ANTARA MITOS VS REALITI : KELOPAK MATA BERGERAK-GERAK | Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all my lovely readers.. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di entri seterusnya.. Hari ini hampir sehari suntuk hujan turun di Seremban.. Malam ni renyai-renyai dan suasana terasa sangat nyaman.. Inilah masa yang sesuai untuk blogging..

Entry kali ni kisah tentang mitos dan realiti iaitu tentang kelopak mata bergerak-gerak.. Pernahkah anda dengar orang tua-tua kata, kalau kelopak mata sebelah ni bergerak-gerak tandanya dot..dot..dot... Hurrmmm.. ada kan.. pernah dengar kannn.... Samalah jugak dengan mimpi gigi patah. Kata orang tua-tua petanda tak elok. Itulah yang menjadi dilema untuk percaya dengan mitos ini atau sebaliknya...

Mitos vs Reality
Apa punca timbul isu ini? Sebenarnya sejak dua minggu lepas kelopak mata saya, sebelah kiri atas asyik bergerak-gerak.. Rimas, risau, tak sedap hati, berdebar-debar semua ada... Perasaan rimas sebab asyik bergerak-gerak sampai boleh nampak dalam cermin! Tak sedap hati, berdebar-debar etc semua tu bila terfikir apa "kata orang tua-tua.." Adakah ianya 'petunjuk' akan berakhir dengan tangisan?

Crying..
Hurmmm saya cuba tak mahu percaya nanti jatuh kurafat.. Tapi bila kata mustahil, tak boleh jugak sebab hasil pengalaman sendiri dan orang lain sebelum ni ada pulak coincident-nya.. Okay, apa kata kita kategorikan sebagai sekadar suka-suka.. hehehe

Jom kita check apa maksud tersembunyi merujuk kepada 'kata orang tua-tua tu.." 
Berdasarkan research dari pakcik Google, ini jawapan kepada persoalan : Apa maksud kelopak mata sebelah kiri atas bergerak-gerak.

Jawapan : Seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita.

Orang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa? Siapakah gerangan si dia itu? Si dia kah? hahahaha. Just wait and see saya akan bump dengan siapa.. Berdebar-debar juga sebenarnya.

Okay untuk tanda-tanda anggota badan lain yang bergerak-gerak, boleh baca seperti senarai di bawah:

Saya klasifikasikan mengikut warna MERAH - berita tak baik, BIRU - ikut keadaan mungkin gembira atau sedih & HIJAU - berita baik

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas : - nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik..
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah : akan mendapat berita gembira - yeay!!!
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas : seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita 
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawahakan menangis (akibat mendapat berita kurang baik / musibah)
  • Kelopak mata kanan bergerak : beroleh keamanan
  • Kelopak mata kiri bergerak : melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak : ada orang akan berjalan jauh
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak : hendak menangis
  • Ekor mata kanan bergerak : menerima kedatangan orang jauh
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak : mendapat sedikit kepayahan
  • Biji mata kanan bergerak-gerak : akan menangis dalam bercinta
  • Biji mata kiri bergerak-gerak : gembira di hati
  • Ubun bergerak : berbahagia pada hari tersebut
  • Kening kiri bergerak-gerak : beroleh kelapangan
  • Bibir bawah bergerak : akan menangis
  • Waktu subuh kepala kita bergerak : beroleh kerja yang baik
  • Siku kanan bergerak-gerak : beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak : orang yang mengasihi kita akan datang
  • Pelipis telinga bergerak : alami kebahagiaan
  • Telinga bergerak-gerak : berkelahi
  • Kepala bergerak : ada orang menyakiti hati kita
  • Kepala bergerak ke kiri : beroleh kebesaran
  • Bahu kanan bergerak-gerak : harta hendak datang
  • Bahu kiri bergerak-gerak : bakal berjumpa pembesar/ketua
  • Lengan kanan bergerak-gerak : akan sakit kepala
  • Lengan kiri bergerak-gerak : beroleh harta
  • Pipi kanan bergerak-gerak : alamat sakit mata
  • Pipi kiri bergerak-gerak : sentiasa bahagia
AMARAN : Ianya hanya sebagai rujukan, terpulang kepada you all readers untuk percaya atau tidak.. But don't too ta'asub okay..

Dan... kalau tak silap saya tanda-tanda sebelum kematian juga ada melibatkan pergerakan anggota badan.. Contoh : ubun-ubun kepala, pusat etc. haaaa hal ni kita kena check dengan ustaz or mereka yang arif tentang agama..

So banyak lagi maksud tersembunyi di sebaliknya dan sudah pasti setiap yang berlaku adalah kuasa Allah. Only Allah knows right..

Okay, di kesempatan ini saya nak tanya.. Ada tak antara pembaca pernah alami perkara ini? Apa pendapat anda tentang mitos ini?

Begitulah perkongsian saya kali ini...
Thank you for reading.. Have a good day to all.. ^_~
Wasalam..


Regards,