Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

IKEA DECORATION IDEAS UNTUK RUMAH SAYA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Apa khabar? Hopefully semua baik-baik belaka, al-maklum sekarang musim buah-buahan dan tak kurang juga musim demam.. So jaga diri baik-baik.. Lately saya busy yang amat.. Busy dengan tugasan hakiki di pejabat dan urusan keluarga.. Berulang-alik hujung minggu dari Seremban ke Muar menguruskan rumah yang ditinggalkan. Penat tak boleh kata hanya boleh rasa sendiri.. Itulah kehidupan.. 

Perangai saya bila sibuk sangat dan stress mulalah saya cari sesuatu yang saya suka buat.. Kali ni tetiba rasa nak ubah susunatur perabot di rumah. Saya cadang nak tukar konsep modern minimalist interior sebab bosan dengan susunatur sekarang yang berkonsepkan 'ikut suka' seperti gambar di bawah:

Rumah saya sewa
Rumah saya tinggal sekarang saya sewa memandangkan saya ada beli rumah di Muar Johor sebelum berpindah dari Kelana Jaya ke Seremban. Rumah sekarang pun tak berapa luas jadi susunatur perabot juga terhad. Silap susun akan rasa sempit dan nampak serabut.

Saya dah study susunatur pilihan dengan menjadikan Google image dan Pinterest sebagai sumber rujukan. Saya ingin gunakan hanya 3 warna iaitu warna perabot putih, sofa merah manakala meja makan warna hitam supaya nampak luas. Pilihan perabot kali ini jenis pasang siap atau DIY yang akan saya beli dari IKEA.. Tambahan pula saya hanya menyewa jadi elok beli jenis pasang siap so bila tiba masa untuk pindah satu hari nanti, boleh reassemble. Takde la mengangkut perabot-perabot besar ke sana ke mari, huhuhu.

So apa perabot IKEA pilihan saya dan bagaimana susunatur modern minimalist interior yang saya maksudkan? Jom kita explore satu persatu.


1. IKEA MICKE DESK 
Ikea Micke Desk


Meja dan cermin ni I already bought earlier so saya akan susun begini. Pakaian yang selalu dipakai akan saya gantung di Ikea Mulig manakala pakaian lain masuk wardrobe :

Ikea Micke Desk Decoration
2. IKEA MALM 3 drawers x 2 units

Ikea MALM
Saya akan susun almari IKEA MALM ini untuk dijadikan home office mengambil ilham decor seperti gambar di bawah:
Ikea MALM Decoration
3. KALLAX Selving unit small
Ikea KALLAX small
Saya akan letakkan KALLAX ini di ruang tengah atau dalam home office untuk barang-barang yang sesuai :

Ikea KALAX small decoration
4. KALLAX Shelving unit with 2 inserts
KALLAX Shelving unit with 2 inserts
Saya akan susun handbags dalam ruangan ini supaya mudah dicapai dan buat pilihan. Buat masa ini tiada storage khas untuk handbags. Saya letak semua handbags dalam dust bag masing-masing dan susun atas almari. Untuk pengetahuan saya suka tukar-tukar handbag ikut occasion dan pakaian.. Manusia cerewet memang begitu, huhuhu.  Ilham decor seperti di bawah.

Kallax shelving unit decoration

5. IKEA BILLY BOOKCASE with glass door

IKEA BILLY BOOKCASE with glass door
Koleksi buku-buku saya pula semua akan saya susun dalam IKEA Billy Bookcase ini. Saya suka Billy Bookcase with glass door sebab cermin kaca menghalang buku-buku tersebut berhabuk, tambahan pula saiz almari ni kurus tinggi so tak banyak guna ruang, I like it so much!
IKEA BILLY BOOKCASE with glass door decor
6. IKEA TRONES
IKEA TRONES decor
Berikut ilham decor untuk kasut. Kasut saya juga tak kurang banyak sampai husband pernah tegur :  "Saya peliklah, kaki sepasang tapi kasut berpuluh pasang agak-agak bila nak pakai semua tu?" hehehe no comment! 

Saya jenis akan beli kasut bila saya suka bukan saya cari. Kalau cari memanjang tak dapat yang sesuai. Contoh : Window shopping tiba-tiba nampak kasut yang berkenan di hati, saya terus beli. Satu lagi, barang-barang saya... tak kira pakaian, handbags, kasut atau buku, saya akan jaga dengan rapi. Selalunya barang-barang tersebut tahan lama..

Selain dijadikan tempat simpan kasut, Ikea Thrones ini juga boleh dihias dengan pasu bunga hidup kecil di atasnya atau apa sahaja mengikut kesesuaian.
IKEA TRONES decor
Begitulah ilham IKEA decoration untuk rumah saya. Hasil dekorasi nanti saya akan kongsi dengan pembaca semua.. Tunggguuuuuuu...


Okay itu sahaja.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee..

* photos credit to Google Images & Pinterest


Regards,


Comments

  1. Wah tak sabar nak tgk hasilnya sis. :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/book-review-mereka-by-ariff-adly.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your support Ika.S..
      Sis akan menyusul ke blog Ika soon 💕..

      Delete
  2. Wah hebat, semua barangan IKEA.
    Cantik dekonya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang IKEA murah tapi cantik pakcik WP selain mudah dipasang..

      Delete
  3. selamat menyusun atur ya.. Murni punya rumah pon deko dah kelaut dah..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Murni 💕..
      Deco mendeko ni kena ada mood Murni baru jadi hehehe

      Delete
  4. nak tengok ikea trones tu, mcm menarik sgt ...
    boleh sembunyikan kasut di dalam tanpa suami nampak ...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihan Ikea Trones Mrs Pip.. Kasut tersembunyi, husband nak letak kasut dia xde tempat semua kasut saya, hihihihi

      Delete
  5. Tak sabar nak tengok hasil air tangan sis LZ deco 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe in shaa Allah sis akan kongsi outcome decor sebenar.. By the way, thank you for your support HH 😍..

      Delete
  6. Wow....mesti best ni sebab akak memang kreatif bab2 deko nikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe takut x seperti yang dirancang PC 😁

      Delete
  7. bestnya.. tak sabar tunggu hasilnya nanti..cayo cayo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Haslina, bila siap nanti LZ roger okay hehehe 😁..

      Delete
  8. zaman akak membeli dah semakin pupus sebab since tak bekerja..tapi dulu kasut memang antara menjadi kegilaan...ehh akak pun baru beli mulig letak kat bilik anak waktu offer cuma RM23++ je...cepat gi grab hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikea Mulig LZ dah beli kak.. Harus grab sementara harga murah heheheh 😁

      Delete
  9. woaah tak sabar nak tengok transformation yang dilakukan. barang2 IKEA best semua putih2. hehehe cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Siti.. In shaa Allah LZ akan tunjuk selepas transformasi berjaya dibuat 😁..

      Delete
  10. Tak sabar nak tunggu hasil deko. Suka tengok deko kat Ikea. Barang semua cantik. Tp tulah bajetnya belum ada.

    Hakak bab deko mendeko ni suka LZ. Kadang kadang tgk rumah ni dah mcm serabut je , rasa nak buang je barang yg ada. Kasi clear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ dah bosan dengan susunatur lama Kak Nom sebab tu ingin back to basic.. Simple dan clear.. Hopefully berjaya déco tu nnti..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?
PUNGUTAN SUARA : BLOG TRANSFORMATION "YEA" OR "NAY"?  | Assalamualaikum and Sela…