Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

DOA & HARAPAN

DOA DAN HARAPAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Minggu ini adalah minggu Peperiksaan Akhir Tahun 2017 di sekolah anak saya.. Hari ini hari ke-4 anak saya menduduki peperiksaan dan subject hari ini Dunia Sains & Teknologi (DST) Kertas 1 & 2.. Semoga dipermudahkan sepanjang menjawab soalan.. Sepanjang tempoh peperiksaan juga rasa 'berperang' dengan emosi sampai stress dibuatnya, adoi! Bukan stress sebab apa, tapi risau yang amat bila tengok anak relax, santai-santai, selamba macam takde apa.. Ibu mana tak risau.. Ulangkaji pun kena suruh.. hurrrmmmm..


Bila fikir semula mengapa stress sangat? Kesian anak 'dipaksa' dan 'ditekan' sampai langsung takde masa senggang.. Bila fikir balik, normal kah perasaan begitu?.. 

Sebenarnya setiap ibubapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak, betul tak? Saya juga tak terkecuali.. Jadi dengan adanya harapan tersebut, kita tak mahu lihat anak tak berjaya sebab itulah timbul emosi begitu.. Macam-macam soalan bermain di fikiran saya, antaranya bimbang anak dapat kelas akhir, malu pada kawan-kawan kalau anak turun kelas, bimbang anak dapat nombor akhir dalam kelas, overall semua kerana persaingan anak-anak dan persaingan dengan anak kawan-kawan.. Malangnya bukan kerana tahap pencapaian anak itu sendiri secara semulajadi.. Memang ibubapa yang mencorakkan anak-anak tapi wajarkah anak berumur 9 tahun dibebani dengan harapan ibubapa yang tinggi hingga tak dapat enjoy kehidupan zaman kanak-kanak seusianya? As if, bila tak lulus exam ni anak saya takde masa depan.. Unfair isn't it?..


Masih ingat lagi ketika saya di sekolah rendah, mak ayah saya takde pun pantau pelajaran saya sampai tak boleh buat apa yang saya suka.. Saya masih lagi boleh merayau dan bermain dengan rakan sebaya.. Dalam hal ini, mereka letakkan sepenuh kepercayaan kepada saya.. Ada ketika keputusan peperiksaan saya kurang cemerlang, tapi mereka memberi nasihat dan semangat supaya cuba lagi dan lagi.. Dari situ saya belajar, rasa kecewa kerana kurang berjaya membuatkan saya bangkit untuk meraih kejayaan demi kejayaan..

Berbanding dengan zaman kini, semuanya kerana harapan menggunung, perubahan sistem pendidikan dan faktor persekitaran.. Tak guna mengeluh, saya perlu padam perasaan ini.. Tak salah letakkan harapan atau benchmark pada anak tapi biarlah berpada-pada dan realisitik bukan dengan cara memaksa.. 

Saya sentiasa doa yang terbaik.. In shaa Allah semua yang datang juga perkara yang baik-baik..

Doa mohon dimudahkan urusan
Begitulah luahan hati saya.. Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pendapat dengan pembaca.. Kongsilah tips atau cara anda supaya lega sikit hati saya.. Adik-adik yang masih belum bekeluarga pun boleh kongsi pengalaman bagaimana cara ibubapa adik-adik beri semangat semasa di bangku sekolah atau ketika di universiti.. Adakah dengan cara memaksa atau atas kesedaran sendiri?

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. Terima kasih diucapkan atas segala komen yang diberi.. 

Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Comments

  1. setiap ibu bapa punya harapan untuk anak-anak cuma kalau boleh jangan terlalu menekan.. bantu dari segi memantau anak-anak membuat kerja sekolah dan latih tubi.. pada sayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer laa.. Setuju dengan Sha.. In shaa Allah, saya akan perbaiki.. Terima kasih atas perkongsian Sha 💕..

      Delete
  2. Selagi ibu bapa tidak putus mendoakan...selagi itu kebaikkan dan kejayaan akan bersama anak...kebaikkan dan kejayaan yang mcm mana?....itu urusan Allah..kita usahakan sahaja..kebaikkan dan kejayaan sangat luas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju PC, ada juga rasa begitu tapi bila dah give up baru akak tawakal pada Allah berdasarkan usaha yang telah dibuat, tenang sikit hati ini..

      Terima kasih PC 💕..

      Delete
  3. Dah nama pun ibu bapa kan. Zaman skrg tak sama dengan zaman kita dulu sis. Skrg ni byk sgt cabaran dan dugaan. Lela sikit boleh hanyut dibuatnya.
    Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan buat anak sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn, terima kasih Ana 💕..
      Zaman sekarang mencabar, sistem pendidikan pun lain dengan zaman dulu.. Kena tabah hadapi semua ini Ana.. 😥

      Delete
  4. Risau kan....anak saya masih ada 2 minggu exam,..kita lak yang risau...apapun parent kene bagi support..

    Jemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah perasaan parents kannn Farah, mungkin sebab harapan kita pada anak-anak.. In shaa Allah semoga anak Farah juga dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan, aminnn..

      Delete
  5. Hope dapat keputusan yg terbaik
    soalan periksa skrg dah aras tinggi
    susah nak jangka soalannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Mimin, format KBAT agak berbeza dgn sistem pendidikan dahulu.

      By the way, thanks for doa..
      Aminnnn.. 💕..

      Delete
  6. semoga anak kak LZ mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau saya dulu, memang mak xlarat nak suruh study. bila masuk sekolah asrama, pandai2 la sendiri nak survive.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Zizie 💕
      Akak rasa rata2 mak memang membebel suruh anak study tapi satu tahap nanti atas kesedaran sendiri anak akan mula focus pd pelajaran.. So no worries kannn, hehehe.. 😉..

      Delete
  7. Mmg risau. Bila ulangkaji dgn anak sekarang tgk silibus ya Allah susah yakmat tak mcm zaman kita2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly mamapp, sistem KBAT agak mencabar jauh beza dengan dulu 😥..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…