HARI BERSEJARAH | Hari ini dalam sejarah, hari yang sungguh istimewa, bukan hanya cuti umum tapi tarikh 24.04.2017 bersamaan 27 Rejab merupakan hari memperingati peristiwa Israk Mikraj yang diraikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia dan pada hari yang sama istiadat pertabalan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-XV.
Hari ini bukan cuti saja-saja tetapi cuti yang boleh dimanfaatkan untuk memperingati peristiwa Israk Mikraj dan istiadat pertabalan Sultan Muhammad V mengikut sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia. Sejak pukul 9.30 pagi tadi hingga 12.30 tengah hari saya dok depan tv mengikuti istiadat pertabalan ini. You all ada tengok tak istiadat ni? Rugi tau kalau tak tengok, 5 tahun sekali.. Jadi saya abadikan hari bersejarah ke dalam blog ini sebagai kenangan sepanjang zaman sebagai rujukan generasi akan datang, in shaa Allah.
1. PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
Peristiwa Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga disebut sebagai Tahun Dukacita atau 'Ām al-Ḥuzn' kerana kewafatan Saidatina Khadijah ra (isteri Rasulullah) dan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Perjalanan selama 3/4 malam dari jam 6 malam hingga 6 pagi, Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama malaikat Jibrail dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis (Palestin). Pelbagai peristiwa dilihat semasa perjalanan Nabi yang menjadi pengajaran kepada umat Islam. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam.
2. ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XV
Umum tahu bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Gelaran rasmi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 ialah Sultan Negeri Kelantan iaitu Sultan Muhammad V atau nama sebenar Tuanku ialah Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra. Keistimewaan peribadi Kebawah Duli Tuanku yang terkenal sebagai Raja berjiwa rakyat bukan hanya di Negeri Kelantan tetapi di seluruh rakyat Malaysia. Selain itu sifat kepimpinan dan rendah diri Tuanku turut menjadi idola rakyat jelata.
Perlantikan Yang Di-Pertuan Agong dilantik secara rasmi melalui Majlis Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) yang ke-243 pada 14 Oktober 2016 lalu di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Sultan Muhammad V memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun.
Berikut merupakan Raja-Raja Melayu yang telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong dari tahun 1957 hingga kini, 2017
Merafak sembah setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Sempena Pertabalan Tuanku sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15.
DAULAT TUANKU!
24 Comments:
Salam Isra Mi'raj LZ.
Daulat Tuanku. Gigih tgk adat istiadat perlantikan dekat TV pagi td. hehe
Salam Israk Mikraj Ana..
Samalah kita, gigih tak berganjak duk depan tv tgk istiadat pagi tadi..
Seronok kan hehehe
Alhamdulillah.. selesai semua.. jatuh pada hari yg baik.. :)
Betul kak...2 dalam 1 kan..moga pertabalan YDP Agong Sultan Mugammad V diberkati sempena Israq Mikraj...ameen.
Betul, setuju sangat dengan Lea..
Nama kedua-dua baginda pun Muhammad..
Memang satu coincident yang baik..
Salam israk mikraj... Cikla pun tgk jugak tdi. Tp tak sampai habis.. separuh je..
Ameen, akak pun doa perkara yang sama..
Semoga Tuanku dapat membawa negara kita disegani di mata dunia, dari segi agama dan ekonomi negara.
Salam israk mikraj Sis
Salam Israk Mikraj CikLa..
Istiadat yang penuh dengan tertib kann CikLa..
Sekarang Majalah 3 ada siarkan liputan tentang persediaan istiadat pagi tadi.. Dapatlah tengok orang-orang penting di sebalik majlis pertabalan tadi termasuk tukang masak Agong pun ditemuramah, menarik kann..
Salam Israk Mikraj Cik CL ;-)
Daulat Tuanku...mmg kena simpan ni LZ untuk anak cucu kita dan utk kita juga...mmg tadi gigih menonton jugak
Betul Kak Fuzy, ingatan sepanjang zaman..
Hari bersejarah kannn Kak 😄
Daulat Tuanku.
Dua peristiwa besar dalam satu hari..
Suka tengok YDPA baru ni.. Humble 😊
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Betul Sha, hari bersejarah..
Samalh kita HH..
Suka dengan keperibadian baginda..
Saya pun pernah terfikir nak buat entry tajuk Hari Ini Dalam Sejarah,tapi bukan pasal sejarah negara tapi sejarah diri sendiri. Hahaha.. Btw, salam israk mikraj lz
Daulat Tuanku.
Pertabalan Agong di hari yang bersejarah bagi umat Islam iaitu Israk dan Mikraj.
Sy sebelum jam 9.30 dah standby depan tv 😂 Betapa semangatnya nak tengok istiadat pertabalan Agong 😄
Hahaha okay juga idea tu DP, saya suka baca real story 😄
Betul Mak Nom, memang hari bersejarah 👏👏👏
Samalah kita NA 😁
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!