TAEKWONDO BELTS GRADING | Pada 22.04.2017 (Sabtu) lalu, saya dengan gigihnya keluar awal pagi untuk menghantar anak saya ke majlis taekwondo belt grading dari talipinggang putih ke kuning. Mengapa perlu ada perkataan 'gigih' di situ? Gigih disebabkan keluar awal pagi ketika orang lain cuti di tambah pula cuaca ketika itu hujan renyai-renyai dan cuaca sejuk memang sesuai untuk tarik selimut atau bermalas-malas selepas breakfast.

Al-kisah anak bujang seorang ni pemegang tali pinggang putih, masih lagi junior baru 2 bulan menyertai kelas taekwondo. Jadi selepas tempoh pelajaran tali pinggang putih tamat, dia dikehendaki menduduki ujian bagi membolehkan bertukar dari tali pinggang putih ke kuning. Setiap pelajar yang ingin beralih ke tali pinggang putih ke kuning dan peringkat seterusnya dikehendaki mengambil ujian tali pinggang taekwondo yang dinamakan penggredan (grading). Pelajar yang lulus dalam ujian grading melayakkannya memakai tali pinggang seterusnya,

Tali pinggang putih melambangkan innocent. Setiap pelajar yang menyertai taekwondo akan merasai tali pinggang putih. Ia dianggap langkah pertama apabila menyertai seni mempertahankan diri ini. Kita tidak perlu menyertai ujian untuk mendapatkan tali pinggang putih kerana ianya sebahagian daripada uniform asas taekwondo atau dipanggil Dobok.

 

Majlis dimulakan pada jam 8.00 pagi di Dewan Orangramai Taman Seremban Jaya di Seremban. Semua pelajar dikehendaki berkumpul dalam dewan dan beratur mengikut senarai nama yang disediakan.

 

Selain grading tali pinggang putih, terdapat pelajar yang memegang tali pinggang kuning hingga ke tali pinggang biru untuk grading ke peringkat seterusnya.

 

Untuk pengetahuan taekwondo merupakan Korea martial art. Kepada pembaca yang masih belum tahu hierarchy warna tali pinggang dalam taekwondo, saya terangkan serba ringkas di sini.

Tali pinggang putih : melambangkan kesucian (innocent);
Tali pinggang kuning : melambangkan bumi (earth) di mana akar bersedia untuk tumbuh menjadi sepohon pokok.
Tali pinggang oren / hijau : melambangkan tumbuhan (plant) iaitu sepohon pokok yang tumbuh di atas muka bumi.
Tali pinggang biru : melambangkan awan (sky) di mana sepohon pokok tumbuh tinggi mencapai awan. Di peringkat ini skill taekwondo sudah semakin kukuh.
Tali pinggang merah : melambangkan bahaya (danger). Di peringkat ini pelajar sudah lebih berkemahiran dan mampu menggunakan segala skill yang dipelajari.
Tali pinggang hitam merupakan tali pinggang tertinggi dalam seni taekwondo.

 

Sistem grading sedang dijalankan.

 

Seorang instructor yang dipanggil Master memakai black belt akan memberi command manakala pelajar akan menunjukkan gerak mempertahankan diri yang dipelajari berdasarkan command dari Master. Markah akan diberikan berdasarkan gerak yang betul mengikut command yang diberi.

 

Setelah selesai ujian, goody bags akan diberi, maklumlah pelajar terdiri dari kanak-kanak kena bagi imbuhan selepas menahan nervous seharian. Bila habis sesi grading, bukan saja anak rasa happy sebab bakal memakai tali pinggang kuning tapi mama juga adalah orang yang paling happy sebab dapat balik dan sambung rehat..

 

Bye..bye.. kami minta diri dulu... 


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,