Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Saturday, April 27, 2019

,
Hujung minggu kali ini saya isi dengan membuat terrarium plants terdiri dari pokok cactus.. Dah lama saya rancang projek indoor plants dan terrarium project ni tapi baru hari ini dapat direalisasi, alhamdulillah..

Al-kisah kunjungan saya ke Cameron Highlands awal bulan ini selain membawa turun pokok roses saya juga berjaya membawa turun beberapa pokok cactus untuk projek terrarium merangkap indoor plants project. Saya bercadang untuk memperbanyakkan lagi koleksi tanaman hiasan dalam rumah or indoor plants decoration memandangkan ianya baik untuk kesihatan kerana tanaman hiasan dalam rumah mampu membersihkan udara dari toxins.

Indoor plants

ADAKAH TANAMAN HIASAN DALAM RUMAH MAMPU MEMBERSIHKAN UDARA?

Umum mengetahui bahawa indoor plants atau tanaman hiasan dalam rumah sangat baik untuk meneutralkan toxic dalam rumah. Kajian dibuat oleh para saintis NASA di John C. Stennis Space Center pada tahun 1980 membuktikan bahawa houseplants boleh menyingkirkan atau mengurangkan formaldehyde yang terperangkap di ruang tertutup.

Beberapa tahun kemudian beberapa penyelidikan dibuat membuktikan tanaman hiasan dalam rumah membantu menyingkirkan toxins seperti benzene, trinchloroethylene selain formaldehyde yang saya nyatakan tadi. Kesemua toxins ini dikategorikan sebagai VOCs iaitu Volatile Organic Compounds yang terhasil daripada gas dalam udara yang terdapat di rumah. Gas beracun ini dihasilkan oleh bahan kimia perabot, carpets, bahan binaan rumah dan lain-lain.

You'll never see these things happening. Begitu juga dengan proses pembersihan udara dari tanaman hiasan dalam rumah yang tidak boleh dilihat dari mata kasar tetapi proses ini berlaku setiap hari tanpa kita sedari..

Saya pernah kongsi inspirasi tanaman hiasan dalaman blog sebelum ini.. Boleh click di sini -> inspiration indoor plants.

Cute indoor plants
Jom saya bawa pembaca 'bersiar-siar' sebentar melihat koleksi kaktus di Cactus Point, Cameron Highlands :

Cactus Point, Cameron Highlands
Cactus Point, Cameron Highlands
Kaktus di Cactus Point, Cameron Highlands
Geram tengok pelbagai jenis kaktus sihat di sini..
 


PROJEK TERRARIUM KAKTUS
 
Okay tak mahu cerita panjang, maka bermulalah proses mengalihkan pokok-pokok kaktus ke dalam pasu.

Pelbagai jenis kaktus di Cactus Point, Cameron Highlands
Pasu ini juga saya beli di Cactus Point Cameron Highlands berharga RM14.00 sahaja.. Saya suka pasu ini sebab ada tulisan Cameron Highlands engrave di pasu ini.. Ianya akan menjadi kenangan..

Pasu di Cactus Point, Cameron Highlands
Seterusnya, susun kaktus tersebut mengikut creativity masing-masing.. Inilah hasil creativity saya.. Saya suka terrarium kaktus ini kerana ianya memberikan seri pada ruang selain sejuk mata memandang.. 

My terrarium cactus
Saya guna tanah asal dari pasu dan tambah sedikit tanah baru.. Saya letak di tepi sliding door supaya tanaman kaktus ini mendapat cahaya matahari yang cukup.

Related post : Inspirasi Tanaman Hiasan Dalam Rumah

Untuk mendapatkan tanaman hiasan dalam rumah yang subur dan sihat, kita perlu tahu dan memilih tumbuh-tumbuhan mengikut keperluan cahaya matahari. Terdapat sesetengah tumbuh-tumbuhan memerlukan jumlah cahaya matahari yang banyak dan sebaliknya. Suhu, kelembapan, jumlah cahaya bagi setiap tumbuh-tumbuhan adalah berbeza.

Begitu juga dengan penyiraman.. Kebanyakkan tumbuhan hiasan dalam rumah tidak memerlukan air yang banyak, penyiraman hendaklah seimbang memadai hanya melembabkan tanah jangan over watering. Begitulah sedikit sebanyak pengetahuan tentang tanaman hiasan dalam rumah berdasarkan pembacaan saya. Saya akan kongsi beberapa jenis tanaman hiasan dalam rumah lain seperti spider plant, mother-in-law's tongue plant dalam post akan datang.. Tunggu tanaman-tanaman itu membesar terlebih dahulu sebelum saya post dalam entry di blog ini..


Jika ada antara pembaca yang ingin berkongsi pengetahuan dan info, sila nyatakan di ruangan komen di bawah.. Saya amat mengalu-alukan komen anda.

Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Saturday, April 13, 2019

,
KOLEKSI POKOK BUNGA ROS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Umum sedia maklum bahawa Pilihan Raya Kecil Dun Rantau (N27) sedang berlangsung hari ini.. Taman perumahan tempat saya tinggal merupakan salah satu kawasan yang sibuk untuk proses pengundian dan pengiraan undi memandangkan lokasi rumah hanya walking distance dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan, iaitu tempat pengiraan undi. Namun saya tak mengundi di kawasan ini so saya takde plan ke mana-mana memandangkan jalan sibuk dan crowded..  Apa pun saya harap mana-mana calon yang menang dapat menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah.

Okay kita tinggalkan cerita tentang PRK N27.. Post kali ini saya ingin berkongsi tentang koleksi pokok bunga ros saya.. Ada sesiapa panggil mawar? Tak silap ros atau mawar merujuk kepada bunga yang sama.. Saya merupakan pencinta ros dan gemar menanam pokok yang boleh digunakan dalam masakan seperti yang pernah saya kongsi di post My Humble Garden. Antara tanaman yang ada di halaman rumah ialah pokok bunga ros, pokok bunga daisy, pokok bunga kertas, pokok orkid selain tanaman herba seperti rosemary, cili api, serai, daun pandan, cekur, daun kari, daun mint dan pokok mangga hybrid. Saya bukan arif sangat tentang tanaman ros atau herba tetapi saya minat collect tanaman tersebut.. 

Mawar merah

Beberapa minggu lalu saya ke Cameron Highlands semata-mata ingin mencari pokok bunga ros di samping membeli hasil tanaman lain yang terkenal di Cameron Highlands. Yeayy my gardening mood is back! Okay, hari ni saya kongsi hasil tanaman yang dibeli dan lebih focus kepada koleksi pokok bunga ros.  Saya memang tak boleh nampak nursery menjual pokok bunga ros. Pasti akan singgah dan beli sekurang-kurangnya 2 pasu pokok bunga ros.


My mini rose garden
Ini hasil 'mendaki' di Cameron Highlands tempoh hari.. Siapalah tak rambang mata bila nampak pokok bunga ros berwarna-warni.. Tambahan pula mereka itu pencinta ros.. Untuk pengetahuan harga pokok ros sepasu RM10.00 - RM15.00 bergantung kepada saiz. Saya borong 6 pasu di sekitar Rose Valley manakala 5 pasu di Cactus Point. 

Hari ini baru sempat belek bila tengok roses semua telah berkembang mekar dan ada yang sudah rosak.. Bila nampak bunga ros kurang sihat barulah ada kesedaran untuk ganti pasu.. Untuk lebih detail lagi saya kongsi gambar satu persatu..

Pokok bunga ros merah jambu - pink roses
Pokok bunga ros warna campur, kuning, pink dan peach
Pokok bunga ros campur, ros kuning dan peach
Pokok bunga ros kuning, light pink dan putih
Pokok bunga ros maroon
Saya suka warna maroon ros ini..
Bunga ros maroon semakin lebam akibat kurang air
Pokok bunga ros kuning jalur pink
Warna bunga ros yang unik..
Pokok bunga ros kuning berjalur merah jambu
 Sedih bila nampak pokok bunga ros semakin tak bermaya.. Jadi hari ini saya peruntukkan masa untuk beri perhatian kepada semua tanaman saya terutama pokok bunga ros.. Pasu asal saya ganti dengan pasu baru dan tambah tanah serta sedikit baja. 

Kaedah mengganti pasu pokok bunga ros
 Isi tanah dalam pasu dan alihkan pokok bunga ros dari pasu asal.. Maka inilah hasilnya.. Jangan lupa siram air hingga semua tanah basah.. Letak di ruang redup dan mendapat cahaya matahari yang cukup.. Pokok ros ni manja so jangan kena cahaya matahari yang sangat panas dan jangan pula terlebih siram air nanti akar pokok lembab dan mudah berpenyakit.

My roses
Pokok bunga ros, pasu pertama
Pokok bunga ros, pasu kedua
Pokok bunga ros, pasu ketiga
Saya satukan 9 pasu kecil kepada 3 buah pasu besar.. Alhamdulillah, misi selesai..
Alang-alang buat post tentang tanaman, saya kongsi pokok lain yang dibeli bersama pokok-pokok ros ini :

Pokok bunga daisy merah
Pokok bunga daisy warna merah jambu
Pokok saderi
Pokok jeremin atau pokok halau nyamuk
Helaian daun pokok jeremin
Saya tanam pokok jeremin ni di halaman rumah dan dalam pasu kecil untuk dijadikan sebagai indoor plant. Harap pokok ini berkesan membantu halau nyamuk..

Begitulah koleksi pokok bunga ros saya serta tanaman lain, penyejuk mata dan terapi minda apabila berada di halaman rumah... Sesiapa antara pembaca ada hobi menanam pokok bunga atau serupa dengannya? Jika ada, sila tinggalkan url cerita tentang tanaman anda di ruangan komen.. Manakala pembaca lain juga boleh kongsi tips penjagaan atau sebarang pendapat di sini..
 

Related post : My Humble Garden
 
Sekian sahaja perkongsian saya tentang koleksi pokok bunga ros dan tanaman lain.. 
Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Tuesday, October 03, 2017

,
KISAH BENAR DI BOH SG. PALAS TEA CENTRE, CAMERON HIGHLANDS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Entri kali ini mengenai kisah benar yang diceritakan semula oleh office mate saya bernama Ika (bukan nama sebenar) bersama rakannya ke Cameron Highlands bulan lalu.. Saya kongsi di sini untuk mendapatkan maklumbalas dari pembaca mengenai situasi yang berlaku..

Al-kisah, Ika bersama Bienda (bukan nama sebenar) (kawan Ika), Sara (bukan nama sebenar) (adik Ika) dan ayah Bienda ke Cameron Highlands makan angin hujung minggu. Ayah Bienda mengidap penyakit buah pinggang dan diabetes kronik sehingga menyebabkan kedua-dua matanya buta serta terpaksa berkerusi roda manakala ibu Bienda telah lama meninggal dunia sejak dia kecil. Jadi Bienda yang masih bujang menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab menjaga ayahnya yang sakit kerana tidak mahu membebankan adik-beradik yang lain atas sebab mereka sudah berumahtangga. Bienda anak bongsu dalam keluarga.

Boh Sg. Palas Tea Centre, Cameron Highlands
Pada hari itu, Bienda teringin membawa ayahnya berjalan-jalan ke Cameron Highlands memandangkan hari-hari biasa dia sibuk bekerja dan membiarkan ayahnya sendirian di rumah. Jadi cuti hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk menumpukan perhatian dan menggembirakan ayahnya. Bienda meminta Ika dan adiknya Sara menemaninya. Bienda memandu kereta dari Seremban ke Cameron Highlands. Sepanjang hari di Cameron Highlands mereka sungguh gembira sehinggalah ke destinasi terakhir iaitu di Boh Sg. Palas Tea Centre.

Ketika itu terlalu ramai pengunjung dan mereka terpaksa menunggu meja kosong. Tak lama ada sebuah meja kosong kecil di satu sudut. Jadi Ika mengarahkan Sara untuk menunggu di situ sementara Bienda menyorong kerusi roda ayahnya menghala meja kosong tersebut dan meletakkan ayahnya berhampiran Sara. Sara dan ayah Bienda duduk di situ sementara Ika dan Bienda beratur untuk memesan makanan.

Di hadapan meja tersebut kelihatan sepasang suami isteri duduk bertentangan Sara dan ayah Bienda. Sara dapat mendengar wanita di depannya berkata kepada suaminya : "Iskh... tak selesalah duduk sini.. Jijiklah..  Apalah garu sana, garu sini, tak selera" Si suami berusaha memujuk isterinya yang merungut dan masam muka sambil menjeling ke arah ayah Bienda. Tak lama selepas itu, si suami bangun dan menghampiri Sara sambil berkata : "Adik, boleh tak alihkan pakcik ni ke tempat lain. Isteri saya sedang mengandung, dia tak boleh tengok benda-benda yang dia tak suka.. Maaflah, harap adik faham..." Apabila mendengar kata-kata itu, Sara bingkas bangun lalu mengadukan perkara itu kepada Ika dan Bienda yang sedang beratur membeli makanan..

Bienda rasa tak selesa, lalu datang mendapatkan ayahnya.. Tak lama selepas itu Ika terpandang satu meja kosong yang baru ditinggalkan oleh pengunjung lain. Ika dengan segera mengarahkan Bienda meletakkan ayahnya di situ sambil mengangkat cawan dan pinggan yang masih belum dibersihkan di meja tersebut. Ika meletakkan cawan dan pinggan kotor tersebut di meja kecil tempat mereka duduk sebelum itu dengan rasa marah sambil menjeling ke arah pasangan suami isteri tersebut. Menurut Ika, dia tidak berniat menghempas cawan dan pinggan tersebut tetapi terdengar bunyi cawan dan pinggan tersebut berlaga seolah-olah dihempas Ika. 

Selepas mereka mendapatkan makanan dan cuba untuk menyesuaikan diri, pasangan suami isteri tersebut bangun dan si suami duduk di sebelah kerusi Ika yang kebetulan kosong manakala si isteri berdiri bersebelahan suami di hujung meja. Si suami berkata kepada Ika : "Awak tahu tak cara awak letak cawan dan pinggan tu kasar, rude! Kurang ajar!" Ika membalas : "Habis isteri abang cakap macam tu mengata pakcik ni jijik, tak kurang ajar?" Si suami membalas : "Saya tegur tadi baik-baik, takde pun tinggi suara. Kenapa awak nak marah? Kurang ajar!" .. Ika membalas : "Saya pun cakap baik-baik, tak tinggi suara.. Tengoklah kalau abang sakit nanti, isteri abang jijik tengok abang." Si suami tetap masih membalas kata-kata Ika.. bla... bla.. bla... Menurut Ika mereka berbalas kata-kata dan si suami mengulangi ayat "kurang ajar" berkali-kali malah menuntut Ika meminta maaf kepada isterinya tetapi Ika enggan.


Mendengar si suami dan Ika bertikam lidah, Bienda bingkas bangun dan berkata dengan kuat : "You all nak tahu tak, perempuan ni dia jijik tengok ayah saya! Ayah saya sakit! Dia suruh ayah saya pergi dari sini sebab dia jijik tengok ayah saya!" Mendengar kata-kata itu, pasangan suami isteri itu terus meninggalkan mereka dan berlalu pergi.

Soalan saya selepas Ika habis bercerita :

"Adakah ayah Bienda berbau busuk?"  Ika jawab : "Tidak"

"Adakah bag urine tergantung di kerusi roda ayah Bienda?"  Ika jawab : Tidak, ayah Bienda pakai lampin pakai buang dan Bienda baru ganti sebelum mereka ke situ."

"Mengapa ayah Bienda mengaru?" Ika jawab : "Dia bukan menggaru tetapi sesekali menggosok-gosok kulitnya kerana ubat buah pinggang yang diambilnya menyebabkan dia tidak selesa."

..... tiada soalan lain memandangkan saya tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jijik di situ......

Andai disebabkan alahan mengandung, saya rasa lebih baik mereka suami isteri 'mengalah' dengan beredar dari situ. Tambahan pula mereka lebih dahulu berada di situ dan sudah pun habis menjamah makanan. Cuba letakkan diri kita bila tua nanti.. Kita tak tahu nasib kita dan apa akan berlaku.. Saya agak kecewa kerana ada orang Melayu kita yang terkenal dengan budi bahasa memandang rendah kepada orang lain terutama kepada orang tua yang tidak berdaya.. Wallahualam.. Itu sekadar pendapat saya..

Begitulah, saya harap pembaca faham apa yang ingin saya sampaikan.. Apa pendapat pembaca mengenai kisah ini.. Wajarkah situasi ini berlaku? Hurrrmmmm entahlah, saya masih belum boleh terima perkara seperti ini adalah satu kisah benar dan ianya benar-benar berlaku dalam masyarakat kita..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner