MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PNMB 2018

Assalmualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Post kali ini masih lagi tentang jemputan ke majlis open raya sepanjang bulan Syawal lalu.. Al-kisah saya menghadiri jemputan ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Puspanitapuri, Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya.. Ini merupakan 3rd Raya open house on 28 Syawal 1439H bersamaan 17 Julai 2018.

Thanks for your invitation Cik Hannie of PNMB, majlis turut diadakan for celebration of 130 years anniversary PNMB @ 1888 - 2018.. Suasana majlis sudah pasti sangat meriah dihadiri oleh VVIP, kakitangan dan pelanggan PNMB.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Artis jemputan
 Para tetamu dihiburkan dengan artis jemputan tapi maaf saya tak kenal artis itu kecuali penyanyi perempuan, kakak ipar Tomok.

Puspanitapuri Dewan Seri Endon Putrajaya
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Saya dan officemates tiba dari Seremban lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Ketika itu tetamu masih belum ramai and just nice tempat duduk pun di bahagian belakang tetamu VVIP berdepan pentas.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Para tetamu
Apabila waktu hampir ke pukul 1.00 tengah hari, tetamu mulai ramai.. Makanan disediakan di bahagian kiri dan kanan meja sama konsep seperti di jamuan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri PKNNS yang pernah saya cerita dalam post sebelum ini.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Para tetamu
Majlis kemuncak ialah pelancaran buku sempena sambutan ulangtahun ke 130 tahun penubuhan PNMB.. Para tetamu teruja apabila drone digunakan semasa pelancaran buku tersebut..

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Drone di Majlis Pelancaran Buku 130 tahun penubuhan PNMB
2 drone memasuki dewan  di mana salah satu drone membawa buku yang ingin dilancarkan menuju ke pentas.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Stalls makanan dan minuman
Tetamu dihidangkan dengan laksa Johor, nasi briyani, lauk-pauk, pelbagai jenis desserts, kambing bakar, mee goreng, sate dan menu lain yang sinonim dengan jamuan hari raya.

Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Adik manis di stall laksa Johor
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Laksa Johor & nescafe panas
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Salah satu manisan, puding roti
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Buah-buahan tempatan pun ada
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Kami dan Cik Hannie
Belanja sekeping gambar - saya dan officemates bergambar bersama wakil tuan rumah, Cik Hannie (manis berbaju kurung biru) dari PNMB.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Table flower
Sebelum mengakhiri post ini, saya abadikan 2 jenis flower arrangement. Saya suka hiasan bunga dalam pasu. Al-maklum saya takde bakat menghias bunga tapi saya suka bunga hiasan begini kerana ia mengingatkan saya tentang kelebihan penggubah bunga dengan creativity dan bakat yang ada pada mereka.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018
Puspanitapuri, Dewan Seri Endon Putrajaya
Maka berakhirlah cerita Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PNMB 2018. Akhir kata, terima kasih kepada PNMB atas jemputan dan layanan mesra yang diberikan.. Semoga PNMB terus success.
Begitulah serba sedikit cerita yang ingin disampaikan.. 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee..


Regards,


12 comments :

  1. Replies
    1. Meriah menu majlis jamuan raya ni Normi, makan pun selesa dan santai, alhamdulillah 😊..

      Delete
  2. wahhh meriahnya sambutan raya pnmb, deco pun cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah Farhanna, best.. Walaupun ramai tetamu tapi selesa dan tak crowded 😊..

      Delete
  3. Alhamdulillah syukur kita pergikan kalau tak terasa sedikit kerugiannya heheheee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan sedikit kerugian Mrs A, banyakkkk kerugian hehehe..

      Delete
  4. apa2 majlis, makan tu yg best, tambah kalau kena dgn selera, lagi syiok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly setuju dengan Fatimah tambahan pula pergi dengan gang, lagi syiok hehehe..

      Delete
  5. meriahnya raya.. bru perasan LZ kerja 1 tempat dgn blogger Mrs A. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer Nina, meriah sungguh majlis ni..
      Hehehehe Mrs. A dan LZ satu department lain unit..

      Delete
  6. rindunya dgn acara begini...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak Fuzy.. rindu suasana itu 😍

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


Designed For Lady In Red Planner | Copyright Reserved 2019