Resepi Rendang Pucuk Ubi & Sepinggan Rezeki

RESEPI RENDANG PUCUK UBI & SEPINGGAN REZEKI | Alhamdulillah itu perkataan pertama yang harusku ungkapkan dengan nikmat dan kurniaanNya.. Semalam, rasa dukacita apabila terima perkhabaran kurang gembira disebabkan kepercayaan yang diberi kepada pihak ketiga dibuat sambil-lewa.. Jadi saya mengambil initiatif sendiri menyelesaikan masalah itu walaupun bukan tanggungjawab saya. Urusan dibuat di Putrajaya.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan, saya mendapat perkhabaran gembira dan 'nampak' ada perkembangan positif..

Selesai urusan baru rasa lapar.. Dalam perjalanan pulang singgah di Restoran La Rizz, Bangi untuk mengisi perut, kebetulan sudah tiba lunch hour.. Restoran ini terkenal dengan masakan Melayu.. Nah, sepinggan penuh saya isi dengan makanan Melayu yang sudah lama tidak ku jamah...

Restoren La Rizz Masakan Melayu
Pinggan saya diisi dengan telur masin, sup kentang, terung masak sambal, sotong bakar, siput sedut masak lemak and the best part lauk yang sudah lama saya cari iaitu rendang pucuk ubi

Terung masak sambal
Telur masin dan sambal tomato goreng
Sotong bakar cicah cili kicap dan air asam
Siput sedut masak lemak
Sambung sikit tentang rendang pucuk ubi yang selama ini saya cari hingga setiap kali ke restoren masakan Melayu saya meninjau-ninjau rendang pucuk ubi kayu tapi hampa.. Setelah sekian lama, kali ini baru saya jumpa.
  
Resepi Rendang Pucuk Ubi
Masih lagi saya ingat pertama kali saya makan rendang pucuk ubi.. Al-maklum rendang pucuk ubi ini popular di Negeri Sembilan. Masa mula-mula saya pindah ke Negeri Sembilan, rasa pelik juga dengan masakan ini tapi lama-kelamaan saya suka dengan rendang pucuk ubi ini.. Siapa tak pernah rasa rendang pucuk ubi ini seperti serunding. Ada rasa pedas dan rangup sebab pucuk ubi dimasak hingga garing.. Memang superb!


Balik office terus google resepi.. Saya terasa nak cuba masak sendiri rendang pucuk ubi ini.. Saya nak cuba resepi dari Azie Kitchen seperti berikut :

RESEPI RENDANG PUCUK UBI
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-Bahan :
250 gram pucuk ubi
1/2 kg santan segar
4 ulas bawang merah - dihiris
1 - 2 batang serai - ketuk
1/2 mangkuk ikan bilis
Garam 
Sedikit gula

Bahan-bahan kisar :
15 tangkai cili api
1 inci kunyit hidup 

CARA-CARA :
Asingkan daun pucuk ubi dari tangkainya. Basuh, rendam dengan sedikit garam dan toskan.
Masukkan santan, serai, garam, ikan bilis, bawang hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau. 
Setelah kuah agak kering dan pecah minyak, baru masukkan pucuk ubi.
Perlahankan api dan sentiasa kacau sehingga pucuk ubi kering dan garing.
Masukkan sedikit gula, sesuai dengan rasa dan boleh tutup api.
Sedia untuk dinikmati..

Sesiapa yang ingin tahu bagaimana rendang pucuk ubi yang terlajak sedap ini dihasilkan, boleh ke blog kak Azie Kitchen.. Ada kaedah bergambar ditunjukkan dalam blog beliau..



Overall, bila baca resepi macam senang tapi tengoklah nanti jadi atau tidak, hehehehe 
Siapa yang pernah rasa rendang puncuk ubi ni? Tak silap saya rendang pucuk ubi ini terkenal di Negeri Sembilan... Tapi tak pasti pula kalau ada di negeri lain.. Jadi pembaca sekalian andai ada info boleh kongsi pendapat masing-masing di ruangan komen.. 

Oh ya, lupa nak beritahu.. Tak cukup makan di restoran saya sempat beli 2 bungkus untuk dibawa pulang..  

Rendang pucuk ubi
Thank you in advance kepada pembaca yang sering berkunjung di blog ini, dengan ikhlas berkongsi pendapat. Saya sangat hargai.. In shaa Allah, saya akan kunjung balas bagi mengeratkan ukhuwah antara kita..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Perkongsian tentang rezeki dan nikmat di sebalik setiap ujian yang diberi.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


15 Comments:

Tak pernah tahu pulak kewujudan rendang pucuk ubi ni. First time dengar. Hehe :P

rendang pucuk ubi dana tak pernah cuba tp pernah mkn serunding pucuk ubi... mmg rasanya agak rangup n layan bila mkn ngn nasi panas

sedap tul nengok akak punya menu tuh... pastu ngn sutun bakar tuh... pastu ng segala menu tuh

Sebelum ni sis pun tak tahu Ana, tapi sejak berhijrah ke Negeri Sembilan baru tahu dan dapat rasa kesedapan rendang pucuk ubi ni.. Sekarang terus suka, hehehe

Lebih kurang sama kot Dana rasa rendang pucuk ubi dengan serunding pucuk ubi.. Rangup dan sedap makan dengan nasi panas..

Dah lama tak makan masakan kampung macam tu Dana sebab tu macam-macam lauk ada dalam pinggan.. Memang puas hati, hehehe syukur alhamdulillah..

PC pernah dengar rendang pucuk ubi ni kak..tapi belum pernah makan..teringin juga nak mencuba.

nampak sedap sangat. x penah rasa lagi rendang camni

Akak rasa rendang pucuk ubi ni terkenal di Negeri Sembilan kot PC sebab tu x semua tempat ada dan susah dapat.. In shaa Allah ada rezeki nanti PC dapat rasa rendang ni..

Rendang ni memenuhi citarasa LZ sebab pedas dan rangup.. Rasa macam serunding sikit ezzyra.. Ada rezeki in shaa Allah suatu hari nanti ezzyra dapat rasa kesedapan rendang ini..

wahhhh sedapnyaaa.. resepi baru ni.. kita nak try lah nanti!

Aduhaii... tgk entry ni buat lapar lak memlm ni. Semua sedap tu

waduhhh kecur sy tgk sotong tuuuuuu

Huwaawawwaaaa.... nyesal baca entry ni sebab tengah puasa ni.

alaaaa lapar tengokkkk kul 2 petang camni..tak makan tengahari lagi ni..huhuhu

rendang pucuk ubi pertama kali tau pasal menu ni

pernah buat sekali. tapi tak berapa menjadi. nak kena repeat lagi buat nieg

Sha pernah rasa.. Sha jumpa di Negeri Sembilan juga.. Okaylah.. hehehe

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More