BAHAYA PENYAKIT KEMURUNGAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Blog post kali ini saya ingin kongsi satu kes jenayah yang disebabkan oleh depression atau kemurungan.. Kemurungan merupakan salah satu dari kategori mental disorder yang sering diambil ringan oleh sesetengah pihak.. Ianya bergantung kepada minor atau major depression yang dialami pesakit.. Malah ada antara kita tak tahu bagaimana untuk diagnose penyakit kemurungan ini.. Penyakit kemurungan memberi effect negative kepada perasaan, cara berfikir dan tingkah laku. Ianya berbeza dengan perasaan sedih disebabkan sesuatu keadaan.. 

Okay let's straight to the point..


LATARBELAKANG KES

Kes Jenayah ini berlaku pada 30.01.2014 di mana seorang ayah telah didakwa dengan 3 pertuduhan iaitu membunuh anak perempuannya (kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan) manakala pertuduhan kedua dan ketiga dengan sengaja cuba membunuh 2 lagi anak perempuan yang lain sehingga mengakibatkan kecederaan kepada kedua-duanya (kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan). Semua pertuduhan tersebut dilakukan di rumahnya sendiri. 

KETERANGAN SAKSI IAITU ANAK-ANAK TERTUDUH

SAKSI PERTAMA

Saksi pertama kes ini merupakan anak tertuduh dan juga kakak kepada si mati. Pada hari kejadian lebih kurang jam 4.00 petang, beliau bersama adiknya Y balik dari sekolah agama. Selepas meletakkan beg sekolahnya di ruang tamu, beliau terus naik ke biliknya di tingkat 2. Pada masa itu adiknya Y berada di sofa di tingkat bawah. Ayahnya iaitu Tertuduh pada masa itu juga berada di tingkat bawah. Sejurus kemudian beliau mendengar suara jeritan dari tingkat bawah. Beliau turun ke tingkat bawah dan pergi ke ruang tamu di mana beliau melihat adiknya A berada di ruang tamu dan nampak ayahnya berada di ruang makan bersama Y. Tiba-tiba ayahnya datang ke ruang tamu di tempat A berada dan di tangan ayahnya ada senjata parang.

Beliau terus berlari masuk ke bilik bawah tempat adiknya L sedang tidur dan mengunci pintu. Beliau ada mendengar suara adiknya Y menjerit. Dari bilik bawah beliau kemudian lari menyembunyikan dirinya di bilik tingkat atas. Abang beliau turut sama menyembunyikan diri bersama beliau di bilik atas. Mereka kemudiannya menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan. Selepas mengetahui ayahnya keluar daripada rumah, mereka keluar dari bilik. Beliau kemudiannya diberitahu oleh abangnya bahawa adiknya L telah meninggal dunia.

SAKSI KEDUA, Y

Pada hari kejadian, apabila sampai di rumah selepas pulang dari sekolah, ayahnya membuka pintu. Pada masa itu yang ada di rumah adalah abang, kakak (saksi pertama) dan adik A. Selepas meletakkan beg sekolahnya di ruang tamu, beliau masuk ke tandas di tingkat bawah. Keluar daripada tandas, beliau menuju ke sinki, nampak ayahnya sedang mengasah pisau dan seterusnya beliau ke ruang tamu untuk membaca buku. Berdekatan dengan meja makan, beliau telah dicederakan oleh ayahnya sehingga mengakibatkan jari tangannya putus dan cedera di bahagian leher. Beliau telah bertindak melarikan diri ke bilik air. Ekoran kecederaan-kecederaan tersebut menyebabkan pendarahan yang banyak. Beliau mengesahkan bahawa senjata yang digunakan oleh ayahnya ialah parang.

SAKSI KETIGA, A

Pada masa kejadian beliau berumur 12 tahun. Balik dari sekolah, beliau telah tidur di ruang tamu rumahnya. D (abang), kakaknya (saksi pertama), adiknya Y dan L ada di rumah pada masa itu. Apabila sedar dari tidur, beliau mendapati dirinya mengalami kecederaan di bahagian jari (putus dan tidak boleh disambung) dan juga di bahagian leher. Beliau tidak tahu bagaimana kecederaan tersebut dilakukan. Beliau juga mengatakan dia tidak tahu siapa yang menyebabkan kecederaan ke atasnya tetapi beliau mengesahkan pada masa kejadian tidak ada orang lain di dalam rumah kecuali ahli keluarga termasuk ayahnya. Beliau menyatakan bahawa beliau nampak ayahnya berada dekat dengannya dan beliau pada masa itu merasa takut yang amat sangat. Beliau kemudian bertindak melarikan diri ke rumah jiran. Jirannya telah membawa beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kecederaan-kecederaan yang dialaminya agak teruk.




LOKASI KEJADIAN

Di lokasi kejadian polis bersama ahli forensik mendapati terdapat banyak kesan tompokan darah di ruang tamu, dalam tandas, pintu belakang rumah. Di ruang tamu terdapat mayat yang mengalami kesan potong pada leher oleh senjata tajam yang menjadi punca kematian. Tertuduh yang mengalami kecederaan di kepala berjaya ditangkap di belakang rumahnya.

PERBICARAAN

Mahkamah juga telah memanggil Pakar Perunding Psikologi Hospital Bahagia Ulu Kinta sebagai saksi pembelaan. Beliau mengesahkan bahawa Tertuduh telah mengidap penyakit mental kemurungan (major depressive disorder).

Ciri-ciri penyakit kemurungan atau major depressive disorder ialah :

Sukar / tidak tidur malam
Sering marah-marah kepada orang terdekat
Hilang minat terhadap sebarang kerja 
Rasa diri tidak berguna
Hilang selera makan
Berat badan menurun
Suka menyendiri

Sebelum mengalami penyakit kemurungan ini, Tertuduh merupakan seorang bapa yang penyayang dan suka membuat lawak dengan keluarga tetapi tiba-tiba berubah tingkahlaku sehingga hari kejadian.

HUKUMAN

Hakim memutuskan bahawa Tertuduh telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian kepada L sebagai pertuduhan pertama dan dengan sengaja cuba membunuh Y dan A menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan yang teruk.

Walaubagaimanapun, Tertuduh melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dalam keadaan tidak waras dan tidak mengetahui perbuatannya itu adalah salah di sisi undang-undang. Pihak pembelaan telah berjaya membangkitkan pembelaan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati. 

Oleh yang demikian, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan tetapi diarahkan diletakkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta atas perkenaan DYMM Sultan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348(5) Tatacara Jenayah.

Selain kes ini ada satu kes lain yang menarik perhatian masyarat Malaysia satu masa dahulu di mana seorang ibu yang sedang berpantang mencampakkan anak yang baru dilahirkannya dari Tingkat 3. Ibu tersebut juga dijatuhkan hukuman yang sama seperti kes ini.. Ianya juga berpunca dari penyakit kemurungan. Jadi masalah kesihatan terutama penyakit yang melibatkan emosi jangan dipandang ringan dan perlu diberi rawatan sewajarnya kerana ianya boleh membahayakan diri dan orang sekeliling.. 

Begitulah perkongsian saya kali ini.. Semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada kita semua.. Jaga diri dan beri perhatian kepada orang tersayang..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,
I am LZ


39 Comments:

Macam macam org yang ada penyakit kemurungan ni boleh buat. Dia boleh buat benda luar jangkaan. Ya, seelok eloknya. Kita jangan la mengdepress kan lagi seseorang tu. Ada kemungkinan dengan percakapan kita jugak boleh buat someone tu murung. Huu. Semoga semua nya dalam keadaan baik baik saja. Amin.

Blog updated! Chuan Chuen Home School Bangkok.
https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/chuan-chuen-home-school-bangkok.html

takut betul penyakit kemurungan ni. sebab boleh jadi dekat siapa-siapa sahaja. Lagi-lagi zaman orang masing2 tertekan kerana kos sara hidup yang makin tinggi. LZ pernah tak berhadapan kes pesalah pura-pura dilanda kemurungan dan masalah psikologi tetapi sebenarnya memang membunuh dengan niat? dari dulu selalu terfikir macamana law handle penjenayah macam ni

Takut bila baca kes di atas tu, di sebabkan kemurungan boleh menjadi kes bunuh. Kalau ada di kalangan saudara mara kita berubah drastik seperti simptom kemurungan tu cepat2 bawa pergi mendapatkan rawatan sebelum parah.

Allahu...bahayanya...penyakit ni ada cuma akan dikesan bila yang menghadapinya mula bertindak diluar kesedarannya..,

Takut juga baca kes sebegini, kadang kita tak nampak perubahannya. Masyarakat perlu didedahkan dengan masalah kemurungan ni

Kesian mereka yang menghadapi depression ni.. Betul statement Ika.S 💕

Macam-macam masalah boleh trigger depression ni Sal. Jenis banyak mslh tapi pendam sorg2 & takde shoulder to cry on.. tu sbb tertekan..

Dalam Malaysia ni msh blm ada kes pura2 kemurungan or mslh psikologi tp sbnrnya ada niat membunuh sbb tertuduh perlu berjumpa pakar & pakar akan mengesahkan condition tertuduh. Selain itu perlu dibuktikan dgn ujian 'legal insanity', keterangan saksi etc. Banyak element lain perlu dibuktikan sblm dijatuhkan hukuman..

Begitu kekdahnya..

Itulah yang Sebaiknya Miss Tins.. Tanya mslh dan dekatkan diri mereka dgn org ramai..

Itulah langkah perlu diambil utk mengelakkan pesakit terus bertindak agresif.. Sangat sedih apatah lagi jika melibatkan orang tersayang..

Thank you for your support sis 💕..

Betul PC, sedihkan 😢..

Exactly HH, selama ni diam tetiba bertindak agresif.. Tak siapa sangka..

itulah
saya pun awal tahun hari tu ada rasa macam nak ke arah kemurungan
nasib ada blog
hehehe

Buat sesuatu yang membuatkan kita gembira..
Itu tips yang baik juga Hans.. hehehe

menakutkan, bahayanyaaa

btw dah follow LZ :D

http://purrrhana.blogspot.my/

Penyakit kemurungan ini memang bahaya.. Bukan pada diri sendiri je tapi orang sekeliling juga..

aduh seram bila baca..penyakit kemurungan bukan main main..cuma kadang terfikir bagaimana dieorg boleh terkena penyakit ni sedangkan dulu seorang yang ceria..just tertanya tanya

setuju! bila dah murung ni, apa2 kerja pun takleh fokus

bahaya jugak kemurungan ni.. walau ape pon masalah kena luahkan dan jgn pendam,, punce stress tuu.. dan elakkan dok sesorang..

memang bahaya! byg kn dr seorg yg ceria tetiba jd pendiam o berubah perangai...tak semena2 entry ni buat sy teringat penyanyi k-pop yg meninggal tu..

kesiannya anak-anak dia yang putus jari tu. Mesti trauma bila jadi macamtu oleh keluarga sendiri sampai ada beradik yang mati.

Mereka ni perlu makan ubat berkala (ubat penenang) tapi selalunya bertukar jadi gemuk.
Org2 sekeliling (terutamanya pasangan) perlu lebih prihatin. Cepat2 bawa berubat sebelum melarat, especially kalau pandangan mata pun dah tak fokus (mata lari2) bila berinteraksi.

Exactly Anna, perkara yang sungguh tak diduga kannn..

Thanks for following my blog, really appreciate it 💕..

Betul Sha, itu yang menakutkan..

Mungkin pesakit ada masalah besar yg disembunyikan tapi membebankan diri & mengganggu emosi.. Takde tempat utk meluahkan / kongsi masalah. Sendiri terbeban akhirnya dapat gangguan fungsi otak sehingga tekanan perasaan..

Betul Azah.. Kita kena selalu ceria, cari seseorang yg dipercayai utk kongsi masalah.. Jangan menyendiri..

Setuju sangat dengan statement Nur Izzati 💕..

Sedihkan anies 😢...
Penyanyi tu pun tak silap ada masalah depression kannn akhirnya bunuh diri..

Betul Farhanna.. Sis tak dapat bayangkan perasaan anak yg mengalami keadaan trauma oleh kes jenayah yg dilakukan oleh ibubapa mereka.. Kesian, berat sungguh dugaan hidup mereka..

Oic, thanks for sharing this info Miss Mirror 💕.. LZ perasan memang betul reaksi pesakit mental memang tak fokus, mata mereka melilau bila berinteraksi..

seram.sungguh kes ini..kdg2 kita xtahu apa puncanya..org yg dulu normal jd sampai macam tu.pasti ada sebabnya...moga kita dan keluarga dilindungi dr penyakit kemurungan dan depress ni..

oh ok..thanks atas penerangan.sebab pernah tengok cite omputih dia pura-pura gila sebab tak nak dituduh bersalah

Ya Allah..tak dpt bykkan mcm mna dua lagi beradik tu survive dalam keadaan sakit sakit mcm tu
ibu diorg ? dah tak tinggal sekali?

Disebabkan penyakit murung juga boleh jadi sakit jiwa.ya allah macam2 yg berlaku skrg

Setuju dengan Irda.. Mungkin sikap suka memendam masalah jadi jiwa kacau begini, wallahualam..

Ibu mereka tak disebut dalam kes ini Atie.. Tak dapat bayangkan camne mereka hadapi situasi itu.. sadis.

Betul Rabiah.. Kesian mangsa..

bila ckp pasal kemurungan teringat cerita tiada arah jodohkita tu.. mmg ada org yang bila murung boleh sampai tahap namapak mcm2..halusinasi la... semoga kita tak jadi kemurungan mcm ni.. takut

Kesian kepada mereka yang mengalami penyakit kemurungan in ini Mrs Liez.. Macam-macam jenis depression.. Semoga kita dijauhkan..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More