihat sama ada lori steamboat sudah mula berniaga atau tidak.. Kalau sudah berniaga bolehlah kami melabuhkan punggung makan steamboat di tepi pantai..     

Fazlina Steamboat, Port Dickson

Syukur alhamdulillah, ada rezeki kami semalam.. Lori steamboat berniaga awal, selalu buka pada pukul 7.00 malam. Semalam pukul 6.00 petang  orang ramai sudah beratur panjang.. Jadi saya terus memesan beberapa cucuk steamboat untuk dinikmati di tepi pantai sambil melihat pemandangan laut petang.

Kisah steamboat PD ni saya ada kongsi di post ini - Makan steamboat cucuk di tepi pantai food truck Fazlina Steamboat, Port Dickson

Pantai Bagan Pinang, Port Dickson

Cantik pemandangan matahari terbenam di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.. Jam ketika itu menunjukkan pukul 6.45 petang.. Selesai makan terus bertolak pulang ke rumah dan tiba di rumah pada jam 7.30 malam.. 

Bila melihat pemandangan indah begitu, saya tak akan lepaskan peluang merakamkan pemandangan menggunakan Instagram app tetapi tak sangka salah setting, ter.. masuk ke Instagram story. Mana yang tahu sebelum ini saya tak pernah kongsi sebarang IG story di Instagram..   

First time up status


Pagi ini bila saya check DM di Instagram ada follower merangkap officemate tegur, rupa-rupanya gambar yang saya sangka sedang di-edit telah menjadi IG story in real-time.. Aduhai malu.. 

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Sunday, January 29, 2023

,
MENCUBA GIGI COFFEE DI AEON SEREMBAN 2 | Kepada penggemar kopi, sudahkah anda minum GIGI Coffee? Saya baru tahu tentang GIGI Coffee ini dari Jemmie, my colleague.. al-maklum coffee-lah ubat mengantuk kami di pejabat. Sebelum ini saya selalu minum Costa, Zus dan Starbuck coffee tapi GIGI Coffee baru pertama kali cuba pada 22 Januari 2023 lalu.

GiGi Coffee kiosk di AEON Seremban 2

Sebelum ini teragak ingin mencari tetapi outlet berhampiran hanya di AEON Nilai. Tak ada plan minum kopi masa tu, tapi kebetulan saja semasa misi mencari ink printer di Popular terpandang kiosk GIGI Coffee. Tak sangka GIGI Coffee kiosk telah dibuka di AEON Seremban 2, terletak berhadapan antara SenQ dan Popular Bookstore. Memang kena pada masa, nampak gaya bagai mengantuk disorongkan bantal.. hehehe

GIGI Coffee Buttercream Latte

Teringin sangat rasa, I randomly choose GIGI Coffee signature iaitu hot buttercream latte Indonesia coffee beans berharga RM12.00 secawan. Haruslah cuba minuman signature untuk percubaan kali pertama.. After my first try, ternyata not my taste sebab saya tak suka rasa manis creamy. I tak sepatutnya derhaka kepada rasa coffee kegemaran biasa, hurrrmmm takpe at least I berani ambil risiko. 

Kiosk GIGI Coffee di AEON Seremban 2

Pesanan untuk newbie, ada 2 jenis biji kopi ditawarkan iaitu jenis Arabica coffee beans Colombia dan Indonesia. Colombia tak berapa strong sangat berbanding Indonesia coffee beans. Tapi jangan risau biji kopi tetap berkualiti tinggi dipanggang untuk menghasilkan aroma kopi yang menyelerakan. No wonder tagline GIGI Coffee ialah "Everyday Great Coffee!"

GIGI Coffee AEON Seremban 2

Okay next visit boleh cuba yang lain seperti Seasalt Caramel Macchiato, Monday Blue Cookies Latte, Pink Friday Cookies Latte, Cookies & Cream Frappe dan sebagainya. Harga GIGI Coffee juga berpatutan. Siapa ingin cuba, kena cari outlet GIGI Coffee berhampiran. 

Related post : Costa Coffee sedapkah?

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Tuesday, December 27, 2022

,
COSTA COFFEE SEDAPKAH? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. In my previous post, saya ada review tentang FamilyMart Iced Hazelnut Latte. Kali ni saya ingin review tentang Costa Coffee pula memandangkan cuti Christmas lalu saya minum Costa Coffee. Untuk makluman Costa Coffee merupakan Europe’s best loved coffee shop and the second largest coffee brand in the world tau.. Costa Coffee membuka cawangan di Malaysia dengan usahasama Shell dan bercadang akan meluaskan pasaran ke cawangan lain termasuk Petron.

Costa Coffee

Namun di Seremban Costa Coffee outlet agak terhad, so far di Shell dan kini ada di Petron cawangan terpilih sahaja. Oleh itu agak susah sedikit untuk saya beli Costa Coffee memandangkan saya berada di luar radius cawangan petrol station yang disebutkan di atas.. I tried Costa Coffee for the first time di Seremban at the outlet Petron station cawangan Bandar Ainsdale. First tried, memang sedap, the coffee pretty strong memenuhi citarasa saya. So hati pun happy sebab ada pilihan lain selain Starbuck yang sudah common.

Jika dibanding dengan harga, lebih kurang sama dengan harga coffee jenama tersohor yang lain. Costa Regular White Americano (sebelah kanan) berharga RM10.50 manakala saiz besar berharga RM12.00.

Costa Large and Regular White Americano

Coincidentally, during the previous Christmas holiday, I went to Nilai so I had time to stop at a Shell station that has a Costa Coffee machine. Machine Costa Coffee di situ agak buruk berbanding di Petron Bandar Ainsdale. Rasa pun tak sama, kurang sedap berbanding sebelum ni. Adakah ianya bergantung kepada mesin atau cawangan Costa Coffee itu sendiri? Entahlah, mungkin saya perlu ke beberapa outlet lain for comparison. Nevertheless, it's still of a coffee standard whereby I will revisit.. tak akan serik demi secawan kopi! Saya mungkin akan ke outlet Costa Coffee untuk merasai sendiri air yang disediakan oleh barista. Mujurlah cawan dia comel, tema Chrismas gitu!


Okay itu sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,

Friday, December 02, 2022

,
FAMILYMART ICED HAZELNUT LATTE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Apa pula cerita tentang FamilyMart Iced Hazelnut Latte? Hurrrmmm kisahnya hari ini saya ordered lunch di FamilyMart outlet Seremban Gateway melalui applikasi Grab.. Cuaca sejuk di pejabat maka tekak teringin makan something pedas dan soupy.. 

Tiba-tiba terlintas Oden di FamilyMart menu paling sesuai dengan cuaca sejuk, terus order tom yum noodle bowl, spicy crispy chiki dan iced hazelnut latte. Jangan terkejut, walaupun kata tadi cuaca sejuk tetap order iced latte, saya rasa macam sesuai dengan kepedasan kuah tom yam nanti. 

FamilyMart Iced Hazelnut Latte

Ketika minum iced Hazelnut Latte terlintas di fikiran, sedap latte ni kena dengan citarasa saya, tak terlalu manis dan tak pula terlalu pahit, puas hati.. Tepat sekali dengan description kopi ini iaitu:

Savour the rich taste and aroma of our signature coffee, made exclusively from our specialty blend. Freshly ground and extracted upon order for a satisfying experiences.

Tak sangka sedap walaupun hanya berharga RM9.50 untuk large size cup. Boleh letak dalam kategori pilihan kopi kayangan, harga marhaen. Maka saya abadikan kopi sedap itu di blog ini. Maaf gambar makanan takde, tak sempat berfoto dah habis. Air pun tinggal sikit baru ingat nak ambil gambar sebagai kenangan.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!



Regards,

Tuesday, November 01, 2022

,
JUADAH TRADISIONAL POPULAR DI RESTORAN HAYYAN HUDA OPAH'S KITCHEN & GARDEN, SEREMBAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Menjamu selera di Hayyan Huda ni sekitar awal bulan Oktober 2022 lalu.. 

Hayyan Huda Opah's Kitchen & Garden

Lama sebenarnya saya teringin makan di sini setelah officemate bercerita tentang juadah best di Hayyan Huda.. Mestilah rasa teruja nak pi makan sini sebab restoran Hayyan Huda ni dimiliki oleh keluarga mertua Dr Ezani Md Monoto, juara MasterChef Malaysia Season 1. Lokasi restoran ini terletak di 44, Jalan Bukit Temiang 1, Taman Bukit Temiang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. 

Set lunch

Saya dan officemate lunch di sini dan ketika itu hujan turun renyai-renyai.. Suasana sejuk membuatkan perut berkeroncong, memang kena dengan masa.. Kami berempat so kami pesan menu set makan tengah hari. Lauk set kami ada ayam goreng kampung, telur dadar, ikan siakap asam pedas, sambal udang, sambal sotong dan daging salai masak lemak..

Air sirap selasih

Minuman bagi set ini air sirap selasih sejuk.. Sejuk tekak di cuaca sejuk..

Asam pedas ikan siakap

Sambal udang petai dan sambal sotong

Daging salai masak lemak

Ayam kampung goreng kunyit

Datang pun lunch hour, tentulah ramai pengunjung lain tambahan pula restoran ini popular di sekitar Negeri Sembilan, so susah sikit dapat parking dan tempat duduk.. Kena tunggu giliran..

Pengunjung restoran

Waktu menunggu tak lama.. Layanan dari kakitangan juga sangat memuaskan.. Memandangkan tempoh menunggu tak lama so dapat makan cepat, so habis pun cepat.. Sementara itu pengunjung pula tak putus-putus masuk ke restoran.

Sebelum balik saya singgah ke bahagian kek dan pastry.. Haruslah bawa kek balik office untuk tea time nanti.. 

Kek untuk dibawa pulang

Saya pilih kek pandan gula melaka dan kek chocolate Nutella.. 

Kek pandan gula Melaka dan kek Chocolate Nutella

Begitulah serba ringkas cerita lunch di Hayyan Huda Opah's Kitchen & Garden.. Overall makanan semua sedap, kena dengan citarasa makanan tradisional Negeri Sembilan khasnya.. Banyak pilihan kek dan pastry, semua pun sedap-sedap belaka.. For me worth every penny..

Sesiapa yang ingin makan di sini perlu buat study sikit, bukan susah, just Google sahaja berkenaan waktu operasi dan waktu puncak untuk mengelakkan anda kecewa datang dari jauh tapi restoran tutup atau penuh.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,

Tuesday, October 11, 2022

,
JOM LEPAK DI RESTORAN LEH PAK, SEREMBAN | Malam minggu lalu saya sekeluarga mengambil angin malam dengan meronda sekitar Seremban. Misi mencari tempat makan baharu memandangkan kami sudah bosan makan di area Bandar Sri Sendayan dan Seremban 2.. Al-maklum tempat makan biasa bila kerap sangat makan tempat yang sama berulang kali akan rasa bosan. Dari situ timbul idea jalan-jalan cari makan.

Restoran Leh Pak Seremban

My colleague has recommended this restaurant bernama Leh Pak yang terletak di Jalan Yam Tuan, Seremban. Mendengar dari nama dan ejaan saya menyangka kedai ini Chinese Restaurant, mungkin dari perkataan 'lepak' menjadi 'Leh Pak' supaya lebih santai dan berciri hipster. Apa yang penting ianya restoran halal.

Hiasan dalaman di Restoran Leh Pak Seremban

Dari luaran restoran ini agak cozy, keadaan bangunan mempunyai ciri-ciri sejarah.. Saya sekeluarga masuk ke restoran ini sekitar pukul 8.00 malam.. Agak ramai pengunjung ketika itu tetapi masih ada beberapa meja kosong.

Tak sampai 10 minit kami duduk di meja, waitress datang menghulurkan buku menu.. Saya belek-membelek buku menu untuk menghayati makanan yang ditawarkan di restoran ini. 

Menu di Restoran Leh Pak 

Menu terbahagi kepada beberapa kategori seperti Asian, Western, Snacks dan beberapa jenis lain selain minuman.

Asian Goreng-Goreng

Snacks for orang diet
Western Hidangan Utama

Menu dari kategori snacks pilihan my husband, kata dia mahu diet. My husband ordered kaya + peanut toast while my son ordered Nutella honey toast.. 

Kaya + peanut toast

Tak sanggup tengok kemanisan Nutella chocolate toast pilihan my son ni, terasa manis level potong kaki..

Nutella honey chocolate toast

Pilihan hati saya pula sudah tentu Chinese food iaitu Cantonese yee mee.. Tak lama selepas pesanan diambil, makanan saya pun tiba, waktu menunggu tak sampai 30 minit..

Cantonese yee mee

Apa yang mengejutkan portion makanan saya sangatlah besar, sebesar kuali saiz kecil. Manalah mampu saya habiskan seorang.. 

Cantonese yee mee

Saya minta 2 buah mangkuk kecil untuk saya bahagi beberapa portion to my husband.. Maka secara tak langsung terbatal diet my husband, hahahaha (gelak jahat!). Rasa Cantonese yee mee sedap dan tak muak. Tak lengkap makan Cantonese yee mee tanpa cili potong kicap. Kunyah cili sampai rasa pedas terus suap Cantonese yee mee baru rasa puas!  

Grilled Chicken and butter rice

My son tak cukup dengan Nutella toast, dia pesan grilled chicken and butter rice.. Risau lapar tengah malam nanti katanya.. Kita layankan saja permintaan dia asalkan tak membazir.

Minuman

Cerita tentang minuman pula, saya pesan teh tarik, my husband pesan air limau panas dan my son pesan minuman kegemarannya iaitu Milo dinosaur. Comel sangat bekas minuman menggunakan kole stainless steel ni.

Teh tarik, limau panas dan Milo dinosaur 

Overall semua makanan yang dipesan sedap, memenuhi citarasa saya. Harga pun berpatutan. Nice environment, walaupun ramai pelanggan tetapi masih luas dengan jarak meja agak jauh. Service cepat and friendly waitress. Boleh repeat next time..   

Restoran Leh Pak Seremban

Kepada kengkawan yang berada di area Seremban atau berdekatan boleh cuba sendiri kerana pendapat mengenai kesedapan makanan agak subjective.. Sedap atau tidak, puas hati bila rasa sendiri kannn... 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,

Follow Us @ladyinredplanner