DIY WASHI TAPE ORGANIZER | Washi tape dan Planner Addict memang tak dapat dipisahkan. Pembaca yang meminati kraftangan juga sudah tentu biasa dengan washi tape ni. Washi tape atau dikenali sebagai Japanese masking tape merupakan pita pelekat yang mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik. Washi tape ini berasal dari Jepun dan diberbuat dari natural fibers seperti gentian buluh atau pokok mulberry.
Photo credit to google
Saya akan menggunakan washi tape untuk mendekorasi planner seperti contoh gambar di atas, mengikut kreativiti dan mood. Seronok mendekorasi dengan washi tape kerana ia menceriakan. Selain itu washi tape boleh dipelbagai guna kerana warnanya yang menarik. Tetapi apabila ianya tidak digunakan, kaedah penyimpanan washi tape ini buat saya pening kepala. Mana tidak bukan satu atau dua rolls yang perlu disimpan tetapi lebih dari 20 gulung dengan saiz yang berbeza. Jadi saya perlu memikirkan kaedah penyimpanan yang praktikal, mudah dilihat dan senang dicapai apabila ingin digunakan.
Photo credit to google
Kaedah di atas dan di bawah bagi saya kurang praktikal kerana tidak dapat memuatkan kuantiti yang banyak dengan saiz storage yang agak terhad.
Photo credit to google
Kaedah menggunakan hanger ini mungkin akan digunapakai satu masa nanti mengikut kesesuaian.
Photo credit to google
Jadi sempena cuti hujung minggu ini, saya mengambil peluang untuk membuat washi tape storage mengikut cara dan citarasa sendiri. DIY washi tape storage ini saya buat menggunakan kotak tebal dan staple. Selepas itu saya balut dengan washi tape saiz besar untuk nampak lebih menarik. Walaupun keadaan storage ini kurang memuaskan tapi saya puas hati apabila ia dapat memuatkan lebih dari 20 rolls washi tape pelbagai saiz.
Tadaaa siap sudah, washi tape sedia tersusun rapi.
Sekiranya storage pertama penuh, saya akan buat storage kedua untuk washi tape seterusnya.. Jimat dan paling penting memenuhi citarasa saya.. Puas hatiku!
Begitulah cerita seorang Planner Addict yang selama ini puas memikirkan bagaimana cara menyimpan washi tape-nya yang semakin lama semakin banyak. Terima kasih sudi singgah dan baca entry saya ini.. Entry sekadar meluahkan rasa gembira dengan DIY yang telah berjaya dilakukannya, hehehe
banyaknya washi tapes sis. sy pun ada byk jugak. tp tak susun mcm tu. semua dlm satu bakul je huhuhuu
ReplyDeleteSis pernah cuba masuk dalam bakul Eeca Shyaa tapi susah nak capai bila sesi mendeco planner.. Kena keluarkan semua dan cari satu-satu, susah.. hehehe
DeleteTersusun rapi...sedap mata memandang..girang hati memilih..terbaiklah kak..
ReplyDeleteItulah perasaan sis, PC..
DeleteSis sangat gembira dan puas hati, hihihi..
ok sangat la DIY washi tape storage tu LZ.. tersusun rapi jek.. cantik2 kolelsi washi tape LZ..
ReplyDeleteHehehehe terima Kasih Hernee 😄..
DeleteTersusun dan senang pilih mana satu design bila nak guna..
Lawanya.. Dari segi susunan pun boleh tahu LZ nih orang yang macam mana. :)
ReplyDeleteHehehehe orang cerewet camni laa Amer..
Deletewahhh nampak kemas. banyaknya washi. jeles sikit. hahhahaha :D
ReplyDeleteBV letak washi macam yg hanger tu tapi guna benang la. senang nak simpan :D
Cara BV pun okay yang penting kemas dan bila nak guna senang pilih. Hurrrmm sis tak nampak washi BV lagi, tentu sis pun jeles jugak kot.. hihihi
DeleteCantiknyaa, kemas susunan storage tape. Warna warni pulak tu 😍
ReplyDeleteThanks HH..
DeletePuas hati tengok kann HH..
wahh banyaknya !! anis suka tengok benda2 colourful + comel2 mcm ni >.<
ReplyDeleteThanks Anis sudi singgah blog sis..
DeleteCantik kannn sebab colorful, cute & comel, samalah citarasa kita 😉
Banyaknyaaaaa Washi tape sis. Seronok ni main hias2 planner.
ReplyDeleteMemang best Mayy..
DeleteKita décor planner dengan washi tape..
Meriahnyaa sis. Suka tengok planner yg dihiasi washi tape wrna warni nih. :D
ReplyDeleteAkak pun suka Fatihah, hobi ni buat leka sebab ralit mendecor planner guna washi tapes 😍
DeleteBanyaknya sis 😱 Semuanya cantik2, comel2 😍
ReplyDeleteHehehehe koleksi utk menggembirakan diri sendiri NA.. 😍
Deletebanyaknyeeeeeeee washi tape tu. meriah ana tgk. berwarna warni dan comel2 semuanya. geram mata memandang.
ReplyDeleteBest kann Ana, release sikit stress bila tampal2 washi ni.. hehehe 😁
Deleteaida baru2 nak beli washi tape.
ReplyDeleteskang masih siap kan felt craft dulu.
ada part yg aida rasa sesuai nak bubuh washi tape ni.
sedang gigih buat hadiah utk guru2 anak2 16 mei ni nanti.
All the best to you Aida..
DeleteJangan lupa share hasilnya nanti di blog post 😉
selalu beli washi di mana?
ReplyDeleteselalu beli di Shopee atau Popular book store..
DeleteBanyaknyaa washi tape.. sy bukanlah planner addict tp suka juga kumpul notebook n alat tulis
ReplyDeleteSekarang macam-macam stationery comel-comel, memang best dapat kumpul.. hehehe
Delete