Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

MY FOXYDORI PLANNER SET UP

MY FOXYDORI PLANNER SETUP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih diucapkan atas kunjungan dan sokongan kalian.. Kali ini adalah masa yang sangat sesuai untuk saya berkongsi tentang my FoxyDori planner set up

Saya cerita sedikit mengenai coincident planner ini.. Kebetulan saya sedang tercari-cari planner yang sesuai sebelum ini.. Saya berhasrat untuk membeli planner dari jenis Midori Traveler's Note atau salah satu koleksi wide planner Foxy Fix atau dari koleksi Chic Sparrow.. Ketika sedang membuat study tentang planner yang dihajati mengikut keperluan, saya terbaca bahawa blogger Eeca Shyaa berhasrat untuk let go FoxyDori planner miliknya.. Kata pepatah : Bagai mengantuk disorongkan bantal.. Jadi saya tak mahu lepaskan peluang itu dan terus menerima tawaran Eeca Shyaa memandangkan jenis planner tersebut adalah wide planner yang saya cari dan harga yang ditawarkan oleh Eeca juga adalah sangat murah berbanding harga asal FoxyDori tersebut.. Good quality with a bargain price, tak sanggup saya biarkan peluang itu.. Thank you Eeca.. I love it so much!!

My FoxyDori Planner Set up
Transaksi jual beli dengan Eeca juga dipermudahkan, alhamdulillah.. The next day selepas bayaran dibuat, saya terima planner tersebut.. Jadi hari ini lebih kurang 2 minggu sudah planner itu berada ditangan saya dan semalam baru berkesempatan untuk set up planner tersebut.. Banyak ciri-ciri planner ini yang kebetulan memenuhi citarasa saya.. Happy sangat! Saya akan kongsi dalam entri akan datang..

Untuk pengetahuan harga sebuah planner jenis midori bermula dari RM180.00 ke atas bergantung kepada jenis dan pengeluar yang rata-rata dari Japan dan USA. Ianya agak pricey kerana kebanyakkan original midori planner adalah handmade dan dibuat dari kulit yang berkualiti. 

MIDORI  vs  RING BINDER PLANNER

Saya menggunakan Filofax Personal Planner sebelum ini tetapi telah beralih arah setelah saya mengenali midori planner. Saya suka menggunakan planner jenis midori kerana ianya boleh memuatkan banyak inserts. Inserts tersebut boleh diasing mengikut kategori serta boleh ditukar mengikut mood berbanding ring binder planner. Jika menggunakan ring binder planner, setiap mukasurat perlu ditebuk. Ianya mencacatkan page tersebut. Dari segi ketebalan, planner jenis midori menggunakan elastic dan mampu menampung ketebalan tertentu berbanding ring binder planner yang mempunyai ruang terhad.

My Red Foamdori & My New FoxyDori Planner
Selama ini saya menggunakan foamdori yang dibuat sendiri dan juga dijual melalui Instagram @papernplanner. Hari ini saya bertukar dari foamdori asal (gambar kiri) ke FoxyDori planner dan saya dengan gembira ingin kongsi hasilnya di sini bersama pembaca blog ini..
6 planner inserts
Bagi seorang planner addict, buku-buku di atas ini tentu sudah tidak asing lagi bagi mereka.. Buku-buku ini dipanggil insert(s). Terdapat 6 jenis inserts saya guna iaitu monthly, weekly, financial, budget planner, inspiration dan information.
 

Seterusnya saya susun kesemua inserts tersebut dalam susunan berikut :

Insert pertama : Monthly Planner

Monthly insert
Berikut pula monthly insert.. Mukasurat pertama saya letak quote berkaitan insert tersebut..

 
Monthly insert pages
Insert kedua : Weekly Planner

Weekly planner
Berikut pula merupakan salah satu page dalam weekly planner insert, saya decor ikut mood / idea ketika itu dan setiap page berlainan decoration.. 

Weekly planner pages
Insert ketiga : Information Planner

Information Planner
Ini pula page information iaitu terms yang digunakan dalam undang-undang bagi kes sivil di Mahkamah.. Ianya sebagai sumber rujukan saya. maklumlah lama sudah meninggalkan kuliah undang-undang jadi dengan cara ini ianya mudah diingati.. Just ambil relevant clause sahaja dan tepek di page ini..   

My information planner pages
Bukan sahaja maklumat tentang undang-undang tetapi berkenaan lain-lain yang memberikan informasi kepada saya..

Insert keempat : Budget Planner 

Budget Planner insert
Sebelum Budget Planner insert saya meletakkan sekeping divider untuk melekatkan sticky note. Sticky note tersebut untuk menulis shopping list atau to do list..

Clear divider for sticky notes
 Insert kelima : Financial Planner 

 
Financial Planner pages
Segala perbelanjaan pada bulan berkenaan akan direkodkan dalam financial planner yang berfungsi sebagai spending tracker. Senarai perbelanjaan diambil dari resit-resit yang telah dibelanjakan. Setiap awal bulan saya akan membuat analisis mengenai perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi bulan berkenaan.. Dari situ saya tahu mana pergi duit saya..

 Insert keenam : Inspiration planner

Inspiration Planner insert
Insert untuk inspiration planner. Bagi kategori inspiration saya suka menulis atau menampal quote untuk memberi motivasi kepada diri ini..

Insert ini merupakan segala macam inspirasi atau idea.. Segalanya saya tulis dalam insert ini sebagai panduan.. Ianya lebih berunsur keagamaan dan matlamat hidup.. Ketika saya down saya akan baca semula apa yang ditulis sebelum ini dan menulis perancang yang akan saya lakukan pada masa hadapan tentang kehidupan..

Front page Inspiration Planner Insert
PLANNER ACCESORIES

Midori Card Holder

Bahagian ini saya letak cardstock paper sebagai hiasan..

Midori Card Holder
Midori Zippered Pocket

Zip poket ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian hadapan sleeve dengan 2 slits di setiap satu bahagian. Saya menggunakan bahagian berzip untuk menyimpan wang tunai. Wang tunai tersebut biasanya adalah peruntukkan perbelanjaan sehari.

Midori Zippered Pocket
 Midori Paper Folder

Saya gunakan midori paper folder ini untuk meletakkan resit-resit perbelanjaan pada hari/bulan berkenaan. 

Midori Paper Folder
 Saya suka folder ini kerana terdapat 2 bahagian yang dibuat dari kertas tebal berkualiti.

Midori Paper Folder
Begitulah hasil susunan FoxyDori Planner mengikut keperluan saya ketika ini..

My FoxyDori Planner
Berikut merupakan website koleksi planner idaman saya seperti dinyatakan di atas :



Apa pendapat you all? Suka tak tengok planner saya ni? Suka atau tidak, apa kata letakkan komen di bawah untuk kongsi pendapat anda.. Segala komen yang ditinggalkan amat dihargai dan saya ucapkan thank you in advance atas sokongan kalian..

Okay itu sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Comments

  1. Wow...suka n impressed sangat. I like planner tapi x pernah to this extend. Saya suka part zippered pocket tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan jugak Sal bila ada planner ni, relax dan enjoy sebab boleh tulis segala macam dan decorate ikut mood, hehehe 😁

      Delete
  2. Kemasnya perempuan bila bekerja... kalau saya buat planner kan, muka surat pertama, kedua, ketiga je kemas, masuk keempat dan keatas, hancur, last2, planner entah kemana... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 Tn. bila tulis tak kemas nampak cantik berbanding tulis dgn berhati-hati.. Seni tu terhasil dalam situasi spontan, hehehe 😁

      Delete
  3. woww!!tak pernah detailkan semua macam ni!!inspired sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga menjadi inspirasi sis gee πŸ˜„πŸ’•..

      Delete
  4. Suka sangat....mudah sebab ada part masing-masing tapi digabung jadi 1..lagi satu tak mudah rosak sebabnya tak guna ring binder.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju PC, boleh tukar2 inserts mengikut kategori tanpa merosakkan mukasurat yang ada, lebih praktikal πŸ˜„πŸ’•

      Delete
  5. suka sangat. pernah cuba utk guna planner, tapi kejab jer. padahal dulu..penulis diary tegar (before kawin) and...baru2 ni nak start balik but tak leh jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe it's okay MA, mungkin faktor masa kot sebab MA sentiasa busy..

      Delete
  6. Cantik nya la planner akk. Planner sy kelaut dahhh. Tlis je xde hias2 da.huhuuuu πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay CR, lain orang, lain cara dia.. CR boleh maintain begitu, ada masa nanti bolehlah dΓ©cor sikit2 bagi menarik, hehehe πŸ˜‰πŸ’•

      Delete
  7. Wah hebatnya.
    Apa2 yang kita buat lebih terancang dan sempurna dengan adanya planner ni.
    Terutama bagi orang2 yang bekerjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pakcik, saya selalu guna planner ini untuk jadual kerja dan kehidupan supaya lebih terurus πŸ˜„..

      Delete
  8. Sy suka sangat...Sy pun peminat planer sejak jadi Suri rumah planner dah hilang entah ke mana, beberapa hari yg lepas terfikir nak kembali mewujudkan planner...baca cerita ni lagi semngat nak ada planner balek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh Pn. LM boleh start guna planner semula untuk urusan keluarga.. Mgkn boleh bt catatan mengenai jadual harian etc.. Planner ni boleh dipelbagai guna πŸ˜„πŸ’•

      Delete
  9. pergh LZ ! cam ni ye kalau orang suka planner. mek jenis catat dalam phone sahaja. walaupun job post mek PA tp memang mek catat dalam phone. on the go gtu. dah habis phone rosak, mek pun akan go jugak hahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ pernah guna phone untuk record jadual harian Mek, tapi tak sepuas guna planner.. Mood boleh diterjemah melalui planner, hehehe

      Risau jugak Mek kalau phone rosak, berhuhuhu laa jwbnya 😁

      Delete
  10. Replies
    1. Itulah yang menjadi kepuasan hati mamapp bila guna planner, hehehe πŸ˜„πŸ’•

      Delete
  11. Planner mcm ni memang berbaloi kalo beli. Cantik dan puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously Mimi Azirah..
      Alhamdulillah ada rezeki saya.. πŸ˜„πŸ’•

      Delete
  12. Cantiknya sis. Terpegun Ana tengok. Each pages are so colorful and attractive. Kan best kalau Ana kreatif macam sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ana πŸ’•..
      Planner decorations membuatkan sis relax dan leka, hilang stress πŸ˜„ hehehe

      Delete
  13. Cantiknya planner sis Lz πŸ‘πŸ˜

    Bukan senang nak buat tu.. Very nice!

    Selamat maju jaya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much dear HH πŸ’•
      Kena ada passion HH..
      Sis pun doakan HH berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

      Delete
  14. Wah lepas baca entri akak tros rasa berminat nak ada satu planner. jujur saya tak tahu pasal planner nie. byk manfaat kita dapat. Thanks shared psl planner ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau entri ini menjadi inspirasi Kak Anis..
      You're most welcome sis πŸ’•..

      Delete
  15. Ala baru je beli planner untuk tahun depan dah. Kalau tak mestilah nak grab planner ni. Cantik2 semuanya. Colorful dan inspired dengan kata2 dalam tu. Terperinci jgak. Sesuai untuk yang berbisnes dan pentingkan keteraturan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainniah boleh guna planner yang ada, cuma tambah items yang berkaitan.. Sesuai untuk semua keadaan dear πŸ’•..

      Delete
  16. Planner dan LZ memang tidak boleh dipisahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs. A memang memahami πŸ˜‰πŸ’•.. hihihi

      Delete
  17. LZ ni mesti seorang yg teliti dan detail kan. Maafkan, kalau salah...tp kalau tengok dpd tulisan tulisan dan minat LZ rasanya tak salah tekaan dah....Nama pun loyar haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, pandai Mak Nom teka, hehehe 😁
      Saya teliti dan cerewet, ops!.. Mungkin nature kerja jadi saya berperangai begitu πŸ˜‰..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

ppl love these

Resepi Scone Kismis Gebu, Simple & Sedap
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua p…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman
POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely r…
Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini
SAYONARA STATIONERY GIVEAWAY BY NINIHANINI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pemb…