Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Koleksi Pokok Bunga Ros

KOLEKSI POKOK BUNGA ROS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Umum sedia maklum bahawa Pilihan Raya Kecil Dun Rantau (N27) sedang berlangsung hari ini.. Taman perumahan tempat saya tinggal merupakan salah satu kawasan yang sibuk untuk proses pengundian dan pengiraan undi memandangkan lokasi rumah hanya walking distance dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan, iaitu tempat pengiraan undi. Namun saya tak mengundi di kawasan ini so saya takde plan ke mana-mana memandangkan jalan sibuk dan crowded..  Apa pun saya harap mana-mana calon yang menang dapat menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah.

Okay kita tinggalkan cerita tentang PRK N27.. Post kali ini saya ingin berkongsi tentang koleksi pokok bunga ros saya.. Ada sesiapa panggil mawar? Tak silap ros atau mawar merujuk kepada bunga yang sama.. Saya merupakan pencinta ros dan gemar menanam pokok yang boleh digunakan dalam masakan seperti yang pernah saya kongsi di post My Humble Garden. Antara tanaman yang ada di halaman rumah ialah pokok bunga ros, pokok bunga daisy, pokok bunga kertas, pokok orkid selain tanaman herba seperti rosemary, cili api, serai, daun pandan, cekur, daun kari, daun mint dan pokok mangga hybrid. Saya bukan arif sangat tentang tanaman ros atau herba tetapi saya minat collect tanaman tersebut.. 

Mawar merah

Beberapa minggu lalu saya ke Cameron Highlands semata-mata ingin mencari pokok bunga ros di samping membeli hasil tanaman lain yang terkenal di Cameron Highlands. Yeayy my gardening mood is back! Okay, hari ni saya kongsi hasil tanaman yang dibeli dan lebih focus kepada koleksi pokok bunga ros.  Saya memang tak boleh nampak nursery menjual pokok bunga ros. Pasti akan singgah dan beli sekurang-kurangnya 2 pasu pokok bunga ros.


My mini rose garden
Ini hasil 'mendaki' di Cameron Highlands tempoh hari.. Siapalah tak rambang mata bila nampak pokok bunga ros berwarna-warni.. Tambahan pula mereka itu pencinta ros.. Untuk pengetahuan harga pokok ros sepasu RM10.00 - RM15.00 bergantung kepada saiz. Saya borong 6 pasu di sekitar Rose Valley manakala 5 pasu di Cactus Point. 

Hari ini baru sempat belek bila tengok roses semua telah berkembang mekar dan ada yang sudah rosak.. Bila nampak bunga ros kurang sihat barulah ada kesedaran untuk ganti pasu.. Untuk lebih detail lagi saya kongsi gambar satu persatu..

Pokok bunga ros merah jambu - pink roses
Pokok bunga ros warna campur, kuning, pink dan peach
Pokok bunga ros campur, ros kuning dan peach
Pokok bunga ros kuning, light pink dan putih
Pokok bunga ros maroon
Saya suka warna maroon ros ini..
Bunga ros maroon semakin lebam akibat kurang air
Pokok bunga ros kuning jalur pink
Warna bunga ros yang unik..
Pokok bunga ros kuning berjalur merah jambu
 Sedih bila nampak pokok bunga ros semakin tak bermaya.. Jadi hari ini saya peruntukkan masa untuk beri perhatian kepada semua tanaman saya terutama pokok bunga ros.. Pasu asal saya ganti dengan pasu baru dan tambah tanah serta sedikit baja. 

Kaedah mengganti pasu pokok bunga ros
 Isi tanah dalam pasu dan alihkan pokok bunga ros dari pasu asal.. Maka inilah hasilnya.. Jangan lupa siram air hingga semua tanah basah.. Letak di ruang redup dan mendapat cahaya matahari yang cukup.. Pokok ros ni manja so jangan kena cahaya matahari yang sangat panas dan jangan pula terlebih siram air nanti akar pokok lembab dan mudah berpenyakit.

My roses
Pokok bunga ros, pasu pertama
Pokok bunga ros, pasu kedua
Pokok bunga ros, pasu ketiga
Saya satukan 9 pasu kecil kepada 3 buah pasu besar.. Alhamdulillah, misi selesai..
Alang-alang buat post tentang tanaman, saya kongsi pokok lain yang dibeli bersama pokok-pokok ros ini :

Pokok bunga daisy merah
Pokok bunga daisy warna merah jambu
Pokok saderi
Pokok jeremin atau pokok halau nyamuk
Helaian daun pokok jeremin
Saya tanam pokok jeremin ni di halaman rumah dan dalam pasu kecil untuk dijadikan sebagai indoor plant. Harap pokok ini berkesan membantu halau nyamuk..

Begitulah koleksi pokok bunga ros saya serta tanaman lain, penyejuk mata dan terapi minda apabila berada di halaman rumah... Sesiapa antara pembaca ada hobi menanam pokok bunga atau serupa dengannya? Jika ada, sila tinggalkan url cerita tentang tanaman anda di ruangan komen.. Manakala pembaca lain juga boleh kongsi tips penjagaan atau sebarang pendapat di sini..
 

Related post : My Humble Garden
 
Sekian sahaja perkongsian saya tentang koleksi pokok bunga ros dan tanaman lain.. 
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Comments

  1. SubhanaAllah. Comel comelnya bunga tu sis LZ.. Alhamdulillah mesti tersenyum sendiri kan tengok bunga rose warna warni tu.. Seronok dapat hiaskan laman dengan bunga kita suka..

    ReplyDelete
  2. semua cantik, memang patut pun rambang mata. Haritu naik cameron beli jugak tapi mati dah semua haha nangis di bucu katil

    ReplyDelete
  3. cantiknya bunga ros sis! sy suka yang warna merah maroon tu..pandai jaga pokok, sy tanam pokok akhirnya mati semua..sedih...

    ReplyDelete
  4. alaahaiii bestnyaa ada ruangan nak tanam n kumpul bunga ros.. rumah kita apartment payah.. cantik2 bunga awak..

    ReplyDelete
  5. akak baru terjebak ni, beli yang ada id dan tak ada id, nanti pelan pelan tambah

    ReplyDelete
  6. Cantik nyerr, saya sgt suka bunga tapi tangan takda hang, tanam bunga hidup tpi tak berbunga.

    ReplyDelete
  7. Cantiknyaaa bunga ros yang berwarna-warni tuu 😍❤❤

    ReplyDelete
  8. cantik2 semuanya... lawaaa.... awa pantang gi nursery pokok.. mula nak rembat semua hahaha

    ReplyDelete
  9. kita suka ros merah & pink..:)

    ReplyDelete
  10. semua jenis bunga rose nina suka.. caantik!

    ReplyDelete
  11. bestnya tengok bunga2 rose akak tu, dana ni minat n suka bunga rose... cantik sgt tp tu lah nk rajin menanam tu yg payah... mmg cantik semua koleksi bunga rose akak tu... mcm3 color yg jarang2 dijumpai

    ReplyDelete
  12. Semoga tanaman2 akak sihat2 semuanya. Seronok sangat tengok ada banyak2 jenis tanaman ni. :

    ReplyDelete
  13. cantik2 belaka geram pulak tgk heheeh

    ReplyDelete
  14. cantiknyaaa ros-ros tu! terpegun tengok yang kaler campur2

    ReplyDelete
  15. SubhanaAllah.. Cantilnya bunga Ros tu..
    Saya suka tapi agak rumit penjagaannya.. hehehe..
    Nanti nak cuba cari pokok jeremin tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…
IKEA DECORATION IDEAS UNTUK RUMAH SAYA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Apa khabar? Hopefully semua …
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…