Top Menu

My Precious Followers

BEGINIKAH MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH?

BEGINIKAH MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Semalam saya dan officemate ke sekolah anak untuk menghantar makan tengah hari. Selalunya mereka terus menaiki van sekolah ke pusat tusyen tetapi semalam mereka perlu menghadiri Kem Bistari Solat bermula pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Pukul 1.30 petang mereka perlu berada di surau untuk solat Zohor sebelum memulakan kem. Jadi mereka hanya ada masa setengah jam untuk makan tengah hari.


Kelas tamat pukul 1.00 tengah hari. Para pelajar keluar dari kelas berlari ke kantin. Saya dan officemate tunggu di kantin sekolah. Tak lama kemudian saya nampak anak saya, Arief muncul dan menuju ke arah saya. Wajah ceria apabila nampak saya bawa bekal (tapau) nasi berlauk kari ayam dan sayur. Maklumlah sesekali mama datang bawa makanan, gembiralah dia.

Sambil menunggu Arief makan, saya pandang kiri kanan untuk meninjau makanan tengah hari yang dibeli oleh pelajar di kantin sekolah itu.. Officemate saya bersuara dalam nada terkejut : "Ya Allah Kak, tengok tu dalam polystyrene cuma ada nasi, setompok kuah berwarna kuning dan seketul ayam goreng kecil bersalut tepung. Ntah berapa agaknya harga camtu.." Saya tak sempat memberi response tetapi hanya tergamam apabila melihat majoriti pelajar makan dengan penuh selera dan pelbagai ragam.

Sumber : Facebook
Lihatlah betapa naif wajah kanak-kanak ini.. Mereka hanya tahu bila lapar, nak makan.. Langsung tak menghiraukan kualiti dan kuantiti makanan yang dihidangkan.

Tak lama lepas tu, anak officemate saya tiba bersama seorang lagi kawan baiknya. Anak officemate saya beritahu bahawa kawan dia ada bawa bekal dari rumah tetapi tumpah. Jadi berbekalkan wang RM2.00 budak tadi menuju ke kaunter kantin untuk membeli makanan tengah hari. 

Setibanya dia di meja kami, saya lihat dalam polystyrene yang dia bawa hanya ada nasi dan setompok kuah berwarna kuning seperti kuah masak lemak. "Adik, mana lauk?" spontan ayat keluar dari mulut saya. Dia malu-malu dan terus berbisik ke telinga anak officemate saya. "Dia kata dia nak beli ayam goreng tapi tak cukup duit. Ini RM1.00" jawab anak officemate saya. "Berapa harga ayam goreng?" tanya saya lagi. "RM2.50.." jawabnya.. Officemate saya segera mengeluarkan RM2.00 dan saya tambah RM1.00.. "Nah pergi beli lauk." arah saya kepada budak itu. Dia segera mengambil polystyrene tadi menuju ke kaunter kantin dan pulang semula ke meja kami dengan wajah ceria.. Nampak seketul kecil ayam goreng bersaiz nugget. Saya lihat dia makan bersungguh-sungguh. Habis licin semua langsung tak tinggal sisa.

Sadis I tell you. Hati saya menangis.. Sedih sangat apabila kanak-kanak diperlakukan begitu. Mengapa pengusaha kantin ini tak ada tolak ansur. Sesudu sayur tak akan buat kamu kaya.


Wahai pengusaha kantin. Ini bukan pasar malam. Kamu berniaga dengan kanak-kanak. Saya tahu barang basah di pasaran mahal, jadi pandai-pandailah merancang menu mengikut budget yang ada. Janganlah berkira. Pelbagaikanlah menu budget, janji ada sedikit sayur dan lauk. Mereka​ perlukan makanan berkhasiat bukan makanan mahal atau sedap.

Anggaplah mereka seperti anak kamu, bukan seperti peminta sedekah yang membayar makanan kepada kamu. Sesungguhnya kamu tak akan jatuh miskin jika niat kamu ikhlas, berniaga sambil bersedekah. Kamu terpilih dalam bidang ini di mana dapat menjemput pahala dengan mudah. Janganlah kamu ambil kesempatan dengan anak-anak ini walaupun kamu tahu mereka anak Hakim yang punya personal driver, mereka anak Pengarah Urusan yang memandu BMW, mereka anak ahli perniagaan yang memandu Hummer.. Urusan dan rezeki kamu Allah tentukan..

Kepada ibubapa, rajin-rajinlah pantau apa yang dimakan oleh anak-anak anda di sekolah. Luangkan masa masak untuk mereka. Selain menjimatkan, ianya dijamin bersih dan berkhasiat. Jangan hanya bekalkan mereka wang tanpa mengambiltahu ke mana wang itu dibelanjakan.

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca.. Bagaimana pula dengan pembaca yang mempunyai anak bersekolah, adakah setiap sekolah sama atau sebaliknya?  Kepada pembaca yang masih belum mempunyai anak, sila nyatakan apa perasaan anda berdasarkan perkongsian saya ini. Adakah saya terlalu cerewet atau sememangnya kanak-kanak sekarang wajar dilayan sedemikian?  Saya perlukan komen pembaca.


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,

51 comments :

  1. Allahuakbar.. dh byk baca kes macam ni.. Sian budak².. jwbnye ibubapa kene sediakan bekal utk anak² pasni.. sian kat anak mkn mknn kat kantin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebaiknya Lea..
      Sebak akak tengok budak-budak makan dengan makanan ala kadar camtu..

      Delete
  2. sadis jer kan..makanan kat kantin sekolah sekarang ni.. tu yg kena bawak duit extra2..bagi yg mampu, ok lah. sbb tu..masa kat Malaysia dulu, saya rela bangun pagi..siapkan bekalan utk anak2..lagi puas hati. duit bawak gak..in case la nak beli apa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer MA itulah hakikatnya. Saya ada perasan sepanjang saya mengikuti perkembangan blog MA sblm berhijrah, saya terbaca bento yg MA sediakan untuk 2 anak MA yg comel tu..

      Samalah dgn saya, bekal tak pernah miss dan standby duit.

      Delete
  3. Dak terbiasa tengok kat kantin sekolah cik akak. Sebatang sosej dah rm1.00. Lebih baik bekalkan anak dari umah dari membeli di kantin sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaghfirullahalazim, kering hati sungguh letak harga camtu kannn Nao Mei..

      Bawa bekal dari rumah lebih baik, kita sediakan sendiri puas hati.

      Delete
  4. rasa sedih dan risau, macam mana la keadaan kalau 5 tahun akan datang, harap IQ istiqamah sediakan makan untuk anak tiap2 pagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kerana anak biasanya ibu akan ada kesungguhan / kekuatan luar biasa, sanggup bangun pagi demi masak untuk mereka.. 😄

      Delete
  5. kesiannya zaman dah berubah...dulu rm 3 boleh dapat makan sepinggan nasi lemak lauk ayam...sekarang mampu beli ayam je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mimpi Aria, zaman dah banyak berubah bagai langit dengan bumi, jauh beza..

      Delete
  6. Mahalnya! Keterlaluan sangat harga tu Kak Lz.

    Saya selalu juga ke Kantin hantarkan makanan anak buah saya, kalau tak sempat pun saya bawa duit dan suruh dia beli kat situ (kalau bagi duit dari rumah memanjang hilang). Nasi + sambal cair + ayam cinonet RM2. Kalau orang susah kesian.. Air pun RM1 paling murah... Kena ada atleast rm3 setiap hari.

    zaman saya dulu bawa RM1.50 (sekolah rendah), RM3.00 (menengah). hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basic meal harga RM3.00, kalau nak makan sedap sikit mungkin RM5.00.. elok bawa bekal dari rumah Mai.. sesekali bolehlah belanja kat kantin. Huhuhu tak berbaloi harga dengan makanan..

      Delete
  7. Sedih sangat Kak..betul..peniagalah paling mudah nak dapat pahala...betul tidak dinafi,berniaga mesti nak untung..kerana dari untung itulah nak jadi pendapatan...nak dijadikan modal semula...tapi tidak salah bersedekah demi keuntungan akhirat..adik sepupu PC selalu komplen..adik dapat tabung duit sikit je...makanan kat sekolah mahal tapi perut adik tak kenyanglah...huhuhuhu...itu sekolah kebangsaan..kalau menengah...berhuhuhuhu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously PC, kesian budak2 sekarang.. Bukan minta makanan sedap dgn harga murah tapi biarlah berbaloi. Kena dengan peringkat umur mereka dan berkhasiat..

      Delete
    2. Ni mesti kes peniaga pikir Untung je. Sebenarnya sambil berniaga sambil bersedekah lagi banyak untung. Brp ramai yg meniaga murah2 boleh untung dekat luar tu. Mereka lagi kena survive dengan peniaga lain. Pengusaha kantin?? Bersaing dengam siapa?

      Delete
    3. Sepatutnya begitu Ana, ini sebaliknya. LZ rasa sebab diaorg tgk parents​ mewah jadi diaorg anggap budak-budak ni mampu. Tapi melampaulah, harga tak kena dengan kuantiti makanan.

      Delete
  8. Actually the price was the same with my primary time cuma bila sis cakap ayam size nugget tu, melampau jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic.. Ayam goreng kecil Flavnesz kalau tolak tulang berapalah sangat isi dia.. Not worth for RM2.50 seketul.

      Delete
  9. Ya Allah... Mahallnya! Ibarat kanak2 perlu berbelanja duit dengan rm5.00 sehari. Then ayam pula hanya seketul2 jak?? Kecil lagi.. Kuah Dan nasi da 2.00? Blhh kena saman kalo Ada jualan kantin mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu betul Rockysweety, RM5.00 baru dapat basic meal with sayur dan ayam. Kesian budak sekarang.

      Delete
  10. Makanan di kantin sekolah sekarang mahal, dah macam kedai kat luar.. Kesian pelajar sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul HH itulah yang saya saksikan semalam.. Tak berbaloi dengan harga.. 😢

      Delete
  11. Tanggungjawab pengurusan sekolah.
    Kan ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garispanduan kepada Pengusaha Kantin memang ada WP tp untuk operasi kantin tak melibatkan menu yg jualan makanan..

      Peluang yg ada semasa mesyuarat PIBG nanti, boleh suarakan mslh ini..

      Delete
  12. Banyak dah kes mcm ni. Geram sgt kan. Kejam sungguh pengusaha kantin tu. Dengan budak sekolah pun dorang nak perah kaw kaw. PIBG dan cikgu tak pantau ke macam mana ana tak pasti tp sedih sgt bila baca kes2 mcm ni. Sepatutnya tolak ansur lah dengan budak sek. Lebih2 kalau pelajar dr golongan susah. Apa je dorang dpt makan. 😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg menambah kemusykilan. As if diaorg pulun habis alang-alang kontrak masih ada.. Tapi melampau, kering hati sungguh.

      Delete
  13. Sayu la hati kalau setakat makan berkuah saja tanpa lauk.... takkan mahal sgt harga makanan kat kantin sekarang ni? Takkan rm3, baru dpt lauk, tu pun ciput saja....hurm, zaman dah berubah, semua pun mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious Mrs Pip, masa dia buka polystyrene dgn takde lauk tu, dia start nak makan, tu sbb saya terus tanya dia mana lauk? Sedih sangat tak sampai hati tengok.. 😥

      Delete
  14. memang camtu kan, sedih tengok. kesian budak2 nak makan. anak saya ni taknak bawa bekal, kalau tak memang saya bagi bekal juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peliklah Raihanah, kering hati Pengusaha Kantin sediakan makanan utk kanak-kanak rupa itu. RM5 mgkn baru 'sempurna' hidangan murid sklh sekarang. 😥

      Delete
  15. sedih sangat membancanya..kesian anak2 sekarang ni, sebab itu saya biasanya akan bekalkan makan pada anak kalau ke sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah aryan azra masak dan sediakan bekal utk anak, terjamin kebersihannya dan berkhasiat.. samalah juga saya, bila tak masak rasa awkward pula 😄

      Delete
  16. Memang selalu mcm tu. Cikgu2 pun kena sllu pantau pihak kantin jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar kata Cik Renex pengurusan sewa kantin hanya di bawah pemantauan guru tetapi menu dan harga Cikgu tak masuk campur.. Andai benar mmg kecewa kannn..

      Delete
  17. Hmmmm memang macamtulah kak senario kantin sekolah sekarang. Saya ni, kadang-kadang pergi mana-mana sekolah rasa macam kesian sangat tengok lauk tak setimpal dengan harga. Tapi kalau dekat KL tu bebudaknya kaya, so tak kisah sangat sebab budak-budak tu belanja banyak. Pengusaha kantin janganlah terlampau kejarkan keuntungan. kesian dekat budak-budak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cikgu Syed. Melampau kann.. Kalau kaya pun Cikgu Syed siapa tahan anak makan lauk tak berbaloi dengan harga sedangkan budak-budak ni tak beriya makan melainkan betul2 lapar.. Bila dapat nasi kosong pun diaorg berselera maksudnya terpaksa telanlah.. kesian sangat 😥

      Delete
  18. Bergenang air mata baca.
    And RM2.50 untuk seketul ayam goreng bersaiz nugget? I cannot brain this. Tapi mungkinlah juga sebab di bandar, saya kat Perak je. Cuma macam speechless kejap, serius lah...?
    Ya Allah, generasi sekarang pun dah macam ni keadaannya, macam manalah pulak dengan anak-anak saya satu hari nanti. Lebih baik bawak bekal je, dah tentu kita tau bersih berkhasiat dan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawa duit banyak pun Fairuz Aqilah, kualiti makanan dengan harga sangat tak munsabah.. Solution dia kalau sayangkan anak, parents memang kena sediakan bekal untuk anak.. Sekali-sekala beli di kantin okaylah kannn 😄

      Delete
  19. TQ sharing sis.
    Isssh...memang sedih. saya pun selalu dok tanya hari2 anak saya makan apa di sekolah. biasa makanan mereka memang takde sayur. Buah pun kekdang ada kekdang takde. Lauk ayam memang hari-hari lah. hehehe.... tapi selalunya saya suka bagi anak-anak bawa bekal ke sekolah. lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sebagai ibu kena selalu tanya dan pantau apa yang dimakan oleh anak-anak ketika di sekolah.. Bukan cerewet atau apa, tak mahu anak diperlakukan macam peminta sedekah, sorry to say. Bayangkan mereka lapar tapi terpaksa menagih makanan dengan harga dan kualiti yang tak berbaloi.. Kesian..

      Delete
  20. Setuju dengan LZ: "Jangan hanya berbekalkan wang pada anak-anak tanpa memikirkan ke mana wang tu disalurkan."

    Tu sebab budak sekarang, "mak, nak duit." Bila mak dia tanya nak buat apa dia akan marah, sebab masa kat sekolah takde pulak mak dia tanya nak buat apa and all that. Fuh. Risaunya dengan generasi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Eyja sudi singgah blog LZ..
      Memang itulah hakikatnya Eyja.. Kesian budak-budak sekarang..

      Delete
  21. Tapi kadang kadang budak budak bukan makan pun sayur tu LZ tu yg agaknya Pengusaha kantin ambik mudah baik tak payah masak sayur terus hihi...Semua peringkat terpalit sama dengan kenaikan barang ye LZ.
    Beruntunglah anak anak yg mamanya rajin bawak bekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga Mak Nom tapi letaklah pakej kannn..
      Hurrmmm hanya pengusaha kantin jer tahu sebabnya 😢

      Delete
    2. aida antara ibu yg paksa diri buatkan anak2 bekal.
      kalau x sempat, aida siap2 beli kan mereka karipap ke, nasi lemak ke, kat gerai yg ada before anta diorang ke skola.
      bukan nyer pe. sian kan anak2...

      Delete
  22. Mahalnya 😱 Harga tak padan untuk budak skola rendah. Peniaga ni, agak2 lah. Jangan hanya fikir untung lebih 😢 Teringat skola rendah dulu, bawa RM0.50 ja. Dapat beli soto semangkuk 🍜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously NA tapi itulah yg berlaku..

      Delete
    2. kekadang terkejut dgn harga yg dipamerkan dgn saiz fizikal nyer.
      aduhai :(

      Delete
  23. aduhaiii apa la salahnya berniaga sambil bersedekah kan.. tak rugi pun..kesian anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Hernee, terbayang saya muka anak-anak yang naif dalam keadaan penat, makan dengan bersungguh-sungguh tapi nasi kosong dgn kuah, tak cukup duit beli sayur dan lauk. Tersentuh hati saya.😢.

      Delete
  24. pndapat aida.
    sgt setuju dgn semua coretan entri ni.
    tak patut!
    cuba la ada skit sifat ikhsan terhadap anak2 yg sedang menuntut ilmu tu.
    sian mereka. setiap yg kita jual kpd mereka, terlebih tu anggap la sedekah.
    ni terjadi di mana2 kantin skola.
    termasuk la kantin skola anak2 aida.
    aida suggest kat skola agar cikgu pantau la kantin ni. jgn semata2 nak kan untung!

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

SPONSOR

Fashion

Beauty

Lifestyle

Information

Recipes

Instagram @ladyinredplanner

Designed for Lady In Red Planner | Distributed By Blogger Templates