APABILA KESABARAN DIUJI

By I am LZ - Wednesday, March 14, 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini tahap kesabaran saya diuji.. Siapa juga boleh hilang sabar kalau janji tak ditepati kannn dan berpunca dari gagal menguruskan masa dengan baik.. Dijadikan cerita pula selepas lunch tadi tiba-tiba rasa tak sedap badan dan kurang selesa.. Maka bertambah-tambahlah tahap kesabaran yang perlu ditangani, fuhhh mencabar..

Al-kisah petang tadi sekali lagi anak saya tidak dijemput dari sekolah, ini merupakan kali kedua. Saya sangat risau keselamatan anak saya di sekolah, saya percaya begitu juga dengan ibubapa lain.. Dah laa macam-macam cerita tak best kita dengar.. Selesai buat kerja saya capai handphone yang sememangnya saya set to silent mode supaya tidak mengganggu focus.. Bila check, 2 missed call tertera di skrin nama sekolah anak saya dan 1 missed call from my husband. Saya called husband semula, dia beritahu anak saya called mengatakan takde siapa mengambilnya dari sekolah sejak pukul 4.00 petang tadi.. Bila tengok jam waktu itu sudah menunjukkan pukul 5.25 petang..

Motivational quote
Maka saya pun sumbat semua barang dalam bag dan terus bergegas ambil anak.. Dalam perjalanan WhatsApp bertalu-talu masuk tapi tak sempat baca.. I'm rushing now don't disturb me! Frankly speaking, dalam perjalanan ke sekolah anak fikiran serabut. Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran, tambahan pula bila anak masuk kereta, muka dia berpeluh-peluh, berlengas.. Timbul rasa kesian sebab nampak sangat muka lapar, penat dan comot. Fikiran semakin kusut sebab stress tak lain dan tak bukan persoalan berbaur hasutan berlegar-legar di fikiran untuk terus bersangka buruk kepada si pelaku..  Saya tekadkan hati, jangan layan! Itu semua syaitan... Maafkanlah semua yang telah meletakkan engkau di situasi ini, inilah peluang buat pahala, bisik hati untuk bersangka baik..

Islamic quote
Dalam situasi itu, sambil memandu saya tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan disusuli dengan istighfar... Kawal fikiran dan perasaan.. Perkara dah berlaku, kalau saya marah sekalipun keadaan tak akan berubah.. Anak pun selamat di tempat duduk sebelah.. Alhamdulillah, barulah rasa tenang.. 

Let's just be who we really are
Dalam perjalanan saya 'melencong' ke kedai makan, pesan makanan untuk dibawa pulang.. Sementara menunggu pesanan disiapkan saya called pengusaha transport untuk mengesahkan anak saya sudah selamat bersama saya so dia tak perlu ke sekolah tergesa-gesa just to fetch him.. 

Saya sempat berbincang dengannya supaya setiap Rabu semasa anak saya ada kokorikulum dia tak perlu ambil. Sekurang-kurangnya semasa anak saya tunggu di sekolah, anak saya boleh solat Asar di surau. Jadi tak perlulah saya menyusahkannya memandu keluar semata-mata mengambil anak saya seorang pada pukul 4.00 petang sedangkan first trip pelajar lain pada pukul 12.50 tengah hari.. Saya ambil pendekatan jika kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita kelak, in shaa Allah..



Selesai sudah satu konflik hati.. Bila kita tenang, masalah juga boleh selesai secara baik.. Semua ini sudah ketentuanNya, kita just go with the flow.. Jika stuck cari jalan penyelesaian..

Patience is beautiful
Sampai saja di rumah, saya checked WhatsApp yang masuk bertalu-talu tadi.. Seperkara lagi, bukan sahaja diduga dengan anak tak diambil di sekolah tapi hari ini di pejabat saya sepatutnya menerima kunjungan dari pensyarah intern student saya..

WhatsApp
Puas tadi menunggu di pejabat sekarang baru diberitahu terdapat salah faham antara intern student dengan lecturer seperti dalam WhatApp itu.. Saya ni jenis tak suka tunggu lama.. Tarikh dan masa sudah ditetapkan according to  my free date, so make sure hadir tepat pada masa atau jika terdapat sebarang perubahan please inform me as soon as you get the notification and one more thing, bila berjanji please make sure take it seriously.. 

Sekali lagi tarik nafas dalam-dalam, kemudian istighfar.. Set in your mind, jangan marah perkara dah berlaku. Terima kesilapan atau kekurangan orang lain yang tak disengajakan dan jangan lupa temujanji dengan lecturer intern student itu esok.. Okay done blocked my date, appointment at 3.00 pm tomorrow.

Happy quote
Hati lega kerana selesai sudah semua masalah yang membuatkan fikiran serabut.. Bila umur semakin berusia, malas ambil peduli perkara remeh-temeh. Kalau boleh selesaikan segera, then remove dari fikiran.. Banyak lagi urusan lain lebih penting perlu dijadikan priority.. Itu cara saya.. Bagaimana pula dengan pembaca?

Ceritakan sikit camne you all handle situasi panik dan mengejut camni, saya dah share tips sekarang giliran pembaca pula okay..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ


  • Share:

You Might Also Like

22 comments

  1. Allahamdulillah sis.. Syukur semuanya dipermudahkan walaupun hadapi dugaan. Syukur jugalah sis masih boleh berfikiran positif dan tenang. Kalau tak, memang dah kena "sound" oleh si transport tu.. Walaupun saya belum kawin tapi saya faham perasaan sis.. hati mana tak risau kalau dapat tau anak lambat kena ambil pulang dari sekolaj. Sekarang dah macam2 dengar kes.. Moga sis dan anak2 selalu dapat perlindungan ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang berlaku Carly, kalau ikutkan emosi memang boleh berlaku macam-macam.. Bila berdepan dengan situasi ini kena rasional..

      Delete
  2. betul tu bila usia semakin meningkat kalau tak selesaikan perkara kecil dia akan jd besar dan menganggu concentration kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Fuzy memahami.. Begitulah hakikat sebenar 💕..

      Delete
  3. Bab anak memang susah sikit nak berkompromi tapi u did a good thing dgn pilih nak pi kedai dulu untuk calm down sebelum bagitau pemandu van. Rasanya kalau orang lain ramai je yang dah call driver dulu marah2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita manusia biasa Auni Sofea, lumrah ada perasaan marah.. Utk kes kesilapan tak disengajakan mungkin masih boleh dipertimbangkan lagi 😊..

      Delete
  4. Adoiii... bising betul mulut budak intern tu semalam. Sabar yolah huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabahlah Mrs A tak berapa lama lagi habis tempoh dia, huhuhu

      Delete
  5. Alhamdulillah anaknya selamat..sian dia..

    pernah berlaku dengan budak sama sekolah dengan kawan opis..ayah budak tu lupa nak ambik budak tu balik tengahari utk prepare KAFA sblh petangnya..darjah satu..menangis2 la anak tu kat sekolah sebab kawan2nya yg lain, mak ayah dah ambik dan tinggal dia sorang2 kat depan gate sekolah tu.

    kebetulan kawan opis jemput anak dia, dia laa yg tlg call parent budak tu.. mak budak tu ckp ayahnya patut jemput thari tu tp boleh lupa.. nasib baik jumpa org yg baik2..zaman skrg mcm2 ade...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JJ, nasib baik budak tu tak panik atau meraung sepanjang tempoh menunggu.. Perlu sangat set alarm utk notify kita sesuatu benda penting begini..

      Delete
  6. macam pekerjaan saya dah memang biasa dah diuji yang lagi dasyat daripada benda nih
    tapi sebab dah biasa jadi layankan jer
    kalau nak marah memang marah terus
    tak simpan2 dah
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kesilapan berulang as if sengaja memang pissed off jugak Hans.. Malas citer banyak just ignore, huhuhu

      Delete
  7. Alhamdulilah.anak sis baik2 sahaja..irda pun anak hari rabu ada koko..kdg2 rasa nak marah jiga kenapa sekolah buat cam tu..kalau dulukan koko hari sabtu.banyak.ibu bapa skrg bekrrja.kalau timing lari sudah nak arrange transport anak...apa2pun banyak irda belejar dr cerita sis.irda tidam sesabar sis..cepat panas.insyaLlah lepas ni akan lebih bersifat sabar.aami n

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul apa Irda nyatakan.. Susah parents nak atur jadual sekolah sebab jadual berubah2.. Bila arrange transport macam-macam jadi, aduhai pening.. Bertabahlah buat sementara ni..

      Delete
  8. Alhamdulillah.. Mujurlah anak sis selamat.. Yup, pendekatan yang bagus.. Kita mudahkan urusan orang, Insya allah.. Allah mudahkan urusan kita.. Tapi memang boleh panik juga bila anak kita tidak diambil.. nice sharing sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Sha, kena kawal emosi kalau ikutkan hati memang macam-macam boleh jadi.. thanks Sha 💕..

      Delete
  9. Inspiring! Saya kena lebih banyak belajar kawal kemarahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Mayy, bila marah kawal emosi dan guna fikiran bukan perasaan.. In shaa Allah ada jalan penyelesaian..

      Delete
  10. memang kalau pasal anak tiba-tiba kita kelam kabut sikit kan..anyway tahniah sebab mampu control ur anger sis.. i hope i will be like that too..lets keep positive and enjoy our life. muah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang berlaku HK, alhamdulillah.. Semoga kita sama-sama mampu hadapinya..

      Delete
  11. mmg bila usia meningkat, macam-macambendakecil dan simple kita ambil kira macam terlalu berat.. fikiran pun mudah terganggu.. cara yg Lz lakukan dengan menarik nafas panjang, tenang dan berishtifar mmg itu yang patut kita buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tenang dengan cara tarik nafas & istighfar begitu Mrs Liez and at the same time dapat fikir utk cari jalan penyelesaian.. Alhamdulillah juga dipermudahkan 😊..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!