Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Journal Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 di kampung

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!!!! Alhamdulillah hari ini 6 Syawal 1440 bersamaan raya ke-6.. Ada antara kita yang sudah bekerja tetapi saya masih lagi bercuti memandangkan cuti sekolah belum berakhir.. Khabarnya jalan jem melampau semalam? Begitulah seperti kebiasaan cuti perayaan bila semua balik ke kampung atau menuju destinasi masing-masing serentak.. Sejak raya ke-3 lagi saya dah balik ke Seremban untuk mengelakkan jem.

Hari ini saya ingin bekongsi journal Hari Raya Aidilfitri 2019 yang sangat simple..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Lady in Red Planner
Hari Raya Pertama

Seawal pukul 4.00 pagi saya bangun menyiapkan segala pakaian dan barang-barang yang akan dibawa ke kampung.  Lemang dan rendang serta kuih-muih pun dah ready. Kena sediakan lebih awal untuk elak tertinggal, tapi walau dah ready awal tetap ada juga barang yang tertinggal, camne tu?

Kami bertolak ke kampung di Muar, Johor selepas solat Hari Raya. My husband teringin solat di Masjid Sheikh Haji Ahmad memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama masjid ini mula beroperasi sejak dirasmikan awal tahun ini.

Oh ya setakat ini kami tak ada masalah bergaduh balik ke rumah siapa terlebih dahulu sebab rumah ibubapa saya dengan rumah mertua hanya selang 2 buah rumah sahaja.. So boleh balik hari berulang ikut suka, hehehe

Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan
Masjid Sheikh Haji Ahmad, Bandar Sri Sendayan

Lebih kurang pukul 11.30 pagi tiba di kampung. Raya tahun ni saya ke rumah mertua terlebih dahulu. Saya bawa lemang, rendang dan brownies sebagai buah tangan.

Selepas bermaaf-maafan dan sesi bergambar selesai, saya memulakan perjalanan berkunjung ke rumah makcik kedua-dua belah pihak memandangkan datuk dan nenek sudah lama meninggal dunia. Rumah terakhir pada hari raya pertama ialah rumah saya. Dalam pukul 4.30 petang saya sampai di rumah ibubapa saya.


Hari Raya Kedua

Sudah menjadi tradisi masyarakat di kampung saya mengadakan marhaban iaitu kumpulan masyarakat berkunjung dari rumah ke rumah dengan membaca doa serta memohon keberkatan ke atas seisi rumah tersebut di samping memuji kebesaran Allah swt dan Rasulullah saw.

Marhaban di kampung saya diadakan pada Hari Raya Kedua dan majoriti akan mengambil bahagian tak kiralah tinggal di taman perumahan atau kawasan kampung. Lazimnya ahli keluarga lelaki akan menyertai kumpulan marhaban. Tahun ini rumah ibubapa saya merupakan rumah pertama kunjungan kumpulan marhaban. Kami menyediakan karipap daging dan keladi goreng untuk menjamu kumpulan marhaban ini.

Pagi hari raya kedua hujan turun agak lebat dan berhenti-henti namun ianya tak membantutkan kumpulan marhaban ini menghabiskan kunjungan mereka sebanyak lebih kurang 35 buah rumah setiap satu kumpulan.

Malam hari pula saya bersama ipar-duai sebelah suami berhari raya di sekitar bandar Muar.

Hari Raya Ketiga

Setelah bersarapan sekitar jam 10.00 pagi saya berkemas untuk pulang ke Seremban.
Begituah rutin Hari Raya saya setiap tahun, sama seperti tahun-tahun sebelum cuma usia sahaja berubah..

Bagaimana pun dengan Hari Raya anda? Balik kampung di mana? Setiap kali saya browse Facebook dan Instagram nampak kemeriahan masing-masing menyambut Hari Raya.. Fesyen baju raya tak boleh kata, macam-macam warna tapi yang pasti semua nampak cantik dan gembira..

Sebut tentang baju raya tahun ini saya mengenakan warna biru gelap.. Saya rasa raya tahun ini banyak warna purple dan dark blue selain hijau gelap.. Setuju tak? Apa pula warna baju raya anda?

So jangan lupa kongsi cerita di ruang komen.. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin andai ada salah dan silap..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya. Thank you for reading..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Comments

  1. Selang dua buah rumah...alhamdulillah..rezeki tu...
    Selamat Hari Raya aidilfitri Kak LZ..maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC, kalau dah jodoh kannn hehehe

      Delete
  2. Wah selang 2 buah rumah je ya. Hihi. Seronok ada Marhaban tu kan. Meriah. Selanat Hari Raya sis LZ. Maaf Zahir & Batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah juga Cik Ku walaupun setiap tahun sambutan yang sama..
      Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada Cik Ku juga..

      Delete
  3. Senang bila rumah keluarga dan mertua berdekatan.. Boleh gilir balik dalam hari yang sama.. Sha beraya di rumah mertua tapi raya pertama tu balik rumah abah jenguk adik dan ke kubur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha, alhamdulillah so far tak ada masalah..

      Delete
  4. Replies
    1. Mat Ri Ye juga diucapkan kepada Poyak & family :)..

      Delete
  5. Selamat hari raya Aidilfitri LZ. Maaf zahir batin. Ana mcm biasa raya di KL je. Rumah mertua dan parents dekat2 je. Hari2 boleh balik kampung. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah seronok Ana beraya di KL, jalan pun lengang..
      Alhamdulillah rezeki Ana dapat berkunjung rumah mertua & parents selalu..

      Delete
  6. Alhamdulillah, rezeki tu selang 2 buah je rumah mertua. Tahun ni pun kita warna biru jugak

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya.. lupa nk wish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe Selamat Hari Raya Aidilfitri Ciktie..

      Delete
  8. Time raya memang terbaik kalau rumah parents in-law dekat-dekat kan LZ.
    Macam Mrs. A lah jugak Seremban-Lubok China dokek yo hahaha...

    ReplyDelete
  9. wahhhh mcm mama dan arwah abah sy laa tp diorg seberang jln hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seberang jalan pun dekat yang amat juga dear anies, hehehe

      Delete
  10. Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin juga diucapkan kepada mamapp & family..

      Delete

  11. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
NURSERY POKOK MURAH DI SG. BULOH
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah atas segala li…
BILA INGIN MEMILIKI KELEMBUTAN HATI
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..  Hari ini tergerak hati untuk berkongsi Had…