Saturday, June 01, 2019

Kenangan Mengusik Perasaan Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Selamat hujung minggu diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Hari ni saya rasa tak berapa sihat sebab masuk angin mungkin berpunca dari mee kuning yang saya makan ketika berbuka semalam.. Bila masuk angin sakit kepala yang amat sangat.. Inilah masalah orang yang sensitif dan mudah masuk angin dan naik angin, oops! Haraplah dapat bertahan hingga sampai waktu berbuka nanti..

Okay straight to the point, tadi sambil berehat melayan sakit kepala sempat lagi browsing Facebook tetiba melintas soalan ini di newsfeed saya..


Ketika anda mendengar takbir Raya pertama kalinya berkumandang, siapakah orangnya yang akan berada di dalam ingatan anda pada saat itu dan yang mampu membuatkan anda terasa begitu amat sedih sekali?

Saya pasti akan teringat datuk, nenek, abang dan adik lelaki yang telah pergi meninggalkan kami.. Jelas terbayang waktu kecil ketika kami menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama. Masih lagi sedih dan bila rindu saya akan sedekahkan surah Al-Fatihah kepada mereka.. Nama mereka tak pernah sesekali saya lupa dalam setiap doa saya.

Itu kenangan saya, bagaimana pula dengan anda? Tentu ada kenangan yang mengusik perasaan setiap kali Raya menjelang.. Jangan lupa kongsi di ruang komen..

Kepada mereka yang telah memulakan perjalanan ke kampung halaman, saya doakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

10 comments:

  1. kenangan bersama2 orang2 yang rapat dengan kita yang telah pergi dulu.
    Al-Fatihah buat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang beriman, aamiin..

      Delete
  2. Memang sedih bila terkenang org yg dah pergi tggalkn kita, nak2 masa tiba Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cik Ku, terasa sayu dan sedih secara tiba-tiba terutama waktu-waktu begini..

      Delete
  3. mestilah terkenang mereka yg telah pergi tak kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu sekali dear anies, al-fatihah buat mereka.. Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat, aamiin..

      Delete
  4. tahun ini pertama kali rasa kehilangan yang amat sangat.. 1st Ramadhan lagi hati dah libang libu mengenang arwah abah yang baru je pergi awal April hari tu.. Raya pun rasa macam tak raya.. bila takbir, lagi hati rasa sayu yang teramat..

    ReplyDelete
  5. Semestinya mereka² yang telah pergi mendahului kita.

    ReplyDelete
  6. Huhu mmg rindu sgt2 pada mereka

    ReplyDelete
  7. teringat raya zaman kocik. dulu2, kumpul dgn saudara-mara berminggu. skrg ni, time raya pertama ja

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Copyright © Lady In Red Planner. Blog Design by SkyandStars.co