Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

10 LEGAL JARGONS FOR LAYMAN

10 LEGAL JARGONS FOR LAYMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini saya nak berkongsi beberapa legal terms yang boleh digunakan dalam situasi biasa bagi orang yang tiada kaitan dalam bidang undang-undang.. Jadi sedikit sebanyak pembaca dapat memahami apa yang dikatakan oleh peguam, hakim atau mereka yang berkaitan dalam profesion perundangan ketika membaca novel atau menonton filem tertentu. Bila familiar ianya bukan lagi satu perkara asing..


LATARBELAKANG FRASA LATIN DALAM SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Untuk pengetahuan, dalam proses perundangan terdapat beberapa istilah undang-undang digunakan kebanyakkannya kata pinjaman dari frasa Latin kerana sistem undang-undang Rom mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sistem perundangan di kebanyakkan negara Barat. Ketika menakluk negara-negara Eropah, orang-orang Rom menyuntik sistem 'Latinize' iaitu 'orang-orang yang tidak bertamadun' (selain dari orang-orang Rom) yang bertujuan untuk mengajar mereka cara berfikir, bertindak dan menjadi seperti orang Rom yang sebenar.

Namun ketika Empayer Rom runtuh, pengaruh Rom turut beransur-ansur hilang dan hanya tinggal sistem perundangan sedia ada. England (dan sebahagian besar tanah jajahannya) dan Amerika telah mengamalkan Roman Law yang kini dipanggil 'Common Law'. Malaysia merupakan tanah jajahan British maka sistem undang-undang di Malaysia berteraskan Common Law. Begitulah serba ringkas mengapa frasa Latin digunakan dalam sistem undang-undang.

APAKAH ITU JARGON?

jar·gon1
/ˈjärɡən/
noun
noun: jargon; plural noun: jargons
  1. special words or expressions that are used by a particular profession or group and are difficult for others to understand.

    "legal jargon"synonyms:

    specialized language, slang, cant, idiom, argot, patter

    "the brochure is written in legal jargon"
    • a form of language regarded as barbarous, debased, or hybrid.


APAKAH 'LAYMAN'?

Definisi 'layman' ialah orang yang tidak mempunyai pengetahuan khusus atau profesional.

Okay sebagai permulaan berikut merupakan 10 frasa Latin yang boleh digunakan dalam perbualan orang biasa :

1.  status quo (sebut : stuh-tos kwoh) : keadaan sedia ada / sekarang (the existing condition), 

2.  ex-gratia (sebut : ex gra tee ya) : secara tolak ansur (out of goodwill), 

3.  in-absentia (sebut : in ab sen tee ah) : tanpa hadir (in the absence),

4.  mala fide (sebut : mah-lah fee-day) berniat jahat (in bad faith, dishonest behavior),

5.  bona fide (sebut : boh-nuh fee-day) : berniat baik (in good faith)

6.  per se (sebut : pur sayy) : seperti itu (by itself), 

7.  modus operandi (sebut : moh-dus o-per-un-dee) : kaedah operasi (mode of operating)

8. prima facie (sebut : pree-mah fah-shee-ee) : diterima sebagai bukti sehingga dibuktikan sebaliknya (at first sight) 

9. inter alia (sebut : in-ter ah-lee-ah) : antara lain (among other things)

10. mutatis mutandis (sebut : moo tah tees moo than-dis) : selepas membuat perubahan yang diperlukan (after making the necessary changes),

Jadi lepas ni pembaca tak akan rasa pelik jika jumpa atau terdengar perkataan di atas. Ini hanya sebahagian sahaja yang mampu saya senaraikan dalam entri ini.. Mungkin saya akan kongsi lagi beberapa perkataan lain dalam entri akan datang..

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Comments

  1. Aduhhh klau liez yg xtahu langsung istilah law ni mmg pening nak faham...

    ReplyDelete
  2. Ada juga perkataan yg pernah dgr tapi xtau maksud. Tq lz for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome 💕..

      Andai mamapp came across certain legal terms just drop perkataan tu di sini, nanti LZ cuba bantu..

      Delete
  3. Pernah dengar jugak perkataan perkatan tu LZ masa kerja dulu. So quite familiar jugaklah bila awak listkan kat sini, cuma tak berapa ingat maksud dia. Rasanya tak tau kot hihi ..... Thanks ye LZ, alhamdulillah dpt ilmu pagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Kak Nom, kalau pernah dengar lagi mudah faham 😊..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…