Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Sunday, April 06, 2025

,
ILHAM DECOR RAYA, SELEPAS BALIK DARI KAMPUNG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Raya tahun ini sederhana saja untuk saya sekeluarga. Tapi dalam kesederhanaan itu, ada ketenangan dan rasa cukup yang susah untuk digambarkan.

Raya kedua saya sudah pun pulang dari kampung ke rumah sendiri di Seremban. Balik dengan satu misi utama iaitu kemas rumah sementara cuti raya masih berbaki. Sebelum raya memang tak sempat langsung nak kemas sebab sehari sebelum raya masih lagi menyelesaikan urusan kerja. Jadi bila masih lagi ada cuti raya, barulah semangat kemas rumah dengan memikirkan idea dekorasi bagaimana pula kali ini.

Lets enjoy our precious time before our office call us back tomorrow.. First day di rumah sebelah pagi saya jenguk indoor plants dalam bilik membaca.. Lap pasu, buang dan cantas daun kering, susun atur, kemudian siram.. Beginilah hasilnya..

Indoor plants

Kemudian saya ke SSF Home di Cyberjaya. We went to see kitchenware.. Beli serving bowl, table runner dan beberapa kelengkapan rumah. Semalam repeat semula ke SSF Home di Oakland untuk mencari kelengkapan ruang tamu pula. It’s true when people said as you get older your priorities change. 

SSF Home di Oakland, Seremban

Balik dari SSF Home singgah di nursery yang terletak di perkarangan tempat letak kereta Lotus Seremban. Pantang nampak pokok-pokok terus teruja, terapi sungguh! Mata tertumpu pada pokok China Doll (radermachera sinica).. Tercetus idea untuk letak dalam rumah di ruang tamu. Paling penting pokok ni tak merbahaya kepada kucing saya.

China Doll plant

Kalau hati dah berkenan, jangan fikir panjang.. terus minta  nursery helper transfer ke dalam pasu yang sesuai untuk hiasan dalam rumah. Seumur hidup tak pernah dibuat mengangkut sepasu pokok masuk dalam kereta, hahaha pengalaman pertama buat kerja begini.

Selesai bab membeli-belah, sekarang persoalan yang bermain di fikiran, macam mana nak decor ruang tamu rumah sekali dengan meja makan? Konsep pilihan saya modern farmhouse.. Memang minat saya suka ubah-ubah susun atur perabot, at least 3 bulan sekali. I love make over area or room in the house. 

Antara sumber inspirasi:

Home decor

atau susun dengan hiasan dinding begini..

Wall shelves

untuk console table pula saya suka begini..

Console table decor idea

hiasan dinding saya suka floating shelf begini..

Floating shelves

atau begini.. Kelebihan floating shelves for me boleh tukar barang-barang hiasan yang kita suka, takde la bosan dengan barang hiasan yang sama.

Floating shelves arrangement

Untuk sudut makan pula.. Adakah sesuai sudut meja makan saya ganti dengan decor begini?

Reading corner

atau kekalkan meja makan di sudut dengan decor begini?..

Dining area decor idea

and at the same time, saya ada Brusali high cabinet dari Ikea so perlukah saya guna dan decor begini?..

Decoration idea

Finally, inilah hasilnya setelah begitu dan begini.. Hasil susun atur ruang makan sempena raya tahun ini. Takde laa amazing sangat, tapi cukup bagi nafas baru untuk ruang makan. Floating shelves masih kosong, sikit-sikit saya tambah accessories nanti.

My dining area

Untuk ruang tamu, saya sekadar alih sofa sikit, ganti cushion covers ikut tema raya match dengan karpet baru, letak throw untuk si Furla dan Coco tidur, pasang lampu meja di sudut yang dahulunya malap. Simple, tapi puas hati bila tengok hasilnya. Ia seolah-olah memberi ‘mood baru’ untuk rumah dan kepuasan kepada diri sendiri.

Ikea Kallax ganti console table

Hari ini saya nikmati hari terakhir cuti raya 2025 dengan tenang. Seawal pagi, duduk di meja makan hirup kopi sambil menikmati hasil decor semalam. Itulah bahagia ada di mana-mana.. Walau pun kecil setakat tolak perabot ke hujung sana, ubah cabinet buku tapi hati gembira. Now I’m thinking untuk pasang wainscoting di living room area yang sekangkang kera untuk mengembalikan nostalgia lama bila teringat rumah tempat saya dibesarkan dengan decor wainscoting classic style, it’s vintage sebenarnya cuma baru sekarang menjadi trend.

Esok kembali ke pejabat dengan rutin harian. I’m ready.. Cuti seminggu ni cukup untuk recharge tenaga dan reset minda. Sedang sibuk mengemas, paling syok si Furla, sepanjang mengemas dia tidur di sofa.. Cuaca pula sejuk lepas hujan tentulah asyik.. She is so cute and adorable - siapalah tak sayang. 

Furla kesayangan hamba

Kadang-kadang sambutan yang paling bermakna tak semestinya paling meriah, tapi yang paling memberi ruang untuk kita rasa tenang dan gembira. 

Selamat kembali bekerja kepada semua yang akan mula masuk kerja esok. Semoga semangat raya bawa positive vibes dalam hari-hari mendatang. Selagi masih ada sambutan raya, hujung minggu kita masih boleh enjoy sambung berkunjung ziarah, merapatkan silaturrahim sambil menikmati kuih-muih dan pelbagai juadah yang dihidangkan.

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone! Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin..


Regards,


Tuesday, March 18, 2025

,
BILA SHOPPING RAYA DI MALL KIAN SENDU | Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pertanyaan saya sebagai mukadimah post kali ini - Baju raya dah beli? Apa warna tema kali ini? Berapa pasang? Ehh macam makcik bawang, sibuk tanya hal orang.. hehehehe 

Menjawab kepada persoalan di atas, saya dah beli baju raya. Tema raya tahun ini dark blue, warna pilihan anak so kita layan saja.. Bercerita tentang persiapan baju raya, minggu lepas saya ke AEON Seremban 2 dan hujung minggu ke Paradigm Mall di Kelana Jaya. 

Terdapat beberapa baris booth menjual baju raya tapi ternyata tak meriah seperti tahun-tahun sebelum ini, sendu gais!

AEON Seremban 2

Al-kisah kita sedia makluman, bila minggu akhir Ramadan menjelang, pusat membeli-belah biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai jenama fesyen yang menawarkan koleksi baju raya pelbagai jenis dan warna. 

Sebut sahaja warna apa, fesyen macam mana? Dari baju kurung moden hingga baju Melayu teluk belanga, cekak musang dan sebagainya, suasana di mall biasanya meriah dengan promosi, bunting warna-warni dengan orang ramai yang sibuk memilih pakaian untuk Syawal. Tapi tahun ni, saya perasan kemeriahan tu macam kurang sikit. Ada sesuatu yang berbeza - baju raya masih ada dijual tapi tak semeriah dulu..

AEON Seremban 2

Kalau dulu orang sanggup bersesak-sesak di shopping mall untuk mencari baju raya tapi sekarang saya rasa ramai yang lebih selesa beli secara online. Hanya klik, bayar dan tunggu barang sampai. Jadi tak perlulah bersesak-sesak, berebut saiz dan beratur di fitting room.

Paradigm Mall, Kelana Jaya

Saya rasa ekonomi yang mencabar juga memainkan peranan dalam hal ni.. Harga barang naik, kos sara hidup semakin tinggi, jadi ramai yang berhati-hati semasa berbelanja.. Ramai yang mengutamakan perbelanjaan keperluan seperti makanan dan keperluan rumah daripada membeli baju raya berpasang-pasang dengan harga yang keras..

Lagi satu, mall bukanlah satu-satunya tempat yang membeli baju raya. Banyak lagi tempat, bazaar menjual baju raya sekarang pun banyak dengan tawaran harga lebih rendah dan paling penting harga masih boleh tawar-menawar berbanding di shopping mall.

Agak-agak apa masa depan baju raya di mall akan datang? Mungkin shopping mall begini perlu ikut trend semasa dengan membuat kolaborasi dengan jenama terkenal, lebih banyak pengalaman membeli-belah secara interaktif atau lebih banyak diskaun harga menarik? 

Apa pun, budaya membeli-belah di shopping mall masih ada peminatnya tapi takde crowd yang besar berbanding dulu. Keadaan sudah berubah mengikut peredaran zaman. Kalau shopping mall di Jalan TAR, SOGO etc lain cerita.. Setiap tahun memang jadi tumpuan orang ramai.. Ni kita cerita shopping mall di luar Kuala Lumpur..

My lovely readers pula macam mana? Tahun ni beli baju raya di mana? Shopping mall, online, butik, bazaar.. Jom share..

Begitulah kisahnya cerita bila shopping mall jual baju raya kian sendu.. Okay itu saja.. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Thursday, May 12, 2022

,
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443 / 2022 MENGEJUT | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Post kali ini saya ingin berkongsi sambutan Hari Raya Aidilfitri terkejut tahun ini.. Ramai up di social media sebagai "Hurry Raya 2022".. Apa pun istilahnya alhamdulillah kita semua telah berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan kini tiba masanya untuk meraikan kemenangan itu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua!!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selepas pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022, tiba-tiba tergamam tak tahu nak buat mana satu.. Raya esok wey!!! Ingat nak beli baju raya esok.. Padan muka, ingat..ingat so makan pengat! Langsir dan rumah di Seremban masih belum kemas.. Kena fikir pula apa yang nak dibawa ke kampung nanti.. Relax.. relax.. bertenang, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan... hurmmmm 

Lepas berbincang dengan husband, kami kemas pakaian semua dan ambil keputusan balik kampung pagi raya pertama.

Perjalan pulang ke kampung

Pagi raya pertama selepas solat sunat Hari Raya, siap berpakaian raya kami memulakan perjalanan ke Muar. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Seremban ke Muar pagi itu lancar, walaupun kereta banyak tapi masih bergerak dengan had laju maksimum di lebuh raya. 

Pekan Bakri, Muar

Sangat teruja bila selamat sampai di kampung tanpa menempuh jam yang membosankan, syukur alhamdulillah.. Masuk rumah terus meluru ke dapur.. Seperti biasa my mom lah orang paling sibuk menyediakan hidangan di hari raya di dapur. Ramalan my mom tahun ini tepat sekali. My mom dah ready menganyam sarung ketupat sejak semalam. Lepas berbuka hari terakhir Ramadhan, my mom terus rebus ketupat manakala menjelang malam raya ketupat sudah sedia diangkat dari periuk. Jadi my mom tiada istilah raya mengejut tahun ini.  

Ketupat belum dipotong
 
Sambil bersembang, tangan bekerja mengisi biskut raya ke dalam bekas untuk dihidangkan kepada tetamu. Sementara itu, ketupat dan sambal kacang sedia dihidang.. Itu antara menu wajib di atas meja setiap pagi raya di samping kuah lodeh, lemang, rendang daging, ayam masak merah dan daging masak hitam.  

Kuah kacang

Tiada yang fancy tahun ini.. Kami sekeluarga masih menyambut Hari Raya secara sederhana.. Tahun lepas PKP so tak dapat merentas negeri untuk balik kampung berkumpul bersama keluarga. Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas selang sebulan setelah ayah saya meninggal dunia. Tahun ni merupakan tahun ke-2 menyambut Hari Raya tanpa ayahanda tercinta.. Kami sekeluarga masih lagi terasa kehilangannya.. Hebat betul penangan sedih beraya tanpa ayah.. 

Related post : Kisah tak terungkap

Al-fatihah ayahanda tercinta

Hari Raya ke-2 selepas menunaikan solat Asar, saya bertolak pulang ke Seremban.. Rindu pada anak bulus yang ditinggalkan.. Apa khabar mereka..

Perjalanan pulang ke Seremban

Perjalanan pulang kali ini menempuh sedikit jam hingga susur keluar ke Seremban.. Saya sekeluarga sampai di rumah pada jam 8.00 malam.. Setibanya di rumah, terkejut yang amat bila nampak anak bulus berkeliaran di laman rumah dan bertempiaran lari bila terdengar saya memanggil nama mereka. Haishh satu kerja lagi iaitu mengejar anak bulus melarikan diri ke rumah jiran. Dipendekkan cerita, mereka berjaya ditangkap dan kembali ke pangkuan saya..

Jam di sepanjang lebuh raya 
 
Begitulah serba ringkas cerita sambutan Hari Raya Aidilfitri saya tahun ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi diucapkan kepada semua rakan bloggers. Maaf Zahir & Batin andai ada salah dan silap.

Bagaimana pula sambutan Hari Raya Aidilfitri mengejut anda tahun ini? Apa kata kongsi cerita atau tinggalkan link blog anda di ruangan komen.

Thank you for reading. Have a great day!


Regards,

Monday, June 17, 2019

,
Salam Aidilfitri & Selamat Sejahtera semua..
Alhamdulillah pada Syawal ke-9 (13 Jun 2019) lalu, Kelab Sosial & Reaksi (KSR) syarikat telah menganjurkan Sambutan Hari Raya yang diadakan di Laman Puteh Seremban 2.

Aturcara majlis
Majlis bermula pada jam 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang.. Majlis disambut dengan sederhana tetapi meriah..


Susunatur meja di Laman Puteh
Pukul 12.45 tengah hari kami turun dari office menuju ke Laman Puteh. Laman Puteh terletak di belakang office sahaja, just walking distance.. 


Gang semeja
Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan seterusnya acara kemuncak iaitu jamuan Hari Raya.. Jom layan gambar.. biar gambar sahaja yang berbicara, hehehe..


Ahli KSR & para tetamu
Konsep masih lagi seperti sebelum ini iaitu gerai / kiosk, hanya VVIP sahaja makan berhidang.. Kelihatan para tetamu mula mengambil juadah masing-masing di setiap gerai..


Kuih-muih
Laksa dan laksam
Lemang, ketupat palas & rendang
Cendol Songkok Tinggi
Nasi briyani ayam
Kambing bakar
Minuman
Alhamdulillah dengan rezeki pada hari itu.. Saya tak makan banyak, sekadar memenuhi perut yang kosong dengan nasi briyani ayam, kuih-muih dan cendol.


A plate full of my favorite, nasi briyani
Mouth-watering : kuih, lemang dan ketupat palas
Pukul 1.50 tengah hari saya harus meninggalkan majlis kerana sudah sampai masa mengambil anak pulang dari sekolah.. Saya langsung tak dapat ambil gambar di photo booth, sedih tau..
Okaylah setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Sambutan Hari Raya 2019 anjuran KSR. Semoga KSR terus cemerlang dan maju jaya.. Terima kasih diucapkan kepada EXCO dan AJK KSR yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini..





Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Monday, June 10, 2019

,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!!!! Alhamdulillah hari ini 6 Syawal 1440 bersamaan raya ke-6.. Ada antara kita yang sudah bekerja tetapi saya masih lagi bercuti memandangkan cuti sekolah belum berakhir.. Khabarnya jalan jem melampau semalam? Begitulah seperti kebiasaan cuti perayaan bila semua balik ke kampung atau menuju destinasi masing-masing serentak.. Sejak raya ke-3 lagi saya dah balik ke Seremban untuk mengelakkan jem.

Hari ini saya ingin bekongsi journal Hari Raya Aidilfitri 2019 yang sangat simple..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Lady in Red Planner
Hari Raya Pertama

Seawal pukul 4.00 pagi saya bangun menyiapkan segala pakaian dan barang-barang yang akan dibawa ke kampung.  Lemang dan rendang serta kuih-muih pun dah ready. Kena sediakan lebih awal untuk elak tertinggal, tapi walau dah ready awal tetap ada juga barang yang tertinggal, camne tu?

Kami bertolak ke kampung di Muar, Johor selepas solat Hari Raya. My husband teringin solat di Masjid Sheikh Haji Ahmad memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama masjid ini mula beroperasi sejak dirasmikan awal tahun ini.

Oh ya setakat ini kami tak ada masalah bergaduh balik ke rumah siapa terlebih dahulu sebab rumah ibubapa saya dengan rumah mertua hanya selang 2 buah rumah sahaja.. So boleh balik hari berulang ikut suka, hehehe

Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan
Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan

Lebih kurang pukul 11.30 pagi tiba di kampung. Raya tahun ni saya ke rumah mertua terlebih dahulu. Saya bawa lemang, rendang dan brownies sebagai buah tangan.

Selepas bermaaf-maafan dan sesi bergambar selesai, saya memulakan perjalanan berkunjung ke rumah makcik kedua-dua belah pihak memandangkan datuk dan nenek sudah lama meninggal dunia. Rumah terakhir pada hari raya pertama ialah rumah saya. Dalam pukul 4.30 petang saya sampai di rumah ibubapa saya.


Hari Raya Kedua

Sudah menjadi tradisi masyarakat di kampung saya mengadakan marhaban iaitu kumpulan masyarakat berkunjung dari rumah ke rumah dengan membaca doa serta memohon keberkatan ke atas seisi rumah tersebut di samping memuji kebesaran Allah swt dan Rasulullah saw.

Marhaban di kampung saya diadakan pada Hari Raya Kedua dan majoriti akan mengambil bahagian tak kiralah tinggal di taman perumahan atau kawasan kampung. Lazimnya ahli keluarga lelaki akan menyertai kumpulan marhaban. Tahun ini rumah ibubapa saya merupakan rumah pertama kunjungan kumpulan marhaban. Kami menyediakan karipap daging dan keladi goreng untuk menjamu kumpulan marhaban ini.

Pagi hari raya kedua hujan turun agak lebat dan berhenti-henti namun ianya tak membantutkan kumpulan marhaban ini menghabiskan kunjungan mereka sebanyak lebih kurang 35 buah rumah setiap satu kumpulan.

Malam hari pula saya bersama ipar-duai sebelah suami berhari raya di sekitar bandar Muar.

Hari Raya Ketiga

Setelah bersarapan sekitar jam 10.00 pagi saya berkemas untuk pulang ke Seremban.
Begituah rutin Hari Raya saya setiap tahun, sama seperti tahun-tahun sebelum cuma usia sahaja berubah..

Bagaimana pun dengan Hari Raya anda? Balik kampung di mana? Setiap kali saya browse Facebook dan Instagram nampak kemeriahan masing-masing menyambut Hari Raya.. Fesyen baju raya tak boleh kata, macam-macam warna tapi yang pasti semua nampak cantik dan gembira..

Sebut tentang baju raya tahun ini saya mengenakan warna biru gelap.. Saya rasa raya tahun ini banyak warna purple dan dark blue selain hijau gelap.. Setuju tak? Apa pula warna baju raya anda?

So jangan lupa kongsi cerita di ruang komen.. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin andai ada salah dan silap..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Thank you for reading..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Saturday, June 01, 2019

,
Selamat hujung minggu diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Hari ni saya rasa tak berapa sihat sebab masuk angin mungkin berpunca dari mee kuning yang saya makan ketika berbuka semalam.. Bila masuk angin sakit kepala yang amat sangat.. Inilah masalah orang yang sensitif dan mudah masuk angin dan naik angin, oops! Haraplah dapat bertahan hingga sampai waktu berbuka nanti..

Okay straight to the point, tadi sambil berehat melayan sakit kepala sempat lagi browsing Facebook tetiba melintas soalan ini di newsfeed saya..


Ketika anda mendengar takbir Raya pertama kalinya berkumandang, siapakah orangnya yang akan berada di dalam ingatan anda pada saat itu dan yang mampu membuatkan anda terasa begitu amat sedih sekali?

Saya pasti akan teringat datuk, nenek, abang dan adik lelaki yang telah pergi meninggalkan kami.. Jelas terbayang waktu kecil ketika kami menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama. Masih lagi sedih dan bila rindu saya akan sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka.. Nama mereka tak pernah sesekali saya lupa dalam setiap doa saya.

Itu kenangan saya, bagaimana pula dengan anda? Tentu ada kenangan yang mengusik perasaan setiap kali Raya menjelang.. Jangan lupa kongsi di ruang komen..

Kepada mereka yang telah memulakan perjalanan ke kampung halaman, saya doakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Thursday, May 30, 2019

,
Bahang sambutan Hari Raya Aidilfitri kian terasa lebih-lebih lagi bila 'biskut tunjuk' yang ku order telah sampai ke tangan.. Kenapa saya panggil biskut tunjuk? Biskut tunjuk ni istilah biskut raya yang kita beli bukan buat sendiri.. Iyer la masa kita pilih kannn kita tunjuk - "saya nak order biskut ni.." sambil tunjuk biskut yang ingin dipesan gitu, hehehehe dari situ nama diberi..

Biskut tunjuk
Al-kisah inilah biskut tunjuk saya.. Order dari office mate sebelum bulan Ramadhan tempoh hari, dalam tak sedar makan tester maka ter-order 6 bekas untuk 3 jenis setiap satu jenis saya order 2 bekas.. Jadi bila pesanan selamat diterima rasa teruja..

Almond cookies
Cornflakes Choc Chips
Satu jenis lagi lupa apa nama dia tapi yang pasti semua biskut moden.. Next year saya harap Kak Izan Kitchen ambil tempahan sebab kemungkinan besar saya akan order biskut tunjuk lagi, hehehehe

Siapa beli biskut tunjuk macam saya? Siapa pula antara pembaca yang rajin buat biskut raya sendiri? Overall berapa jenis biskut raya uolls? Jangan lupa kongsi persiapan biskut raya anda di ruangan komen di bawah..




Okay thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner