RESTORAN PERIUK BELANGA KELANA JAYA, MAKAN APA BEST? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah selesai sudah misi saya untuk tukar tayar kereta pada Sabtu lalu.. Tayar kereta sudah haus dan perlu diganti.. Gigih dari Seremban ke Klang awal pagi untuk elak jalan jam. Selesai semua urusan lebih kurang 12.20 tengah hari, tiba lunch hour.
Dari Klang saya meneruskan perjalanan ke Kelana Jaya.. Apabila tiba di Kelana Jaya seperti biasa restoran yang menjadi pilihan untuk lunch ialah Restoran Periuk Belanga.. So far segala makanan yang ada di restoran ini memenuhi citarasa saya.. Kunjungan pertama saya pada 5.12.2014 dan saya pernah kongsi review secara details di blog lama..
Baca di sini : Food Review : Restoran Periuk Belanga
Restoran Periuk Belanga, Kelana Jaya |
Jadi saya kongsi review terkini di blog ini secara ringkas.. Beginilah rupa hiasan dalaman Restoran Periuk Belanga, bersih dan teratur.. Mungkinkah juga kerana warna tema restoran ini hitam merah iaitu warna kegemaran saya? hehehehe
Susun atur dalam restoran |
Memandangkan ketika saya singgah di sini hujan gerimis maka terasa sejuk dan lapar jadi saya order teh tarik manakala ice coffee for my husband..
Coffee ice dan teh tarik |
Saya order soto dan asam pedas ikan tenggiri for him..
Soto dan Set Asam Pedas Ikan Tenggiri |
Oleh kerana lapar tahap mengiggil, so gambar pun blurr..
Soto |
Nampak sedap set asam pedas ini disertakan sekali telur masin dan ulam.. Sambal pun pedas tapi sedap.
Set asam pedas ikan tenggiri |
Sepotong ikan dan bendi sebagai aksesori.. Terasa pedas dan masam sekata, bau daun kesum dan bunga kantan, menyelerakan!..
Asam pedas ikan tenggiri |
Ini pula hidangan yang dipesan oleh anak bujang. Dia pesan nasi goreng daging kunyit kegemarannya.
Nasi goreng daging kunyit |
Pesanan dibuat awal tetapi waiter terlepas pandang so dia dapat lambat.. Lepas setengah jam menunggu nasi goreng dia sampai, air barli suam dah habis segelas..
Overall saya suka makan di sini.. Service juga okay.. Harga pun berpatutan.. Review makanan lain seperti masak lemak, ayam penyet, mee semua kata sedap.. Ada shell out juga... Boleh google untuk dapatkan info makanan lain di restoran ini..
Kepada sesiapa yang berdekatan atau berada di Kelana Jaya boleh singgah di Restoran Periuk Belanga untuk rasa sendiri makanana di sini..
Lokasi Restoran Periuk Belanga |
Facebook page : Restoran Periuk Belanga Official Page
Makanan dia nampak sedap2 terutama soto tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah Miss Tins, so far semua makanan menepati citarasa saya.. Terbukti sedap 😊
Deletemacam sedap je makanannya.. boleh lah Nurul try nanti :D
ReplyDeleteSangat dialu-alukan Nurul, at least puas hati kannn dapat rasa sendiri 😊..
DeleteNasi goreng nampak sedap tu kak...alhamdulillah sabar anak akk menanti menu yg di pesan..
ReplyDeleteAlhamdulillah PC, akak dikurniakan anak yang tak banyak ragam..
DeleteArief kata pun sedap nasi goreng dia tak sia-sia tunggu lama, makan habis licin. Memang betul lapar PC, hehehe
Tak pernah masuk ke kedai ni. Ada beberapa cawangan rasanya kedai ni sis. Boleh cuba sebab ana memang fav asam pedas.
ReplyDeleteAda cawangan dia area Johor tak silap sis.. Sis recommend Ana cuba asam pedas bila makan di sini 😉
DeleteTime lapar dan dahaga ni...tengok air pun sedap :)
ReplyDeleteAloloooo cian WB.. Bertabah tau 😉 hehehe
Deletelaparrr baca entri akak pukul 1 ni. haha. fevret asam pedasss..
ReplyDeleteAlahai cian Busyra 💕..
DeleteNama restoren periuk belanga semua makanan pun masak dalam belanga kot ngeh! ngeh! ngeh!
ReplyDeleteAsam pedas ikan tenggiri tu namapak mereciks!
Mungkin kot Mrs. A sebab rasa sangat masakan tradisional 😉..
DeleteAsam pedas dia pada LZ memang mables semua cukup rasa, hehehe
Nampak sedap makanan kat situ. Kat Shah alam Ada cawangan x? Mcm pernah dgr la kedai ni Di Shah alam
ReplyDeleteBranch Shah Alam tak pasti mamapp.. Kalau mamapp pi Paradigm Mall boleh singgah sini.. Restaurant depan post office Kelana Jaya area shop lot Bank Islam 😉..
DeleteMemang betul betul menggigil tu nampaknya haha....
ReplyDeleteKalau dah sedap, dari jauh pun sanggup singgah lagi restoren yang sama kan LZ.
Restoren masakan Johor ke LZ.
Betul sangat Kak Nom padahal kat Klang banyak restoran jugak tapi prefer makan sini sebab dah biasa.. Ha'ah Kak Nom speciality masakan Johor tapi masak lemak dia pun boleh tahan jugak macam masakan Nogori 😊..
Deletesedapnya, terliur sha petang petang macam ni haha handsome anak bujang akak hehe
ReplyDeleteAlahai cian, tentu Sha tengah lapar, hehehe 😁
DeleteOps jangan sampai dia tahu ada org puji dia hensem, nanti dia terus tengok cermin 😉..
Lamanya tak makan bihun sup.. sedapnya nampak.. hurmm.. Paling sedap tgh air tu.. Haha.. Adoilaaaa... dahaganyaaaaa..
ReplyDeleteSabar Lea.. Ada peluang nanti Lea order atau buat bihun sup okay 😉.. Minuman berais mmg sedap kena pulak cuaca panas, fuhhh 😁..
Delete