Menikmati Seafood di Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu lalu saya ke Muar untuk menguruskan hal sambung semula bekalan air di rumah pertamaku. Al-kisah rumah ini saya beli pada tahun 2008 tapi saya tidak tinggal di situ sehingga kini. Sekali-sekala balik kampung saya akan jenguk dan sekadar upah orang atau adik-beradik untuk bersihkan mana yang perlu.

Setiap kali jenguk rumah ini akan ada perasaan sedih kerana tidak pernah tinggal lama di situ memandangkan saya dan keluarga mencari rezeki di Negeri Sembilan. In shaa Allah ada perancangan tinggal tetap di sini satu hari nanti.

Rumah di Muar, Rumahku Syurgaku
Selesai dari menguruskan hal rumah, saya bertolak ke Seremban. Dalam perjalanan we decided to singgah makan di Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka. Al-maklum ikan bakar terkenal di Melaka selain asam pedas, coconut shake, masakan Baba Nyonya dan makanan famous lain. Seafood antara makanan kegemaran saya. Kami pernah makan ikan bakar di Umbai dan Muara Sungai Duyung tetapi masih belum pernah ke Crystal Bay Alai. Office mate kata ikan bakar Alai lebih murah dari Umbai. Jadi petang itu merupakan kunjungan perkama kami di Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai untuk cuba sendiri. 

Related post : Ikan Bakar Parameswara

Alai, Melaka
Sebelum menuju ke Medan Ikan Bakar singgah meninjau pantai di hujung muara.. Saya suka suasana pantai di waktu petang dengan tiupan angin memang best! Nyaman dan tenteram rasa fikiran walaupun serabut dengan macam hal.

Untuk pengetahuan, kawasan Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai melalui kawasan perumahan.. Tak susah cari sebab ada pintu gerbang di jalan besar dan banyak gerai ikan bakar di kawasan itu..

Pantai Alai, Melaka
Saya tiba di Medan Ikan Bakar hampir pukul 5.00 petang. Medan Ikan Bakar selalu mula berniaga pukul 5.30 petang, tak sangka ada sebuah gerai sudah sedia menerima pelanggan. Kami sebulat suara ordered 3 pinggan nasi putih, kailan ikan masin, udang goreng butter, 2 ekor ketam masak telur masin (recommended by Tuan Kedai), ikan jenahak sebelah bakar sambal, 2 ekor sotong goreng tepung dan 1 jug air tembikai. Order tak hengat sebab lapar yang amat, so called lunner (a meal combining lunch and dinner) ;-)



Otak-otak dan Arief
Sementara menunggu hidangan tiba, kami dijamu dengan otak-otak.. Anak bujang saya ni memang 'hantu' otak-otak. Suka yang amat sampai boleh habis sebakul dia hadap sorang. Tak berapa lama hidangan pun tiba di meja..

Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka
Udang goreng butter
Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka
Kailan ikan masin
Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai Melaka
Ketam masak telur masin
Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai, Melaka
Sotong goreng tepung
Medan ikan bakar Crystal Bay Alai
Ikan jenahak bakar sambal
Alhamdulillah, semua sedap termasuk sos dan kicap pencicah ikan bakar.. Kami makan bertiga dan sudah tentu ada baki yang perlu dibungkus dan dibawa pulang. Selesai sudah, masa untuk buat bayaran.. Our bill came up to RM187.00 discount RM2.00 total perlu dibayar RM185.00, tak tahu mahal atau murah tapi ini merupakan harga paling tinggi pernah saya bayar untuk makan seafood bertiga. Mungkin juga harga pasaran seafood ketika itu tinggi.. Tak kisahlah janji sedap dan puas hati. Apa pun saya masih vote for Senandung Malam di Pantai Bagan Lalang untuk seafood murah dan sedap.

Medan Ikan Bakar Melaka
Bil
Pesanan saya, sebelum menjamu selera di Medan Ikan Bakar perlu tahu harga semasa makanan laut ketika itu atau tanya tokey kedai sebelum membuat pesanan supaya tidak over budget atau harga tak sepadan dengan makanan.



Siapa pernah makan di Crystal Bay Alai? Mungkin anda boleh kongsi pendapat anda.. Pembaca lain boleh juga berikan pendapat anda.

Begitulah cerita yang ingin dikongsi bersama..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeeee..


Regards,
I am LZ

18 Comments:

pi melaka mmg wajib cr medan ikan bakar kn...saya pn dh byk tmpt juga pegi...kalo melaka setakat ni suka yg kt duyung tu tp harga mahal skit...yg senandung malam bagan lalang tu murah..pernh mkn juga

sedapnya nmpk ! lapar tgk !

Sedapnya...udang tu nampak rangup je..hehe..sesekali ok kot kak harga tu...

Duyung sis pernah pergi sekali mama tisya. Betul, harga agak mahal berbanding tempat lain.. It's okay sekali sekala janji sedap 😊..

Sedap cikyan, sesekali layan seafood best, hehehe 😁

Tengok balik gambar terus lapar PC hehehe. Betul PC, it's okay sesekali bayar harga camtu dengan fresh seafood & masakan pun sedap. Puas hati 😊

nampak sedap... tp harga boleh tahan gak mahal huhuhu

Harga macam agak mahal sis LZ tapi pada Husniey kalau dah makan tu rasanya sedap dan berbaloi nak tak nak kena redha lah dah masuk perut pun kan 😂
Eloknya masa duk pilih menu tu kena tanya dulu harga..

Tapi okaylah kan ada ketam, udang, ikan bakar lagi.. Fuhh sedapnyaa terliur tengok ketam telur masin dengan udang butter.. memang membuka selera betul😍

Harga di sini antara paling mahal pernah LZ bayar Use tapi alhamdulillah rasa tak mengecewakan 😉💕..

That's why LZ teringin sangat ke Terengganu HH, nak makan seafood fresh tepi pantai.. Terbayang2 selagi tak jejak ke sana 😁💕..

LZ pun budget around that figure dear.. Mungkin harga seafood sekarang tinggi dan tak hairan dengan harga barang sekarang kannns 😉💕 hehehe

Nak tersedak jugak Hana baca bill tu heheh ^^ tapi mesti berbaloi kan?

Rasa mcm mahal jugak tu LZ. Mungkin ada ikan sekor tu kot.
Tak pernah test makan kat sini. Kami selalu pi Umbai Parameswara tu ajelah.... Pernah jugak makan kat kedai lain kat Umbai tu, tp Parameswara tetap winlah....

Melaka... wuwuwuww jauhnyaaaa tapi nampak sedap gilaaa.. huhuhu

dah lama tak ke Melaka...mmg tempat favorite tapi tak sanggup dalam kesesakan dia tuu

huwaaaa masuk sini tengahari lapar terus tengok makanan..

Tak pernah makan lagi dekat sini.. Selalu gi melaka makan asam pedas je.. Udang butter tu nampak sangat menyelerakan..

sotong goreng tepung my favourite food.

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More